AZKA (Akademi Zakat)

Get the latest updates and reminders from Akademi Zakat (AZKA).

*Zakat Centre of Excellence*

AKADEMI ZAKAT (AZKA)

View in Telegram

Recent Posts

Bulan Rejab ini adalah salah satu bulan yang boleh dijadikan momentum untuk kita semakin meneguhkan perjuangan iman sehinggalah ke bulan Ramadan.

Semoga kita sentiasa istiqamah menambahkan pahala dengan sentiasa beramal dengan mengingati pengorbanan pemimpin kita dahulu mempertahankan Islam.

Ya Allah, Ya Tuhanku berkatilah kami pada bulan Rejab & Sya’aban dan sampaikan (hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)

#PusatPungutanZakat
#PPZMAIWP
#MemudahkanAndaBerzakat
#BulanRejabPPZ
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2025

Terima kasih 2024 yang memberi seribu makna buat kita semua. Semoga tahun baru ini membawa seribu harapan dan kebahagiaan untuk kita menjadi lebih kuat dan berjaya.

Terima kasih pendokong Akademi Zakat (AZKA). Terima kasih pembayar zakat!

#azka
#ppzmaiwp
#2025
#2025@AZKAakademizakat
PANGGILAN TERAKHIR MENUNAIKAN ZAKAT!

Di Malaysia pembayaran zakat di institusi zakat yang sah boleh melayakkan mendapat rebat dan mengurangkan jumlah cukai yang dibayar.

Kerajaan Malaysia mengeluarkan Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Seksyen 6A (3):

“Rebat hendaklah diberikan untuk suatu tahun taksiran bagi mana-mana zakat, fitrah atau apa-apa pembayaran berkaitan agama Islam lain yang wajib dan dibayar dalam tahun asas untuk tahun taksiran yang tersebut, dan dibuktikan dengan resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.”

Contoh mudah, jika bayaran zakat anda adalah sebanyak RM650 setahun pada tahun 2024, maka anda layak mendapat rebat cukai sebanyak RM650 bagi taksiran cukai tahun 2024.

Cara pengiraan:
Jumlah cukai pendapatan - jumlah zakat = Jumlah cukai perlu dibayar

Menangi pelbagai hadiah menarik seperti pakej Umrah dan banyak lagi dengan menunaikan zakat dan wakaf di PPZ-MAIWP.

Maklumat lanjut layari https://www.zakat.com.my/yez2024
AZKA (Akademi Zakat) pinned a photo
Alhamdulillah.

Penerbitan AZKA International Journal of Zakat and Social Finance (AZJAF) iaitu penerbitan jurnal akademik diurussetiakan oleh Akademi Zakat (AZKA) di bawah Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) telah mendapat pengiktirafan indeks MyCITE oleh Pusat Sitasi & Infometrik (PSI) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ini merupakan pengiktirafan pertama, dan satu-satunya jurnal bertemakan ZAKAT dan KEWANGAN SOSIAL yang mendapat pengiktirafan sedemikian rupa di Malaysia mahupun dunia.

AZJAF telah ditubuhkan pada tahun 2020, merupakan e-jurnal akses terbuka yang diterbitkan dua kali setahun, dan boleh dilayari melalui laman https://azjaf.zakat.com.my. Penerbitan AZJAF berobjektifkan untuk menyediakan akses pantas tentang kertas kerja berkualiti tinggi dan platform berterusan untuk berkongsi kajian daripada ahli akademik; serta menyebarkan ilmu dan penyelidikan dalam pengajian zakat dan kewangan sosial.

Layari https://azjaf.zakat.com.my untuk lebih info
KAUNTER PPZ-MAIWP DIBUKA SETIAP HARI SEPANJANG DISEMBER!

Hari ini semua kaunter PPZ-MAIWP buka tau. Kami tahu ramai yang tak berkesempatan untuk menguruskan bayaran zakat pada hari bekerja. Sebab itulah kami ‘extend’ waktu operasi kami demi pembayar zakat.

Mana yang belum sempat tunaikan zakat bolehlah ke kaunter-kaunter PPZ berdekatan.

Dapatkan cenderahari istimewa kalendar 2025 ya. Selagi stok masih ada.

Apa makna Bahagia Memberi bagi anda? 🤔

Menangi pelbagai hadiah menarik seperti pakej Umrah dan banyak lagi dengan menunaikan zakat dan wakaf di PPZ-MAIWP.

Kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari sepanjang Disember dari jam 8.00 pagi hingga hingga 4.45 petang.

Lebih istimewa pada setiap hari jumaat dan 23 - 31 Disember, waktu operasi kaunter dilanjutkan sehingga pukul 9.00 malam (kecuali kaunter UTC Pudu Sentral dibuka sehingga pukul 8.00 malam)

Maklumat lanjut mengenai kempen YEZ layari
https://www.zakat.com.my/yez2024
𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐎𝐊𝐔- 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐆𝐀𝐃𝐈𝐍𝐆

Program ini diadakan khas bersempena Sambutan Hari OKU Sedunia yang disambut pada Disember pada setiap tahun.

Sesi perkongsian ini akan memberi pendedahan kepada umum mengenai kemudahan, perkhidmatan, dan prasarana yang ditawarkan di UiTMCT untuk membantu pelajar kurang upaya menyambung pengajian ke menara gading.

Semua dijemput untuk hadir pada program seperti berikut:-

🗓️Tarikh: 17 Disember 2024, Selasa
Masa: 10.00 - 11.30 pagi
🖥️ Live:
https://tinyurl.com/3d62pket
📍Tempat: Sudut AZKA @ Library Community Engagement

🎙️Panel 1 : En. Mushaireen Musa , Penyelaras U - DServeD UiTM Cawangan Terengganu.

🎙️ Panel 2 : Cik Nur Zahirah Mohd Nasroon, Pelajar OKU Ijazah Sarjana Muda Sistem Pengurusan Pejabat UiTM Cawangan Terengganu.

🎙️Panel 3 : Puan Nur Dalila binti Adenan, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Terengganu (Tanggungan Keluarga OKU).

Semoga kehadiran semua dapat menjayakan lagi majlis ini. Sekian, terima kasih.
[CEO TALK] REALITI MISKIN BANDAR

Program ini bukan sekadar perbincangan, tetapi satu peluang untuk kita memahami lebih dalam mengenai isu kemiskinan bandar dan mencari solusi yang praktikal dan berkesan.

Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam perbincangan penting ini dan dapatkan pandangan dari pemimpin yang berpengalaman.

Saksikan CEO Talk secara langsung di Dewan Karangkraf, Shah Alam atau di semua platform digital Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:
Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=4i3UVzsIJqg
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/906220331492717
X: https://x.com/SinarOnline/status/1867375564082098517
Portal: https://www.sinarharian.com.my/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@sinarharianonline/live

#CEOTalk#SinarHarian#RealitiMiskinBandar#PPZ#MAIWP
𝐓𝐄𝐀&𝐓𝐀𝐋𝐊 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐀𝐔𝐓𝐇𝐎𝐑 📖☕️
Assalamualaikum wbt
Calling to all book lovers! 🌟

We welcome you to join our Tea&Talk where you get to sit and meet bestselling author, this time featuring 𝐎𝐬𝐦𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐞𝐧!

🔖 Known for his storytelling ability that resonates deeply with readers, his novel 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐞𝐧𝐭𝐢 is a bestseller under Iman publication that deals with the themes of family, mental health, and history.

🗓 𝐃𝐚𝐭𝐞: 𝟏𝟐 𝐃𝐞𝐜𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫, 𝐓𝐡𝐮𝐫𝐬𝐝𝐚𝐲
𝐓𝐢𝐦𝐞: 𝟓 𝐩𝐦 – 𝟔 𝐩𝐦
📍𝐕𝐞𝐧𝐮𝐞: 𝐌𝐁𝐒𝐁-𝐀𝐙𝐊𝐀 𝐂𝐎𝐑𝐍𝐄𝐑 (𝐁𝐘𝐎𝐃 𝐋𝐚𝐛) 𝐋𝐞𝐯𝐞𝐥 𝟏, 𝐃𝐚𝐫 𝐚𝐥-𝐇𝐢𝐤𝐦𝐚𝐡 𝐋𝐢𝐛𝐫𝐚𝐫𝐲
✍️ 𝐒𝐩𝐞𝐚𝐤𝐞𝐫: 𝐎𝐬𝐦𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐞𝐧

Also, Live on The Official IIUM Library YouTube Channel: https://www.youtube.com/watch?v=cyL_54NatVM

Registration link: https://forms.gle/VjSufVmXbFoS6rRx5

𝐒𝐭𝐚𝐫𝐩𝐨𝐢𝐧𝐭𝐬 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐛𝐞 𝐩𝐫𝐨𝐯𝐢𝐝𝐞𝐝 🌟
𝐀𝐝𝐦𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐢𝐬 𝐟𝐫𝐞𝐞!
Langsung!
AZKA Webinar: DAMPAK ZAKAT: MUSTAHIK SEJAHTERA

📌 Pembentang: Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya (Pengurus Bahagian Agihan MAIWP)
📌 Moderator: Hj. Azhan Ismail (PPZ-MAIWP)

💻 Facebook: https://www.facebook.com/share/v/19eMgi3UVH/

Sila daftar untuk mendapatkan sijil penyertaan - https://forms.gle/YSikYeiNkVF8pLnf7
⭐️Jemputan menyertai Webinar - Dampak Zakat: Mustahik Sejahtera.

Dalam webinar ini, kita akan meneliti apakah peranan Baitulmal MAIWP dalam memberi kesan kepada kesejahteraan ummah secara menyeluruh.

📌 Pembentang: Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya (Pengurus Bahagian Agihan MAIWP)
📌 Moderator: Hj. Azhan Ismail (PPZ-MAIWP)
📆 Tarikh: 12 Disember 2024 (Khamis)
🕰 Masa: 3.00 pm - 4.30 pm
🖥 Medium: Live di Facebook & Youtube PPZ-MAIWP

🎁 Penanya soalan yang bertuah berpeluang menerima cenderahati.

🔰 E-sijil penyertaan disediakan. Pendaftaran Google Form akan diedarkan ketika sesi berlangsung.
Langsung!
AZKA Webinar: INSENTIF CUKAI KE ATAS ZAKAT & WAKAF

📌 Pembentang: Dr. Mohd Fairuz A. Razak (MATA) dan En.Rohaizad Abd Fendi (LHDN)
📌 Moderator: Hj. Azhan Ismail (PPZ-MAIWP)

💻 Youtube: https://www.youtube.com/live/EF6xaY5HFSs
💻 Facebook: https://www.facebook.com/share/157urRb6Z6/

Sila daftar untuk mendapatkan sijil penyertaan - https://forms.gle/pEx5zqXEeV6HpvjYA
⭐️Mari sertai AZKA Webinar - INSENTIF CUKAI KE ATAS ZAKAT & WAKAF

📌 Pembentang: Dr. Mohd Fairuz A. Razak (MATA) dan En.Rohaizad Abd Fendi (LHDN)
📌 Moderator: Hj. Azhan Ismail (PPZ-MAIWP)
📆 Tarikh: 3 Disember 2024 (Selasa)
🕰 Masa: 10.30 am - 12.00 tgh
🖥 Medium: Live di Facebook & Youtube PPZ-MAIWP

🎁 Penanya soalan yang bertuah berpeluang menerima cenderahati.

🔰 E-sijil penyertaan disediakan. Pendaftaran Google Form akan diedarkan ketika sesi berlangsung.
Anda semua dijemput ke Karnival YEZ x Pasar Saloma 2024!

Pada 28 Nov - 1 Dis ini PPZ-MAIWP akan mengadakan Karnival Year End Zakat (YEZ) X Pasar Saloma 2024 di Tapak Bazar, Presint 3, Putrajaya. Sebelah Masjid Besi je!

Bermula 28 Nov, bakal berlangsung rakaman Tazkirah Malam Jumaat Astro Oasis dan menampilkan figura hebat seperti Datuk Ustaz Kazim Elias, Datuk Dr. Norhafizah Musa, Imam Muda Asyraf dan Amin Idris.

Pada malam 29 Nov (Jumaat) pula terdapat pelbagai persembahan.

Pada malam kemuncak pula iaitu Malam AKAR (Amal Kasih Allah & Rasul) bakal menampilkan kumpulan Caliph Buskers dan kumpulan lagenda nasyid Raihan.

Pelbagai pertandingan juga turut ditawarkan kepada orang ramai seperti pertandingan mewarna, Street Soccer, Kompang, Nasyid dan Hias Kek.

Nantikan kemunculan ‘teacher’ dari MC+ ! Dengarnya mereka nak buat kelas tuisyen percuma.

Emmm. Lagi… ada apa lagi ya? 🤔 Semestinya lebih 100 buah gerai jualan makanan di Pasar Saloma! Siapa yang rindukan makanan Melayu klasik, inilah tempatnya.

See more posts

View in Telegram