UiTO Channel: Fiqh Wanita
Soal Jawab perihal Fiqh Wanita bersama THTL
Channel rasmi @UiTOSaluranRasmi
Recent Posts
🔊🔊PENGUMUMAN RASMI UITO
HARAP MAKLUM UNTUK SEMUA AHLI UITO.
AKAUN TELEGRAM SHEIKH THTL TELAH DI HACK. MOHON JANGAN TERPEDAYA JIKA DAPAT PM DARI AKAUN BELIAU.
KAMI DALAM USAHA UNTUK RECOVER AKAUN SHEIKH THTL.
DOAKAN AGAR SEMUA URUSAN DAPAT DISELESAIKAN SEGERA.
TERIMA KASIH.

HUKUM MENGHADIRI KONSERT
HUKUM MENYERTAI KONSERT
🔴Apakah hukum pergi konsert?
✅Rumusan untuk fiqh muzik dan nyanyian:
1⃣ Hukumnya adalah haram mutlak menurut empat mazhab utama suni kerana menghadiri konsert merupakan perbuatan yang lagha dan ia adalah amalan golongan fasiq dan non muslim untuk semua konsert termasuk konsert pop, balada, dangdut ataupun nasyid.
2⃣ Manakala menurut golongan mujtahid seperti Ibn Hazam, Al Ghazali, Mahmud Syaltut, Al Qardhawi pula berpendapat harus menghadiri konsert dengan empat syarat:
✴️ Perlu dilihat kepada "content" atau intipati konsert itu, apakah motif konsert dan genrenya? Sekiranya konsert berkonsep nasyid seperti Maher Zain, Raihan, Rabbani atau The Brothers, maka hukumnya adalah harus, kerana ia adalah muzikal alternatif.
✴️ Bagaimanakah penampilan penyanyi dan "band boys" di dalamnya?
✴️ Adakah terdapat pencampuran di antara lelaki dan wanita di dalamnya?
✴️ Adakah ada unsur haram di dalamnya seperti merokok, alkohol dan sebagainya?
✅Isu muzik, nyanyian dan konsert
Ketika zaman klasik, empat mazhab telah menghukum muzik sebagai haram mutlak.
Apabila Islam menakluki Egypt, Iran, India, Eropah (Sepanyol, Balkan), amalan muzik dan nyanyian sudah sebati dengan negara-negara baru Islam ini. Mereka tidak boleh meninggalkan muzik dan nyanyian. Negara Islam seperti Malaysia, Indonesia, Borneo juga tidak dapat dipisahkan dengan muzik dan nyanyian.
Sementara negara-negara ortodoks seperti Arab Saudi sejak 2018 telah menghapuskan hukum haram muzik dan nyanyian di bawah pemerintahan Prince Muhammad bin Salman MBS, maka sekarang konsert dibenarkan di Arab Saudi.
✅Hukum muzik, nyanyian dan konsert di Malaysia
Hukumnya adalah harus dan diperkuatkan pula oleh pihak pemerintah. Pihak pemerintah juga menyanjungi ahli muzik dan penyanyi dengan mengurniakan pelbagai gelaran anugerah kebesaran seperti Tan Sri dan Datuk. Artis dijaga kebajikan mereka dan masyarakat mencintai artis dan mengikuti perkembangan mereka dengan tekun. Artis menjadi ikon dan idola. Kekayaan dan kemasyhuran mereka menjadi idaman manusia. Media penyiaran sentiasa mengeluarkan program-program mencungkil bakat penyanyi serrta pertandingan menyanyi juga sentiasa menjanjikan hadiah yang lumayan. Begitu juga dengan industri lawak.
Oleh hal yang demikian, fatwa empat mazhab yang mengatakan muzik dan nyanyian adalah haram semuanya sudah dibakulsampahkan oleh penguasa dan majoriti manusia di atas muka bumi ini.
‼️Inilah realiti yang anda harus fahami.
Apabila penguasa, budaya bangsa dan majoriti penduduk sesebuah negara telah menerima industri muzik dan artis sebagai suatu industri yang penting, maka orang yang tegar berpegang dengan sunnah tidak lagi mampu mengulangi fatwa empat mazhab bahawa muzik, nyanyian dan konsert adalah Haram. Anda tidak lagi mampu merubahnya. Arab Saudi sebagai benteng terakhir menghalang konsert pun sudah dirobohkan, apatah lagi Malaysia yang sudah lama mencintai dunia muzik hiburan. Tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Ia ibarat kanser tahap empat dan ini sudah menjadi tanda-tanda kecil kiamat.
#fiqhwanita101
#fiqhsunnah01
#Amal
#Ilmu
#Prihatin
@bicarathtl

ISTIKHARA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN
🔴Bagaimanakah cara yang benar dalam membuat keputusan setelah membuat istikhara? Adakah dia patut meneruskan niatnya pada masa itu? Atau dia kena tunggu sehingga dia benar-benar yakin barulah dia meneruskan niatnya?
✅
Fiqh salat istikharah yang benar adalah keputusan sudah dibuat, salat hanya untuk mendapatkan restu atau keredhaan Allah ﷻ sahaja; dalil:
Daripada Jabir bin ‘Abdillah رضي الله عنهما, beliau berkata,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الِاسْتِخَارَةَ فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ (رواه البخاري (7390))
Rasulullah ﷺ, mengajari kami salat istikharah dalam setiap perkara/urusan yang kami hadapi, sebagaimana baginda mengajarkan kami suatu surah daripada Al-Quran. Baginda berkata, “Jika salah seorang di antara kalian berniat dalam suatu urusan, maka lakukanlah salat dua raka’at yang bukan salat wajib, kemudian berdoalah…”. (HR. Al-Bukhari, 7390)
Salah faham atau maqlubah yang sering berlaku adalah apabila kita buntu dalam membuat keputusan, maka kita menyerahkan kepada Allah ﷻ untuk memberi petunjuk dan petanda. Ia tidak berlaku begitu.
Ini kerana apabila kita membuat keputusan dan kemudian salat, maka akan berlaku dua kemungkinan:
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [ Al-Baqarah: 216 ]
#Ilmu
#Amal
#Prihatin
#FiqhWanita101

SAHKAH SALAT TAPAK TANGAN TERTINDIH GELANG?
🔴
Tapak tangan seorang wanita menjadi tidak rapat ke sejadah ketika sujud kerana tertindih oleh gelang yang dipakai di tangannya. Adakah salatnya sah?
✅
Ini adalah khilaf.
Dalil hadith dalam isu ini:
أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الجَبْهَةِ، وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَاليَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ، وَأَطْرَافِ القَدَمَيْنِ
“Aku diperintahkan untuk bersujud dengan bertumpu pada tujuh anggota badan, dahi dan baginda berisyarat dengan menyentuhkan tangan ke hidung baginda, dua telapak tangan, dua lutut, dan hujung dua kaki”.(HR. Bukhari 779 & Muslim 1126 daripada Ibn Abbas رضى الله عنه).
Yang mengatakan wajib semua tujuh anggota ketika sujud ialah Imam Ahmad dan Imam Syafi'iy رحمهما الله.
Manakala mazhab jumhur mengatakan ia cuma sunat mu'akkad atau kesempurnaan salat sahaja (Jumhur: Maliki, Hanafi, sebahagian Syafi'iy dan sebahagiaan Hanabilah).
Apabila khilaf, seseorang itu perlu memilih pendapat mana yang dia lebih suka dan selesa. Jadi, dia boleh sahaja memilih mengatakan batal jika dia mengikut pendapat Imam Ahmad dan Imam Syafi'iy رحمهما الله.
🔴Adakah pegangan pesalat itu sendiri yang menentukan sah atau batal salatnya?
✅
Ya, jika dia berpegang kepada Mazhab Syafi'iy maka salatnya tidak batal kerana Syafi'iyah di Malaysia berkata anggota tapak tangan ketika sujud adalah sunat mu'akkad sahaja.
#SnJFiqhWanita
#Ilmu
#amal
#prihatin

BOHONG SEBAB POLIGAMI
🔴 Ustaz, mohon pencerahan mengenai pernyataan seorang suami kepada isteri pertamanya:
"Demi Allah, sesungguhnya perempuan yang dimaksudkan itu bukan isteri saya".
Hakikat sebenarnya dia telah bernikah dengan wanita tersebut.
Adakah jatuh talak kepada isteri keduanya itu?
✅ Tidak jatuh talak, cuma suami itu telah berdusta. Sama ada ianya dusta yang dibenarkan atau tidak, itu bergantung kepada sebab atau punca dia perlu berbohong.
Dalil:
لَا أَعُدُّهُ كَاذِبًا، الرَّجُلُ يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ، يَقُولُ: الْقَوْلَ وَلَا يُرِيدُ بِهِ إِلَّا الْإِصْلَاحَ، وَالرَّجُلُ يَقُولُ: فِي الْحَرْبِ، وَالرَّجُلُ يُحَدِّثُ امْرَأَتَهُ، وَالْمَرْأَةُ تُحَدِّثُ زَوْجَهَا
“Tidaklah termasuk bohong: (1) Jika seseorang (berbohong) untuk mendamaikan di antara manusia, dia mengatakan suatu perkataan yang tidaklah dia maksudkan kecuali hanya untuk mengadakan perdamaian (perbaikan); (2) Seseorang yang berkata (bohong) ketika dalam peperangan; dan (3) Seorang suami yang berkata kepada isteri dan isteri yang berkata kepada suami.”
(HR. Abu Dawud no. 4921, dinilai sahih oleh Syaikh Al-Albani)
Masyarakat Melayu kata itu adalah berbohong sunat.
P Ramlee pula berkata poligamis mesti pandai temberang tetapi jangan sampai pecah tembelang.

HIKMAH KETAATAN ISTERI TERHADAP SUAMI
🔴 Apa hikmah pengajaran di sebalik ketaatan isteri kepada suami dengan kelayakan syurga?
Adakah ketaatan kepada suami ini sama analogi seperti beriman kepada Allah ﷻ? Wanita sering dipengaruhi dengan perasaan was-was, maka apabila dia tidak taat pada suami, maka seolah-olah dia tidak yakin pada suami. Sedangkan ketaatan memerlukan keyakinan. Bagaimana mungkin seseorang itu boleh taat kepada perintah Allahﷻ apabila dia tidak yakin kepada-Nya? Apakah pandangan sheikh?
✅ Ini merupakan sistem daripada Al-Qur'an:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
“Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (perempuan), dan karena mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya.” [An-Nisa':34]
وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan mereka (para wanita) memiliki hak seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang pantas. Tetapi para suami mempunyai kelebihan di atas mereka. Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana.” [Al-Baqarah : 228]
Ini tidak termasuk dalam Rukun Iman.
Rukun Iman ada 6 perkara:
1. Beriman kepada Allah ﷻ
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada Kitab
4. Beriman kepada Rasul
5. Beriman kepada Hari Akhirat
6. Beriman kepada Qadha dan Qadar.
Tidak boleh ada rukun yang ke 7 iaitu beriman dengan suami.
Taat kepada suami ini berada dalam Fiqh Huquq atau hak-hak ketaatan ke atas wanita:
1. Taat kpd Allah ﷻ
2. Taat kepada Rasul
3. Taat kepada suami.
Dalil:
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ
“Apabila seorang isteri mengerjakan salat yang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (menjaga kehormatannya), dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk Syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.” (Sahih Ibn Hibban 1296, Alalbani, sahih Al Jaami' 661)
Tetapi ia adalah taat bersyarat, taat dalam urusan yang ma'ruf sahaja. Jika suami memerintahkan untuk mengerjakan yang haram, maka tidak ada ketaatan.
@SnJFiqhWanita

KENAPA KAHWIN MUSLIM KENA TUKAR AGAMA
🔴 Mengapakah apabila orang bukan Islam berhasrat mahu berkahwin dengan orang Islam, dia perlu menganut Islam terlebih dahulu? Sedangkan bagi orang Islam yang berhasrat mahu berkahwin dengan penganut agama lain, dia tidak perlu keluar Islam. Pasangan yang menganut agama lain itu yang wajib meninggalkan agamanya.
✅
Perkahwinan atau Fiqh Munakahat ditentukan oleh syari'at.
1⃣Lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan ahlil kitab yang baik tanpa perempuan itu memeluk Islam.
Dalil:
(Dan dihalalkan mengahwini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al-Kitab sebelum kamu” [Al-Maidah/5: 5]
2⃣ Lelaki Islam tidak boleh berkahwin dengan perempuan musyrik (penyembah berhala).
"Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman." [Al-Baqarah 2:221]
3⃣ Wanita Islam boleh berkahwin dengan lelaki Ahli Kitab dan musyrikin setelah mereka memeluk Islam.
Dalil:
"Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman" [Al-Baqarah 2:221]
Urusan nikah kahwin di Malaysia adalah di bawah Akta Kekeluargaan Islam, maka sebelum berkahwin dan didaftarkan perlulah melalui SOP Majlis Agama terlebih dahulu. Oleh kerana di Malaysia, Islam adalah sebagai agama resmi persekutuan, maka begitulah sistemnya, orang Islam sama ada lelaki dan perempuan jika mahu berkahwin antara agama, maka calon bukan muslim wajib memeluk Islam terlebih dahulu.
Tetapi pejuang hak asasi manusia, puak jaringan Liberal serta puak Atheis membantah. Mereka mahukan perkahwinan antara agama dibenarkan tanpa perlu menukar agama. Hak kebebasan mutlak sebegini tidak diterima di Malaysia tetapi ia sudah diterima di negara Barat.
Saya takut anda terpengaruh dengan agenda pejuang hak asasi manusia dan liberalis.
@SnJFfiqhWanita

🔴 Ayat tentang zina pada surah an-Nur ayat 2 dimulakan dengan الزَانِيَةُ.
Bolehkah ditafsirkan bahawa Allah ﷻ menyebut perempuan terlebih dahulu, oleh itu, ramainya penzina dalam kalangan perempuan berbanding lelaki? Adakah terdapat sandaran pada kenyataan ini?
✅ Tafsir ada banyak jenis seperti Tafsir Ahkam (fokus kepada hukum hakam, seperti tafsir Ahkam Ibn Al Arabi, ada yang fokus kepada bahasa Arab seperti Tafsir Zamakhsyari, Tafsir Ijma'iy atau sains sosial seperti Tafsir Fi Dzilal).
Maka dalam ayat 2 An-Nuur, anda lebih berminat kepada Tafsir Lughawi, konteks bahasa Arab dan Tafsir Ijtima'iy.
Maka sandaran mereka ialah daripada sudut bahasa Arab, Balaghah, Tatabahasa dan Sains Sosial ialah bagaimana zina itu bermula dan impak kepada jantina.
Zamakhsyari misalnya berkata, dimulakan dengan penzina perempuan kerana:
1. Impak zina lebih dahsyat kepada perempuan, aibnya lebih besar, lebih besar kalau hamil.
2. Hubungkait dengan jantina, zina banyak bermula dengan wanita, manakala jenayah mencuri lebih kepada gender lelaki, dalilnya:
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا
Ertinya: “DAN PENCURI LELAKI” serta pencuri perempuan maka (hukumnya) potonglah tangan mereka" [Al-Maidah:38].
Dalil hadith
Daripada Abu Said Al Khudry, Nabi ﷺ bersabda:
إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ
"Sesungguhnya dunia ini adalah manis lagi hijau. Dan Allah ﷻ melantik kamu sebagai pengganti padanya lalu diperhatikan bagaimanakah tingkah lakumu. Oleh itu takutkan (ujian) dunia dan takutlah juga (ujian) wanita kerana sesungguhnya fitnah (ujian) yang menimpa Bani Isra’il adalah pada wanita (Sahih Muslim no 2742).
3 isu disebut wanita terlebih dahulu dalam ayat zina adalah kerana sebatan yang akan dijatuhkan akan memberi kesan lebih teruk kerana kulit wanita lebih lembut dan sensitive. Maka penguasa perlu berhati-hati dengan kadar pukulan terhadap wanita berbanding kulit lelaki.
Begitulah kalau anda berminat daripada aspek bahasa Arab, memang perlu membaca Tafsir Zamakhsyari.

KEPIMPINAN WANITA DALAM ISLAM MENURUT AL-QUR'AN DAN SUNNAH
🔴 Ustaz, mohon pencerahan mengenai saranan daripada riwayat berikut dan status pemimpin yang bagaimanakah yang dilarang dalam hadith tersebut?
Sabda Nabi ﷺ : Tidak beruntung suatu kaum apabila mereka dipimpin oleh seorang wanita.
( HR Bukhari Jilid 3 - 4425 )
✅ Maka selepas pembunuhan Uthmanرضي الله عنه , maka berlaku krisis antara Kem Ali رضي الله عنه dan kem Aisyah رضي االله عنهه maka Aisyah bergerak ke Iraq untuk menuntut pembunuh Uthman رضي الله عنه, maka ketika ini Abu Bakrah رضي الله عنهteringat sabda Nabiﷺ tentang Kisra wanita di Iran (Farsi) dan beliau tidak jadi menyertai pasukan Al Jamal Aisyah kerana percaya dengan kalimah Nabi ﷺ, bahawa pasukan tentera yang dipimpin oleh perempuan akan gagal.
Rumusan:
Kepimpinan wanita dalam Politik Islam ada dua kem:
1. Kem literal atau kem klasik, mereka mengharamkan penglibatan wanita dalam politik dan hadith Abu Bakrah adalah dalil utama
2. Kem maqosyid melihat
wanita tidak boleh menjadi pemimpin disebabkan oleh uruf politik dan status wanita pada zaman salaf sedangkan At-Taubah ayat 71 memberi hak sama rata dalam berpolitik kepada kedua-dua gender (jantina).
3. Apa yang Nabi ﷺ sebut tentang Kisra wanita di Farsi adalah bukan hukum, cuma doa Nabiﷺ kerana kezaliman dan ketakburan Farsi dalam menolak dakwah baginda.
4. Banyak negara kini menerima wanita sebagai ketua negara, antaranya New Zealand, Germany, Bangladesh, Swiss, Finland, Norway, Nepal dan antara ketua kerajaan yang masyhur ialah Golda Meir, Perdana Menteri Israel, Margaret Tatcher UK.

Fiqh yang baru disebabkan isteri mempunyai kerjaya tidak ada dalam mana mana kitab fiqh sebab zaman awal Islam di Tanah Arab, wanita tidak ada kerjaya, wanita masih belum dapat "human rights" (hak kemanusiaan) sepenuhnya lagi.
Maka suami isteri di zaman moden yang kena bangunkan fiqh kewangan mereka sendiri berdasarkan pendapatan kasar isi rumah serta perbelanjaan yang semakin meningkat di akhir zaman.
Ini kerana wanita bekerjaya vs wanita surirumah jauh bezanya:
💼 Wanita bekerjaya akan menghabiskan masa minima 8 jam di luar rumah. Maka suami dan anak-anak akan kehilangan hak yang banyak.
💼 Isu keletihan, isteri tidak lagi mampu melayan suami OD (on demand) sebab faktor keletihan. Suami akan kehilangan hak OD.
💼 Pendidikan anak-anak daripada bayi kepada usia mumaiyyiz (tadika), juga akan kehilangan, anak-anak tidak dapat hak penjagaan atau hadhanah.
💼 Bayi juga kehilangan hak penyusuan yang sempurna.
💼 Kehilangan mendapat masakan yang baik, diet yang terjaga.
💼 Keadaan rumah tangga dari segi kebersihan, susun atur, urusan pakaian semua akan terjejas.
💼 Isteri akan terdedah kepada fitnah, jika beliau seorang yang cantik dan muda.
Ini semua kos pelepasan yang terpaksa ditanggung oleh suami, maka sebab itu perlu kepada perbincangan untuk mengurus dana keluarga bersama.

NAFKAH IBU MERTUA TANGGUNGJAWAB ISTERI?
🔴Saya mempunyai persoalan mengenai isu pemberian wang bulanan kepada ibu kandung dan ibu mertua. Adakah perlu saya memberikan nilai yang sama banyak kepada mereka?
Sekiranya kedua-dua ibu saudara dan ibu mertua tidak berkemampuan, adakah saya wajib membantu ibu saudara pula?
✅
Sepatutnya anda dipertanggungjawabkan untuk menjaga ibu anda sahaja. Ibu suami, biarlah suami yang uruskan. Untuk ibu mertua apabila balik jumpa sekali sekala, maka hulurlah sebagai tanda ingatan, tetapi kalau anda kaya, bergaji besar, maka baguslah jika dapat diberikan wang bulanan.
Isu di antara ibu saudara vs ibu mertua. Sama-sama miskin, suami anda pun tidak mampu untuk membantu ibunya.
Isu ini haruslah dihalusi lagi, kaji kes demi kes. Kalau mampu, bantu kedua-duanya, itu yang sebaik-baiknya. Kena lihat jika ibu saudara itu mempunyai keluarga lain atau dia sebatang kara.
Kes-kes begini susah untuk "generalize" (samarata) dan dijadikan satu formula. Semua kena dilihat kes demi kes.
🔴Selama ini yang saya faham kita kenalah menjaga ibu mertua sama seperti ibu sendiri termasuk memberi duit belanja. Apabila menantu memberi, ibu mertua sudah menganggapnya sebagai tanggungjawab menantu maka wajib diberikan setiap bulan.
✅
Tidak sepatutnya begitu, mereka yang mengatakan begitu mestilah mendatangkan dengan nas yang sahih. Kita kena amalkan fiqh ini berdasarkan nas.
Bagaimana pula nafkah ibu diletakkan ke atas bahu menantu? Di manakah peranan anak-anaknya, suami anda pula buat apa?
Sebab anda kena lihat kemiskinan di sebelah keluarga anda juga.
🔴Baru saya faham. Ibu mertua saya selalu meminta macam-macam daripada saya sampaikan setiap kali balik saya selalu kena sediakan wang untuk dia dan keluarganya. Apabila dia tengok saya berduit walhal gaji suami lebih tinggi, malah dia pujuk saya untuk memberi nafkah kepada suami saya juga sebab dikatakan tanggungjawab suami saya lebih berat pada keluarga sebab saya sudah bekerja.
✅
Asal usul perkahwinan:
Bab Nafkah dan Pengurusan Kewangan Famili
Asal zaman purbakala, khususnya di Tanah Arab, wanita hanyalah surirumah. Suami merupakan "sole bread winner", suami yang mencari rezeki.
Ketika ini ibu mertua tidaklah meminta apa-apa daripada menantunya, memang hanya akan meminta daripada anaknya sahaja. (si suami). Sekiranya si isteri mempunyai harta, itu memang milik mutlaknya. Dia diberikan nafkah oleh suami, dan hartanya memang miliknya. Wanita tidak diwajibkan memberi nafkah.
Fiqh asal: lelaki yang memberi nafkah yang dinamakan belanja dapur dan duit poket.
Di Malaysia, wanita sejak dahulu kala, adalah wanita bekerjaya. Maka fiqh keluarga akan berubah sebab sistem telah berubah. Dahulu, isteri memiliki harta melalui nafkah suami. Ia mencukupi untuk dia sahaja. Sekarang di Malaysia, isteri ada pendapatan sendiri. Contoh gaji suami RM 4,000, gaji isteri pula RM5,000.
Maka wujudnya fiqh yang baru:
*⃣ Apakah suami masih perlu memberi nafkah duit poket untuk isteri?
*⃣ Bagaimana dengan kos pengurusan rumah (belanja dapur, bil air dan elektrik, taska, tadika, yuran sekolah swasta)?
*⃣ Bagaimana dengan kos tetap (ansuran kereta, ansuran perumahan)?
*⃣ Bagaimana dengan pelaburan?
*⃣ Bagaimana dengan caruman bulanan kepada ibubapa?
Fiqh baru bermaksud suami isteri hendaklah "sit down" (duduk bersama) dan berbincang bersama.
Maka apabila membincangkan bab sumbangan kepada ibubapa, isunya:
*⃣ Caruman bulanan kepada ibubapa, apakah secara sumbangan masing-masing atau "sharing" (kongsi)?
*⃣ Apakah isteri perlu memberikan sumbangan bulanan kepada ibubapa suami?
*⃣ Apakah suami perlu memberikan sumbangan kepada ibubapa isteri?
Semua ini kenalah dibincangkan sebelum menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

IBU SAUDARA VS IBU MERTUA SIAPA LEBIH UTAMA?
🔴Saya pernah mendengar dalam sebuah ceramah, ustaz tersebut mengatakan perlu melebihkan ibu saudara sendiri berbanding ibu mertua. Sebaliknya saya pernah mendengar juga pendapat mengatakan ibu mertua ibarat ibu kandung sendiri. Mohon pencerahan.
✅
Sistem "comparison" (perbandingan) sebegini adalah tidak bagus.
Ibu mertua vs ibu kandung
Ibu mertua vs ibu saudara
Ini kerana Allah ﷻ telah menetapkan sistem yang jelas iaitu hubungan darah memiliki keutamaan.
عن المقدام بن معدي كرب عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن الله يوصيكم بأمهاتكم. ثم يوصيكم بأمهاتكم. ثم يوصيكم بآبائكم، ثم بالأقرب فالأقرب.
“Daripada Miqdam bin Ma’di Kariba daripada Nabi ﷺ baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah ﷻ mewasiatkan ibu kalian kepada kalian semua, kemudian ayah kalian kemudian kerabat terdekat.” (HR Bukhari)
Ibu kandung, ayah kandung, anak-anak, kemudian kerabat (datuk, nenek, ibu saudara, ayah saudara, anak saudara, sepupu sepapat...)
Ini merupakan turutan dalam hubungan kerabat, hubungan darah atau rahim.
Kemudian terdapat pula hubungan melalui perkahwinan. Kalau berlaku perceraian maka terputuslah hubungan tersebut.
Keutamaannya bermula dengan suami, kemudian ibu mertua, ayah mertua, datuk dan nenek sebelah suami, adik beradik suami, ibu saudara sebelah suami dan seterusnya.
Maka tidak seharusnya membandingkan keluarga kita VS keluarga suami kerana syari'at tidak merincikannya selain dipandu oleh fiqh akhlak dan uruf serta budaya Melayu.
Namun begitu, secara fitrah, naluri, syari'at, setiap orang mestilah mengutamakan darah dagingnya sendiri (zawil arham, kerabat). Apabila terdapat keluarga suami, si isteri seharuslnya berusaha sebaik mungkin untuk meraikan dan membantu jika mereka dalam kesusahan.
Kaum keluarga kita, darah daging kita mendapat keutamaan kerana itulah keluarga kita yang hakiki. Manakala keluarga suami hanyalah diikat dengan ikatan perkahwinan sahaja. Maka jelaslah di sini bahawa antara hubungan darah dan perkahwinan, hubungan darah lebih "genuine" (tulen/sejati).

TAFSIR MIMPI TAWAF KAABAH
🔴Bolehkah sheikh tafsir mimpi saya ini?
Saya bermimpi mengerjakan tawaf di Kaabah bersama suami. Mereka yang bertawaf di situ semuanya berbangsa Arab kecuali saya dan suami.
Apabila terjaga daripada tidur, saya berasa gembira sangat seolah-olah saya benar-benar telah berada di sana kerana dengan jelas suasana Mekah dan Kaabah itu.
Untuk pengetahuan sheikh, saya dan suami belum pernah lagi ke sana.
✅
Mimpi melaksanakan rukun Islam mengandungi dua maksud:
1. Mimpi mainan akal sebab apabila kita teringin sangat hendak ke Mekah, maka ia terbawa-bawa ke dalam mimpi.
Contoh:
Kita teringin sangat hendak melihat Taj Mahal, Haya Sofia, maka bermimpi pergi ke Taj Mahal atau Haya Sofia di Istanbul. Oleh itu, bila teringin sangat hendak ke Mekah mengerjakan Umrah atau Haji, jadi ia akan terbawa-bawa ke alam mimpi.
2. Mimpi yang sahih.
Seseorang yang bermimpi mengerjakan haji, tawaf saie adalah orang yang telah menyempurnakan agamanya. Ini bermakna agamanya telah lengkap dan diterima sebagai Muslim serta bersama dengan bangsa pilihan Allah ﷻ yakni bangsa Arab, bangsa yang diangkat nabi akhir zaman.

TIADA RUKHSAH WANITA MUSAFIR TANPA MAHRAM
Merujuk kepada kitab Imam Nawawi yang mensyarahkan di dalam Kitab Riyadus Salihin iaitu Nabi ﷺ menegah dan melarang wanita melaksanakan salat Jama' dan Qasar ketika bermusafir tanpa mahram.
Sebaliknya, jika seorang perempuan itu ingin juga bermusafir tanpa ditemani mahramnya maka hendaklah dia salat secara TAMAM (Sempurna).
Yang telah lepas kita bertaubat kepada Allah ﷻ dan ingat pintu taubat Allah ﷻ itu luas.
~ Kalam Sheikhuna Ustaz Hassan Basri ~
🔴 Adakah sahih pernyataan di atas?
✅ Benar.
Apabila haram musafir, maka tidak boleh diambil rukhsah kerana itu memang merupakan qaul mazhab Syafi'iy. Salat musafir hanya untuk perjalanan yang halal sahaja.

💜PERLUKAH CINTA DALAM PERKAHWINAN
🔴Apakah akan terjadi jika menikah tanpa rasa cinta?
✅ Akan berlaku seperti perkahwinan Asiah dengan Firaun.
🔴Adakah maksudnya tidak bahagia? Jadi menikah memang memerlukan rasa cinta?
✅ Ya, tidak bahagia sebab apabila Fir'aun telah memilih mana-mana wanita itu untuk menjadi isterinya, maka wanita itu tidak boleh menolaknya.
Menikah perlu ada rasa cinta, dalilnya;
"Dan di antara tanda-tanda (Kekuasaan-Nya) ialah bahawa Dia menciptakan jodoh untuk kamu daripada diri kamu(bangsa kamu) supaya kamu bersenang-senang kepadanya, dan Dia (Allah) mewujudkan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi tanda bagi kaum yang memikirkan." [Surah Rum 30: 21]
Namun wanita mempunyai dua pilihan:
1. Cinta
2. Jaminan kehidupan, asalkan dia mendapat kemewahan dan jaminan masa depan
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH lebih mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”. [Surah Baqarah: 216].
Maksudnya, walaupun dia tidak menyintai suaminya, tetapi disebabkan kekayaan suaminya, dia mendapat kemewahan dan kenikmatan keduniaan.
Ramai wanita-wanita cantik berkahwin dengan jutawan yang sudah tua kerana wanita tersebut tidak kisahkan cinta; faktor kewangan lebih diutamakan.
Kalau kita tonton filem hindustan, wanita mengutamakan cinta dan jejaka miskin yang kacak.
Kalau dalam drama Melayu, atau filem Cina pula, mereka mengutamakan lelaki yang kaya.
Wanita Arab pula mengutamakan lelaki Arab yang kaya. Tidak kisah jika dia menjadi isteri yang keempat. Apa yang penting, dia mendapat rumah, kereta, pembantu rumah dan pemandu peribadi.
🔴Maksudnya, ikut citarasa masing-masing?
✅ Ya, cinta atau duit. Yang terbaik, dapat cinta dan kekayaan.
🔴Bagaimana pula kalau tidak cintakan sesiapa dan tidak kahwin?
✅ Boleh sahaja sebagaimana berlaku kepada para ulama' tersohor seperti Ibn Taymiyah, Imam Nawawi, Rabiah Adawiyah. Mereka terlalu sibuk dengan ilmu dan ibadat.
🔴Adakah perbuatan tidak menikah begini tidak termasuk dalam hadith Nabi ﷺ yang tidak mengaku umat jika tidak bernikah?
✅ Hadith tersebut untuk mereka yang bencikan perkahwinan.
Terdapat 5 hukum untuk kahwin: wajib, haram, sunat, makruh, harus.

🔴 Apakah kelebihan di antara anak perempuan dan anak lelaki? Ada sahabat memberitahu anak lelaki perlu diberikan lebih kasih sayang berbanding dengan anak perempuan. Tanggapan ini salah bagi saya. Bagaimanakah untuk memperbetulkan tanggapan ini?
✅ Tidak benar. Dalil firman Allah ﷻ;
إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَاْلإِحْسَانِ
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan.” [An-Nahl: 90]
Kasih sayang kepada anak tidak sama, itu adalah fitrah manusia, seperti Nabi Yaa'kub عليه السلام amat menyayangi Yusuf عليه السلام melebihi adik beradiknya yang lain. Namun begitu daripada segi keadilan dan kebajikan anak-anak hendaklah dibahagi sama rata.

NUSYUZ SUAMI
🔴 Apakah hukumnya seorang suami suka memaki hamun isteri dengan gelaran perempuan sial, perempuan gila dan selainnya?
✅ Nusyuz suami. Firman Allah ﷻ;
وإن امرأة خافت من بعلها نشوزا أو اعراضا فلا جناح عليهما أن يصلحا بينهما صلحا والصلح خير [النساء 128].
“Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz daripada suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan sulh yang sebenar-benarnya dan sulh itu lebih baik (bagi mereka)”. [an-Nisaa' 4:128]
Nusyuz suami antaranya ialah maki hamun iaitu "verbal abuse" (penderaan lisan).
Sulh* dalam ayat tersebut adalah meminta suami agar menceraikannya.
Nota Tambahan:
*Sulh bermaksud perdamaian.
🔴 Benarkah taraf isteri cuma di kaki suami, umpamanya boleh dipijak-pijak oleh suami?
✅ Taraf isteri di kaki suami adalah adat dan budaya Hindu. Di dalam Islam taraf isteri adalah sama dengan suami cuma suami diberi hak kepimpinan sahaja. Firman Allah ﷻ:
ولهن مثل الذى عليهن بالمعروف وللرجال عليهن درجة – البقرة 228
“Dan mereka (para isteri) mempunyai hak seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang sepatutnya. Tetapi para suami mempunyai kelebihan di atas mereka.” [al-Baqarah 2:228]
Tujuan perkahwinan adalah untuk cinta mencintai. Firman Allah ﷻ;
ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة – الروم 21
“Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan berpasangan untukmu daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram, kepadanya dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang." [ar-Rum 30:21]
Sekiranya perkahwinan tidak ada rasa cinta, ketenteraman, sakinah dan ikatan yang kuat, maka rumahtanggaku boleh menjadi nerakaku. Kita ada pilihan, mengapa hendak menderita hidup bersama lelaki kejam, bukankah lebih baik menjadi janda?
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم خلقا وخياركم خياركم لنسائهم
رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح
تحقيق الألباني :حسن صحيح ، الصحيحة ( 284 )
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, sabda Nabi ﷺ “Kaum Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka, dan yang paling baik di antara semua lelaki adalah yang paling baik kepada isteri-isterinya." (HR Tirmidzi, beliau berkata Hasan sahih, disahkan oleh Imam al-Albani رحمه الله)
Maka berdasarkan hadith di atas, "benchmark" (penanda aras) untuk ciri-ciri suami adalah:
1⃣ Lelaki terbaik adalah yang terbaik akhlaknya, terserlah dalam kalangan manusia sekelilingnya.
2⃣ Lelaki terbaik akhlaknya pula adalah yang paling baik terhadap isterinya.
Itulah lelaki yang anda perlu cari.
🔴 Saya faham jika seorang isteri keluar dari rumah tanpa izin suami, maka hukumnya adalah nusyuz, tetapi apakah hukumnya pula jika selepas bergaduh isteri keluar rumah dengan niat untuk menyelamatkan rumahtangganya, dengan harapan suaminya insaf jika dia berbuat demikian? Ini sebagai langkah terakhir kerana sudah pelbagai cara telah dibuat termasuk menasihati suaminya malangnya langsung tiada kesan.
✅ Benar, hukum asal adalah isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami. Akan tetapi ketaatan isteri kepada suami bukanlah mutlak jika dia mempunyai sebab. Dalil hadith:
السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى المَرْءِ المُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَة
“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat." (HR Bukhari dan Muslim)
Maka jika ada maksiat yang dilakukan oleh suami, maka boleh keluar dari rumah tanpa izinnya.

✅Kenyataan tersebut ada di dalam Tafsir Tabari, Ibnu Kathir tetapi ia mauquf; tidak mengesahkan untuk hukum hakam. Malah kenyataan tersebut bercanggah dengan ilmu biologi di mana mustahil perempuan boleh mengandung ketika haid.Atsar Ibnu Abbas رضي الله عنهما seperti berikut:
Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata: “Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, dia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu mengandung maka dia akan mengandungkan khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin."
وذكر الشبلي في آكام المرجان في أحكام الجان (1/93) عن الطرطوسي في كتاب تحريم الفواحش من رواية يحيى بن أيوب عن ابن جريج عن عطاء عن ابن عباس قال : المخنثون أولاد الجن ، قيل لابن عباس كيف ذلك ؟ قال إن الله عز وجل ورسوله - صلى الله عليه وسلم - نهيا أن يأتي الرجل امرأته وهي حائض فإذا أتاها سبقه إليها الشيطان فحملت فجاءت بالمخنث. اهـ
وذكره ابن عدي في الكامل (6/295) وعنه الذهبي في ميزان الاعتدال (4/363) في مناكير يحيى بن أيوب مرفوعا فقال : عن أحمد بن عبد الرحمن بن وهب ثنا عمي حدثني يحيى بن أيوب عن ابن جريج عن عطاء بن أبى رباح عن ابن عباس عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال المؤنثون أولاد الجن قيل لابن عباس يا أبا الفضل كيف ذلك ؟ قال نهى الله ورسوله أن يأتي الرجل امرأته وهي حائض فإذا أتاها سبقه الشيطان إليها فحملت منه فأتت بالمؤنث .
قلت : الطريقين فيهما يحيى بن أيوب وهو ضعيف بالاتفاق ، فالأثر لا يصح موقوفا ولا مرفوعاً
Dikeluarkan oleh al-Syibli, w. 769H Akaam al-Marjaan 1:193; Ibn Adi dalam al-Kaamil 6/295. az-Zahabi, Mizan al-I'tidal 4:363
penyakitnya perawi Yahya bin Ayub adalah dhaif. Atsar ini tidak sahih baik mauquf ataupun marfu'.