inche_lebah – Healing Untuk Matang

Tulisan-tulisan healing daripada inche lebah, coretan harian, nota dan aksara matang. ♥️

View in Telegram

Recent Posts

Yang runtuh cuma air mata, bukan harga diri. Kamu tetap mahal, walaupun mulut orang cuba merendahkan kamu.

Sekarang, kamu perlu tahu. Takkanlah Allah ciptakan kamu sesempurna ini hanya untuk merugikan. Pasti ada sesuatu yang kamu boleh buktikan.

- inche_lebah
Hadiah untuk kamu
Benih tak pernah hilang, ia sedang menumbuh, walaupun kamu tak nampak benih di depan mata.

Begitu juga dia, dia tak pernah hilang, dia sedang belajar untuk sembuh, walaupun kamu tak nampak dia seketika.

- inche_lebah
Jangan menyerah kalah, belajarlah daripada matahari, selagi belum malam, selagi itulah terus bersinar.

- inche_lebah
Jika musibah itu mendekatkan kamu kepada Allah, itu ujian. Dan jika musibah itu menjauhkan kamu daripada Allah, itu bala.

- inche_lebah
Bukan kamu tak kuat, tetapi kamu tak nampak yang kamu itu kuat.

Tahu tak, pokok yang kamu anggap keras pun kalau ditebang, akan tumbang, berbeza pula dengan kamu, bila kamu ditendang, kamu akan bangkit.

- inche_lebah
Rezeki hari ini.

Ibu-ibu yang nak bangkit daripada penat, boleh baca ebook baru saya ni secara FREE.

Tekan link kat bawah ni ya 👇🏻

https://bit.ly/EbookIbuPenat
Orang yang kuat tu takkan jadi tiba-tiba, ia datang dengan reda, ia datang dengan sabar, dan ia datang dengan hati yang penuh percaya kepada Tuhan.

- inche_lebah
Tiada apa yang perlu kamu takut, selagi perintah Allah kamu dah ikut.

Kamu tak sakiti dia pun, tetapi kamu sedang menyakiti fikiran kamu.

Kamu sedang berburuk sangka, sedangkan sangkaan itu adalah racun yang paling terburuk.

Sekarang, bersangka baiklah. Maka, hal-hal baik akan datang tanpa kamu jangka.

- inche_lebah
Bunga kalau dah mati, kamu siram macam mana pun, dia tetap mati.

Macam tu juga perempuan, kalau hati dia disakiti, buat macam mana sekali pun, dia tetap tersakiti.

Sebab itu, kalau kamu nak sakiti perempuan, kamu fikir dulu masak-masak, jangan sebab perbuatan kamu hari ini, kamu akan menyesal pada hari esok.

- inche_lebah
Kamu akan merindui momen-momen sakit hari ini, setelah kamu bahagia pada hari esok.

Bukan kerana kamu menidakkan ujian yang datang, tetapi kerana kamu baru sedar, kamu lebih teguh daripada gunung yang menunjang.

- inche_lebah
Kamu sendiri tidak akan tahu betapa kuatnya kamu, sehingga kamu diberikan ujian berat.

Waktu itu kamu akan berkata;
“Tak sangka aku sekuat ini untuk bertahan. Sebab aku tahu, aku kuat macam ni pun sebab Allah ada dalam diri aku. Sebab Allah itu al-Qowiyun. Maha Kuat.”

- inche_lebah
Jangan salahkan takdir, jika kamu sendiri memilih untuk mengaku kalah.

Allah turunkan hujan untuk kamu belajar berpayung, tetapi kamu sengaja merebahkan diri untuk dihanyutkan hingga ke penghujung.

Adakah kamu tidak yakin penamat daripada Allah? Kenapa kamu memilih untuk menamatkan semuanya sendiri?

Sebenarnya siapa yang mengatur takdir hidup ini? Kamu atau Allah?

- inche_lebah
Jujur memang sakit, apatah lagi jujur untuk mengatakan sakit. Tapi tak mengapa, ambil masa sikit sebelum meluah, pastikan orang yang kamu luah itu tidak berpaling tadah. Ingat, itu adalah waspada yang paling berat.

- inche_lebah
Guru saya pesan: "Isteri yang terbaik adalah isteri yang rajin masak, bukan yang pandai masak. Sebab yang pandai masak belum tentu rajin, dan yang rajin masak sudah tentu usaha untuk pandai."

- inche_lebah
Mengalah tak bermakna kamu kalah. Mungkin itu sahaja yang terbaik untuk kamu hentikan berbalah.

Api bertemu api takkan pernah terpadam, bahkan akan semakin marak sehingga menghimpunkan beribu dendam.

Sebab itu kamu perlu bertenang seperti air. Orang marah, diam. Orang kutuk, senyum. Orang perli, ucapkan terima kasih.

😊

- inche_lebah
Berhenti menipu diri sendiri, kamu mungkin boleh menipu hati, tapi hati tak boleh menipu kamu.

- inche_lebah
Kamu tak boleh ubah hujan menjadi cerah. Yang kamu boleh buat adalah mencari tempat teduh sebelum basah.

Macam tu juga diri kamu sekarang, kamu tak boleh ubah perangai orang terhadap kamu, yang kamu boleh ubah adalah perangai kamu terhadap orang.

Nabi pun tak ubah perangai orang, tapi orang yang terpesona dengan perangai Nabi, akhirnya masuk Islam.

Ingat, semuanya bermula daripada kamu, jika kamu mahu mengubah semuanya. 😊

- inche_lebah
Kamu akan sedar, bilamana kamu biarkan orang mengata belakang, maka langkah kamu akan maju ke depan.

Macam kereta, semakin ringan beban yang kamu bawa, semakin lancar dan laju kereta kamu.

Kenapa perlu serabutkan kepala dengan beban kata-kata orang? Cukuplah beban yang ada di tangan kamu sekarang.

Jadi, sekarang adalah masa untuk kamu fokus dengan hidup, barulah hidup kamu akan lebih lancar dan ceria.

- inche_lebah
Jika kamu tidak mampu menjadi pensel warna, cukuplah menjadi pensel biasa. Paling tidak, kamu masih bisa menulis, walaupun pemadam cuba menghapuskan coretan hidup kamu.

- inche_lebah
See more posts

View in Telegram