CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

View in Telegram

Recent Posts

RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN

Berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 31 Disember 2024. Keadaan ini berpotensi membawa hujan berterusan di timur Semenanjung dan Sabah dalam tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Buruk & Waspada) berkuat kuasa sehingga 30 Disember 2024.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 1:00 tengah hari
Tarikh: 29 Disember 2024

#ramalancuacasignifikan
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI
โ€˜Microsleepโ€™ ๐Ÿฅฑ boleh terjadi sewaktu memandu dan sangat membahayakan diri dan penumpang kenderaan.

Berhenti rehat atau tidur sebentar di hentian rehat dan rawat (RnR) sekiranya mengalami gejala ini semasa dalam pemanduan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
Acute Gastroenteritis (AGE) ialah keradangan pada lapisan usus yang berpunca daripada jangkitan. Kebanyakan jangkitan disebabkan oleh virus, namun ia juga boleh berpunca daripada bakteria atau parasit. Ia tersebar melalui makanan atau air tercemar dan kemudiannya berhubung dengan individu yang berjangkit.
Penyakit AGE boleh dicegah dan dielakkan sekiranya anda mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran.
Ketahui tanda dan gejala AGE serta cara-cara untuk mencegah jangkitan penyakit AGE.
Sekiranya anda mengalami gejala yang dinyatakan segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran anda dengan segera.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.
Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
Kuman yang terdapat pada telapak tangan dapat dipindahkan antara satu individu dengan yang lain. ๐Ÿฆ 
๐Ÿ’งKetika ini, amalan membasuh tangan sangat penting untuk mengekang penularan bakteria berbahaya. Oleh itu, setiap individu perlu mengamalkan cara basuh tangan yang sempurna agar tangan sentiasa kekal bersih dan terhindar daripada kuman dan kotoran.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA
(pada jam 6:00 AM, 10 Disember 2024)
Sumber: NDCC, NADMA
Untuk maklumat lanjut, layari https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#taatsetia
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Terdapat beberapa penyakit yang berpunca daripada air yang tidak bersih. Sehubungan itu, anda perlu pastikan bahawa air yang diminum setiap hari sentiasa bersih dan bebas daripada bakteria yang berbahaya untuk memastikan kesihatan badan anda termasuk mata.
Penyakit berjangkit sering tersebar kepada masyarakat sebelum dan selepas banjir. Banjir yang terjadi mengakibatkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Sampah sarap dan sisa kumbahan ni bertaburan di serata tempat sehingga menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit.
Sebagai contoh, banjir boleh menyebabkan penyakit konjunktivitis kepada mereka yang terdedah kepada air banjir.
Sehubungan itu, mereka yang terlibat dengan banjir mestilah mengambil langkah-langkah pencegahan tertentu ๐ŸŒŠ
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
โš ๏ธ Orang ramai haruslah sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri semasa musim banjir bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti yang dikongsikan.
"๐‰๐€๐†๐€ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€, ๐‚๐„๐†๐€๐‡ ๐’๐„๐๐„๐‹๐”๐Œ ๐“๐„๐‘๐‹๐„๐–๐€๐“"
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
โš ๏ธ Segera dapatkan rawatan daripada pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Sementara Banjir (PPS) atau fasiliti kesihatan yang berhampiran sekiranya anda mengalami gejala seperti demam, batuk, cirit- birit dan sebagainya bagi mengelak penularan penyakit berjangkit bawaan air dan makanan di musim banjir.
โ€œ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐๐‘๐ˆ๐‡๐€๐“๐ˆ๐ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐”๐’๐ˆ๐Œ ๐๐€๐๐‰๐ˆ๐‘โ€
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
๐€๐ฆ๐›๐ข๐ฅ ๐“๐š๐ก๐ฎ!!

๐Œ๐Ž๐๐’๐”๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐”๐‘ ๐‹๐€๐”๐“ (๐Œ๐“๐‹) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Sumber : Malaysian Meteorological Department
๐€๐ฆ๐›๐ข๐ฅ ๐“๐š๐ก๐ฎ!!

๐Œ๐Ž๐๐’๐”๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐”๐‘ ๐‹๐€๐”๐“ (๐Œ๐“๐‹) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Sumber : Malaysian Meteorological Department
See more posts

View in Telegram