SK BANDAR PUTRA

View in Telegram

Recent Posts

Assalamualaikum
Salam sejahtera. Makluman untuk semua murid, mulai esok  25/11/24 Isnin, sehingga Khamis 28/11/24 dijadualkan acara sukantara yang mana semua murid akan terlibat dalam beberapa acara sukan. Anak-anak wajib menyertai sukantara tersebut untuk menyumbang mata bagi rumah sukan masing-masing. Anak-anak yang ada masalah kesihatan sahaja dikecualikan terlibat. Jadi,  diminta anak-anak hadir ke sekolah seperti biasa dengan berpakaian sukan sepanjang tempoh sukantara tersebut.
Sekian,  terima kasih.
Tempahan tapak gerai jualan makanan dan minuman sempena Kejohanan Olahraga Tahunan ke-19 telah dibuka.

Hari/Tarikh: Sabtu/14 Disember 2024
Tempat: gelanggang bola tampar SK Bandar Putra

*tertakluk kepada syarat dan terma
SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN KELAYAKAN TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI JOHOR SESI 2025

Layari pautan berikut untuk semakan:

https://daftar-smanj.net/t1/2025/

Untuk pertanyaan lanjut sila emel ke Unit Pengurusan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, BPIJAINJ :

[email protected]

Sumber dari :
Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Makluman Latihan Kejohanan Olahraga SKBP 2024
JOHAN KEHADIRAN OKTOBER

4 UNGGUL
5 SAUJANA
6 KARISMA

TAHNIAH💐💐💐💐💐
JOHAN KECERIAAN KELAS MINGGU 33

4 INSPIRASI
5 CITRA
6 CITRA

TAHNIAH💐💐💐💐💐
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Alhamdulillah
Terima kasih dan Tahniah kpd semua ibu bapa dan pengusaha Van yg sgt memberi kerjasama utk pergerakan ambil dan hantar anak hari ini mengikut peraturan asal yg telah digariskan.

Semua pengusaha Van di pintu pagar C.
Semua kenderaan motor persendirian (ibubapa/penjaga) di pintu pagar B.

Moga semua nya akan berlaku seperti ini setiap hari demi keselesaan semua pihak.
In shaa Allah sesi petang kita akan sama pergerakan pengambilan murid-murid seperti sesi pagi tadi.

Harap maklum
Terima kasih semua

Mohamad Mohidi bin Sibli
Guru Besar
Sk Bandar Putra
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Kepada:
Ibubapa / penjaga
SK Bandar Putra

TEMPAT MENGAMBIL DAN MENURUNKAN ANAK

Pagar A - Kenderaan guru keluar masuk
Pagar B - Murid yang dihantar oleh ibubapa berkenderaan sendiri.
Pagar C - Murid yang menaiki van sekolah

❗️Mohon kerjasama ibubapa prihatin dengan menurunkan dan mengambil anak di pagar B sahaja.

❗️Ibubapa yang menggunakan kenderaan sendiri tidak dibenarkan menurunkan dan mengambil anak di pagar C.

❗️Hal ini adalah untuk mengelakkan  masalah kesesakan berlaku di samping mengutamakan keselamatan murid yang menaiki van sekolah.

Sekian, terima kasih


GURU BESAR
SK BANDAR PUTRA
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tempahan gambar kelas 2024 sudah dibuka. Gambar bersaiz 8R dengan harga RM12/keping.

Murid-murid yang berminat boleh melihat gambar contoh di Dewan Optimis mulai 3-13 November 2024 dan membuat tempahan melalui guru-guru berikut:

Sesi pagi:
Cikgu Najib Mokhtar
Cikgu Azril Azni
Cikgu Najdah Ahmad

Sesi petang:
Guru kelas masing-masing

Harap maklum dan terima kasih.
Latihan ZOOM-A Cuti Deepavali 30/10 - 2/11

Sila rujuk guru kelas bagaimana untuk LOGIN ke PORTAL ZOOM-A
JOHAN KECERIAAN KELAS MINGGU 31

4 INSPIRASI
5 CITRA
6 CITRA

TAHNIAH💐💐💐💐💐
2 HARI LAGI!!

Hari Keusahawanan SK Bandar Putra 2024!

Jangan lupa temujanji kita! Jumpa di sana!🎉🎉🎉🎉🎉
Assalamualaikum ibuayah yang dihormati..

Kelab Alam sekitar berbesar hati memgajak ibuayah utk memberi sokongan kepada kelab Alam sekitar utk mengumpul minyak masak terpakai..

Ibuayah boleh bawa minyak masak terpakai ke sekolah pada hari keusahawanan dan jumpa kami di pentas dewan Optimis...

Terima kasih atas sokongan ibuayah utk program kelestarian sekolah.
See more posts

View in Telegram