Portal Ikram Perak
Perkongsian Ilmu, Berita & Maklumat Berkaitan Islam oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Perak
Recent Posts
JOM SERTAI PERTANDINGAN ARTIKEL RAMADAN!
Sempena Ramadan tidak lama lagi, Pertubuhan IKRAM Malaysia menganjurkan "Pertandingan Artikel Ramadan 1446 H" dengan tema "Bangunkan Jiwa Takwa".
Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan memasukkan minimum satu mesej daripada tiga mesej berikut:
1. Mensyukuri rezeki dan menghindari pembaziran makanan.
2. Cakna isu Palestin dan memberi solusi.
3. Menjaga pertuturan dan mengelakkan perbalahan.
Dengan panjang artikel antara 500 - 1,000 perkataan, mereka yang berminat boleh menghantar artikel ke e-mel [email protected] sebelum atau pada 26 Februari 2025.
Semua tajuk e-mel hendaklah ditulis "Pertandingan Artikel Ramadan" untuk perhatian penganjur berserta nama, jawatan (atau pelajar IPT mana) dan nombor akaun bank.
Hadiah menarik berupa wang tunai menanti pemenang iaitu:
Pertama: RM350
Kedua: RM250
Ketiga: RM150
Sagu Hati: 3 x RM70
Jom menulis artikel Ramadan!
#BangunkanJiwaTakwa
#MalaysiaNegaraRahmah

Kem Asas Memanah Tradisional di Sitiawan
Terbuka kepada semua bermula umur 9 tahun hingga veteran
Jika berminat untuk mendalami sukan sunnah memanah tradisional sila imbas kod qr di dalam poster
Atau whatsApp Ustaz Kamaruzaman - 013 899 6956

[KENYATAAN MEDIA / PRESS STATEMENT]
Ambil Alih Gaza: HIKAM Kecam Kenyataan Presiden Donald Trump
"Kenyataan itu bukan sahaja mencetuskan kontroversi, bahkan melanggar hak asasi manusia dan peraturan antarabangsa..."
Take Over Gaza: HIKAM Condemns President Donald Trump's Statement
"The statement has not only stirred controversy but also violates human rights and international law..."
Baca kenyataan penuh / Read full statement: https://ikram.org.my/ambil-alih-gaza-hikam-kecam-kenyataan-presiden-donald-trump/
#RebuildingGaza

Setiap Orang Adalah ‘Influencer’: Berikan Pengaruh Baik
Sebagai influencer, kehidupan peribadi menjadi perhatian kerana masyarakat ingin mengenali latar belakang dan gaya hidup seperti latar belakang keluarga, pendidikan, personaliti mahupun kediaman atau jenis kenderaan yang dimiliki.
Baca lagi:https://ikram.org.my/setiap-orang-adalah-influencer.../

Hari Keluarga IKRAM Eratkan Ukhuwah, Hargai Jasa
"Hari Keluarga IKRAM Pusat 2025 yang berlangsung pada 1-2 Februari di Villea Morib di sini melabuhkan tirainya dengan kehangatan ukhuwah dan penuh kemeriahan."
Baca lagi: https://ikram.org.my/hari-keluarga-ikram-eratkan-ukhuwah-hargai-jasa/

Awasi Anak Anda: Bahaya Lebih Dekat, Individu Dikenali
Kesedaran awal ini dapat membantu mereka mengelakkan perangkap pihak yang berniat jahat atau terpengaruh dengan anasir buruk.
Baca lagi: https://ikram.org.my/awasi-anak-anda-bahaya-lebih-dekat-individu-dikenali/

Rawatan Jiwa Tangani Krisis Kesabaran Menurut Islam
Faktor penyumbang lain adalah perubahan corak kehidupan moden yang memperlihatkan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan semakin longgar.
Baca lagi: ikram.org.my/rawatan-jiwa-t…
##MalaysiaNegaraRahmah

PROGRAM BACK2SCHOOL IKRAM TAMBUN
Alhamdulillah pada hari Ahad, 2 Februari 2025 telah berlangsung program Back2School anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia Kawasan Tambun.
Program yang dilaksanakan di Pasarayaku Tambun, Taman Perpaduan ini melibatkan 12 orang AJK Ikram Tambun di ketuai oleh pengarah program Pn Hjh Hassenah Che Amat selaku Ketua Wanita Ikram Tambun.
Sejumlah 34 orang anak-anak yang terdiri dari 16 murid sekolah rendah dan 18 murid sekolah menengah telah menerima sumbangan sebanyak RM100 setiap seorang.
Sumbangan ini adalah merupakan peruntukan dari Yayasan Ikram Malaysia dan juga dari Ikram Tambun.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YDP Ikram Tambun, Dr Khalid Hasnan. Seterusnya mereka telah membeli belah barangan keperluan sekolah di Pasarayaku, dengan di temani oleh ajk program.
Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan nampak cahaya kegembiraan di muka peserta2 setelah mereka memperolehi apa yang di hajati.
Pihak IKRAM Tambun mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pasarayaku, terutama kepada pengurusnya Cik Asmidar yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik dan melancarkan program ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua AJK yang bertungkus lumus memastikan program ini berjalan dengan sempurna.
Diharapkan bantuan yang diberikan akan membantu anak-anak menghadapi sesi pembelajaran tahun 2025 dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.
#MalaysiaNegaraRahmah
#IkramTambun
#SebarkanRahmahTeguhkanUkhuwah
#YayasanIkramMalaysia
https://www.facebook.com/share/p/12LTfBKsK8M/

_*WACANA SINAR HARIAN: HALAL & BOIKOT – ANTARA SEDERHANA DENGAN EKSTREM*_
Link online dlm facebook , youtube dan tiktok Sinar Harian
https://www.facebook.com/share/v/12LTuwXpR9y/?mibextid=oFDknk
https://www.youtube.com/live/lgFu_tM45zM?si=5OIuKziPoMqY02hG

[IKRAM Batang Padang]
23 Jan 2025, TAPAH - Satu program berkhatan beramai-ramai telah dijalankan oleh IKRAM Batang Padang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Tapah hari ini. Program yang lebih dikenali sebagai Sunathon 2025 ini telah berjaya mendapat penyertaan seramai 9 orang anak-anak orang asal (OA) sekitar daerah Tapah.
Program Sunathon 2025 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Masjid Batu 3, Jalan Pahang, Tapah bermula seawal jam 8:00 pagi. Program dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pegawai Tadbir Agama (PTA) PAID Tapah, diikuti dengan acara mandi beramai-ramai dalam kalangan para peserta Sunathon. Menurut pengarah program, Ust. Ahmad Bakhtiar Jelani, Sunathon 2025 kali ini telah mendapat penajaan daripada IKRAM dan juga Baitulmal Perak. Semoga acara Sunathon ini dapat diteruskan di masa akan datang dan terus meringankan bebanan para Asnaf sekitar. - Media IBP
https://www.facebook.com/share/p/1Duu3nfph9/

Lagi gambar
https://www.facebook.com/share/p/1ButEz1ZRt/

Pada Ahad lepas, 2 Februari 2025 telah berlangsung Program Back2School di Econsave Ampang Baru, Ipoh. Program anjuran I-Bantu Ipoh yang merupakan salah satu agensi Pertubuhan IKRAM Malaysia ini memfokus bidang kebajikan dan tahun ini adalah tahun keenam penganjuran Back2School dengan kerjasama korporat seperti Econsave atau AEON.
Jutaan terima kasih kepada semua dermawan dan para penyumbang yang telah banyak menyumbang di dalam tabung I-Bantu.
Kami berharap dan mendoakan semoga adik-adik lebih bersemangat dan bermotivasi dalam perjuangan menuntut ilmu di sekolah dan selamat maju jaya kami ucapkan.

Jom tengok sampai habis video salam Papa Pipi Zola
https://vt.tiktok.com/ZS6cBFyKF/
Monsta X Ikram
https://vt.tiktok.com/ZS6cBFyKF/
Monsta X Ikram
PROGRAM BACK2SCHOOL DI PADANG RENGAS SARAT NASIHAT DAN HARAPAN
Padang Rengas, 23 Januari – Program Back2School anjuran bersama YAYASAN IKRAM Malaysia, Jawatankuasa Masjid Kroh Hilir, dan IKRAM Padang Rengas berlangsung meriah dengan pelbagai nasihat berguna daripada YDP IKRAM Padang Rengas.
Beliau menekankan kepentingan menjaga solat dan mengimarahkan masjid sebagai asas pembentukan akhlak mulia. Anak-anak turut diingatkan agar berdikari, seperti belajar menguruskan keperluan sendiri, dan sentiasa melakukan perkara yang baik (ma’ruf) serta menjauhi perkara buruk (mungkar).
Ibu bapa digesa untuk memantau aktiviti anak-anak, memastikan mereka tidak lalai dengan gajet dan menjauhi tabiat buruk seperti merokok. Beliau turut mendoakan kejayaan anak-anak dunia dan akhirat.
Program ini diakhiri dengan jemputan menjamu selera yang disediakan oleh Jawatankuasa Masjid Kroh Hilir. Program ini bukan hanya memberi manfaat kepada pelajar, malah memperkukuh hubungan komuniti.
https://www.facebook.com/share/p/19N2A9dLYq/

“10,000 Pelajar Tidak Hadir SPM: Isu yang Memerlukan Tindakan Kolektif”
Ketidakhadiran lebih 10,000 pelajar daripada 373,725 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 adalah satu isu besar yang memerlukan tindakan segera. Angka ini mencerminkan cabaran mendalam dalam sistem pendidikan dan masyarakat kita. Jika tidak ditangani segera, ia bukan sahaja menjejaskan peluang masa depan individu tetapi juga membawa kesan besar kepada daya intelektual dan ekonomi negara.
1. Isu ini menuntut tanggungjawab bersama, bukan hanya kepada sekolah atau kementerian. Ibu bapa, guru, masyarakat, dan pembuat dasar perlu bekerjasama secara proaktif untuk mengenal pasti punca utama ketidakhadiran ini. Pendekatan holistik diperlukan untuk memastikan setiap pelajar diberi peluang dan motivasi untuk terus berada dalam sistem pendidikan. Pendidikan harus dilihat sebagai keutamaan yang menyatukan semua pihak, tanpa mengira peranan mereka.
2. Pendidikan perlu dilihat sebagai alat untuk membina potensi individu dan masyarakat, bukan sekadar ruang untuk mengejar kelulusan akademik. Pelajar yang tidak hadir mungkin hilang keyakinan terhadap nilai pendidikan kerana pelbagai cabaran, termasuk tekanan sosial, masalah keluarga, atau kurangnya motivasi. Sistem pendidikan mesti lebih fleksibel dan inklusif untuk memenuhi keperluan ini.
3. Salah satu langkah praktikal ialah memperkenalkan program sokongan seperti Kem Inspirasi Pendidikan. Program ini boleh memberi pelajar motivasi baharu melalui bengkel kerjaya, sesi bersama alumni berjaya, dan pendedahan kepada peluang pendidikan tinggi. Pendekatan seperti ini mampu membantu pelajar melihat pendidikan sebagai pintu ke arah masa depan yang lebih cerah.
4. Peranan masyarakat dalam membawa naratif positif tentang pendidikan juga penting. Media sosial, sebagai platform utama remaja hari ini, perlu digunakan untuk mempromosikan kisah kejayaan pelajar yang telah mengatasi pelbagai cabaran. Naratif ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada remaja lain tetapi juga mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan sebagai asas kepada kemajuan.
5. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), NGO, dan komuniti perlu berganding bahu untuk membangunkan pelan jangka panjang yang menyentuh aspek emosi, akademik, dan sosial pelajar. Ini termasuk sokongan mental kepada pelajar yang menghadapi tekanan, bantuan kewangan kepada keluarga yang memerlukan, serta program khas untuk melibatkan ibu bapa dalam menyokong pendidikan anak-anak.
Angka lebih 10,000 ini adalah wake-up call untuk kita semua. Jangan biarkan ia menjadi kebiasaan. Kita mesti bertindak sekarang untuk memastikan setiap anak muda mendapat peluang yang adil dalam pendidikan. Kerajaan, masyarakat, dan semua pihak berkepentingan perlu memikul tanggungjawab bersama untuk menjadikan pendidikan sebagai asas dalam membina negara rahmah. Setiap anak muda adalah harapan bangsa, dan kita mesti memastikan tiada seorang pun yang tertinggal. Bersama, kita mampu menjana solusi demi masa depan negara yang lebih cerah.
Taufik Aziz
Ketua IKRAMTeens Malaysia,
Agensi Pembangunan Remaja
IKRAM Muda.

PROGRAM CHEF CILIK IKRAM JUNIOR TAMBUN
Alhamdulillah, pada hari ini, 1/1/2025, telah berlangsung Program Chef Cilik Siri 1 anjuran Ikram Junior Tambun bertempat di Opah Meru Cottage, Taman Meru Mutiara, Ipoh.
Program ini menjadi pembuka tirai untuk aktiviti-aktiviti IJ seterusnya.
Seramai 30 peserta terdiri daripada 10 anak-anak lelaki & 20 anak- anak perempuan telah menyertai program ini. Peserta berumur antara 8 sehingga 12 tahun.
Di samping itu, seramai 5 orang fasilitator dan 5 orang ajk telah terlibat sama menjayakan program ini.
Para peserta telah dapat mempelajari cara- cara membuat karipap, bermula dengan menyediakan doh karipap, seterusnya mencanai dan membentuk karipap. Mereka juga berpeluang menggoreng karipap buatan mereka dengan di awasi oleh fasi kumpulan masing- masing.
Di awal program, peserta telah diberi taklimat dan juga didedahkan dengan hadis berkaitan adab makan dan kepentingan pemakanan sihat.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya untuk mengumpulkan anak- anak IJ dalam satu program yang bermanfaat. Kita juga telah berjaya mendapatkan penyertaan baru dari peserta yang belum pernah mengikuti program IJ seramai 7 orang.
Diharapkan program sulung ini akan membuka ruang untuk program- program IJ lain yg lebih menarik sepanjang tahun ini.
#IkramJuniorTambun
#GiatBermanfaatGenerasiHebat
#WanitaIkramTambun
https://www.facebook.com/share/v/18UbdJ9V7m/