Berita Harian Singapura

https://www.beritaharian.sg

Recent Posts

PAP memperkenal barisan calon yang bakal bertanding di GRC Chua Chu Kang bagi GE2025 termasuk dua calon baru, Dr Choo Pei Ling dan Encik Jeffrey Siow, pada 14 April. Pasukan ini dipimpin Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong dan turut merangkumi Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang kini, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.
Pasukan PAP yang akan bertanding di GRC Jurong East-Bukit Batok, sebuah GRC yang baru dibentuk, termasuk Cik Rahayu Mahzam, Encik Murali Pillai dan dua muka baru, dengan dipimpin Cik Grace Fu.
Encik Zhulkarnain Abdul Rahim diumumkan akan tanding lagi bersama pasukan PAP di GRC Chu Chu Kang dalam GE2025, ingin teruskan usaha peningkatan di kawasan undi itu.
Kini berkhidmat sebagai Anggota Parlimen menjaga kawasan Bukit Batok East di GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam komited terus dekati penduduk, memperkukuh masyarakat di GRC Jurong East-Bukit Batok yang baru dibentuk.
Wajah baru PAP Foo Cexiang kelihatan bertemu penduduk Punggol pada 13 April. Katanya, beliau ingin bertemu seramai mungkin penduduk dan ingin memahami keperluan mereka.
Encik Kawal Pal Singh dan Cik Elysa Chen merupakan dua wajah baru yang dilihat semasa lawatan pasukan PAP ke Toa Payoh pada 13 April, menjelang GE2025.

Baca di sini πŸ”—
Encik Mohamad Hamim Aliyas, 62 tahun, merupakan salah seorang calon PAR yang telah diperkenal semalam dan berpotensi bertanding di GRC Jalan Besar.

Baca di sini πŸ”—
Pensyarah NUS Dr Elmie Nekmat, merupakan antara tiga wajah baru yang diperkenal PAP di GRC Sengkang. Pasukan tersebut juga terdiri daripada Mantan Menteri Negara Kanan, Dr Lam Pin Min, pengarah pembangunan perniagaan Theodora Lai Xi Yi, 39 tahun; dan pengarah syarikat Bernadette Giam, 38 tahun.
Pengasas laman web berita alternatif, Wake Up, Singapore (WUSG), Encik Ariffin Iskandar Sha Ali Akbar, merupakan antara calon yang diperkenalkan oleh setiausaha agung Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan, pada 13 April.

Baca di sini
Lebih daripada sekadar bilangan kerusi yang berjaya ditawan Parti Tindakan Rakyat (PAP) atau parti pembangkang, setiap pilihan raya adalah tentang memilih individu yang mempunyai integriti dan dedikasi, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Baca di sini πŸ”—
Pasukan Parti Demokratik Singapura (SDP) yang akan bertanding di GRC Marsiling-Yew Tee terdiri daripada setiausaha penganjur parti Jufri Salim, pengasas laman berita alternatif Wake Up Singapore, Ariffin Sha, pengarah teater Alec Tok dan Dr Gigene Wong.

Baca di sini πŸ”—
Parti pembangkang Titik Merah Bersatu (RDU) pada 13 April memperkenalkan tiga anggotanya yang berpotensi bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) di GRC Nee Soon.

Baca di sini
Mantan penjawat awam kanan, Cik Jasmin Lau, dan tokoh veteran Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Victor Lye, dilihat menyertai lawatan turun padang di GRC Ang Mo Kio bersama Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong.
Doktor pergigian, Dr Faisal Abdul Aziz, merupakan antara empat wajah baru yang diperkenal PAP untuk bertanding di GRC Aljunied.

Baca di sini πŸ”—
Mantan panglima tentera darat, Encik David Neo dilihat menyertai pasukan PAP di GRC Tampines semasa acara Irama Aidilfitri 2025 di OTH pada 12 April.
Pengerusi PSP, Dr Tan Cheng Bock, memperkenal wajah baru Parti Kemajuan Singapura (PSP), Cik Stephanie Tan pada 12 April. PSP mengumumkan hasrat bertanding di sekurang-kurangnya tiga Kawasan Undi Perseorangan (SMC) dalam Pilihan Raya Umum (GE) 2025.

Baca di sini πŸ‘‡
PSP dijadual bertanding di SMC Marymount, Kebun Baru dan Pioneer

Pendidikan, kesihatan mental, antara isu yang ingin diketengah muka baru PSP
Barisan calon PAP yang bakal bertanding di GRC Marsiling-Yew Tee untuk pilihan raya akan datang tidak berubah. Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Tenaga Manusia Encik Zaqy Mohamad berharap penduduk kawasan itu meletakkan kepercayaan terhadap pasukan itu sekali lagi.

Baca di sini πŸ”—
Perdana Menteri Lawrence Wong berkata PAP telah memuktamadkan calon-calonnya bagi Pilihan Raya Umum akan datang, dan akan tampilkan 30 calon baru. Ini merupakan jumlah terbesar yang pernah diperkenal parti tersebut.

Baca di sini πŸ”—
Mantan Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim akan mengambil alih tugas Dr Maliki Osman untuk menjaga penduduk dan kawasan undi Siglap di GRC East Coast.

Baca di siniπŸ”—
Meskipun tidak akan bertanding di GRC East Coast dalam GE2025, Dr Maliki menekankan peranannya dalam masyarakat tidak berubah.

Baca di sini πŸ”—
See more posts
TeleSearch