JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI PAHANG

Laman Rasmi Telegram Imigresen Negeri Pahang

View in Telegram

Recent Posts

PENGGANTIAN PASPORT SECARA PERCUMA BAGI MANGSA BANJIR

✅️ Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan penggantian pasport secara percuma kepada mangsa banjir dalam usaha untuk membantu mempermudahkan urusan mereka yang terkesan.

✅️ Individu yang pasportnya rosak atau hilang akibat kejadian banjir boleh membuat permohonan penggantian pasport secara percuma sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan di mana-mana Pejabat Imigresen berhampiran.

#JIM
#taatsetia
#PERKASA
#Imigresen
#Immigration
#MalaysiaMadani
#ImmigrationWorldClass
#KementerianDalamNegeri
#KeselamatanTanggungjawabBersama

© 2024 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

https://vt.tiktok.com/ZSj3Ur99n/
Orang ramai diingatkan untuk tidak menggunakan mana-mana pangkalan haram untuk melintasi Sungai Golok.

Seksyen 5 (2) Akta Imigresen akan dikenakan kepada mana-mana individu yang didapati bersalah.

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan
[Imigresen TV] Perjalanan Rentas Sempadan Lebih Mudah Dengan MyTRIP

https://vt.tiktok.com/ZSYMv1319/
[NOTIS PENTING] KEPADA SEMUA MAJIKAN & APPVM

🌐 17 Mei 2024 - Tarikh akhir permohonan eVISA kategori Pekerja Asing

🌐 18 Mei 2024 - Penutupan permohonan eVISA semua kategori Pekerja Asing

🌐 27 Mei 2024 - Pembukaan semula permohonan eVISA kategori Pekerja Asing Sektor Tidak Formal, Sabah dan Sarawak

🌐 31 Mei 2024 ‐ Tarikh akhir kemasukan Pekerja Asing Sektor Formal

#imigresen#jim#kdnmadani#MalaysiaMadani#KDN_TogetherWeAreOne#KeselamatanTanggungjawabBersama
[VIDEO PILIHAN] IMIGRESEN | Sindiket Penyeludupan Manusia Warga Bangladesh Tumpas

Jabatan Imgresen menumpaskan sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin warga Bangladesh dalam operasi khas dua hari lalu di sebuah kediaman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Sumber: TV3

https://vt.tiktok.com/ZSY87q6ML/
[PROGRAM REPATRIASI MIGRAN]

https://vt.tiktok.com/ZSFcGQbqs/

Tinjauan pelaksanaan Program Repatriasi Migran. Program Repatriasi Migran dilaksanakan bermula 1 Mac 2024 sehingga 31 Disember 2024 bagi membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) pulang ke negara asal secara sukarela. Jabatan Imigresen Malaysia tidak melantik mana-mana pihak sebagai ejen di bawah Program Repatriasi Migran untuk berurusan dengan PATI.

Warga asing atau PATI yang ingin mendaftar di bawah program ini perlu membuat temujanji di Sistem Temujanji Online (STO) terlebih dahulu di pautan https://sto.imi.gov.my/STO/home.php dan hadir sendiri ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) https://eapp.imi.gov.my/tanya/create
Salam, sama-sama kita saksikan program Bicara Naratif bersama YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Imigresen dengan kupasan tajuk *Repatriasi Migran* di saluran RTM1. Program dijadualkan bersiaran secara langsung pada 27 Feb. (Selasa) pada pukul 9.00 malam.
Dimaklumkan bahawa kaunter Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) di Pejabat Imigresen Cawangan Cameron Highlands ditutup buat sementara waktu berikutan masalah teknikal dari 26.12.2023 sehingga dimaklumkan kelak

Sekian, harap maklum
HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA 2023

Bersempena dengan Sambutan Hari Imigresen 2023, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang akan menganjurkan program Hari Bertemu Pelanggan JIM 2023 (HBPJIM) pada 20 Julai 2023.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput hadir ke HBPJIM yang dijalankan di Lobi Jabatan Imigresen Negeri Pahang bermula pada jam 9 pagi sehingga
jam 4 petang.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di HBPJIM ini ialah pertanyaan, semakan dan khidmat nasihat semua urusan Imigresen termasuk , kaunter kaunter Visa, Pas dan Permit, kaunter Pekerja Asing,, kaunter Bahagian Penguatkuasaan.

#MalaysiaMADANI#KDNMADANI#imigresen#jim#HBPJIM2023
HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA 2023

Bersempena dengan Sambutan Hari Imigresen 2023, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menganjurkan program Hari Bertemu Pelanggan JIM 2023 (HBPJIM) bermula 17 hingga 21 Julai 2023. Program ini akan berlangsung sepanjang tarikh berkenaan kecuali pada 19 Julai 2023 kerana merupakan cuti umum Sambutan Awal Muharam.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput hadir ke HBPJIM yang dijalankan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya bermula pada jam 9 pagi sehingga
jam 5 petang.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di HBPJIM ini ialah pertanyaan, semakan dan khidmat nasihat semua urusan Imigresen termasuk semakan senarai hitam, kaunter permohonan MyOnline Pasport, kaunter Visa, Pas dan Permit, kaunter Pekerja Asing, kaunter Khidmat Ekspatriat, kaunter Bahagian Penguatkuasaan dan kaunter Bahagian
Keselamatan & Pasport.

Selain daripada itu, turut dibuka kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Tabung Haji, CUEPACS dan pemeriksaan kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengunjung juga boleh membeli belah barangan dan cendeharati melalui jualan di booth Koperasi Imigresen Malaysia (KOPRIMA), Kelab Bolasepak Imigresen (IFC), PUSPANITA, AADK dan lain-lain gerai jualan.

Pengunjung HBPJIM berpeluang mendapatkan cenderahati eksklusif JIM secara percuma semasa pendaftaran kehadiran. Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyertai acara-acara sampingan seperti kuiz, pertandingan sepak penalti IFC dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah motosikal, basikal, televisyen LED, jersi dan barangan eksklusif IFC.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dan terkini berkenaan progam HBPJIM2023 ini melalui akaun media sosial rasmi JIM.

#MalaysiaMADANI#KDNMADANI#imigresen#jim#HBPJIM2023

Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
➡️https://t.co/4W2bb4XoGI
See more posts

View in Telegram