Harith Faisal

Tip Hartanah Santai, Motivasi Kewangan Sentap & Inspirasi Anak Muda.

0193897934 (WhatsApp Only)

Recent Posts

Sakit, dapat duit RM2,000,000!!

Nak duit cash RM2,000,000 kalau kau jatuh sakit?😭

RM2,000,000! Yang ni latest case client kami dapat cash RM2,000,000 lepas sakit. Sharing daripada ejen kami Tuan Zharif Amin.πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

6/6/2024
========

Saya terima watsapp dari seorang klien rapat, beliau merupakan diantara klien saya yang awal membeli polisi sewaktu saya mula menceburi bidang takaful di awal tahun 2020.

Beliau baru berumur 30an tetapi menyatakan yang ada kebarangkalian beliau menghidap kanser.

Beliau bertanya berkenaan polisi yang beliau ambil dahulu masih aktif atau tidak.

Saya nyatakan polisi beliau memang aktif kerana setiap 3 bulan saya akan memberi reminder untuk membuat pembayaran polisi.

Polisi beliau merupakan polisi Hibah & Penyakit Kritikal (CI) RM 2 juta setiap satu.

9/6/2024
========

Kami bertemu untuk saya memberi penerangan prosidur untuk membuat tuntutan Penyakit Kritikal (CI) dengan AIA Public Takaful.

Segala borang, dokumen & report yang diperlukan oleh pihak AIA telah saya jelaskan kepada beliau supaya memudahkan process tuntutan nanti.

Beliau juga nyatakan tarikh beliau akan menjalani pembedahan membuang sel kanser itu di hospital, dan saya mendoakan keselamatan beliau semasa pembedahan dijalankan

21/6/2024
=========

Beliau selamat menjalani pembedahan membuang sel kanser tersebut & saya datang melawat untuk melihat keadaan beliau.

28/6/2024
=========

Beliau discharge dari hospital dan berehat dirumah. Sy bertanya khabar & disamping bertanyakan tentang dokumen tambahan untuk process tuntutan.

Beliau nyatakan untuk datang ke rumah untuk ambil dokumen yang lengkap untuk dihantar ke AIA untuk process tuntutan

1/7/2024
========

Tuntutan dihantar kepada AIA secara online dengan maklumat & dokumen yang lengkap.

Terus saya call AIA Call Center untuk bertanyakan berapa lama process tuntutan ini akan di process?

Mereka menyatakan 10 hari bekerja.

Jadi saya & klien pon tunggu dengan tempoh yang diberikan.

15/7/2024
=========

Seperti yang dijanjikan oleh AIA Public Takaful, tepat 10 hari bekerja yang dinyatakan, Keputusan Tuntutan Penyakit Kritikal (CI) lulus.

18/7/2024
=========

Tuntutan dikreditkan ke Account Peribadi beliau dengan jumlah RM 2,000,263.33.

Beliau berterima kasih kerana membantu memudahkan urusan tuntutan.

Beliau juga berterima kasih kepada saya kerana menyedarkan tentang kepentingan Polisi Penyakit Kritikal (CI) ini dulu kerana di Malaysia, polisi CI masih tidak mendapat tempat di hati pelanggan.

Terukir sedikit senyuman di wajah beliau walaupun dugaan yang beliau hadapi ini agak besar, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan beliau pada waktu ini.

Saya hanya mampu membantu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan Polisi Penyakit Kritikal (CI), bila dilanda musibah, kehilangan pekerjaan & hilang punca pendapatan, dengan adanya polisi paling kurang dapat meringankan beban kewangan anda & keluarga.

Berminat? Klik link niπŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

wasap.my/60193897934/SakitDapatDuit100Ribu

wasap.my/60193897934/SakitDapatDuit500Ribu

wasap.my/60193897934/SakitDapatDuit2Juta

Saya dan team saya sedia membantu anda secara face-to-face atau online untuk dapatkan free quotation mengikut bajet anda dan penerangan lebih lanjut. 😊

Cover satu Malaysia. Senang! πŸ‘πŸ»
Terdetik saja nak mula jaga kewangan, simpan duit, teruslah buat. Tak payah nak tunggu awal tahun ke, awal bulan ke, lepas kucing beranak ke.

Yang paling popular, tunggu gaji besar baru nak mula simpan duit. Macam ni, gaji kecik, simpan sikit dulu. Nanti gaji besar, simpan amaun lebih besar.

Simpan duit ni adalah habit dan amalan. Diadun sekali dengan mindset yang betul, bersulam pula matlamat jangka masa pendek dan panjang.

Kalau gaji kecik pun kau tak teringin simpan duit, macam mana kau nak harap bila gaji kau besar nanti terus dapat hidayah. Bukan senang.

You decide, nak start simpan ONE DAY nanti atau pun jadikan hari ini adalah DAY ONE.

"Bila gaji aku dah naik ke RM5,000 nanti, aku akan belanja macam orang bergaji RM2,000 je. Jadi, saving aku waktu tu akan jadi RM3,000 setiap bulan."

Besar periuk, besarlah keraknya. Maksud peribahasa ni, kalau gaji kau besar, komitmen kau pun akan ikut besar. Kalau boleh, jangan jadi macam ni.

Gaji sekarang RM2,000 tapi tak nak mula menyimpan, taknak belajar ilmu urus duit. Dengan alasan, gaji kecik lagi. Tak mampu simpan duit.

Setiap kali hujung bulan, baki gaji tinggal RM10. Lagi malang, awal-awal dah angkat kereta dengan bayaran bulanan tinggi sekitar RM500-RM600.

Walau berapa pun gaji kita sekarang. Latih diri simpan dan urus gaji tu. Kecik pun takpa. Bila dah biasa, gaji naik RM5,000 pun tak terkejut beruk.

Nak senang, kira ikut peratuslah. Simpan 30% gaji. Makin naik gaji, makin naik simpanan. Gaji RM2,000 simpan RM600. Gaji RM5,000 simpan RM1,500.

Waktu kau masih bergaji RM2,000 bolehlah kau cakap nak kekalkan gaya hidup macam orang bergaji RM2,000 walau gaji besar nanti. Sebab tak rasa lagi.

Nanti bila dah merasa gaji besar, semua bapak mak nenek kereta kau beli, semua bank kau jelajah nak amik personal loan. Rabak poket wei. Ha! - HF

#harithfaisal
Kalau ikut logik akal kita bila lahir saja anak, maka banyak kos jadi bertambah contohnya susu, pampers, nurseri, pakaian, stroller, car seat.

Tapi, kita tetap kena percaya yang setiap anak ni lahirnya dia dengan bawa rezeki. Kita sebagai ibu bapa ni syukur dapat tumpang rezeki anak.

β€œEh! Tadi kata kos banyak bertambah. Lepas tu cerita anak ni bawa rezeki pula?”

Macam ni. Lepas kita ada anak, automatik otak kita ligat nak cari duit lebih, kita akan kerja lebih kuat, kita semakin bijak urus kewangan keluarga.

Sebenarnya, bukan selepas ada anak je kita macam tu. Once kita tahu isteri kita pregnant, kita dah mula fikir tentang kos tambahan ni semua.

Automatik jadi bijak cari duit. Mulakan fikir nak jual macam-macam, nak buat Foodpanda, nak jadi driver Grab, nak jual burger malam-malam.

Bila dah lahir si anak, tau-tau semua dah cukup, tak terasa pun hadirnya anak tu sebagai beban. Malah anak menjadi antara asbab bertambah rezeki kita.

Namun, janganlah kita anggap dengan usaha keras saja kita akan dapat duit lebih. Kena doa dan tawakal juga. Allah jua adalah pemberi rezeki. - HF

#harithfaisal
Actually, tak ada cara yang canggih sangat pun untuk kita mampu simpan RM1,000 setiap bulan.

Kita tak boleh kata yang orang bergaji RM5,000 mesti senang simpan RM1,000 sebulan.

Kalau dia punya lifestyle macam orang bergaji RM5,000 dia takkan mampu buat punya.

Kita juga tak boleh kata yang orang bergaji RM3,000 susah simpan RM1,000 sebulan.

Kalau dia punya lifestyle macam orang bergaji RM2,000 memang easily dapat simpan RM1,000.

Yang sedihnya, gaji RM1,500 habis setiap bulan.

Bila gaji naik ke RM2,000 pun habis juga.

Gaji dah capai RM3,000 tak simpan juga.

Hakikatnya, kau kalau just harap kenaikan gaji hakiki, memang susah kau nak simpan.

Sebabnya, kau bayangkan gaji naik RM100-RM200 setiap tahun, tapi lifestyle kau pun naik sama.

Gaji naik, mula minum kopi mahal.
Gaji naik, terus tukar kereta.
Gaji naik, mula bagi nafkah kat awek.
Gaji naik, start bercuti sini sana.
Gaji naik, buat personal loan.
Gaji naik, pindah sewa kondo.

Kalau kau maintain lifestyle, dengan kenaikan gaji bulanan RM200 setiap tahun, maka selepas 5 tahun bekerja kau akan ada lebihan RM1,000 setiap bulan.

Tetapkan matlamat, kau nak achieve simpanan konsisten RM1,000 setiap bulan. Lepas tu next kenaikan gaji, kau bolehlah mula upgrade lifestyle.

Anyway, RM1,000 tu saya contoh ja. Your life, your choice. Kalau kau tak sabar tunggu, dan selesa dengan simpanan RM100 sebulan pun tak apa.

Tak ada siapa yang larang.
Teruskan tanpa ragu. - HF

#harithfaisal
Anak muda, boleh je kalau kau nak beli rumah pertama untuk duduk sendiri. Tapi pastikan rumah kau tu ada potensi untuk disewakan. Bukan apa, kau tu kan muda lagi.

Kalau kau penjawat awam, mungkin akan dipindahkan kalau naik pangkat. Kalau kau pekerja swasta, mesti kau nak tukar company supaya gaji lebih cepat naik. Fleksibel.

Kalau kena pindah, taklah risau rumah kau tu tak laku. Boleh kau sewakan kat orang lain. Sewaan nanti andai boleh cover 80% ansuran bulanan pun okay sangat dah.

Jangan negative cashflow teruk sangat ya. Penat kau nanti. Contoh kau bayar RM3,000 tapi dapat sewakan RM1,000 saja. Seronok penyewa, kau bagi subsidi RM2,000 sebulan.

Biasanya orang kata tuan rumah lebih bijak daripada penyewa. Dalam situasi kat atas tu, penyewa lagi bijak, sebab dapat duduk rumah mahal tapi bayar sewa murah. Ha! - HF

#harithfaisal
TAHAP RISIKO PELABURAN: MANA SATU YANG SESUAI UNTUK ANDA?

Dalam dunia pelaburan, ada tiga (3) tahap risiko yang kita kena faham:

1️⃣ Low Risk – Risiko rendah, pulangan steady je. Contoh: ASB, Tabung Haji, Fixed Deposit (FD). Nak tidur lena, ini pilihan dia.

2️⃣ Medium Risk – Risiko sederhana, pulangan ok-ok tapi ada naik turun sikit. Contoh: Unit Trust, REIT (Real Estate Investment Trust). Kena ada sabar, baru rasa manis dia.

3️⃣ High Risk – Risiko tinggi, tapi potensi untung pun tinggi. Contoh: Saham, Crypto. Ni untuk yang berani, tapi bukan main hentam jeβ€”kena ada ilmu!

Baru-baru ni, ASB umum dividen 5.75 sen seunit.
KWSP pula dijangka bagi pulangan lebih 5.8%.

Tapi… cukup ke?

πŸ”₯ Nak beli rumah idaman?
πŸ”₯ Nak sediakan tabung anak-anak?
πŸ”₯ Nak bersara selesa tanpa risau duit habis?

Pulangan 5-6% tu mungkin selamat, tapi lambat. Kalau nak laju, kena berani cabar diri.

Risiko memang tak boleh dielak. Tapi bila ada ILMU, risiko tu jadi TERKAWAL.

Nak tahu best part?

Dengan strategi yang betul, tak mustahil untuk dapat lebih 10% pulangan SEBULAN dalam pasaran saham.

Serius.

Bukan gurauan. Bukan magik. Bukan skim cepat kaya.

βœ… Nak faham asas pelaburan saham dengan cara santai dan mudah?

βœ… Nak mula belajar saham tanpa pening-pening?

Click link ni sekarang. Jangan tunggu sampai tahun depan baru nak mula.

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

wasap.my/60122070873/Nak+belajar+saham

wasap.my/60122070873/Nak+belajar+saham

wasap.my/60122070873/Nak+belajar+saham

Orang lain dah lama buat duit dengan saham. Kalau bukan sekarang, bila lagi!
Jangan kita benci kepada kawan-kawan kita kaya dan berjaya, sepatutnya kita kena jadikan mereka sebagai sumber inspirasi.

Kita sendiri tak tahu apa yang dia lalui untuk sampai ke tahap tu, bisnes maju, rumah banyak, kereta sedap, duit berkepuk.

”If you work some years like others won't, then maybe one day you can live like others can't.

Unsuccessful people are short term focused, successful people think long term.

Unsuccessful people chose to enjoy every weekend, successful people choose to work and learn instead.

Unsuccessful people spend money wastefully, successful people invest money responsibly.

Unsuccessful people stay broke by living like they're rich and successful people stay successful by living like they're broke.”

Ubah cara kita berfikir supaya kita boleh jadi sama-sama berjaya macam mereka. Ramai orang nak berjaya, tapi tak ramai orang sanggup buat apa yang orang berjaya tu buat.

Bila dah sampai masa yang sesuai, mula reward diri selepas bertahun bertahan, bertahun berkorban, bertahun menangguh keinginan. - HF

#harithfaisal
Saya ada terbaca kisah sedih baru-baru ni. Pasal seorang anak muda penjawat awam, berumur 22 tahun. Dia jadi mangsa hutang yang serius sebab mak bapak dia.

Iya! Sebab mak bapak dia sendiri. Mak bapak patutnya jadi orang yang paling faham anak-anak. Tapi kesian sebab mak bapak dia yang suruh dia berhutang sana sini.

Bermula dengan kereta. Dia tak nak beli kereta sebab dia lebih selesa pergi kerja naik motor pasal nak jimat. Gaji dia RM2,000 saja. Tapi, sebab mak bapak, dia turutkan jugalah.

Nak beli Saga tak lepas sebab kereta second hand, kena ada guarantor. Mak bapak tak boleh jadi guarantor sebab dua-dua kena blacklist. Ehem! Kat situ dah nampak sesuatu.

Jadi dia "dipaksa" buat personal loan. Personal loan sebanyak RM40,000, beli kereta Myvi second hand RM32,000, bakinya dia guna untuk repair kereta tu. Banyak rosak katanya.

Lepas tu, disuruh pula dia bayar hutang perabot RM3,000. Kemudian, bapaknya suruh pulak anak tu pasang garaj untuk kereta. Takut kereta yang dibeli tadi rosak.

Kesian bila dia kata dia dah tak mampu, bapak dia tengking dia. Bila dia mengadu kat maknya, pun kena marah juga. Siap mak dia kata yang dia ni boros dan tak reti simpan duit.

Sedih wei! Padahal lepas tolak duit hutang, duit sewa rumah, bil-bil semua dan duit simpanan untuk kahwin tahun depan, dia tinggal RM200 saja untuk survive. Jenuh nak jimat.

Nasihat saya untuk korang yang hadapi situasi macam ni,

1. Beranilah untuk kata "tidak" kat orang yang suruh kita berhutang walaupun mak bapak kita sendiri. Kalau kau gaji besar, takpelah. Tak luak pun. Yang gaji kecik, habislah.

2. Tunjukkan kira-kira bajet bulanan kat dorang jika perlu. Barulah dorang tau kita ni kena berjimat tahap ikat perut kaw-kaw kalau kita tambah hutang lain ikut kemahuan dorang.

3. Cara terakhir. Kau buatlah side income banyak-banyak. Tapi jangan bagitau dorang. Kalau nak harapkan gaji RM2,000 tu saja, memang tak cukup.

Apa yang saya nampak sekarang, bukan anak muda saja yang kena ada ilmu kewangan. Mak bapak pun kena ada ilmu kewangan dan pelaburan.

Mak bapak kita boleh jadi orang yang sangat supportive bila anak nak jaga kewangan. Tapi mak bapak juga boleh jadi penyebab anak-anak terjebak dengan dosa kewangan yang serius.

Tak ada istilah terlambat untuk mula belajar tentang kewangan dan pelaburan. Kalau bukan untuk diri sendiri, ia mungkin berguna untuk anak kita nanti. Jadilah, mak bapak yang bijak!

Ending tak lawak hari ni.

Tapi peduli apa aku. Haha! - HF

#harithfaisal
SEWA RUMAH KEPADA STUDENT

1. Pelabur hartanah memang suka jadikan kawasan student sebagai lubuk duit. Sebab biasanya kawasan tu memang ada demand dan meriah siang malam.

2. Nak sewakan per kepala atau per bilik senang-senang boleh penuh. Memang pihak universiti ada sediakan asrama, tapi biasanya tak cukup.

3. Kadang-kadang cukup je asrama tapi wujud pula student yang lebih suka duduk rumah sewa dengan kawan-kawan daripada duduk asrama tu.

4. Student universiti awam tak kisah duduk kat flat ke, atau rumah biasa-biasa. Tapi kalau student universiti swasta, dorang akan pilih studio atau kondo.

5. Kau kena expect, kalau nak sewakan rumah kat student ni, agak leceh. Kadang-kadang duduk satu semester tak pun satu tahun, dah nak keluar. Leceh.

6. Letaklah benda-benda asas kat unit kau tu. Wifi, dapur, peti ais, mesin basuh, tilam. Sebab dorang kan student, dorang takda semua tu. Bantu mereka.

7. Dorang takda gaji, harap kat biasiswa atau PTPTN. Jadi dari segi pembayaran tu, kau kena lebih fleksibel. Kalau yang mak bapak dia bayarkan, okay.

8. Lagi bagus kalau kau dapat collect sewa per semester. Student ni ramai yang tak pandai buat bajet kewangan. Silap-silap allocation untuk bayar sewa rumah habis belanja awek makan.

9. Bukan setakat demand sewa yang tinggi tapi kenaikan harga rumah sekitar pun naik sekali. Iyalah, kawasan hot. Banyak transaksi jual beli berlaku.

10. Selagi mana ada pengambilan baru student, selagi tu kau akan ada demand untuk rumah sewa kau. Tapi saingan pun banyaklah. Bukan kau je yang bijak. Ha!

#harithfaisal

SHARE jika bermanfaat.
"Saya nak tanya. Saya nak beli rumah tapi boleh ke tanpa downpayment? Sebab simpanan memang takda ni."

1. Jangan gelojoh nak beli rumah kalau kau belum mampu nak buat simpanan konsisten setiap bulan. Duit muka 10% boleh pinjam orang, tapi ansuran bulanan kau tetap kena bayar sendiri, kan.

2. Cubalah bina karakter penyimpan yang bagus selama 1-2 tahun sampai kau yakin untuk bayar ansuran bulanan. Kurangkan belanja, tambah pendapatan.

3. Simpanan sendiri boleh mengelat. Bulan ni simpan, bulan depan tak menyimpan, bulan satu lagi simpan balik. Kalau asyik mengelat saja, makin tak nampaklah bayang rumah sendiri.

4. Tapi kalau dah beli rumah, automatik kau ada komitmen dengan bank, jadi wajib bayar setiap bulan. Kalau tak, rekod buruk terpapar kat CCRIS. Susah nak mohon pembiayaan lain selepas itu.

5. Kau kena simpan dahulu, kemudian baru berbelanja. Jangan ikut cakap orang tua dulu-dulu, "Nanti ada duit lebih, masuk tabung ya." Lebih kurang sama, tapi hasilnya berbeza.

6. Kalau RM500 pun kau tak mampu nak simpan, tak payah berangan nak terus beli rumah harga RM100,000 sekalipun. Lebih baik kau berlatih menyimpan guna ASB Financing.

7. Memang boleh beli rumah dengan modal minima, yang hampir tanpa modal pun ada. Tapi ansuran bulanan tetap kena bayar nanti. Sangat tak sesuai dengan kau yang tak pernah reti simpan duit bulanan.

8. Sudah-sudahlah berbelanja sakan atas kemampuan diri. Kos hidup kian meninggi. Kalau perlu, potong kad kredit dan mulakan hidup baru bebas hutang mulai hari ni.

9. Pelik sangat bila kau sanggup berhutang macam-macam hanya untuk kepuasan orang lain. Orang lain boleh komen cara hidup kau, pakaian kau, kereta kau, tapi dorang takkan tolong bayarkan hutang kau.

10. Sudah-sudahlah. Bertaubatlah daripada jahiliah kewangan. Sampai bila nak jadi hamba hutang, kan. Haha! (Gelak jahat.) - HF

#harithfaisal
β€œHarith, kalau aku mohon personal loan untuk deposit beli rumah, boleh ke?"

Saya langsung tak terkejut dengan soalan macam tu sebab normallah anak muda sebaya saya takda simpanan RM20,000-RM30,000 sebagai modal beli rumah. Setuju?

Dana kecemasan sama dengan 3 bulan gaji pun terkial-kial nak buat. Apatah lagi modal untuk beli rumah berpuluh ribu. Itu normal.

Tapi saya tak suka jadi normal macam anak muda lain, beli kereta mahal, melancong ke luar negara, majlis kahwin nak grand konon raya sehari. Tapi simpanan untuk beli rumah, takda. Sedih bangat.

Jawapan saya, janganlah mohon pembiayaan peribadi semata-mata nak untuk modal beli rumah. Sebab tu saya selalu tekankan,

"Walaupun korang rasa tak nak beli rumah lagi sekarang ni, buat jugalah tabung rumah. Nanti bila tiba-tiba korang dapat hidayah untuk beli rumah, modal dah ada masa tu."

Keburukan modal beli rumah dengan pembiayaan peribadi:

1. Komitmen bulanan menjadi tinggi hanya untuk satu rumah. Lagi-lagi kalau kau duduk sendiri rumah tu. Cubalah elakkan ya.

2. Kalau disewakan rumah tu, susah nak dapat aliran tunai positif sebab komitmen tinggi sangat. Saya tak rajin nak buat kira-kira pagi ni. Kira sendiri ya.

3. Kelayakan pembiayaan rumah semakin berkurang. Contoh, sebelum ni layak rumah RM200K patutnya. Lepas ambil pembiayaan peribadi, mungkin layak RM100K saja.

4. Kesan buruk kepada loan profile. Dahlah gaji ciput pula tu. Penyudahnya, pembiayaan peribadi lepas, pembiayaan rumah pula sangkut. Kalau gaji besar, suka hati kaulah.

5. Kalau buat pembiayaan peribadi selepas lulus pembiayaan rumah? Masih kena ada modal awal juga. Bukan boleh booking rumah pakai air liur saja dik oi!.

Malah, hari tu saya dapat call daripada sahabat saya bertanya soalan mewakili kawannya. Juga ada kaitan dengan personal loan.

Tentang berbaloi ke dia buat personal loan untuk beli perabot supaya dapat full furnished kan unit rumah yang bakal dia sewakan nanti. Dia baru beli rumah tu.

Setelah saya korek, rupa-rupanya personal loan yang dia nak buat tu juga adalah untuk top-up ansuran bulanan rumah kerana rasa tidak yakin untuk bayar setiap bulan.

Rumah baru beli, baru nak kena mula bayar ansuran, tapi tak yakin untuk bayar setiap bulan. Aduh! Tapi saya dah bagi advice baik punya. Harap-harap dapat bantu dia. Lain kalilah saya buat posting pasal ni pula.

Apa-apa pun, buatlah kiraan sendiri ya. Sesuaikan dengan perancangan short term dan long term kau. Hidup kau, bukan hidup orang lain.

Kalau dah tersontot sampai rumah kena lelong, hujung bulan makan maggi, jangan kata saya tak pernah ingatkan pula.

Ha! - HF

#harithfaisal
GAJI RM1500 TAK PERLU BERKERETA.

Kalau tanya kat saya, dengan gaji bersih bawah RM1500, kau tak payahlah pakai kereta. Baik kau pakai motor saja dulu, dik.

RM250: Sewa Bilik
RM100: Bil Telefon
RM50: Petrol Motor
RM400: Makan Minum
RM200: Keperluan Lain
RM150: Parent
RM50: Hiburan

Tanpa kos kereta, total belanja sebulan kau adalah RM1200. Boleh simpan 20% daripada gaji bersih kau iaitu RM300.

RM300 tu kalau kau simpan setiap bulan selama 12 bulan, dapat RM3600. Tak banyak pun kan. Ke kau dah rasa banyak.

Cuba kau bayangkan kau pakai kereta dengan gaji tu. Tak kisahlah kereta baru atau second hand, tetap ada kos tambahan.

Maka, simpanan RM300 mesti takkan pernah wujud. Silap-silap duit parent RM150 tu pun kau tak mampu nak hulur.

Kalau kau rasa kereta adalah keperluan yang mendesak, maka kau kenalah desak diri kau untuk tambah side income dulu.

Bila income dah selesa barulah kau pakai kereta. Buat kira-kira. Fikir secara rasional. Tak payah nak ikut-ikut orang.

"Ala bang, saya nak beli Axia je."

Axia pun nak berjalan kena pakai petrol sebagai bahan api dik oi. Ke Axia yang kau nak beli tu guna air paip dah boleh jalan.

Ha! - HF

#harithfaisal
90 minit lagi tinggal. Tamat 11.59pm ni.😱
FREE satu bulan caruman.😱


Sakit, dapat duit RM2,000,000!!

Nak duit cash RM2,000,000 kalau kau jatuh sakit?😭

RM2,000,000! Yang ni latest case client kami dapat cash RM2,000,000 lepas sakit. Sharing daripada ejen kami Tuan Zharif Amin.πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

6/6/2024
========

Saya terima watsapp dari seorang klien rapat, beliau merupakan diantara klien saya yang awal membeli polisi sewaktu saya mula menceburi bidang takaful di awal tahun 2020.

Beliau baru berumur 30an tetapi menyatakan yang ada kebarangkalian beliau menghidap kanser.

Beliau bertanya berkenaan polisi yang beliau ambil dahulu masih aktif atau tidak.

Saya nyatakan polisi beliau memang aktif kerana setiap 3 bulan saya akan memberi reminder untuk membuat pembayaran polisi.

Polisi beliau merupakan polisi Hibah & Penyakit Kritikal (CI) RM 2 juta setiap satu.

9/6/2024
========

Kami bertemu untuk saya memberi penerangan prosidur untuk membuat tuntutan Penyakit Kritikal (CI) dengan AIA Public Takaful.

Segala borang, dokumen & report yang diperlukan oleh pihak AIA telah saya jelaskan kepada beliau supaya memudahkan process tuntutan nanti.

Beliau juga nyatakan tarikh beliau akan menjalani pembedahan membuang sel kanser itu di hospital, dan saya mendoakan keselamatan beliau semasa pembedahan dijalankan

21/6/2024
=========

Beliau selamat menjalani pembedahan membuang sel kanser tersebut & saya datang melawat untuk melihat keadaan beliau.

28/6/2024
=========

Beliau discharge dari hospital dan berehat dirumah. Sy bertanya khabar & disamping bertanyakan tentang dokumen tambahan untuk process tuntutan.

Beliau nyatakan untuk datang ke rumah untuk ambil dokumen yang lengkap untuk dihantar ke AIA untuk process tuntutan

1/7/2024
========

Tuntutan dihantar kepada AIA secara online dengan maklumat & dokumen yang lengkap.

Terus saya call AIA Call Center untuk bertanyakan berapa lama process tuntutan ini akan di process?

Mereka menyatakan 10 hari bekerja.

Jadi saya & klien pon tunggu dengan tempoh yang diberikan.

15/7/2024
=========

Seperti yang dijanjikan oleh AIA Public Takaful, tepat 10 hari bekerja yang dinyatakan, Keputusan Tuntutan Penyakit Kritikal (CI) lulus.

18/7/2024
=========

Tuntutan dikreditkan ke Account Peribadi beliau dengan jumlah RM 2,000,263.33.

Beliau berterima kasih kerana membantu memudahkan urusan tuntutan.

Beliau juga berterima kasih kepada saya kerana menyedarkan tentang kepentingan Polisi Penyakit Kritikal (CI) ini dulu kerana di Malaysia, polisi CI masih tidak mendapat tempat di hati pelanggan.

Terukir sedikit senyuman di wajah beliau walaupun dugaan yang beliau hadapi ini agak besar, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan beliau pada waktu ini.

Saya hanya mampu membantu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan Polisi Penyakit Kritikal (CI), bila dilanda musibah, kehilangan pekerjaan & hilang punca pendapatan, dengan adanya polisi paling kurang dapat meringankan beban kewangan anda & keluarga.

Berminat? Klik link niπŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

wasap.my/60193897934/SakitDapatDuit100Ribu

wasap.my/60193897934/SakitDapatDuit500Ribu

wasap.my/60193897934/SakitDapatDuit2Juta

Saya dan team saya sedia membantu anda secara face-to-face atau online untuk dapatkan free quotation mengikut bajet anda dan penerangan lebih lanjut. 😊

Cover satu Malaysia. Senang! πŸ‘πŸ»
See more posts
TeleSearch