CIDB MALAYSIA
CIDB Malaysia is now on Telegram.
Get the latest updates from CIDB by joining this Telegram group.
Download Telegram App on your mobile and search CIDB Malaysia on the app and click *join* .
Recent Posts
Satu mesyuarat kolaborasi yang telah diketuai oleh Puan Zainora Zainal, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia dan Bahagian Pembangunan Teknologi (BPT) serta CIDB IBS Sdn Bhd berkaitan MODULAR BUILDING INSTITUTE (MBI) telah diadakan pada 5 Mac 2025.
Wakil dari Modular Building Institute (MBI) adalah Mr. Martins Motivans dan Mr. Marcis Kreicmanis membincangkan mengenai potensi meneroka penggunaan bangunan modular (modular building) sebagai penyelesaian inovatif dalam membangunkan projek pembinaan yang lebih cepat, kos efektif dan lestari.
Adalah menjadi harapan agar penggunaan modular menjadi salah satu teknologi muncul (emerging technology) dalam Industri Pembinaan di Malaysia.
#cidbmalaysia#MODULARBUILDINGINSTITUTE#binasempurna#MalaysiaMadani
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0wdVPxZPWRwR5XhmsH3DJUeYfBUE7hbGwxRwsU9PF7vvQZAkoWCGD3zap1o6bhG7jl

📢 Kempen Kesedaran Bina & Ubah Suai Rumah oleh CIDB Malaysia! 🏡🔨
CIDB Malaysia sedang merancang Kempen Kesedaran Bina & Ubah Suai Rumah bagi membantu pemilik rumah mendapatkan maklumat yang tepat serta garis panduan yang betul mengenai pembinaan dan ubah suai rumah.
Ikuti laman ini untuk tips berguna, panduan keselamatan, dan maklumat terkini mengenai pembinaan rumah yang berkualiti dan mematuhi peraturan.
📌 Like & Follow sekarang! 👍
#CIDBMalaysia#BinaUbahSuai#RumahSelamat#KontraktorBertauliah#PembinaanBerkualiti
https://www.facebook.com/share/1EUE8tkqqi/?mibextid=wwXIfr

Kuantan, 5 Mac 2025 – CIDB Pahang telah mengadakan satu kunjungan hormat bertemu Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria di Pejabat JKR Pahang di Kompleks Tun Razak, Kuantan, Pahang.
Kunjungan hormat ini diadakan sebagai tanda komitmen dan menjalinkan hubungan yang utuh bersama JKR Pahang disamping membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan industri pembinaan terutama di Negeri Pahang.
Antara perkara utama yang dibincangkan adalah saranan YBhg Dato’ Pengarah JKR Pahang dalam memberi galakan kepada kontraktor baharu agar lebih bersedia dalam menyertai projek, terutamanya projek kerajaan. Ini kerana kebanyakan kontraktor baharu masih kurang berpengalaman dalam mendapatkan pembekal yang kompetitif, kurang pendedahan kepada teknologi pembinaan terkini serta menghadapi cabaran dalam mendapatkan pembiayaan atau pinjaman untuk memulakan projek.
Hasil perbincangan ini juga YBhg Dato’ turut menyarankan agar CIDB dapat melaksanakan libat urus secara menyeluruh dengan kontraktor di Negeri Pahang khusus dalam penggunaan IBS termasuk pembekal dan pengeluar IBS. Ini berikutan bagi membuka ruang dalam mewujudkan kontraktor yang lebih berdaya saing dalam industri pembinaan yang disamping memastikan industri pembinaan lebih bersedia menghadapi cabaran dari masa ke semasa.

SESI LIBAT URUS CIDB NEGERI KEDAH DENGAN MURTADHA DAKWAH CENTRE (MADAD).
5 Mac 2025 (Rabu) - Delegasi CIDB Negeri Kedah yang diketuai oleh Pengarah Negeri, En Muhammad Fariq bin Abdul Hamid telah mengadakan sesi Libat Urus bersama Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Sungai Petani hari ini. Turut serta dalam sesi ini Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara, En. Mohd Nazri Bin Hj. Zakaria dan Pengurus CIDB Technologies Cawangan Utara, En Nazrizal Nazri serta barisan pengurusan.
Pada sesi tersebut, CIDB telah memberikan penerangan berkenaan peranan CIDB dan program SCORE & MCORE, QLASSIC, CQMS, IBS SCORE, BIM serta akreditasi. Turut dibincangkan adalah potensi kerjasama melalui Latihan & Penilaian Kompetensi Kemahiran, keperluan BIM Satellite dan pembinaan modular bagi projek-projek MADAD.
ABM dan CIDB Technologies juga telah diberi ruang untuk mengenegahkan program latihan dan penilaian yang ditawarkan. MADAD sangat teruja terhadap Latihan dan teknologi yang sediakan serta kejayaan alumni di dalam industri pembinaan.
Selain itu juga, melihat kepada peranan, pencapaian, pengalaman, kapabiliti dalam pembinaan serta kedudukan yang strategik, MADAD dikira berpotensi menjadi Pusat Penilaian Kemahiran Bertauliah (PPKB) CIDB.
Pengarah Urusan MADAD, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra bin Mohd Yusof menerima baik setiap cadangan halatuju kerjasama yang dibentangkan dan mengharapkan usahasama ini diteruskan secepat mungkin bagi kebaikan ummah.
#cidbmalaysia#madad#binasempurna#MalaysiaMadani
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid04zimXPAuoYhqSWeFGugqrqQMFuAnyMMfLASCn4aXGsbKWcC8CV6JMayrUSTFpRnUl

Satu lawatan kunjungan balas oleh PETRONAS Penapisan (Terengganu) Sdn. Bhd., PP(T)SB ke Pejabat CIDB Terengganu telah berlangsung pada 03 Mac 2025. Sesi lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Fazli Bin Deraman, MD/CEO PP(T)SB.
Antara intipati sesi ini adalah perkongsian maklumat dan cadangan langkah awal bagi memastikan kepatuhan oleh kontraktor yang terlibat dalam aktiviti ‘Turnaround’ dan ‘Shutdown’.
Di samping itu, pihak PP(T)SB juga mengambil langkah proaktif dengan mengadakan Pelan & Kemajuan Pematuhan Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB di PP(T)SB.
Pihak CIDB Terengganu sentiasa komited dan terbuka untuk bekerjasama dengan pemain industri dalam memartabatkan industri pembinaan di Malaysia. Semoga kerjasama ini akan terus dikekalkan dan memberi manfaat kepada industri pembinaan, khususnya industri minyak dan gas.
#cidbmalaysia#petronas#malaysiamadani
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0y16wibfuh9KKeVqSWBUFDPuosjTqhWbbpvmaPh3F5ur9HcWzPuo9N9DZYF7Bg2UDl

Pemakluman
.
Waktu Operasi Kaunter CIDB Negeri/Cawangan Sempena Bulan Ramadan 1446 Hijrah (2025)
#binasempurna#cidbmalaysia#ramadan2025

Salam Ramadan al-Mubarak
Ikhlas daripada YBrs Puan Zainora Zainal, Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

CIDB mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Marhaban ya Ramadan!
.
Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan keikhlasan.

KEM MOTIVASI SIRI 1/2025 BAGI PESERTA NEGARA YANG BAKAL BERTANDING DALAM PERTANDINGAN WORLDSKILLS ASEAN DAN WORLDSKILLS ASIA
OUTWARD BOUND MALAYSIA, LUMUT – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersama pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menganjurkan Kem Siri Motivasi Siri 1/2025 pada 24 hingga 27 Februari 2025 di Lumut, Perak bagi Peserta-Peserta Negara yang bakal bertanding dalam pertandingan Worldskills ASEAN 2025 dan Worldskills Asia 2025.
Program ini merupakan program berbentuk fizikal dan menguji ketahanan diri bagi 35 Peserta Negara yang akan membawa cabaran Malaysia di pentas dunia. Objektif penganjuran program ini bertujuan melatih Peserta Negara supaya mempunyai kekuatan dan peribadi yang teguh dalam menghadapi pelbagai cabaran ketika dalam pertandingan.
Diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat yang baik kepada semua peserta yang terlibat, sekaligus dapat memberikan dorongan dalam pertandingan yang bakal dijalankan.
“MISI MEMBURU PINGAT EMAS”

Libat Urus CIDB Negeri Pahang Bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi Kerajaan Negeri Pahang
Kuantan, 26 Februari 2025 – CIDB Negeri Pahang telah mengadakan sesi Libat Urus bersama SUK Pahang, PBT dan agensi kerajaan. Program ini menghimpunkan 50 peserta dari 10 PBT serta 18 agensi kerajaan.
Majlis ini dirasmikan oleh En. Nur Iskandar bin Zulkefli, Pengarah CIDB Negeri Pahang. Program bertujuan meningkatkan pemahaman tentang Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) serta Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE & MCORE). Selain itu, CIDB turut memperkenalkan sistem MyCREST dan Sustainable INFRASTAR untuk menilai kecekapan projek pembinaan secara lestari.
Ceramah disampaikan oleh pegawai dari CIDB dan CREAM dalam pelbagai topik, termasuk Building Information Modelling (BIM), Perakuan Pematuhan Standard (PPS) dan Pekeliling KPKT Bil. 4/2024. Sesi ini menjadi platform penting bagi pihak berkepentingan memahami teknologi, pematuhan piawaian, serta meningkatkan keberkesanan sektor pembinaan.
CIDB Negeri Pahang berharap inisiatif ini berterusan untuk memperkukuh hubungan antara industri pembinaan dan agensi kerajaan dalam memastikan pembangunan yang mampan dan berkualiti tinggi di Negeri Pahang.