INFO SK BERANANG

Info Terkini untuk IbuBapa

Recent Posts

POSTER.pdf
https://t.me/skberanangv2

Assalamualaikum dan salam sejahtera, SK Beranang dalam usaha untuk memartabatkan penyebaran info tanpa kertas. Untuk itu, pautan saluran baharu di atas di buat khas bagi menggantikan saluran sedia ada bagi memastikan penyampaian info lebih berkesan dan bermanfaat kepada semua ibu bapa dan murid SK Beranang.
Dipohon untuk semua ahli dalam saluran sedia ada untuk menyertai saluran baharu. Saluran sedia ada akan ditamatkan bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Sekian terima kasih
-admin-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

*PENANGGUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM*

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Aktiviti tersebut adalah seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 14 Mei 2022 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

3. Memandangkan pada 16 Mei 2022 adalah cuti umum yang bersambung dengan hari minggu maka aktiviti kokurikulum pada tarikh 14 Mei 2022 *DITANGGUHKAN* ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

4. Sehubungan itu, semua guru diharapkan dapat memaklumkan perkara ini kepada murid-murid melalui kelas masing-masing.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,
*ZAKARIA BIN ABDUL RANI*
Guru Besar
SK Beranang
Assalamualaikum
PENGEMASKINIAN DATA PICKIDS OLEH IBU BAPA MURID

Pihak sekolah merekodkan data penerima vaksin dikalangan murid setiap hari. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon jasa baik ibu bapa untuk mengemaskini sekiranya anak tuan/puan menerima vaksin dalam masa terdekat samada dos pertama dan dos kedua.
Unit Hal Ehwal Murid
Pautan :
https://forms.gle/YmMr6F1NiQniRrPu9
Emailing TATACARA PENGOPERASIAN PERSEKOLAHAN SK BERANANG 2022.pdf
u/p : Ibu bapa penjaga murid SK Beranang
https://t.me/t1skb
Link untuk ibu bapa ke dalam group tahun satu 2022/2023.
Untuk makluman semua!
CamScanner 02-15-2022 09.48_2.pdf
*PENANGGUHAN BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN*
Assalamualaikum
Makluman kepada penerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ditangguhkan memandangkan pihak CIMB menutup operasi perbankkan mulai hari ini, 15 Februari hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan. Pihak sekolah memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan / puan. Surat rasmi dari pihak sekolah akan menyusul sebagai makluman penangguhan pberian BAP ini. Sekian, harap maklum dan terima kasih.
*GURU BESAR*
See more posts
TeleSearch