Apadilangit

Apadilangit, also known as Universe Awareness Malaysia organization popularizing astronomy, space science and space apps in Malaysia.
Website: https://apadilangit.com
Group Chat: https://t.me/ApadilangitClan

Recent Posts

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗖𝘂𝘁𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 - 𝗞𝗲𝗺 𝗔𝘀𝘁𝗿𝗼𝗻𝗼𝗺𝗲𝗿 𝗠𝘂𝗱𝗮👨🏼‍🚀👩🏻‍🚀

Anak anda bosan semasa cuti sekolah?
Terlalu banyak masa dengan gajet boleh jejaskan perkembangan minda mereka.
Anak anda minat angkasa lepas?Apa Kata Asah Minat Mereka Cuti Sekolah Ini?

Amir dan aisyah minat dengan angkasa lepas dan asyik bermain game sahaja waktu cuti... tapi selepas menyertai Kem Astronomer Muda, mereka seronok belajar malah bercita-cita menjadi seorang saintis angkasa!🚀

Khas untuk 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗺𝘂𝗿 𝟲-𝟭𝟯 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻, daftarkan mereka untuk aktiviti STEM interaktif yang menyeronokkan dan mendidik!🚀

Program Anjuran bersama Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam UKM, Pusat Islam UKM serta Akademi Apadilangit.

📅 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 22 Disember 2024 (Ahad)
📍 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁: Masjid UKM
💫 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮: Dwi-bahasa
🕘 𝗠𝗮𝘀𝗮: Pilih salah satu -
Sesi 1: 9.00am - 12.30pm
Sesi 2: 2.00pm - 5.30pm

🔭 𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗔𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗼𝗹𝗲𝗵?
Kit Asas Astronomi – Buat model angkasa & terokai misteri alam semesta!
Bimbingan dari Pakar – Belajar tentang bintang dan planet seperti astronomer sebenar!
E-Sijil Penyertaan – Peserta akan mendapat e-sijil penyertaan

💥 𝗬𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻: RM69 sahaja!

📢 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗔𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗧𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱!
Daftar sekarang sebelum pendaftaran penuh. Jangan lepaskan peluang!

👉 𝗟𝗶𝗻𝗸 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻: https://ezy.la/KemAstroMudaUKM
👉 𝗟𝗶𝗻𝗸 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻: https://ezy.la/KemAstroMudaUKM
👉 𝗟𝗶𝗻𝗸 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻: https://ezy.la/KemAstroMudaUKM

𝗧𝗲𝗿𝗼𝗸𝗮𝗶 𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗽𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗶𝘁!🌠
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, telah mencalonkan bilionair dan angkasawan komersial Jared Isaacman untuk menerajui NASA. Ia menandakan perubahan besar bagi agensi tersebut. Isaacman 41 tahun, merupakan perintis dalam eksplorasi angkasa komersial, membiayai misi Polaris Dawn di mana beliau menjadi angkasawan bukan profesional pertama yang melakukan aktiviti di luar angkasa. Seorang bilionair yang membina kekayaannya sendiri dengan anggaran nilai bersih $1.9 bilion, Isaacman mengasaskan syarikat Shift4 Payments pada usia 16 tahun dan memainkan peranan penting dalam memajukan penglibatan sektor swasta dalam eksplorasi angkasa. Trump memuji kehebatan perniagaannya dan menyatakan keyakinan bahawa Isaacman mampu memacu misi NASA ke arah kejayaan.

Usaha Isaacman dalam bidang angkasa telah menarik perhatian ramai. Pada tahun 2021, beliau membiayai dan mengetuai misi Inspiration4, misi orbit pertama yang melibatkan kru awam sepenuhnya menggunakan kapsul SpaceX. Beliau juga memegang rekod dunia dalam penerbangan, termasuk rekod kelajuan dunia untuk mengelilingi bumi. Dikenali dengan semangat pengembaraannya, Isaacman telah menerbangkan jet tentera, mendaki gunung, dan menerajui syarikat pertahanan, Draken International, yang melatih juruterbang Tentera Udara. Komitmennya terhadap eksplorasi angkasa selari dengan kebergantungan NASA yang semakin meningkat kepada syarikat swasta untuk memperluas keupayaannya. Satu fokus yang dijangka dipertingkatkan di bawah kepimpinannya jika disahkan oleh Senat.

Dilahirkan di Union, New Jersey, Isaacman berhenti sekolah pada usia 15 tahun tetapi kemudian memperoleh sijil GED dan membina empayar bernilai berbilion dolar dari ruang bawah tanah rumah ibu bapanya. Shift4 Payments memproses lebih daripada $260 bilion setiap tahun dan berkhidmat untuk pelanggan besar seperti Hilton dan KFC. Pencapaiannya termasuk menjual kepentingan dalam Draken International dengan jumlah sembilan angka dan memiliki armada terbesar pesawat tentera swasta. Berkahwin dan mempunyai dua anak perempuan, Isaacman mengimbangi penglibatan berisiko tingginya dengan kehidupan keluarga di New Jersey, mencerminkan gabungan semangat keusahawanan dan keghairahan terhadap eksplorasi.
Kapal angkasa Psyche sedang menuju ke asteroid unik yang kaya logam. Nama kapal angkasa sama dengan nama asteroid yang dikaji. Asteroid ini mengorbit Matahari di antara Marikh dan Musytari. Menjelang Ogos 2029, kapal angkasa ini akan memulakan penerokaan asteroid yang dipercayai oleh saintis mempunyai kandungan logamnya yang tinggi yang mungkin merupakan teras sebahagian daripada planetesimal, iaitu blok pembina planet awal.

Asteroid 16 Psyche dianggarkan bernilai sekitar $10,000 kuadrilion, disebabkan oleh komposisi logamnya yang kaya, termasuk besi, nikel, dan logam berharga seperti emas dan platinum. Nilai yang luar biasa ini berasaskan anggapan bahawa sumber-sumbernya boleh diekstrak dan dibawa balik ke Bumi, walaupun teknologi untuk perlombongan asteroid masih dalam pembangunan.

Sementara syarikat-syarikat angkasa dan organisasi seperti NASA memberi tumpuan kepada penerokaan dan pemahaman potensi Psyche, perlombongan asteroid sebegini memerlukan kemajuan teknologi yang signifikan dan pelaburan kewangan yang besar.
Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) adalah keajaiban kejuruteraan yang luar biasa, mengelilingi Bumi pada kelajuan 28,000 kilometer sejam, berfungsi sebagai pusat penyelidikan saintifik dan kerjasama antarabangsa dalam penerokaan angkasa lepas.
Takziah kepada semua yang terkesan akibat banjir. Semoga tabah dan kuat. Jaga diri dan kekal selamat semua. Semoga dipermudahkan dan digantikan dengan yang lebih baik.
Boleh ke gi ?
Apooo di langit malam ini
🚀 Ikut Apadilangit ke MEASAT! 🚀-
— Peluang Eksklusif untuk Pelajar & Dewasa! —

Nak bagi anak-anak pengalaman yang bukan sekadar belajar di dalam kelas? Atau
mungkin anda sendiri nak tahu bagaimana satelit bekerja untuk kita setiap hari?

Apadilangit Space Camp Field Trip ke MEASAT kini dibuka untuk semua peringkat umur!

🌠 Apa yang Menarik?
🔸 Lawatan Eksklusif: Peluang melihat sendiri fasiliti satelit Malaysia
🔸 Aktiviti Hands-On: Sesi interaktif yang membina minat terhadap STEM
🔸 Inspirasi Masa Depan: Ketahui prospek karier dan pendidikan angkasa

Dengan pengalaman yang akan membuka mata dan minda, lawatan ini direka untuk pelajar sekolah rendah, menengah, dan juga ibu bapa serta dewasa yang ingin tahu lebih tentang dunia angkasa! 🌍💫

💥 Jangan Terlepas! Ini sesi terakhir bagi 2024
Tempat sangat terhad, jadi daftar segera untuk pengalaman belajar yang tak dapat dilupakan bersama Apadilangit!

📅 Tarikh & Pendaftaran:
Hari : Sabtu
Lokasi : MEASAT, Cyberjaya
Masa : 9 am - 1 pm
23 November : 5 - 14 tahun
Kanak-kanak berumur 5 & 6 tahun WAJIB diiringi oleh ibu/bapa/penjaga
30 November : 15 tahun dan dewasa
Yuran : RM150 seorang + RM30 untuk ibu/bapa/penjaga

Klik di sini untuk maklumat lanjut ➡️
https://ezy.la/spacecampmeasat
https://ezy.la/spacecampmeasat
https://ezy.la/spacecampmeasat

Jumpa anda di MEASAT
🪔Selamat Hari Deepavali!🪔
Deepavali Valthukkal!,

Vanakam🙏
Selamat Menyambut Hari Deepavali buat semua penganut Hindu di Malaysia.

Semoga sambutan Pesta Cahaya ini akan turut menerangi kehidupan ke arah yang lebih baik.🔥

Like & Follow Media Sosial Apadilangit
https://linktr.ee/apadilangit
Tahukah anda bagaimana perjalanan kami bermula? Ketika Apadilangit mula menjejak dunia maya, kami tampil dengan satu simbol harapan — logo yang mewakili visi kami untuk membina generasi celik angkasa di Malaysia. Pada masa itu, ia hanyalah satu langkah kecil, namun penuh makna, mencerminkan impian besar untuk melihat lebih ramai anak Malaysia terinspirasi dalam bidang sains angkasa dan astronomi.

Seiring masa berlalu, Facebook menjadi platform utama kami untuk berkongsi ilmu, menginspirasi dan melibatkan masyarakat dalam pelbagai program.

Hari ini, kami melihat kembali detik permulaan itu dengan penuh rasa syukur atas sokongan dan kepercayaan anda. Ayuh, teruskan bersama kami dalam misi membawa Malaysia lebih dekat ke bintang-bintang!

https://www.facebook.com/share/DvDBrfpdTwkSmDC1/
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

𝗕𝗨𝗦𝗜𝗡𝗘𝗦𝗦 𝗢𝗣𝗣𝗢𝗥𝗧𝗨𝗡𝗜𝗧𝗬 𝗣𝗥𝗘𝗩𝗜𝗘𝗪 (𝗕𝗢𝗣) 𝗔𝗣𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗜𝗧

Tuan/puan dijemput untuk menghadiri sesi 𝗕𝗨𝗦𝗜𝗡𝗘𝗦𝗦 𝗢𝗣𝗣𝗢𝗥𝗧𝗨𝗡𝗜𝗧𝗬 𝗣𝗥𝗘𝗩𝗜𝗘𝗪 (𝗕𝗢𝗣) yang akan diadakan secara atas talian. Sesi ini adalah peluang terbaik untuk anda mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat Apadilangit dan produk kami, serta butiran lanjut mengenai affiliate.

Antara agenda sesi:
1. 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 & 𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸
2. 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘀𝗶 𝗧𝘂𝘁𝗼𝗿𝗶𝗮𝗹
3. 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗔𝗳𝗳𝗶𝗹𝗶𝗮𝘁𝗲

Butiran Sesi BOP adalah seperti berikut:
🔖Tarikh: 26 Oktober 2024 (Sabtu)
🔖Masa: 9.00 pm
🔖Platform: Google Meet (https://meet.google.com/pzk-wjom-jnk)

Jom bersama kami pada malam ini!🔥
PANGGILAN AKHIR UNTUK
🌍🚀 Apadilangit Space Camp Field Trip to MEASAT:
Sempena World Space Week 2024 dengan tema Perubahan Iklim & Satelit

💡 Tempat terhad! Kurang 10 kerusi lagi - cepat sebelum penuh!
Jom ikuti pengalaman luar biasa sempena World Space Week 2024! 🌿 Dalam program ini, pelajar akan mendalami isu perubahan cuaca dan mempelajari asas satelit, termasuk aktiviti DIY Satelit MEASAT 3D yang menyeronokkan. 📡

Eksklusif untuk para peserta:
Lawatan ke Satellite Operation Centre
Teroka Network Operation Centre
Melihat secara dekat Antenna Farm
Bergambar di Rocket Hall of Fame 🚀

💡 Tempat terhad! Kurang 10 kerusi lagi - cepat sebelum penuh!

Ibu bapa juga dijemput untuk turut serta dalam field trip ini bersama anak-anak. 🧑‍🤝‍🧑👨‍👩‍👧‍👦

Jangan lepaskan peluang menyertai kami untuk mengubah masa depan melalui ilmu angkasa dan iklim. 🌎

📅 Tarikh: 26 November 2024
📍 Lokasi: MEASAT, Cyberjaya
🎟 Tempat Terhad - Daftar Sekarang!
👤 Umur : 9 - 18 tahun ( Pelajar sekolah menengah amat digalakkan)
Link pendaftaran : https://ezy.la/spacecampmeasat

#WorldSpaceWeek2024#MEASATTrip#ClimateChangeAndSatellite#Apadilangit#ExploreTheFuture
🚀 𝗝𝗮𝗻𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗔𝗳𝗳𝗶𝗹𝗶𝗮𝘁𝗲 𝗔𝗽𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗶𝘁!

Adakah anda ingin menjana pendapatan untuk setiap peserta yang mendaftar untuk program Apadilangit melalui anda? Ayuh sertai kami sebagai Affiliate Apadilangit secara 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮!

Sertai group whatsapp berikut untuk butiran lanjut: https://chat.whatsapp.com/BhMrUXQ2U50H74AxxVGoGi

Jom sertai kami sekarang!
See more posts
Telegram Channel