Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Telegram Channel JAWI adalah medium bagi menyalurkan info berkaitan jabatan dari semasa ke semasa.

Recent Posts

Pada malam Nisfu Syaaban yang penuh barakah, perbanyakkanlah beristighfar dan berdoa, semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa, menyucikan hati dan jiwa serta memberikan kekuatan dan ketenangan mengharungi sebarang ujian hidup yang melanda.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
#NisfuSyaaban
Ya Allah, dengan rahmat dan kasih-sayang-Mu, pada pagi ini kami memohon agar dijauhkan daripada melakukan maksiat dan kami semua disampaikan kepada syurga-Mu. Amin Ya Arhamar Rahimin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
Kebaikan puasa dari sudut kesihatan adalah:

- Mengurangkan berat badan
- Menstabilkan gula dalam darah dan meningkatkan kepekaan insulin.
- Mengurangkan tahap kolestrol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolestrol HDL (high density lipo-protein).
- Mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Memberi rehat kepada sistem penghadaman.
- Mengawal stres

Muslim berpuasa kerana ia adalah perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah:183)
Semoga kita semua dijauhkan dari bala bencana dan musibah. Amin Ya Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT MENDOAKAN KESEJAHTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

1. Saya ingin memaklumkan bahawa masjid-masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM iaitu Masjid Negara Malaysia, Masjid Putra Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama masjid/surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI akan mengadakan Solat Hajat dan Doa Selamat mendoakan kesejahteraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 11 Februari 2025 (Selasa)
Masa : Selepas Solat Maghrib

2. Umat Islam adalah diundang untuk bersama-sama ke masjid/surau berkenaan bagi mendoakan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan dan keafiatan.

Sekian, terima kasih.
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

SARANAN MENGADAKAN SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT BAGI MENDOAKAN KESEJAHTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

1. Umum mengetahui bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

2. Justeru itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil inisiatif melalui masjid-masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama masjid/surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengadakan Solat Hajat dan Doa Selamat mendoakan kesejahteraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Februari 2025 (Selasa)
Masa : Selepas Solat Maghrib

3. Seluruh umat Islam adalah diundang untuk bersama-sama ke masjid/surau berkenaan untuk bersama-sama menunaikan solat hajat seterusnya mendoakan KDYMM Seri Paduka BagindaYang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan dan keafiatan.

Sekian, terima kasih.

DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
10 Februari 2025 / 11 Sya’ban 1446 Hijrah
Semoga semua yang membaca posting ini sentiasa berada dalam keselamatan, dikurniakan kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, ilmu serta mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa 
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
Pasangan sekufu memberikan banyak kelebihan yang boleh membantu mewujudkan perkahwinan yang lebih stabil dan harmoni.

https://www.hmetro.com.my/addin/2025/02/1185435/kelebihan-setaraf-sedarjat

Penulis Ketua Pendaftar Wilayah-Wilayah Persekutuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Rancangan Al-Kuliyyah di Kompleks Darul Hidayah (KDH) seliaan JAWI, disertai oleh warga KDH termasuk pengurusan tertinggi, mualaf dan tenaga pengajar.

Semoga bermanfaat untuk semua, insya-Allah.

Kredit 🎥: ‎@tv3malaysia 

https://youtu.be/URhJ4OBnYVw?si=wfq99NGakvu6aHZt
Ayuh ke masjid dan surau Jumaat sekitar Wilayah Persekutuan sekaligus menghayati Khutbah Jumaat bertajuk “Pembelaan P4les tin Menuntut Prihatin”.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
Ayuh ke masjid dan surau Jumaat sekitar Wilayah Persekutuan sekaligus menghayati Khutbah Jumaat bertajuk “Pembelaan P4les tin Menuntut Prihatin”.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#جاوي
#سنتياس_دچونتوهي
#هاري_جمعة_هاري_جاوي
Doa ini adalah doa yang sering dibaca oleh Nabi Daud A.S agar dicintai Allah dan mengutamakan cinta Allah lebih daripada mengutamakan diri sendiri, keluarga dan air dingin yang dapat menghilangkan dahaga musafir dalam perjalanan terik di tengah padang pasir.

Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba yang mencintai Allah melebihi segalanya termasuk kesenangan hidup di dunia. Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
Siapakah di antara kita yang tidak berasa gerun dan gentar apabila mendengar dan disebut neraka? Sudah pasti tidak akan ada seorang pun antara kita yang mahu masuk ke dalam neraka, walaupun dia adalah seorang yang jahat dan pendosa.

Maka, jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar kita semua diselamatkan dari azab api neraka kerana neraka adalah seburuk-buruk tempat kembali. Nauzubillahi min zalik.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
Ikutilah Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam setiap langkah hidup kita. Dengan mengikuti jejaknya, kita memperoleh petunjuk dan berkat dalam setiap tindakan.

Doa ini adalah permohonan kepada Allah SWT untuk memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk sentiasa mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam segala aspek kehidupan kita.

Semoga Allah SWT selalu membimbing kita dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#KalimahTayyibah
#PelanAlFalah
#JubliEmasJAWI
HEBAHAN

Permohonan Tauliah Penyembelih di Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)

Permohonan dibuka kepada pekerja yang bekerja di premis penyembelihan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sahaja

CARA MEMOHON

1. Borang permohonan boleh didapati di kaunter Bahagian Penyelidikan JAWI; atau

2. muat turun di laman web rasmi JAWI di link tertera https://www.jawi.gov.my/index.php/penyelidikan/tauliah-penyembelih

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Penyelidikan JAWI di talian 03-2274 9333
See more posts
TeleSearch