Akademi Darul Ilmi

Akademi Darul Ilmi diasaskan oleh Ustaz Mohamad Wadi Annuar Bin Ayub bertujuan untuk melahirkan ilmuan Islam berprestasi tinggi.

Recent Posts

𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐇𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐖𝐀𝐃𝐈 𝐀𝐍𝐍𝐔𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

Alhamdulillah, Akademi Darul Ilmi telah berjaya menganjurkan Ceramah Duha Perdana bersama Ustaz Wadi Annuar sebagai acara penutup bagi tahun 2024. Ceramah ini telah diadakan di Akademi Darul Ilmi, Sungai Petani, Kedah.

Perkarangan Akademi ini telah dibanjiri oleh 16 buah bas peserta daripada seluruh pelusuk tanah air dan juga masyarakat setempat yang turut hadir bagi memeriahkan program pada pagi ini.

Dikesempatan ini, kami memanjatkan doa agar program sebegini akan terus menjadi amalan dan tradisi yang diteruskan pada tahun-tahun mendatang.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan program ini. Mohon maaf andai terdapat sebarang kekurangan sepanjang penganjuran program ini.

#akademidarulilmi
#ustazwadiannuar
#ceramahduha

LAWATAN KERJA KE YAYASAN ISLAM KELANTAN

Pada 22 Disember 2024, Akademi Darul Ilmi telah menjayakan satu lawatan kerja ke Yayasan Islam Kelantan. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meneroka ruang dan peluang bagi para pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka di Mesir.

Lawatan ini turut menjadi platform perbincangan bagi memperkukuh kerjasama antara Akademi Darul Ilmi dan Yayasan Islam Kelantan dalam memastikan pelajar-pelajar mendapat bimbingan serta laluan terbaik untuk menyambung pengajian dalam bidang yang diceburi.

Pihak Akademi Darul Ilmi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Islam Kelantan atas kesudian menerima kunjungan ini serta layanan mesra yang diberikan sepanjang sesi lawatan berlangsung.

Semoga hasil daripada lawatan ini membuka lebih banyak peluang kepada para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dan melahirkan generasi ilmuwan Islam yang berprestasi tinggi.

#AkademiDarulIlmi
#yayasanislamkelantan
#lawatankerja

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐀𝐦𝐬𝐲𝐚𝐫 𝐍𝐚𝐰𝐟𝐚𝐥 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐮𝐚𝐫!

Semalam, Akademi Darul Ilmi telah mencatat satu lagi kejayaan apabila salah seorang pelajar, Amsyar Nawfal bin Anuar berjaya memperoleh 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 dalam Musabaqah Hafazan Al-Quran kategori 1 - 30 Juzuk.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada dedikasi, usaha gigih dan komitmen tinggi beliau dalam mendalami Al-Quran. Hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Kulim, Tuan Haji Mohd. Zaini bin Haji Ramli di dalam majlis penutup program Ijtima' Huffaz Kedah 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan Maahad Tahfiz Negeri Kedah bertempat di Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Kulim, Kedah.

Pencapaian ini membuktikan komitmen Akademi Darul Ilmi dalam memberikan pendidikan yang berkualiti serta sokongan padu yang diberikan oleh semua pihak. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan kepada pelajar lain untuk terus cemerlang dalam menghafaz Al-Quran serta berusaha mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

"Ke Arah Melahirkan Ilmuwan Islam Berprestasi Tinggi"

Sekian.
See more posts
Telegram Channel