MOHD RUSLI ABDULLAH

Telegram rasmi Adun Wakaf Bharu.Segala info aktiviti harian akan dimaklumkan

Recent Posts

Alhamdulillah di pagi jumaat yang mulia ini berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan One-Off Armalah & Anak Yatim Kelantan 2022 (Fasa1) peringkat DUN Wakaf Bharu kepada 250 penerima di Dewan Taman Kasturi Kg Belukar.

Dan pagi ini juga hadirin disajikan dengan santapan rohani yang disampaikan oleh Ustaz Mad Daud sebagai pengisian dan peringatan bersama.

#BersamaRakyat
#YbHjLie
#AdunWakafBharu
#programN04
POKOK TUMBANG KG LUBOK DURIAN, CHABANG EMPAT.

Sebenarnya pihak Bomba dan Tnb Tumpat telah selesai mengambil tindakan cuma tunggu untuk tindakan selanjutnya daripada Tnb kota Bharu, disebabkan pencawang elektrik disini menggunakan voltan tinggi.

Terima kasih kepada pihak Tnb, Bomba, Penghulu, penduduk setempat tuntas mengambil tindakan pantas dan mohon rakyat berhati-hati ketika melalui jalan ini buat sementara ini.

#ybhjlie
#adunwakafbharu
Marilah kita memperingati dan menghayati sejarah dan perjuangan orang terdahulu dalam mencapai Kemerdekaan seterusnya Penubuhan Persekutuan Malaysia.

Sama-samalah kita berdoa semoga negara kita yang bertuah ini bebas dari Pandemik Covid-19 dan sentiasa dilimpahi rahmat keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran sebagai sebuah Keluarga Malaysia.

Selamat Hari Malaysia 🇲🇾
INFLUENCER@JAPEN

BERSIARAN SECARA LANGSUNG MELALUI FB: https://www.facebook.com/JapenKelantan.

Yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan

Tarikh: 11 Sept 2021(Sabtu)
Masa : 11.00 Pagi
Bertempat di : Pondok Al Badriah, Kg Jal Besar, Tumpat Kelantan.

Menampilkan Panel Undangan:

1. YDH CP Dato' Haji Shafien Bin Haji Mamat, Ketua Polis Kelantan

2. YB Haji Mohd Rusli Bin Abdullah ,Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Bharu

🇲🇾#japenkelantan#bergheh#HKHM2021#DemiNegara#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#JabatanPenerangan
Alhamdulillah beberapa jalan kampung diturap untuk keselesaan pengguna dalam Mukim Wakaf Bharu, Jal Kechik, Talak, Wakaf Delima, Belukar dan Padang Rokma.
.
Terima kasih kepada semua Penghulu yang sentiasa peka dlm membantu bagi memberi kemudahan kepada anak mukim.
See more posts