Alumni Kolej Matrikulasi Perak

Channel ini mengumpulkan para Alumni (bekas pelajar) daripada pelbagai batch disamping sebagai platfom rasmi hebahan info terkini berkenaan Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak dan juga kolej.

Oleh: Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak

View in Telegram

Recent Posts

Dukacita dimaklumkan bahawa Futsal Alumni KMPk @ Bangi 2.0 yang dirancang pada 4 Januari 2025 terpaksa DITANGGUHKAN.

Memandangkan ramai Alumni KMPk masih bercuti, maka kami mengambil keputusan untuk menangguhkan aktiviti ini. Tarikh baru akan diumumkan nanti.

Kami memohon maaf atas perubahan ini dan berharap dapat bertemu lagi di masa akan datang.

Terima kasih.

#kmpkdihatiku
#teamrindukmpk
#futsalalumnikmpk
Selamat Tahun Baru 2025!

Tahun 2024 telah mencipta banyak memori dan memberi pengajaran kepada kita. Terima kasih atas segala kepercayaan dan sokongan yang diberikan.

Semoga tahun baru ini diberikan kejayaan yang berterusan, kesihatan yang berpanjangan dan menunaikan cita-cita yang dirancangkan.

#tahunbaru2025
#kmpkdihatiku
#teamrindukmpk
https://vt.tiktok.com/ZS6BAKqED/

"Pejam celik, hampir setahun berlalu. Rasa macam baru saja masuk Januari. Eh! rupanya dah nak Januari lagi."

Jom kita imbas kembali program kita sepanjang 2024

#kmpkdihatiku
#teamrindukmpk 
#wrapped2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alumni KMPk kembali lagi dengan program Futsal Alumni KMPk @ Bangi 2.0 ⚽️

Tarikh: 04 Januari 2025
Lokasi: Galaxy Futsal, Bangi
Masa: 8:30-11:00 malam

Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara alumni KMPk serta mempromosikan gaya hidup sihat melalui sukan.

Jom daftar sekarang di pautan Google Form di bawah 🤩:
https://forms.gle/uj46qN5eE9oAKJHd6

Tarikh tutup pendaftaran pada 3 Januari 2025.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
019-5290818 (Syed)
013-5865256 (Akmal)

Jom sertai kami dan raikan semangat kesukanan! 🤩🔥

#kmpkdihatiku
#teamrindukmpk
#futsalalumnikmpk
JUMLAH KUTIPAN SETAKAT INI

Sebanyak RM 778.70 telah berjaya dikumpulkan dalam Kempen Kutipan Dana Untuk Pelajar B40 KMPk

Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang menyumbang setakat ini!
Jumlah baki sasaran kutipan: RM 221.30

Sumbangan boleh diberi melalui akaun bank:
1-58114-0007078-0 (RHB)
AN-NAJWA BINTI ZAKARIA
Bendahari Kehormat
Persatuan Alumni KMPk
Rujukan: Dana B40

Hasil sumbangan ini akan digunakan untuk meringankan beban pelajar B40 dan juga pelajar berkategori asnaf.

#kmpkdihatiku
#JPPGerakJPPGempak
#bersamamenaburbakti
#teamrindukmpk
JUMLAH KUTIPAN SETAKAT INI

Sebanyak RM 661.70 telah berjaya dikumpulkan dalam Kempen Kutipan Dana Untuk Pelajar B40 KMPk

Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang menyumbang setakat ini!
Jumlah baki sasaran kutipan: RM 338.30

Sumbangan boleh diberi melalui akaun bank:
1-58114-0007078-0 (RHB)
AN-NAJWA BINTI ZAKARIA
Bendahari Kehormat
Persatuan Alumni KMPk
Rujukan: Dana B40

Hasil sumbangan ini akan digunakan untuk meringankan beban pelajar B40 dan juga pelajar berkategori asnaf.

#kmpkdihatiku
#JPPGerakJPPGempak
#bersamamenaburbakti
#teamrindukmpk
https://vt.tiktok.com/ZS6eB36Nf/

Terima kasih Alumni KMPk@UKM ❤️

Next uni mana pulak? 🫣

#kmpkdihatiku
#teamrindukmpk
#gatheringkmpk
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ribuan terima kasih kepada semua yang sudi untuk hadir dan turut serta menjayakan gathering kita pada malam semalam.

Alhamdulillah kita berjaya kembalikan program ini selepas Covid-19.

Terima kasih kepada kak Mas, Nur Mastura Mansor, Pengasas Bersama Persatuan Alumni KMPk, bersama-sama dalam program kita.

Terima kasih juga kepada Tuan Pengarah, Dr Aris Hanafi dan En Khairul Aiman sebagai wakil pihak kolej yang sudi meraikan alumni-alumni kita.

Terima kasih sanggup hadir dari jauh, walaupun ada yang bekerja, pelajar, tetapi masih memberikan komitmen anda kepada program ini.

Diharapkan semua mendapat impak daripada gathering ini dengan menambah kenalan baharu, reunion dengan kawan kawan, dan berkumpul dengan semua warga KMPk. ❤️

Akhir kata, semoga kita bersua lagi di program gathering yang seterusnya dan jumpa lagi!

Jangan lupa follow akaun rasmi media sosial Alumni KMPk untuk mengemaskini maklumat program terkini ❤️

Ainin Sofea
Pengarah Program
Noble Gather Alumni KMPk@UKM

#kmpkdihatiku
#teamrindukmpk
#gatheringkmpk
KEMPEN KUTIPAN DANA UNTUK PELAJAR B40

Kempen ini merupakan inisiatif Persatuan Alumni KMPk bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) KMPk bertujuan untuk meringankan beban pelajar B40 dan juga pelajar berkategori asnaf.

Sasaran kutipan dana adalah sebanyak RM1000.00 dan bakal diagihkan kepada pelajar B40 melalui konsep baucar makanan pada Januari 2025.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank:
15811400060780 (RHB)
AN-NAJWA BINTI ZAKARIA
Bendahari Kehormat
Persatuan Alumni KMPk
Reference: Dana B40

Terima kasih.

#kmpkdihatiku
#JPPGerakJPPGempak
#BersamaMenaburBakti
#teamrindukmpk
Orang kata UKM ini Universiti KMPk Malaysia 😙

Kami menyeru semua alumni KMPk yang melanjutkan pelajaran di UKM sama ada pelajar semasa ataupun graduan untuk hadir ke program Gathering Alumni KMPk@UKM.

Mari bersama-sama kita berkongsi cerita, berhubung dan memberi inspirasi serta mengenang memori indah sewaktu di KMPk. Jangan lupa juga untuk berpakaian bertemakan warna biru dan putih tau!🫰🏼🫰🏼🫰🏼

Yuran sebanyak RM10 akan dikenakan kepada setiap peserta. Tunggu apa lagi, jom daftar dengan klik link Google Form di bawah atau imbas kod QR untuk mendaftar 🤩:
https://forms.gle/19GsNQ5pL14LYPew8

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Akmal: 013-5865256
https://wa.link/p45t1l

Jom Anak Watan! 🤩

#kmpkdihatiku
#teamrindukmpk 
#gatheringkmpk@ukm
Alhamdulillah selesai siri kedua Meja Bulat Alumni 2024 bertajuk Pembangunan Karakter 💼

Terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Moga dapat memberi manfaat buat semua yang turut hadir.

Terima kasih juga kepada Dr. Khairun Nisa kerana sudi meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman dan tip-tip yang pasti akan berguna buat semua ❤️

Ikuti kami di laman sosial NGO Alumni KMPk supaya tak terlepas siri perkongsian seterusnya 😉

#kmpkdihatiku
#teamrindukmpk
#mejabulatalumni2024
#character
#development
https://youtube.com/live/vkbovtIsvJw?feature=share

Meja Bulat Alumni:
Pembangunan Karakter.

Jom ramai-ramai kita dengar perkongsian daripada seorang Pensyarah Sumber Manusia UniMAP, Dr. Khairun Nisa 🤩

Klik link untuk sertai Live Youtube Alumni KMPk.

#kmpkdihatiku
#teamrindukmpk
#mejabulatalumni2024
#character
#development
PENDAFTARAN LET'S CAMP 6.0 KINI DIBUKA❗️❗️❗️

Nak cuba aktiviti baru? Inilah masanya! 🤩

Kali ini kita ada Water Caving, agak-agak korang berani tak?

Kita juga ada BBQ dan pelbagai aktiviti menarik yang lain 😍

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 7-8 September 2024 (Sabtu & Ahad)
Lokasi: Gua Tempurung, Perak
Yuran: RM85 (Termasuk pakej Water Caving)

Jom! kita daftar dengan klik pautan Google Form di bawah atau imbas kod QR di poster.
https://forms.gle/WanaqnBLS39kbktG8

Tentatif program akan diberitahu kemudian. Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 2 September 2024 (Isnin), 11.59 malam.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi AJK Pendaftaran:
Danish: 011-6192 8393
Indah: 011-4045 0604

Selamat mendaftar dan jumpa anda di sana! 😁

#letscamp6
#kmpkdihatiku
#teamrindukmpk
NGO ALUMNI KMPk BANGKIT DENGAN NAFAS BAHARU

Alhamdulilah, telah selesai Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) yang berlangsung selama dua hari di Puchong, Selangor yang melibatkan semua Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk sesi 2024/2026.

Setelah berbincang dan meneliti, kita akan mengekalkan Visi, Misi dan Objektif (VMO) sedia ada dengan tujuan supaya persatuan ini dapat menambahbaik kekurangan pada sesi lepas dan akan terus bergerak dengan progresif dalam mengatur gerak kerja.

Pembentangan dan penyelarasan mengenai portfolio dan tugasan masing-masing juga telah dibuat yang berpaksikan slogan ‘Bersama Menabur Bakti’ sekaligus memfokuskan empat teras iaitu:
1. Kerjaya dan Pendidikan
2. Kepimpinan dan Kemahiran
3. Pentadbiran dan Tatakelola
4. Kewangan dan Hasil

Sedikit pembaharuan juga telah dilakukan pada sesi kali ini di mana kita telah memperkenalkan nilai yang menjadi teras persatuan iaitu ‘H.E.A.R.T’. Tujuan nilai ini diperkenalkan agar dapat diterapkan dalam setiap alumni dan juga pelajar semasa. Akronim ‘H.E.A.R.T’ di sini membawa maksud, sebagai seorang pemimpin yang bagus kita perlu mempunyai sifat ‘Humble, Empathy, Agility, Reliability dan Tenacity’.

Selain itu, kita telah menetapkan takwim tahunan bagi sesi kali kini dan insya-Allah terdapat beberapa program yang menarik akan dianjurkan untuk alumni dan juga kolej dalam masa terdekat.

Akhir kata, kami berharap agar semua alumni, pihak kolej dan pelajar dapat mendukung usaha ini agar dapat mengekalkan momentum yang ada dalam menjadikan persatuan ini sebagai alumni matrikulasi yang terunggul. Sekian.

"Bersama Menabur Bakti"

Hanies Iskandar
Timbalan Presiden
NGO Alumni KMPk
Sesi 2024/2026

#kmpkdihatiku#teamrindukmpk
See more posts

View in Telegram