Amalan Berpahala & Fadhail Amal ️MSO-D10

Group MSO-D10 Kongsi amalan yg boleh datangkan pahala insyaAllah dan mengumpulkan fadhail amal

Senarai group MSO yang lain di sini : https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557

View in Telegram

Recent Posts

​​AMAL SOLEH PADA SEPULUH ZULHIJJAH

عن عبدالله بن عباس رضي الله عنهما أن النبي ﷺ قال:
‎مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

رواه البخاري، وهذا لفظ أبي داود وغيره

Daripada Abdullah bin Abbas RA,
bahawa Nabi ﷺ bersabda,
❝ Tiada hari-hari yang AMAL SOLEH paling Allah sukai melainkan hari-hari ini; iaitu hari-hari sepuluh (1). ❞

Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah! jika pun jihad (2) di jalan Allah, tidak dapat menandinginya?”

Baginda bersabda,
❝ Jika pun jihad di jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar (3) bersama dirinya dan hartanya, kemudian dia tidak kembali dari demikian itu suatu pun (4). ❞

HR Bukhari dan lain-lainnya

1. Awal Sepuluh Zulhijjah.
2. Berperang di jalan Allah.
3. keluar berjihad.
4. Mengorbankan dirinya dan menggadaikan hartanya dalam perang.

Catatan :
Dr. Ahmad Irdha Mokhtar
Pengerusi ISLAMI Selangor

#amalan_zulhijjah
#hadis_my
26. Solat sunnah witir dan solat sunnah fajar lebih utama di bandingkan solat Tarawih
27. Memperpendek solat sunnah sebelum magrib lebih utama di bandingkan memperpanjang solat tersebut.
28. Sujud syukur lebih utama di bandingkan solat sunnah dengan niat bersyukur kepada Allah.
29. Mengkafani jenazah dengan 3 helai kain lebih utama di bandingkan lebih dari 3 helai
30. lafadz takbir "Allahu Akbar" lebih utama di bandingkan dengan lafadz takbir "Allahul Alkbar" atau  "Allhahu Jalil Alkbar".

Refrensi : Kitab Tuhfatut Tullab
Ust. Ali Marhus
📎30 IBADAH YANG LEBIH BANYAK PAHALANYA JIKA DI KERJAKAN LEBIH SEDIKIT DI BANDINGKAN DI PERBANYAK

Diantara Kaedah fiqhiyah terdapat kaedah :

كل ما كان أكثر في العمل فهو أكثر في الأجر والثواب

"Setiap ibadah yang lebih banyak jumlah dan pekerjaannya, maka tentu lebih banyak pula pahalanya"

Akan tetapi kaedah ini memiliki pengecualian, ada sekitar 30 amal ibadah yang lebih banyak pahalanya jika di kerjakan sedikit saja, daripada di perbanyak, yaitu :

1. Mengumpulkan sunnah wudhu berkumur dan menghirup air ke hidung dalam 1 pekerjaan lebih utama di bandingkan memisahkannya
2. Solat Asar lebih utama dari solat lainnya.
3. Solat dhuha 8 rakaat lebih utama di bandingkan 12 rakaat
4. Memendekkan solat sunnah fajar lebih utama di bandingkan memanjangkannya
5. Solat sunnah witir meskipun sebentar, lebih utama di bandingkan solat sunnah tahajjud meskipun lama.
6. Solat sunnah witir 3 rakaat lebih utama di bandingkaan solat sunnah witir lebih dari 3 rakaat
7. Solat sunnah I'ed lebih utama di bandingkan solat sunnnah gerhana matahari meskipun panjang.
8. Solat Berjama'ah 1 kali lebih utama di bandingakn solat sendiri namun di ulang 27 kali.
9. Lebih utama melakukan solat qasar daripada menyempurnakan solat jika perjalanan lebih dari 3 marhalah (± 132 KM)
10. Memakan sedikit saja dari daging hewan yang di kurbankan lebih utama di bandingkan mensedekahkan keseluruhan daging tersebut tanpa tersisa
11. Membaca surah pendek sampai selesai dalam solat lebih utama di bandingkan membaca surah yang panjang namun tidak sampai selesai.
12. Lafadz "أعوذ بالله من الشيطان الرجيم" lebih utama di bandingkan "أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم"
13. Solat yang di lakukan dengan bersiwak sebelumnya, lebih utama di bandingkan solat tanpa bersiwak meskipun bilangan rakaatnya lebih banyak
14. Lebih utama bagi imam memperpendek solatnya tapi tetap menjaga sunnah-sunnah solat di bandingkan mempanjang solat.
15. Solat yang bermakmum kepada orang yang adil lebih utama di bandingkan solat yang bermakmum kepada orang yang fasiq.
16. Solat di masjidil haram mekkah, madinah, dan Al-Aqsa lebih utama di bandingkan sholat di masjid selainnya meskipun solat dalam jama'ah yang sedikit, bahkan meskipun sendirian.
17. Mengqasar solat lebih utama daripada menyempurnakannya meskipun perjalanan tidak sampai 3 marhalah, jika dia membenci perkara-perkara rukhsoh
18. mengusap khuf/muza lebih utama daripada membasuhnya, jika dia membenci perkara-perkara rukhsoh (keringanan) dalam agama.
19. Solat qasar lebih utama daripada menyempurnakan sholat bagi musafir dalam peperangan
20. Solat sunnah fajar lebih utama dibandingkan solat sunnah yang dilakukan malam meskipun solatnya lama kecuali solat witir.
21. Membaca dua ayat dalam surah Al-Baqarah dan Al-Imran, yaitu Al-Baqarah ayat 136, dan Al-Imran ayat 36, dalam solat subuh lebih utama dari membaca surah lainnya menurut Syaikh Zakaria Al-Anshori
22. Membaca sebagian surah panjang lebih utama daripada membaca surah pendek dalam solat tarawih menurut Sulthonul Ulama Al-'Iz bin Abdissalam
23. Dalam melakukan solat witir dengan cara 3 rakaat sekaligus lebih utama dengan cara melakukan 1 kali tasyahhud saja di bandingkan dengan 2 tasyahhud, karena akan menyerupai solat maghrib
24. Membaca do'a di ajarkan oleh Rasulullah dalam tasyahhud solat lebih utama di bandingkan membaca do'a yang bukan dari Rasulullah meskipun doa tersebut panjang.
25. Dan do'a yang di ajarkan oleh Rasulullah tersebut lebih utama panjangnya tidak melebihi bacaan selawat dan tasyahhud dalam sholat di bandingkan do'a yang di ajarkan oleh Rasulullah namun panjang dan melebihi kadar bacaan selawat dan tasyahhud.
*JOM PUASA SUNAT*

18/3/2022 | 15 SYA 1443H (JUMAAT) :- *NISFU SYA'BAN*

16 - 18/3/2022 | 13 - 15 SYA 1443H (RABU - JUMAAT) :- *HARI PUTIH*
Antara amalan di bulan Rejab oleh Ustaz Wadi Anuar

AMALAN DI BULAN REJAB

1. Rejab merupakan antara bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab) yang mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu berdasarkan Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati)…”Surah at-Taubah: 36

2. Antara kelebihan bulan haram ialah setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. [Tafsir Ibn Kathir 4/130]

3. Disunatkan berpuasa pada bulan Rejab menurut Jumhur (Hanafi, Maliki, Syafie dan satu qaul daripada Hanabilah). Mazhab Hambali berpandangan makruh berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab yang mana dia tidak melakukannya pada bulan-bulan. Makruh itu boleh diangkat (tidak lagi menjadi makruh) dengan dia berbuka sehari atau dua hari daripada keseluruhan puasanya di bulan tersebut.

4. Tiada hadis-hadis yang sohih berkenaan kelebihan bulan Rejab secara khusus, namun kita boleh melakukan amalan-amalan berdasarkan hadis-hadis umum lain serta meraih kelebihan bulan Rejab sebagai bulan Haram.
Perbanyakkan berpuasa, bersedekah, berzikir, membaca al-Quran serta ibadah-ibadah lain juga sebagai persediaan menyambut kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

5. Kenyataan Dar Ifta’ Mesir (3986) berkenaan Kelebihan Bulan Rejab:
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnnya “Tabyin al-‘Ajab” membahagikan hadis-hadis yang warid tentang kelebihan bulan Rejab kepada hadis yang dhoif dan maudhu’ (palsu). Menurut beliau, hadis dhoif berjumlah 11 hadis, dan terdapat 21 hadis yang maudhu’ (palsu).
Antara hadis dhoif yang dinyatakan ialah satu doa yang sering diamalkan sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani dan Imam al-Baihaqi:

«اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ»

“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan”.

Perkara ini tidak menghalang seseorang untuk melakukan amal soleh di bulan yang mulia ini serta dibenarkan juga untuk beramal dengan hadis dhoif dalam perkara ini. Para ulama membenarkan untuk beramal dengan hadis dhoif dalam bab fadail amal selagi mana hadis tersebut tidak sampai ke tahap dhoif yang berat. Dalam masa yang sama, seseorang itu hendaklah tidak beritikad bahawa hadis itu sabit yang menunjukkan kelebihan bulan tersebut.

Wallahu’alam
KEMULIAAN 10 AWAL ZULHIJJAH

Allah SWT berfirman dlm ayat 1-2 Surah Al Fajr

1. Demi Waktu Fajar
2. Dan Demi 10 malam yang dimuliakan dgn kelebihan ( 10 awal zulhijjah )


Ulamak memperincikan - Kelebihan 10malam akhir Ramadhan kerana adanya kelebihan 1 malam ALQADR manakala kelebihan 10 pagi awal Zulhijjah kerana ada 1 hari ARAFAH..

SUNAT PUASA 1 HINGGA 9 ZULHIJJAH DAN BESAR PAHALANYA

Isteri Nabi saw meriwayatkan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ

Baginda Nabi saw berpuasa pada 1 -9 zulhijjah .
(Hr Abu Daud sahih.)

Pahalanya lebih dari pahala jihad:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ) ، قالوا يا رسول الله : ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال : ( وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

"Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."(Sahih BUKHARI 969)

Dalam hadis doif disebut pahala puasa sgt besar:

يَعْدِلُ صِيَامُ كُلِّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ وَقِيَامُ كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْهَا بِقِيَامِ لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Puasa setiap harinya (1-9 zulhijjah) menyamai puasa setahun, dan qiamullail setiap malamnya menyamai qiamullail pada malam Al-Qadr."

[Riwayat al-Tirmizi (758), Ibnu Majah (1728)]

Dalam hadis juga menyebut amalan ketika 1-10 zulhijjah dilipat ganda 700:

وَالْعَمَلَ فِيهِنَّ يُضَاعَفُ سَبْعمِائَةِ ضِعْفٍ

Beramal pada 1-10 zulhijjah dilipat ganda 700.

(Hadis riwayat Baihaqi) - doif

Hadis2 doif boleh diguna utk kelebihan amalan setelah amalan ini ditetapkan dengan hadis sahih (Nabi puasa 1-9 zulhijjah) di atas.

BAGAIMANA DENGAN ADA HADIS KATA NABI SAW TIDAK BERPUASA HARI TERSEBUT

Imam Nawawi berkata:

, فَقَالَ الْعُلَمَاءُ : وَهُوَ مُتَأَوِّلٌ عَلَى أَنَّهَا لَمْ تَرَهُ ، وَلَمْ يَلْزَمْ مِنْهُ تَرْكُهُ فِي نَفْسِ الْأَمْرِ ; لِأَنَّهُ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَكُونُ عِنْدَهَا فِي يَوْمٍ مِنْ تِسْعَةِ أَيَّامٍ

Ulama berkata: ditakwilkan bahawa Aisyah tidak melihatnya tidak semestinya Nabi tidak berpuasa kerana baginda hanya sehari sahaja dirumah aisyah dari 9 hari (Nabi saw menggilir 9 isterinya).(Syarah sahih Muslim)

Ustaz Shahrizan Daud At-Turubi
​​Siapa yang tidak sempat atau belum puas berbakti kepada ibubapa semasa hidup dahulu, peluang itu masih ada.
Tiada hadiah yang terindah bagi ibubapa yang telah meninggal dunia melebihi seorang anak yang kembali kepada agama.
Walau pun sejauhmana langkahmu meninggalkan agama, gembirakan mereka dengan kembali kepada al-Quran. Mulalah untuk membacanya. Lalu sedikit-sedikit tingkatkan diri dengan memahami dan mengamalkan kandungannya.

Daripada Muadh al-Juhani: Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَرَأَ القُرْآنَ وَعَمِلَ بِما فِيهِ أُلْبِسَ والِداهُ تاجًا يَوْمَ القِيامَةِ ضَوْؤُهُ أَحْسَنُ مِنْ ضَوْءِ الشَّمْسِ فِي بُيُوتِ الدُّنْيا لَوْ كَانَتْ فِيكُمْ فَما ظَنُّكُمْ بِالَّذِي عَمِلَ بهذا"

"Siapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan kandungannya, maka ibubapanya akan dipakaikan sebuah mahkota pada hari kiamat. Cahayanya lebih terang daripada cahaya matahari di dalam rumah-rumah dunia apabila matahari berada padanya. Ganjaran bagi orang yang melakukannya tentu lebih banyak lagi."

(Ahmad dan Abu Dawud)

Dr Umar Muhammad Noor
Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/06/714353/isi-masa-lockdown-dengan-perkara-bermanfaat
​​Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah :

إذا وقعت الفتن فتمسك بالسنة،

والزم الصمت،

ولا تخض فيما لا يعنيك،

وما أشكل عليك فرده إلى الله ورسوله.

Siyar A'lam Al-Nubala
​​Balai Cerap Selamgor

JOM SEMAK KIBLAT SEMPENA ISTIWA' A'DZAM🎯
=============
.
Di musim PKP 3.0 kali ni, jom ambil peluang dan kesempatan untuk menyemak arah kiblat rumah kita. Hanya guna bayang matahari je melalui fenomena Istiwa' A'dzam.
.
Fenomena Istiwa' A'dzam berlaku apabila kedudukan matahari berada tepat di atas kaabah. Pada ketika itu, bayang yang terhasil dari objek tegak akan menghala ke arah kiblat.
.
Bila tu?
Di Malaysia, fenomena ini berlaku pada:
28 Mei 2021 jam 5.16 petang
28 Mei 2021 jam 5.16 petang
28 Mei 2021 jam 5.16 petang
.
🎉Jom sama-sama ikuti Kempen Semak Kiblat dengan menghantar gambar bayang matahari pada waktu tersebut dari lokasi rumah anda.

🎗️🎫E-Sijil akan diberikan pada semua penyertaan.

📸Wasap gambar semakan menggunakan kaedah Istiwa' A'dzam di talian 👇👇

http://wasap.my/60103349282/Kempen_Semak_Kiblat
“ Paling utamanya bulan-bulan untuk puasa setelah Ramadhan adalah puasa di bulan-bulan Haram yaitu Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah, Muharrom dan Rejab sedangkan paling Utamanya adalah Muharrom berdasarkan riwayat dari Imam Muslim “Paling utamanya puasa setelah Ramadhan adalah bulan Allah Muharrom kemudian bulan haram yang lainnya. Secara dhohir keutamaan di antara bulan haram yang lainnya itu sama (selain Muharrom). Dan secara dhohir mendahulukan keutamaan Rejab agar keluar dari Khilafnya ulama yang melebihkannya ke atas bulan-bulan Haram” (Asna Al-Mathollib juz 1 hal. 433 )

Peringatan buat Ikhwan :

Hukum berkenaan puasa rejab ini adalah perkara khilaf.. janganlah kita terlalu fanatic dengan sesuatu pandangan sehingga menafikan pandangan yang lain sedangkan kedua-duanya adalah pandangan ijtihadi yang tak sunyi dari tersalah. Jangan pula sikap tegas nak memerangi penyebaran hadis yang pada anggapan kita dhoif atau maudhu’ sehingga kita lupa untuk merujuk fatwa ulama huffaz dan mujtahid yang lebih arif.

Renunglah kata – kata Imam Ibnu Hajar dalam Fatawa-nya juz 2 hal. 53 :

... وأمااستمرار هذاالفقيه على نهي الناس عن صوم رجب فهو جهل منه وجزاف على هذه لشريعةالمطهرة فإن لم يرجع عن ذلك وإلا وجب على حكام الشريعةالمطهرة زجره وتعزيره التعزيرالبليغ المانع له ولأمثاله من المجازفة في دين الله تعالى ويوافقه إفتاء العزبن عبدالسلام إنه سئل عما نقل عن بعض المحدثين من منع صوم رجب وتعظيم حرمته وهل يصح نذر صوم جميعه فقال في جوابه : نذرصومه صحيح لازم يتقرب إلى الله تعالى بمثله والذي نهى عن صومه جاهل بمأخذ أحكام الشرع وكيف يكون منهيا عنه مع أن العلماءالذين دونوا الشريعة لم يذكر أحدمنهم اندراجه فيما يكره صومه بل يكون صومه قربةإلى الله تعالى. اهـ

“Orang yang melarang puasa Rejab maka itu adalah kejahilan dan ketidak tahuan terhadap hukum syariat. Apabila ia tidak menarik ucapannya itu maka wajib bagi hakim atau penegak hukum untuk menghukumnya dengan hukuman yang keras yang dapat mencegahnya dan mencegah orang semisalnya yang merusak agama Allah SWT.

Sependapat dengan ini ‘Izzuddin Abdusssalam, sesungguhnya beliau ditanya dari apa yang dinukil dari sebagian Ahli Hadits tentang larangan puasa Rejab dan pengharamannya, dan apakah sah orang yang bernadzar puasa Rejab sebulan penuh maka beliau menjawab “Nadzar puasa Rejab itu sah dan boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Adapun larangan puasa Rejab itu adalah pendapat orang yang jahil akan pengambilan hukum-hukum syariat. Bagaimana boleh dilarang sedangkan para Ulama’ yang dekat dengan syariat tidak ada yang menyebutkan tentang dimakruhkannya puasa Rejab bahkan dikatakan puasa Rejab adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT (sunnah)".

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…amen.

Doakan taufik, hidayah dan ‘afiah…

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , والعفو منكم....أخوكم : محمد حذري بن هاشم بن يونس بن حسن البنداني

Ustaz Mohd Hazri al-Bindany
JANGAN KEDEKUT UNTUK ILMU.

Imam Muhammad Ibnu Al-Hasan Asy-Syaibani (anak murid kanan Imam Abu Hanifah) rahimahullah berkata:

"Ketika bapaku meninggal dunia, beliau telah meninggalkan wang sebanyak 30 000 dirham. Maka aku pun membelanjakan 15 000 dirham untuk ilmu Nahu dan Syair; dan 15 000 dirham lagi untuk ilmu Hadith dan Fiqh".

[At-Ta'liq Al-Mumajjad, Jilid 1, halaman 114]

Oleh Ustaz Abdul Rahman
[Mendahulukan Makan Buah Sebelum Makan Makanan Lain]

Hamba ditanya: Benarkah disunatkan mendahulukan makan buah sebelum makan makanan lain seperti roti, nasi dan sebagainya?

Apa yang hamba boleh katakan: Ya, dalam sesetengah kitab memang jelas disebutkan begitu. Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali rahimahullah menyebutkan dalam Ihya 'Ulumiddin (2/24-25, al-Maktabah al-Taufiqiyyah) :

وأما إحضار الطعام، فله آداب خمسة... الثاني ترتيب الأطعمة بتقديم الفاكهة أولا إن كانت، فذلك أوفق في الطب فإنها أسرع استحالة فينبغي أن تقع في أسفل المعدة. وفي القرآن تنبيه على تقديم الفاكهة في قوله تعالى ((وفاكهة مما يتخيرون)) ثم قال ((ولحم طير مما يشتهون)) اهـ

"Dan adapun menghidangkan makanan, maka baginya terdapat lima adab... Adab yang kedua ialah menyusun makanan (mengikut turutan) dengan menghidangkan buah terlebih dahulu jika ada. Maka yang demikian itu lebih bersesuaian dari segi perubatan kerana ia lebih cepat dihadam. Maka hendaklah ia berada di perut yang paling bawah. Dan dalam al-Quran terdapat tanbih (peringatan) terhadap amalan mendahulukan buah dalam firman-Nya (mafhumnya) "(Dan dibawakan kepada ahli syurga) buah daripada apa yang mereka pilih". Kemudian Allah berfirman (mafhumnya) "Dan daging burung daripada apa yang mereka inginkan"[Surah al-Waqi'ah: 20-21]".

Selain itu, para ulama juga menjadikan kisah Abu al-Haitham sebagai dalil dalam masalah ini. Kisah Abu al-Haitham ini masyhur, panjang dan terdapat pelbagai riwayat dengan pelbagai lafaz. Secara ringkasnya, pada suatu hari atau pada suatu malam Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pernah keluar dari rumah disebabkan lapar. Didapati Abu Bakar dan Umar r.a. juga keluar dari rumah mereka disebabkan faktor yang sama. Maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم mengajak mereka pergi ke rumah Abu al-Haitham al-Ansari r.a. Dipendekkan cerita, Abu al-Haitham r.a. telah menghidangkan kepada mereka setandan kurma dan kemudiannya hidangan daging kambing.

Ketika menghuraikan kisah di atas Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim [13/182, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah] berkata:

وفيه دليل على استحباب تقديم الفاكهة على الخبز واللحم وغيرهما اهـ

"Dan dalam hadis ini terdapat dalil istihbab (sunat) mendahulukan buah sebelum roti, daging dan selainnya.

Kata-kata al-Nawawi ini juga dinukilkan oleh al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi [5/370, Syarikat al-Quds (Kaherah)].

Ibn Hajar al-Haytami berkata dalam Ashraf al-Wasail Ila Fahm al-Shamail [hal.547, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah] :

وفيه ندب تقديم الفاكهة قبل الطعام لأتها أسرع هضما منه اهـ

"Dan dalam hadis ini terdapat nadb (sunat) mendahulukan buah sebelum makanan kerana buah lebih cepat dihadam daripada makanan".

Perkara yang sama juga disebutkan oleh al-Bayjuri dalam al-Mawahib al-Laduniyyah 'Ala al-Shamail al-Muhammadiyyah [hal.599, Dar al-Minhaj].

Dengan nukilan-nukilan daripada al-Ghazali, al-Nawawi, Ibn Hajar dan al-Bayjuri, saya kira persoalan di atas sudah terjawab. Wallahu a'lam.

Abdul Rahman Bin Harman Shah Raniri
Peristiwa² penting kehidupan Rasullullah s.a.w dari kelahiran baginda hinggalah kewafatan baginda

👇👇

https://www.facebook.com/thepatriotsstudio/videos/379966403374323/
​​Sabar Dengan Kerenah Masyarakat Adalah Lebih Baik

Oleh Ustaz Abdullaah Jalil
Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (meninggal: 795H) berkata:

نوافل عشر ذي الحجة أفضل من نوافل عشر رمضان،
وكذلك فرائض عشر ذي الحجة تضاعف أكثر من مضاعفة فرائض غيره.

“Amalan-amalan sunnah pada 10 hari (awal/pertama bulan) Zulhijjah lebih utama/afdhal daripada amalan-amalan sunnah pada 10 hari (terakhir bulan) Ramadhan. Demikian pula amalan-amalan wajib pada 10 hari (awal/pertama bulan) Zulhijjah digandakan lebih banyak (keutamaannya/ganjarannya) daripada gandaan amalan-amalan wajib pada waktu-waktu yang lain.”

[Lihat kitab Fath Al-Bari Syarh Shahih Al-Bukhari, 9/16 oleh Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah]
​​Doa ketika ditimpa kesusahan dan penyakit#pusatIslamUKM
​​[Paket Pahala Extra]

Rincian Pahala Jika Anda mulai berpuasa pada 4 Jun 2020.
4hb = Puasa Sunnah Kamis + Puasa Sunnah Syawal.
5hb = Puasa Sunnah Ayyamul Bidh + Puasa Sunnah Syawal.
6hb = Puasa Sunnah Ayyamul Bidh + Puasa Sunnah Syawal.
7hb = Puasa Sunnah Ayyamul Bidh + Puasa Sunnah Syawal.
8hb = Puasa Sunnah Senin + Puasa Sunnah Syawal.
9hb = Puasa Sunnah Syawal.

Jangan lewatkan momen-momen berharga ini.
Semoga bermanfaat

#nasihatulama
#puasasyawal
#puasaseninkamis
#puasaayyamulbidh
Perkongsian PDF Amalan Malam dan Pagi raya

Muat Turun: 👇👇
https://drive.google.com/file/d/1KkqYnJBHKp88Xt2PUJn7Duod2jxST6Ye/view?usp=sharing

Boleh dengar syarahan Ustaz Muhadir Haji Joll dalam video live yang terkini untuk rujukan.
See more posts

View in Telegram