Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

View in Telegram

Recent Posts

Jiwa Manusia Yang Sentiasa Muda
==========
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah berpesan kepada kita bahawa akan ada dikalangan manusia ini yang jiwanya semakin terpaut kepada dunia sekalipun sudah semakin tua. Sabda Rasulullah:

لاَ يَزَالُ قَلْبُ الكَبِيرِ شَابًّا فِي اثْنَتَيْنِ: فِي حُبِّ الدُّنْيَا وَطُولِ الأَمَلِ

“Hati orang tua itu akan sentiasa merasa muda dalam dua perkara: (1) Cintakan Dunia, (2) Panjang Cita-cita.” (Sahih al-Bukhari, no: 6420)

2. Dalam lafaz yang lain pula, Rasulullah menggambarkan bagaimana ada sebahagian manusia yang apabila semakin tua, dia semakin cintakan harta dan berharap agar dipanjangkan lagi umurnya. Sabda Rasulullah:

يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ: حُبُّ المَالِ، وَطُولُ العُمُرِ

“Semakin tua usia anak Adam itu, semakin besar (cintanya) kepada dua perkara: (1) Cintakan harta dan (2) berharap agar dipanjangkan usianya. (Sahih al-Bukhari, no: 6421)

3. Ketika menghuraikan tentang hadis ini, al-Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa pada hakikatnya tidak salah berusaha untuk dunia dan mempunyai cita-cita. Namun, yang dilarang adalah kerana pautan terhadap dunia menggelamkan persediaan mereka untuk akhirat. Kata Ibn Hajar:

وَإِنَّمَا الْمَذْمُومُ مِنْهُ الِاسْتِرْسَالُ فِيهِ وَعَدَمُ الِاسْتِعْدَادِ لِأَمْرِ الْآخِرَةِ

“Dan adapun yang dikeji itu adalah sikap memanjangkan (cita-cita dunia) sehingga mengabaikan persediaan untuk akhirat.

4. Setelah menukilkan hadis ini, al-Imam Muslim menyebutkan pula hadis yang lain dimana Rasulullah memberi peringatan yang menyebutkan:

لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ ذَهَبٍ وَفِضَّةٍ، لَابْتَغَى إِلَيْهِمَا آخَرَ، وَلَا يَمْلَأُ بَطْنَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللهُ عَلَى مَنْ تَابَ

“Andai sekiranya anak Adam itu mempunyai dua lembah yang dipenuhi dengan emas dan perak, nescaya dia akan mecari (lembah) yang lain, dan tiada yang dapat memenuhkan perut anak Adam (sehingga puas) melainkan tanah (iaitu setelah ditimbus dengan tanah), namun Allah menerima taubat sesiapa yang bertaubat”. (Riwayat Ahmad. Hadis ini turut diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz yang sedikit berbeza)

5. Ingatlah bahawa yang hanya akan memenuhi tubuh dan perut manusia ini hanyalah tanah...

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Dapatkan buku 40 Hadis tentang Puasa dan Ramadan sebagai persediaan kita menyambut Ramadan. Klik link di bawah:

https://my.shp.ee/9AkfkEK
🕌 *𝗜𝗡𝗙𝗢 𝗠ASPEN: 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗞 𝗜𝗙𝗧𝗔𝗥 & PROGRAM 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛* ❤️

السّلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

Sempena kedatangan bulan Ramadhan tak lama lagi, penghulu segala bulan, *Pihak Masjid Pekan Nilai* ingin membuka 𝟯𝟬𝟬 𝘀𝗹𝗼𝘁 sumbangan khas bagi tujuan majlis iftar harian Ramadhan 1446H.

💰 Tajaan iftar sehari : RM1,000.00
💵 Satu slot : RM100.00
💯Jumlah Slot : 300

Kami juga membuka tawaran *300 slot* infaq Program Ramadan bagi menampung keperluan

1. imam tarawih
2. ⁠program khatam al-Quran
3. ⁠tazkirah ramadan
4. ⁠tadarus al-Quran
5. ⁠Qiamullail 10 malam akhir
6. ⁠keceriaan Masjid.

💰 Tajaan Program: RM1,000.00 sehari
💵 Satu slot: RM100.00
💯 Jumlah Slot: 300 slot

💳 Bayaran boleh dibuat melalui transfer bank ke

Bank : Bank Islam Berhad
No akaun: 05058010001640
Nama akaun: Masjid Pekan Nilai
Nota: Infaq Ramadan

dan serahkan Bukti Pembayaran pada Bendahari, En Zuhair (+60 19-281 8830).

💴 Bayaran tunai :
019-281 8830 En Zuhair
016-984 8261 Ust Amran

📞 Sebarang pertanyaan : En Zuhair

💫 Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Siapa 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 makan orang yang 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮, maka dia mendapat 𝗽𝗮𝗵𝗮𝗹𝗮 𝘀𝗲𝘂𝗺𝗽𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮 tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.” (HR Tirmizi)

Jom Beramal‼️
Tempah Slot Anda Sekarang!

#MASPEN
#JHEAINS
#BekerjaUntukAgama
#MohKoMosojid
#Solidariti4Gaza
Sudah pasti ramai yang sudah menerima tawaran Haji. Dapatkan buku 40 Hadis Tentang Haji & Umrah oleh Dr Ahmad Sanusi Azmi melalui link di bawah:

https://my.shp.ee/4u9rJQt
https://my.shp.ee/4u9rJQt
Kelebihan Malam Nisfu Saaban
=====
Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

“Sesungguhnya Allah SWT memerhati pada malam nisfu Syaaban, kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan.” (HR Ibn Majah - dinilai Hasan)
Menteri Hal Ehwal Bukan Islam?
=====
1. Apabila Ahli Parlimen DAP mencadangkan agar Menteri Hal Ehwal Bukan Islam diwujudkan, teringat kita pada sekumpulan Muslim yang dahulunya melaungkan bahawa “Si Kafir yang adil itu lebih baik dari Muslim yang korup?” Mereka menghebohkan bahawa tatakelola lebih utama. Yang penting bagi mereka, si kafir itu hendaklah menghormati azan dan mengkagumi Umar Abdul Aziz.

2. Pada hakikatnya, tadbir kelola yang baik sahaja tidak memadai dalam memilih kepimpinan. Ini kerana definisi-definisi kepimpinan yang dikemukakan oleh sarjana Muslim menunjukkan bahawa pemerintahan Islam bukan sekadar menjanjikan tadbir kelola yang baik bahkan membangun dan menguruskan urusan agama Islam dengan cermat.

3. Dalam takrif pemerintahan Islam, al-Imam al-Mawardi, al-Juwaini, al-Iji, Ibn Khaldun, dan al-Nasafi seakan sebulat suara menegaskan bahawa pemerintahan Islam adalah perkara yang melibatkan urusan menjaga agama Islam itu sendiri. Konsep ini masyhur dengan tema:

حراسة الدين وسياسة الدنيا به

“(Pemerintahan Islam adalah bagi): Menjaga agama dan mentadbir dunia”.

4. Dengan sebab itu kita lihat, ketika Rasulullah ﷺ diutuskan, keadaan perdagangan Quraysh dilihat aktif dan lancar. Ini menunjukkan perkembangan ekonomi yang baik. Pun begitu, Allah mengutuskan Rasul buat mereka bagi mewujudkan keadaan negara yang lebih sempurna terutama dalam urustadbir perkara berkaitan akidah umat.

5. Hari ini, kita dihidangkan pula dengan cadangan bukan sekadar menjaga Islam, malah turut memelihara agama yang batil. Adakah kita juga akan membiarkan hak arak dan kemabukan yang mengancam nyawa manusia? Islam sangat menyantuni warga bukan Islam, namun tidaklah sampai membuka ruang kepada pemeliharaan dan penyebaran agama batil.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Dapatkan buku 40 Hadis tentang Puasa dan Ramadan sebagai persediaan kita menyambut Ramadan. Klik link di bawah:
https://my.shp.ee/9AkfkEK
Selesai Fasa Kelima Pengajian Hadis Kitab Riyadussolihin yang telah pun menghabiskan hampir 100 bab dan hampir 800 hadis. Fasa 6 akan bermula dengan Kitab Adab. Bagi yang berminat untuk menyertai kelas ini sila hubungi no ini: +60182309851
Teguran Rasulullah Buat Ahli Masjid
============
1. Dalam sebuah hadith, Rasulullah pernah berpesan bahawa akan datang satu masa nanti, manusia kelihatan solat di Masjid tetapi mereka sebenarnya tidak beriman. Sabda Rasulullah:

أْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَجْتَمِعُونَ وَيُصَلُّونَ فِي الْمَسَاجِدِ وَلَيْسَ فِيهِمْ مُؤْمِنٌ

“Akan datang pada manusia satu zaman (dimana) mereka berkumpul dan menunaikan solat di masjid, tetapi tidak ada dikalangan mereka pun yang beriman.” (HR al-Hakim)

2. Hadith ini mengingatkan kepada kita bahawa mereka yang datang ke masjid ini seharusnya memberikan fokus kepada urusan keimanan dan meninggalkan dunia. Jangan ada yang ke masjid, tetapi hati masih terpaut pada dosa dan dunia. Rasulullah pernah bersabda:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَجْلِسَ النَّاسُ فِي الْمَسَاجِدِ لَيْسَ فِيهِمْ مُؤْمِنٌ حَدِيثُهُمُ الدُّنْيَا

“Tidak akan datangnya hari kiamat sehinggalah manusia duduk di dalam masjid dan tiada dikalangan mereka pun yang beriman bahkan bicara mereka hanyalah berkenaan dengan dunia sahaja.” (HR al-Hakim, Ibn Abi Syaibah)

3. Hati yang terpaut dengan dosa akan mengikis keimanan di dalam jiwa. Atas sebab itu Rasulullah menegaskan bahawa mereka yang melakukan dosa seolah-olah mereka itu tidak beriman. Sabda Rasulullah:

لاَ يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَشْرَبُ الخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ

“Tidaklah seorang yang berzina itu dia berzina dalam keadaan dia beriman. Dan tidaklah seorang yang minum arak itu, ketika dia minum arak dia berada dalam keadaan beriman.” (HR al-Bukhari)

4. Menurut al-Imam Ibn Hajar, hadith ini menafikan keimanan seseorang ketika mereka sedang melakukan dosa. Iaitu ketika seseorang melakukan dosa atau hati berpaut pada dosa, keimanan mereka berada dalam tahap yang sangat rendah, atau barangkali tiada.

5. Atas sebab itu Rasulullah mengingatkan kepada kita agar membersihkan jiwa ketika datang ke masjid. Memberikan tumpuan terhadap perkara keimanan dan urusan yang utama buat umat Islam.

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Orang Zalim Tidak Akan Berjaya
=====
1. Seorang Muslim tidak seharusnya berputus asa terhadap kezaliman yang diusahakan ke atas mereka. Ini kerana Allah telah menegaskan bahawa orang yang zalim itu tidak akan berjaya. Firman Allah:

إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

“Orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya” (Surah al-Aan’am: 135)

2. Dalam al-Quran, sekurang-kurangnya terdapat tiga orang Nabi yang menuturkan kalimah ini. Yaang pertama iaitu Nabi Muhammad sendiri yang dididik oleh Allah untuk mengecam kaumnya yang merancang kezaliman ke atas dirinya. Lalu Allah membimbingnya untuk mengucapkan:

قُلْ يَا قَوْمِ اعْمَلُوا عَلَىٰ مَكَانَتِكُمْ إِنِّي عَامِلٌ ۖ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ مَن تَكُونُ لَهُ عَاقِبَةُ الدَّارِ ۗ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai kaumku (yang masih kafir), buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang Islam), sesungguhnya aku juga tetap beramal (berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Islam); kemudian kamu akan ketahui siapakah yang akan beroleh kebaikan dan kejayaan di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.”

3. Sekali pun ayat tersebut adalah ditujukan kepada orang kafir, tetapi pengajarannya tetap releven ke atas kita. Jangan kita berputus asa menentang orang yang cuba menzalimi diri kita malah kita akan berusaha bersungguh-sungguh menentang kezalimannnya.

4. Nabi Yusuf juga dilihat mengungkapkan perkataan yang sama saat beliau diuji dan difitnah oleh isteri kepada majikannya sendiri. Perkara ini dijelaskan oleh Allah melalui firmannya:

وَرَٰوَدَتْهُ ٱلَّتِى هُوَ فِى بَيْتِهَا عَن نَّفْسِهِۦ وَغَلَّقَتِ ٱلْأَبْوَٰبَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ ۚ قَالَ مَعَاذَ ٱللَّهِ ۖ إِنَّهُۥ رَبِّىٓ أَحْسَنَ مَثْوَاىَ ۖ إِنَّهُۥ لَا يُفْلِحُ ٱلظَّٰلِمُونَ

“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".

5. Perhatikan ayat ini, dalam kesungguhan melawan godaan dan fitnah yang dikenakan ke atas dirinya, Nabi Yusuf menyebutkan kalimah “sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".

6. Dan Nabi Musa turut mengungkapkan lafaz ini, saat Firaun menfitnah dirinya mereka-reka sihir yang dipersembahkan kepada kaumnya. Lalu Baginda menegaskan:

وَقَالَ مُوسَىٰ رَبِّىٓ أَعْلَمُ بِمَن جَآءَ بِٱلْهُدَىٰ مِنْ عِندِهِۦ وَمَن تَكُونُ لَهُۥ عَٰقِبَةُ ٱلدَّارِ ۖ إِنَّهُۥ لَا يُفْلِحُ ٱلظَّٰلِمُونَ

Dan (bagi menjawabnya) Nabi Musa berkata: "Tuhanku lebih mengetahui siapakah yang membawa hidayah petunjuk dari sisiNya dan siapa yang akan beroleh kesudahan yang baik di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".

7. Perhatikan kisah para Nabi ini, apabila diuji dengan orang yang cuba menzalimi mereka dan menfitnah mereka, mereka tetap kukuh dan mengucapkan: “sesungguhnya tidak akan berjaya orang yang zalim itu.”

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Baru menerima notification dari pihak FB bahawa penulisan kritikan saya terhadap DAP dan MCA telah pun disekat atas request daripada pihak SKMM Malaysia. begitulah.
Adakah Sahabat Tidak Pandai Jaga Akidah?
=====
1. Ketika berjaya menguasai Mekah, Rasulullahﷺ mengarahkan para sahabat supaya meruntuhkan semua berhala. Menurut al-Bukhari terdapat hampir 360 buah berhala dan Rasulullahﷺ sendiri yang memukulnya dengan tongkat Baginda. Apakah Rasulullahﷺ tidak menghormati hak Quraysh untuk beragama? Apakah Rasulullah tidak menjaga agama lain?

2. Malah Rasulullahﷺ memerintahkan para sahabat untuk meruntuhkan berhala disekitar Mekah. Khalid al-Walid meruntuhkan berhala terbesar iaitu al-Uzza yang terletak di Nakhlah (HR al-Nasai’i & al-Bayhaqi). Saidina Amru al-As pula menghancurkan berhala Suwa’ (Ibn Sa’d, al-Tabaqat), manakala Sa’d ibn Zaid pula menghapuskan berhala Manah.

3. Mengapa Rasulullahﷺ mengarahkan sahabat untuk menghancurkan berhala sembahan Qurasyh? Apakah Bagindaﷺ tidak menghormati dan memberi hak beragama Quraysh? Atau apakah iman para sahabat senipis kulit bawang? Takkan tengok berhala sahaja boleh menyebabkan mereka ingin kembali kepada kekufuran?

4. Dari satu aspek, al-Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa arahan Rasulullahﷺ ini adalah bagi memelihara Muslim itu sendiri dari terpedaya atau terpesona untuk kembali kepada kekufuran. Lihatlah bagaimana sahabat yang mempunyai keimanan yang tinggi tersebut masih boleh terdedah kepada fitnah akidah ini. Sekalipun Bagindaﷺ ada di sisi mereka, Bagindaﷺ memastikan agama seorang Muslim itu terpelihara dahulu.

5. Dengan sebab itu ketika mana Saidina Umar membawa Taurat dan dibaca di sisi Rasulullahﷺ, Baginda menjadi marah dan berkata: Apakah engkau terpesona dengannya wahai Ibn al-Khattab? (HR Ahmad & al-Nasai’i). Menurut al-Qurtubi, larangan Rasulullahﷺ ini bagi mengelakkan mereka yang tidak mahir dengan agama lain daripada terpengaruh sehingga meninggalkan Islam. (al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran).

6. Lihatlah bagaimana Bagindaﷺ mengutamakan memelihara agama dan akidah Muslim itu sendiri dengan tindakan yang sangat tegas. Bukan kerana iman sahabat Nabi itu senipis bawang, tetapi kerana langkah pemeliharaan akidah itu sangat utama. Begitulah tugas pemimpin.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Umat Islam dikatakan tahu jaga batas akidah.
PM menyatakan garis panduan mendatangi rumah ibadat agama lain tidak perlu.
Fatwa menyatakan haram hukum menyertai perayaan agama lain yang melibatkan ritual perayaan keagamaan
See more posts

View in Telegram