SMTJB INFO 2025

Maklumat dari SMTJB

View in Telegram

Recent Posts

RALAT HARGA MODUL JURUSAN TEKNIKAL TINGKATAN 5
RM110 kepada RM101
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ....  
𝐴𝑠𝑠𝑎𝑙𝑎𝑚𝑢𝑙𝑎𝑖𝑘𝑢𝑚 𝑤𝑟𝑚 𝑤𝑏𝑡     

Kepada : SEMUA IBU BAPA PENJAGA DAN PELAJAR TINGKATAN 5/2025

PERKARA : HARGA MODUL MATA PELAJARAN MENGIKUT TINGKATAN BAGI SESI 2025

Berikut disertakan butiran jualan Modul Mata Pelajaran yang akan digunakan dalam PdP.

Bayaran boleh dibuat secara :
1️⃣ Tunai kepada Koperasi Sekolah, atau
2️⃣ Dalam talian melalui akaun :
📎 Nama bank : CIMB
📎 Nama Akaun : Koperasi Sek. Men. Teknik Johor Bahru Bhd.
📎 No. Akaun : 8006025074
📎 Ref : Nama pelajar _ kelas _ Modul T5

⚠️ Peringatan kepada pelajar yang membayar secara dalam talian, sila isikan link berikut bagi tujuan urusan mendapatkan buku di Koperasi kelak :
https://forms.gle/tv7hb4Lnp1mAXmcy5

📌 7 modul ini perlu dibeli di Koperasi Sekolah, bagi mata pelajaran lain akan dimaklumkan oleh Guru Mata Pelajaran berdasarkan keperluan.

Sekian, harap maklum
SUMBANGAN PIBG
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ....  
𝐴𝑠𝑠𝑎𝑙𝑎𝑚𝑢𝑙𝑎𝑖𝑘𝑢𝑚 𝑤𝑟𝑚 𝑤𝑏𝑡     

Kepada : SEMUA IBU BAPA PENJAGA DAN PELAJAR TINGKATAN 5/2025

PERKARA : YURAN/ BAYARAN PERSEKOLAHAN SESI 2025

Merujuk kepada beberapa soalan daripada pihak ibu bapa/penjaga dan pelajar Tingkatan 5 sesi 2025, berikut dinyatakan perkara berikut :

1️⃣TIADA YURAN PERSEKOLAHAN perlu dibayar.

2️⃣TIADA JUALAN BUKU TULIS dibuat untuk pelajar Tingkatan 5 kerana pelajar boleh menggunakan atau menyambung buku tulis/latihan tingkatan 4 ( kecuali beberapa mata pelajaran yang telah dimaklumkan oleh guru). Bagaimanapun jika pelajar ingin membuat pembelian (menggunakan buku baru) boleh dibeli di Koperasi Sekolah pada hari persekolahan nanti berdasarkan keperluan masing-masing.

3️⃣HARGA MODUL MATA PELAJARAN akan dimaklumkan kemudian kerana masih dalam pemurnian.

4️⃣SUMBANGAN PIBG boleh disampaikan secara dalam talian (rujuk iklan) atau terus kepada Guru Tingkatan sebelum Oktober 2025. Jumlah RM200.00 adalah jumlah yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung PIBG 2024 dan akan diberitahu sekiranya ada perubahan selepas mesyuarat tahun ini.

Sekian, harap maklum
ALHAMDULILLAH selesai sudah SPM 2024….
2 Disember 2024 - 4 Februari 2025..

Moga segala usaha yang telah dibuat akan memberikan hasil terbaik buat semua Lepasan SPM 2024.
Teruskan doa dan tawakkal moga kekal berada dilorong kejayaan..

Jaga diri, jaga kesihatan… hargai dan nikmati masa yang ada bersama keluarga terutama ibu dan ayah..

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH kepada semua ibu bapa/ penjaga, guru dan kakitangan sokongan atas segala sumbangan wang ringgit, sokongan moral, makanan dan idea sepanjang persiapan, berlangsung hingga selesai SPM 2024. Moga terus diluaskan pintu rezeki, dipermudah segala urusan dan kesihatan yang berpanjangan.

—> 100% kehadiran 🫶🏼🫶🏼
—> semoga 100%Layak Mendapat SIjil … 🤲🏼🤲🏼
RAYUAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4,
SM TEKNIK JOHOR BAHRU
TAHUN 2025


⚠️ Hanya calon yang TIDAK BERJAYA boleh mengemukakan rayuan.

🔳TATACARA RAYUAN :
1️⃣ AMBIL/ MUAT TURUN BORANG RAYUAN DAN HANTAR KE PEJABAT SEKOLAH.
✏️Sertakan bersama dokumen sokongan :
—> Salinan Kad Pengenalan Calon
—> Salinan Keputusan UASA 2024
—> Salinan PBD, PAJSK dan Psi
✏️ Muat turun borang : https://drive.google.com/file/d/1uyDbIJ-CotowAr9B06vCElMOethfcBeQ/view?usp=sharing

Atau
2️⃣ Mengisi maklumat MELALUI LINK https://forms.gle/iE3PSt9nuH2YvFLW6 dan muat naik dokumen sokongan.

🔳GARIS MASA RAYUAN :
📌 Tempoh rayuan
—> 31 Jan. hingga 17 Feb. 2025
📌 Ujian Kelayakan Kemasukan (UKK)
—> 22 Februari 2025
📌 Semakan calon jaya
—> 25 Februari 2025
📌 Pendaftaran
—> 4 Mac 2025

Sebarang pertanyaan berkaitan rayuan, boleh hubungi kami melalui:-

◾️ 07-2361028 (Pejabat sekolah)
◾️https://docs.google.com/spreadsheets/d/1-KHEEtK4kW0bSBry9UZR0QJOIIqF-MCcALIOqSuUKsw/edit

Sekian, terima kasih.

…………………………………………..

😊 JOM MASUK STJB 🫰🫰
#STJBexcellent
#strive4thebest
Assalamualaikum dan salam sejahtera…

TAHNIAH kepada yang berjaya mendapat tawaran ke SM TEKNIK JOHOR BAHRU

Bagi yang tidak berjaya, boleh kemukakan rayuan seperti butiran yang disertakan :
Bagi pelajar yang gagal boleh membuat rayuan bermula esok melalui iklan yang akan dihebahkan kelak.
Tindakan Pemohon Kemasukan Tingkatan 4 SMTJB 2025

1. Buka laman web https://spskt4.moe.gov.my untuk semak nama sama ada berjaya ditawarkan.
2. ⁠Jika berjaya sila klik butang SETUJU TERIMA.
3. ⁠Muat turun dan cetak :

a. SURAT TAWARAN
b. BUKU TAWARAN & PENDAFTARAN
c. Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan 4 SMTJB 2025
d. Dokumen Pendaftaran Asrama Bagi Pelajar Yang DiTawarkan Asrama

4. Lengkapkan semua borang yang disertakan.
5. Dapatkan sijil berhenti sekolah yang asal di sekolah masing-masing.
6. Bawa semua dokumen semasa hari pendaftaran pada 18/2/2025 di SMTJB dengan berpakaian sekolah asal.
7. Sila patuhi maklumat dan arahan dalam buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan 4 2025.
Pautan semakan tawaran Tingkatan 4 2025:
https://spskt4.moe.gov.my
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ....  
𝐴𝑠𝑠𝑎𝑙𝑎𝑚𝑢𝑙𝑎𝑖𝑘𝑢𝑚 𝑤𝑟𝑚 𝑤𝑏𝑡     

Kepada : SEMUA IBU BAPA PENJAGA DAN PELAJAR ASRAMA TINGKATAN 5

PERKARA : TEMPOH PENGOSONGAN ASRAMA SELEPAS TAMAT PEPERIKSAAN SPM 2024

Dengan segala hormat, perkara di atas berkaitan.

Adalah dimaklumkan, semua pelajar asrama adalah diingatkan untuk meninggalkan asrama pada hari terakhir peperiksaan SPM 2024 seperti ketetapan berikut :

▶️ JURUSAN KEJURUTERAAN (AWAM, ELEKTRIK, MEKANIKAL)
Tarikh : 23 JANUARI 2025, KHAMIS
Masa : sebelum 6.30 petang

▶️ JURUSAN PERTANIAN
Tarikh : 3 FEBRUARI 2025, ISNIN
Masa : sebelum 2.45 petang

▶️ JURUSAN PERDAGANGAN
Tarikh : 4 FEBRUARI 2025, SELASA
Masa : sebelum 2.45 petang

Sekian, harap maklum.
  
Daripada :  
Pengurusan Asrama STJB
Assalamualaikum dan salam sejahtera

MAKLUMAN KEBENARAN BALIK KAMPUNG PELAJAR ASRAMA TINGKATAN 5 SEMPENA CUTI TAHUN BARU CINA
Cuti Tahun Baru Cina : 23 Januari hingga 30 Januari 2025
————————————————

Penyuraian pelajar balik mengikut tarikh dan tempat yang ditetapkan :

Tarikh : 21 Januari 2025 (SELASA) bagi Murid Jurusan Pertanian & 23 Januari 2025 (KHAMIS) bagi Murid Jurusan Lain

➡️ASPURI

Tempat : Bangunan Aspuri


➡️ASPURA

Tempat : Kantin


✌🏼Urusan pembelian tiket adalah atas tanggungjawab pelajar dan ibu bapa sendiri.
——————————————-

Semua pelajar hendaklah kembali ke asrama sebelum jam 6.00 petang pada 30 JANUARI 2025, KHAMIS - sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian

⚠️ PERINGATAN.
Laluan ke asrama akan ditutup selepas jam 6.00 petang. Selepas jam 6.00 petang, semua pelajar perlu turun di pondok pengawal dan berjalan kaki ke asrama.

——————————————-

⚠️AMARAN!!!
Pelajar tidak dibenarkan balik mengikut rakan dan hendaklah memohon kebenaran ibu bapa/ penjaga jika ingin balik ke rumah rakan atas alasan yang sesuai.

Sekian, Terima kasih
Assalamualaikum dan salam sejahtera

MAKLUMAN KEBENARAN MELAWAT MURID ASRAMA
PADA HUJUNG MINGGU ( 18 DAN 19 JANUARI 2025)
————————————————————————-

Berikut disertakan butiran untuk makluman ibu bapa/ penjaga jika ingin melawat anak yang tinggal di asrama :

Hanya waris pelajar dibenarkan hadir mengadakan sesi lawatan (ayah, ibu dan adik beradik)

Masa lawatan adalah dibenarkan seperti ketetapan berikut :
🔸18 JANUARI 2025, SABTU
     : 2.30 ptg – 6.00 ptg
🔸19 JANUARI 2025, AHAD
     : 2.30 ptg – 6.00 ptg
🔸Tempat perjumpaan         
     : Kantin / pondok cendawan

💖 Mohon kerjasama semua untuk menjaga kebersihan tempat perjumpaan (buang sampah jika ada terus ke tong sampah besar berhampiran kantin)

Pelawat dikehendaki mengisi maklumat pada buku lawatan yang disediakan di pondok pengawal.

Sesi perjumpaan hanya di lokasi yang dibenarkan dan disediakan. Pelawat dilarang masuk ke dalam kamar/ dorm dan kawasan larangan yang lain termasuk kelas.

Pelajar perempuan tidak dibenarkan menerima tetamu/ pelawat lelaki kecuali bapa atau adik beradik lelaki.

Pakaian pelawat mestilah sopan dan beradab.

Pelawat dikehendaki mematuhi segala peraturan dan waktu melawat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan asrama

Pelawat yang bergejala tidak dibenarkan hadir menemui anak masing-masing

——————————————-
⚠️ Pelajar tidak dibenarkan keluar/ dibawa keluar dari kawasan sekolah bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang masalah yang tidak diingini.

⚠️Pelajar boleh dikenakan tindakan disiplin jika didapati melanggar arahan ini.

Sekian, Terima Kasih.
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

UJIAN KELAYAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4
SM TEKNIK JOHOR BAHRU
SESI 2025.


Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah telah membuat saringan untuk panggilan Ujian Kelayakan Kemasukan (UKK) bagi pemilihan pelajar Tingkatan 4 Sesi 2025 yang akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 20 Januari 2025, Isnin
Masa : 8.00 pagi dan 10.30 pagi
Tempat : SM Teknik Johor Bahru

Oleh itu, pelajar yang telah membuat permohonan
boleh membuat semakan melalui pautan berikut untuk semakan nama dan ketetapan ujian :

https://lookerstudio.google.com/reporting/019bbc07-d538-4785-8ef8-415e04356113

Nota :
Masukkan no. kad pengenalan pemohon pada ruang disediakan dan maklumat diri serta ujian akan dipaparkan.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pejabat Sekolah di talian 07-2361028.

Terima kasih.

Daripada :
Jawatankuasa Pengambilan Pelajar,
SM Teknik Johor Bahru.
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ....  
𝐴𝑠𝑠𝑎𝑙𝑎𝑚𝑢𝑙𝑎𝑖𝑘𝑢𝑚 𝑤𝑟𝑚 𝑤𝑏𝑡     

Kepada : SEMUA IBU BAPA PENJAGA DAN PELAJAR TINGKATAN 4

PERKARA : SERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2025

Dengan segala hormat, perkara di atas berkaitan.

Sukacita dimaklumkan Bantuan Awal Persekolahan 2025 akan mula diserahkan seperti huraian berikut :

1️⃣SERAHAN TUNAI RM150.00
🔺 Seramai 228 orang pelajar telah memilih untuk menerima BAP secara tunai.
🔺 Pelajar diingatkan agar menjaga wang masing-masing dengan baik terutama pelajar asrama.
🔺 Tarikh serahan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 16 Januari 2025, Khamis
Masa : 12.00 tgh hingga 1.00 ptg
Tempat : Kelas masing-masing

2️⃣MELALUI AKAUN PELAJAR/ IBU BAPA PENJAGA
🔺 Seramai 59 orang pelajar memilih untuk terimaan melalui akaun
🔺 Rujuk senarai dilampirkan untuk semakan.
🔺 Wang BAP akan diproses oleh pihak Maybank (bank pembayar) dalam tempoh 5 hari bekerja —> pihak sekolah akan memberi makluman sekiranya semua transaksi telah berjaya dilakukan.

▶️WAKTU PENYURAIAN = 1.00 PETANG

Sekian, harap maklum.
  
Daripada :  
Pengurusan STJB
See more posts

View in Telegram