Cikgu Fazlie Biosensei
Channel khas untuk pemantapan dan penguasaan subjek Biologi SPM yang dikelolakan oleh Cikgu Fazlie Biosensei.
Berkongsi amalan terbaik PDP.
Guru Biologi/Sains di SM Sains Sultan Mahmud (SESMA).
www.youtube.com/c/CIKGUFAZLIEBIOSENSEI
Since 15 November 2020
Recent Posts
Cikgu-cikgu nak buat aktiviti untuk Bio T4, nak tarik minat murid dengan Bio khususnya bab 2, boleh buat aktiviti ni.
Ajak murid-murid ternak Paramecium sp..
https://vt.tiktok.com/ZSM7WJXLd/
Mesti semua suka. Sebelum ternak, suruh mereka lukis dulu 2 organisma unisel, Amoeba sp. dan Paramecium sp.

QUIZIZZ dah ada feature terbaharu iaitu FLASH CARD!
Cikgu-cikgu boleh cipta flash card sendiri menggunakan AI, upload/paste text dari bahan PDP dan jana!
Boleh main game show dengan murid-murid kita.
Kat bawah ni contoh FLASH CARD yang saya hasilkan menggunakan nota grafik saya. Muat naik fail PDF (saiz kurang daripada 25MB) dan jana! Bentuk soalan boleh edit dan betulkan jika ada fakta yang salah.
Cikgu-cikgu juga boleh assign kepada murid sebagai bahan ulangkaji.
BIO F4 2.1 CELL STRUCTURE & FUNCTION
https://quizizz.com/admin/flashcard/67d63ba06f54f4712989649b?source=lesson_share

Rutin wajib untuk murid tingkatan 4 bila belajar Biologi bab 2.
Wajib lukis dan label sel haiwan dan sel tumbuhan dengan betul.
Semuanya tekun melukis.
1st online tuition for F4 this 2025 session.
Exclusive for Invictus Batch of SESMA, 110 participants.
Public classes will be open to enroll this Raya holiday (before raya).
Harga rahmah macam selalu. RM5 per pax for 90 minutes session termasuk bahan dan rakaman.
Bagi yang berminat, tunggu iklan rasmi nanti.
Assalamualaikum dan selamat tengah hari.
Pengumuman penting untuk PEMBELI MODUL BIOSYNTHESIS F4!!!!
SKEMA JAWAPAN UNTUK BAB 2-9 SUDAH TERSEDIA DI GOOGLE DRIVE.
Boleh download di sini:
https://drive.google.com/drive/folders/1hhjJupzKCaY_s0rM-d0m7RHFHr10NJit
Pembelian boleh dilakukan di sini:
https://my.shp.ee/XG9YJU3
Laporan hari ini, saintis dari Colossal Biosciences berjaya lahirkan tikus yang ada ciri-ciri mamot (mammoth) iaitu berbulu tebal dan tahan sejuk antaranya.
Tikus berbulu lebat ini dilahirkan melalui penyuntingan DNA. Embrio tikus asal disunting DNA-nya supaya sebahagian jujukan DNA tersebut membawa DNA mamot. Kemudian, embrio yang disunting itu akan dilahirkan oleh ibu tumpang yang merupakan tikus biasa.
Kenapa mereka buat projek ini? Sebab nak bangkitkan (resurrection) semula mamot. Jadi, mereka bermula dengan tikus dulu. Mamot nanti boleh dibuat ke atas gajah asia.
Jemput ke saluran Telegram saya untuk info-info sains;
https://t.me/zamirmohyedin
https://www.facebook.com/share/v/18rgH43k72/

Cikgu Fazlie Biosensei pinned a photo
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Cikgu baru ada kesempatan nak menulis.
Hampir 2 minggu diuji dengan ujian kesihatan dan kesibukan duniawi. Baru dapat balik ke alam nyata dan maya
Cikgu2 dah ajar sampai bab berapa tu?
Maklumla, sesi 2025 ni agak mencabar. Mula sesi pertengahan bulan 2, kena habiskan silibus sebelum bulan 12. Mesti seram sejuk je terutama bila fikirkan silibus t4. Bulan puasa pulak tu. Semoga cikgu terus kreatif merencana PDP masing².
Bagi yang nak dapatkan buku nota dan modul latihan, boleh klik link di bawah.
NOTA RINGKAS T4 (DWIBAHASA) - RM20.00
https://my.shp.ee/yNraW7Q
(Stok tinggal dalam 20 buah)
MODUL BIOSYNTHESIS F4 (DWIBAHASA) - RM26.90
https://my.shp.ee/XG9YJU3
MODUL BIOSYNTHESIS F5 (DWIBAHASA) - RM25.00
https://my.shp.ee/qALDMbu
(Out of stock - akan restock pada minggu depan)
Assalamualaikum semua.
SELAMAT MEYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADAN YANG MULIA BUAT SEMUA MUSLIM.
IKHLAS DARIPADA:
Cikgu Fazlie Biosensei
Cikgu Fazlie Biosensei pinned a photo
Ulang siar untuk pembeli modul latihan topikal.
Set JAWAPAN MODUL BIOSYNTHESIS F4 & F5 ada DI SINI!
Sila simpan siap² ya.
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Cikgu mohon maaf sebab belum sempat kongsi bahan lagi untuk sesi persekolahan 2025 ni.
Cikgu diuji dengan ujian kesihatan. Sistem pertahanan pertama dan kedua cikgu gagal menghalang kemasukan patogen.
Akhirnya, sistem pertahanan ketiga terpaksa diaktifkan.
Masih lagi dalam fasa penyembuhan akibat demam viral dan bengkak tonsil.
Alhamdulillah, dah semakin baik.
SELINGAN:
Sekarang sedang berlangsung pertandingan F1 In School peringkat Kebangsaan di UITM Alor Gajah, Melaka.
Jadi cikgu nak mohon bantuan anda semua.
Mohon vote team SESMA
WARISAN, SATRIA DAN BLAZE
di pautan ini.
Ada 3 team sekolah cikgu bertanding. Boleh pilih antara 3 tu terutamanya TEAM SATRIA.
https://qrco.de/bfm7eZ
Tahukah anda?
Setiap 50 gram daging terproses yang diambil setiap hari boleh meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 17%.
(Sumber rujukan: Pusat Jagaan Sains Kesihatan , Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia)
Nak makan? BERINGAT!
#HariKanserSedunia
#pemakanansihat
Sumber Fb : Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Melaka

PERCAYA TAK, MAKANAN MAKHLUK INI ADALAH RADIASI!
Oleh: Mazlan Syafie
MasyaAllah, betapa luar biasanya ciptaan-Nya yang penuh dengan keunikan dan kejutan yang sering melangkaui batas pemahaman manusia. Dunia ini masih menyimpan ribuan misteri yang belum kita bongkar sepenuhnya, dan salah satu daripadanya ialah penemuan makhluk yang bukan sahaja mampu bertahan dalam persekitaran radioaktif, malah menjadikan radiasi sebagai sumber makanannya!
Di tengah-tengah kehancuran Chernobyl, kawasan yang ditinggalkan manusia sejak letupan nuklear tahun 1986, para saintis menemui sesuatu yang luar biasa—sejenis kulat hitam yang tumbuh dengan subur di dinding reaktor yang masih mengeluarkan tahap radiasi tinggi. Bukannya mati akibat pendedahan kepada radiasi mengion yang memusnahkan kebanyakan makhluk hidup, kulat ini sebaliknya menggunakan radiasi sebagai tenaga untuk terus hidup dan berkembang.
Makhluk ini dikenali sebagai Cladosporium sphaerospermum, salah satu spesies kulat yang sangat unik kerana mampu menjalankan proses radiosintesis. Jika tumbuhan biasa menggunakan cahaya matahari untuk fotosintesis, kulat ini menggunakan melanin—pigmen yang turut terdapat pada kulit manusia—untuk menyerap radiasi dan menukarkannya kepada tenaga kimia yang menyokong pertumbuhannya.
Untuk memahami betapa uniknya penemuan ini, kita perlu menyoroti tragedi Chernobyl yang berlaku pada 26 April 1986. Loji tenaga nuklear di Chernobyl, Ukraine, mengalami letupan besar akibat reaktor yang terlalu panas, menyebabkan sejumlah besar bahan radioaktif tersebar ke udara, menjadikan kawasan sekitarnya berbahaya untuk dihuni selama beribu tahun.
Sejak tragedi itu, Chernobyl menjadi zon larangan. Semua yang berada dalam radius yang luas terpaksa dipindahkan, dan tempat itu menjadi kawasan mati—sekurang-kurangnya, itulah yang disangka manusia. Tetapi beberapa dekad kemudian, saintis menemui bahawa kehidupan masih wujud dalam bentuk yang tidak dijangka—kulat yang bukan sahaja bertahan, tetapi berkembang dengan lebih baik di bawah radiasi tinggi.
Penemuan ini pertama kali dilaporkan pada tahun 1991 apabila saintis mendapati bahawa bahagian dalam reaktor Chernobyl, yang sepatutnya menjadi tempat paling berbahaya di dunia, dipenuhi dengan kulat hitam. Ini mencetuskan minat dalam kalangan saintis yang ingin memahami bagaimana organisma ini bukan sahaja mampu bertahan tetapi juga menggunakan radiasi sebagai sebahagian daripada proses hidupnya.
Dalam kajian yang dijalankan, saintis mendapati bahawa melanin yang terdapat dalam kulat ini berfungsi sama seperti klorofil dalam tumbuhan. Klorofil menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan tenaga melalui fotosintesis, manakala melanin dalam kulat ini menyerap radiasi dan menukarkannya menjadi tenaga kimia dalam satu proses yang dikenali sebagai radiosintesis.
Lebih mengejutkan, apabila kulat ini dipindahkan ke makmal dan didedahkan kepada tahap radiasi yang lebih tinggi, pertumbuhannya semakin cepat! Ini membuktikan bahawa radiasi bukan sahaja tidak merosakkan kulat ini, malah ia bergantung kepada radiasi untuk berkembang lebih baik.
Para saintis percaya bahawa keupayaan ini mungkin dikaitkan dengan cara melanin menyerap elektron dan menghasilkan tenaga, satu proses yang boleh digunakan dalam bidang bioteknologi, perubatan, dan eksplorasi angkasa lepas.
Penemuan kulat ini bukan sekadar satu keajaiban biologi, tetapi juga membuka peluang besar dalam pelbagai bidang sains. Salah satu aplikasi yang paling menarik ialah potensi penggunaannya dalam eksplorasi angkasa lepas.
Di angkasa, tahap radiasi kosmik yang tinggi menjadi cabaran besar kepada manusia. Namun, jika kulat ini boleh digunakan sebagai perisai semula jadi terhadap radiasi, ia mungkin membantu manusia bertahan dalam perjalanan jauh ke planet seperti Marikh. Malah, ada kemungkinan kulat ini boleh dijadikan sebahagian daripada sistem pelindung dalam stesen angkasa untuk melindungi angkasawan daripada pendedahan radiasi yang berbahaya.

BAGAIMANA MAKANAN MENGUBAH PERTUTURAN KITA 🍽🦷
Pada suatu ketika dahulu, manusia hidup sebagai pemburu-pengumpul (hunter-gatherer), mengunyah makanan yang keras dan berserat seperti daging mentah, akar dan bijirin. Makanan ini memerlukan banyak tenaga untuk dikunyah; memberikan tekanan berterusan kepada gigi mereka dan membentuk rahang yang lebih besar. Susunan gigi mereka sejajar dalam keadaan 'edge-to-edge bite', di mana gigi atas dan bawah bertemu lurus tanpa bertindih.
Namun, apabila manusia mula bertani, cara hidup mereka berubah. Makanan menjadi lebih lembut—bijirin digiling menjadi tepung, makanan dimasak dengan lebih baik dan tekanan pada gigi semakin berkurangan. Kesannya, pertumbuhan rahang juga berubah dan ramai orang dewasa kini memiliki 'overbite'—gigitan di mana gigi atas sedikit bertindih dengan gigi bawah, sesuatu yang dahulunya hanya biasa dalam kalangan kanak-kanak.
Perubahan kecil ini tanpa disedari telah membuka pintu kepada sesuatu yang lebih besar. Dengan overbite, manusia kini lebih mudah menyebut bunyi seperti "f" dan "v." Dalam beberapa ribu tahun, masyarakat bertani mula menggunakan bunyi ini lebih kerap, mencipta perkataan baharu dan memperkaya bahasa mereka.
Bunyi-bunyi ini, yang dikenali sebagai labiodental, mula berkembang di Eropah dan Asia sekurang-kurangnya 4,000 tahun lalu. Labiodental ialah bunyi yang terhasil apabila bibir bawah menyentuh gigi atas—seperti bunyi "f" dalam fikiran atau "v" dalam virus.
Pada tahun 1985, ahli linguistik Amerika, Charles Hockett, mendapati bahawa masyarakat pemburu-pengumpul hampir tidak mempunyai bunyi labiodental. Beliau mengaitkan fenomena ini dengan diet mereka. Menurutnya, mengunyah makanan berserat dan kasar memberi tekanan kepada rahang yang sedang membesar, menyebabkan rahang bawah berkembang lebih besar. Ini menyebabkan gigi tumbuh lebih jauh ke hadapan dan menjadi sejajar, sekali gus menyukarkan penghasilan bunyi seperti "f" dan "v." Namun, teori ini tidak diterima oleh ramai ahli linguistik pada zamannya.
Beberapa dekad kemudian, sekumpulan penyelidik memutuskan untuk menguji idea ini menggunakan teknologi moden. Mereka menjalankan pemodelan komputer dan mendapati bahawa individu dengan overbite memerlukan 29% kurang tenaga untuk menghasilkan bunyi labiodental berbanding mereka yang mempunyai edge-to-edge bite.
Mereka juga mengkaji pelbagai bahasa di dunia dan mendapati bahawa bahasa masyarakat pemburu-pengumpul hanya mengandungi satu perempat jumlah bunyi labiodental berbanding bahasa masyarakat bertani. Akhirnya, mereka mendapati bahawa bunyi labiodental tersebar dengan cepat; menjadi semakin meluas dalam tempoh 8,000 tahun sejak pertanian berkembang dan kaedah pemprosesan makanan seperti pengisaran gandum diperkenalkan.
Penyelidik berpendapat bahawa apabila semakin ramai orang dewasa mengalami overbite, mereka secara tidak sengaja mula menggunakan bunyi "f" dan "v" dengan lebih kerap, menjadikannya sebahagian daripada sistem pertuturan mereka.
Namun, dalam perjalanan evolusi untuk mencipta bunyi baharu, perubahan ini juga membawa kesan sampingan. Dengan kehilangan gigitan edge-to-edge nenek moyang kita, rahang bawah kita menjadi lebih pendek. Kini, kita menghadapi masalah seperti gigi bongsu terbenam, gigi yang semakin rapat dan yang paling ketara—lebih banyak kaviti.
(Sumber imej asal: D. E. Blasi et al. via Science)
Posting asal: FB Majalah Sains

Kesian capybara jadi mangsa pencemaran.
Hijau tu bukan sebab badan dia dipenuhi klorofil ya....
https://www.instagram.com/p/DGH0drISiLq/?igsh=ZXk1a2p1NmI3MnQw
Hijau tu bukan sebab badan dia dipenuhi klorofil ya....
https://www.instagram.com/p/DGH0drISiLq/?igsh=ZXk1a2p1NmI3MnQw
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Terima kasih kepada semua peserta BWB SIRI 1 HINGGA 3 yang menyertai kelas persediaan bersama cikgu.
Semoga sesi kelas dalam talian sebanyak 3 siri ini dapat membantu anda bersedia untuk sesi persekolahan 2025. Mohon maaf jika ada kekurangan di pihak cikgu.
Insya Allah jika ada peluang lagi, cikgu akan sambung siri BWB.
Untuk peserta BWB 3, rakaman kelas semalam ada dalam pautan Google Drive bahan.
Kelas BWB3 malam ni mula 10.40 ya.
Guna link sama yg diberika dlm personal message.

Jangan lupa ya!!!!
Kelas BWB 3 pukul 10.30 MALAM INI!!!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
MAKLUMAN KEPADA SEMUA PESERTA KELAS BWB 3 MALAM!!!!
Kelas malam ni terpaksa ditunda ke hari esok atas sebab² yang tak dapat dielakkan.
Masa sama, 10.30 malam.
Cikgu ADA URUSAN YANG PERLU DISELESAIKAN SEGERA.
MOHON MAAF SEMUA.