RAHSIA DIRI

Pembukaan Segala Rahsia

View in Telegram

Recent Posts

### ERTI PERKATAN ZAT ALLAH ###

****

Erti atau makna pekataan “ ZAT ” itu, adalah bermaksud :

“ suatu perkara yang tiada i'tibar ”
“ suatu perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal ”.

Bukannya bererti perkataan " ZAT ALLAH itu, bermaksud :

* Allah itu ada ZAT,
* Allah tidak ada ZAT.

Perkataan ZAT Allah yang selalu kita sebut-sebut itu,

* bukan bererti Allah itu ada roh,
* bukan bererti Allah itu ada sesuatu di dalam diri-Nya
* bukan bererti Allah itu ada mengandungi sesuatu dalam tubuhnya.

Dalam diri Allah itu. :

* tidak ada sesuatu,
* tidak ada sifat,
* tidak ada nama,
* tidak ada afaal
* tidak ada ZAT,
* tidak ada tempat
* tidak ada masa

* Allah itu adalah Allah. *

Adapun pemakaian perkataan “ ZAT ” oleh sesetengah ulamak atau oleh sesetengah pengarang itu, adalah bagi menggambarkan bahawa Allah itu. :

* tidak ada iktibar,
* tidak dapat dijangkau oleh akal,
* tidak dapat difikir oleh otak,
* tidak dapat dibayagkan oleh kata-kata dan sebagainya.

Itulah maksud, erti dan makna kepada perkataan “ ZAT ALLAH ” dan bukannya bilamana disebut perkataan “ ZAT ALLAH ”, ianya bererti Allah itu ada ZAT di dalam-Nya.

Ingat itu……………………………..!

Ramai yang tidak faham erti perkataan ZAT. Kita BOLEH SEBUT perkataan ZAT tetapi jangan pula tersalah tafsir dan jangan pula tersalah erti.

Allah itu adalah Allah, tidak ada sesuatu yang berdamping dengan-Nya. Allah berdiri dengan sendirinya, tanpa didatangi, ditumpangi, disertai, diwakili atau dijelmakan oleh bayangan ZAT !.

Apakah Allah itu masih memerlukan ZAT untuk Dia hidup atau apakah Allah itu masih berkehendakkan kepada sesuatu yang lain bagi menghidupkan-Nya.

Itulah makanya Tok Kenali, jarang menggunakan bahasa ZAT Allah, kebimbangan tersalah faham dan tersalah erti.

Itulah makanya kita tidak mahu menggunakan bahasa atau perkataan ZAT Allah ( perkara yang tiada i'tibar ).

Sekali lagi di perkatakan di sini bahawa, perkataan ZAT itu, adalah bermaksud, bermakna dan bererti “TIDAK ADA I'TIBAR…………………… !

ALLAH BUKAN BERUPA ZAT,
MELAINKAN TUHAN SEKALIAN ZAT

Sudah bukan rahsia lagi betapa sebahagian besar umat Islam dalam keyakinannya berpandangan bahwa Allah itu Zat Yang Maha Tinggi.

Hal ini sering kita dapati dalam wacana keislaman, baik dalam bentuk lisan maupun tulisan. Padahal Allah itu Pencipta sekalian ZAT, tentu Allah bukan berupa ZAT.

ALLAH TIDAK PERNAH DISEBUT ZAT DALAM SELURUH AL- QURAN 30 JUZ.

Setelah disusuri punca kesalahfahaman ini, maka di dapati pemahaman "ALLAH berupa ZAT " bermula drp terjemahan-terjemahan hadis yang sudah telanjur diterima begitu saja oleh umat. Bukan isi hadisnya yang bermasalah sehingga umat tersalah faham, melainkan terjemahan hadisnya yang bermasalah.

Contoh :-

"Walladzii nafsu Muhammadin biyadihi...dst."
bukan "Wa bizaati nafsu Muhammadin biyadihi. - perhatikan perbezaan bentuk ayat !

Frasa "Walladzi" berakar pada kata Alladzi" yang mengacu pada kata ganti subjek yang tidak disebutkan secara langsung. contohnya ada pada Surah Al-A`la:

(سَبِّحِ ٱسۡمَ رَبِّكَ ٱلۡأَعۡلَى (١) ٱلَّذِى خَلَقَ فَسَوَّىٰ (٢) وَٱلَّذِى قَدَّرَ فَهَدَىٰ (٣

Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, (1) YANG (alladzii) menciptakan dan menyempurnakan [penciptaan-Nya], (2) DAN YANG (walladzii) menentukan kadar [masing-masing] lalu memberi petunjuk, (3) dan yang menumbuhkan rumput-rumputan, (4)

Jelaslah di sini terjemahan yang betul bagi hadis diatas ialah SEBAIKNYA BEGINI:

"Demi yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya,...dan seterusnya..

ATAU LEBIH TEPAT LAGI:

"Demi yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya,...dst."

BUKAN BEGINI:

"Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya,... dst."

*

ALLAHU AKBAR.
Rahsia dalam Rahsia

Semakin besar rahsia maka semakin sedikit mengetahuinya.

Semakin besar rahsia maka semakin tinggi nilainya.

Rahsia segala rahsia ialah Rahsia Allah.

Rahsia Allah dalam Laailaha Illallah.
Dan rahsia Laailaha Illallah dalam Muhammad Rasulullah.
Rahsia Allah ialah Rahsia Muhammad Rasulullah.

Kenapa perlu berahsia? Kerana untuk menguji. Tanpa rahsia tiada lagi ujian.

Bila terbongkar rahsia, tamatlah cerita.
ANA AL-HAQ.....

Yang melihat Allah. Makhluk bersifat buta.
Bukan mata yang melihat. Tetapi Allah.
Orang yang telah mati pun ada mata , tetapi tidak melihat. Kerna yang melihat itu "sifat hidup".yang hidup hanya Allah.

Tetapi jangan mengaku jadi Allah.
Sebab manusia@makhluk itu pada hakikatnya tiada.
Sesuatu yang tiada mana mungkin jadi Allah.
Kerna yang ada hanya Allah....

Jadi hanya Allah yang mengaku Allah....
Kata al-hallaj "ana al-haq"

( Mahaguru sufi thorikat naksyabandiah syekh muhammad al-baqi bi allah berkata : " ana al-haq " bukan lah bererti AKU ADA LAH TUHAN , tetapi sebenarnya " saya tidak ada , maka yang ada hanya tuhan " ......
( TIADA DUANYA. TIADA SEKUTU baginya. ESA)
hadits qudsi,:
Allah berfirman, “Disaat engkau hadir maka Akupun ghaib; dan disaat engkau gaib maka Aku pun hadir.”
Dalam hadits qudsi lai;“Sesungguhnya Akulah yang maha Nyata, namun kenyataanmu telah merenggut kenyataanKu.” Dua hadits qudsi ini menjadi sandaran, bahwa kenyataan diri sendiri (maujud) merupakan penghalang yang menyebabkan kenyataan Allah (Ujud) menjadi tersembunyi.

Untuk mencapai derajat tauhiduzzat, maka insan harus mampu “mengingat hanya Allah dan melupakan selain Allah” termasuk melupakan diri sendiri, karena diri sendiri adalah sesuatu selain Allah.
Ketika Dzat Allah menampakkan diri, maka dzat diri sendiri menjadi luluh lantak, sirna seperti setetes air masuk ke samudra tak bertepi; lebur seperti gunung-gunung hancur dan nabi Musa as pun pingsan (tidak menyadari bahwa dirinya maujud). Proses demikian disebut fana’. Imam Ali menyebutkan bahwa dia pernah mengalami hal ini (dalam kitab Tanyalah Aku Sebelum Engkau Kehilangan Aku) bahkan Imam Ali (Sayidina Ali) mengalami fana di dalam fana, hingga hanya Allah yang disaksikan, diri sendiri sudah dilupakan.

JASA TIDAK BINASA⚡️
Hatiku tersentak , betul juga , aku tadi datang tanpa mengucapkan salam kepada beliau sebelum bertanya dan kini aku juga pergi begitu saja tanpa mengucapkan salam, Dan tak kusangka dia menyebut mursyidku seorang Wali Qutub , Sepertinya dia mengenal mursyidku...…
AKU MELIPUTI SEGALA SESUATU

__________________________
AKU bukan Kristian.....
AKU bukan Yahudi.....
AKU bukan Hindu.....
AKU bukan Islam.....

__________________________
Tetapi di dalam ;

Kristian...
Yahudi...
Hindu...
Islam...

Adanya AKU..

__________________________
Sesungguhnya AKU meliputi segalanya...
Segala sesuatu, AKU jua pada hakikatnya...
AKU sentiasa beserta kamu, dia, dan mereka...

__________________________
Pandanglah AKU di sebalik KAMU...
Pandanglah AKU di sebalik DIA...

Pandanglah AKU di sebalik MEREKA...
Pandanglah AKU di sebalik SEMUA...

__________________________
Namun jika mata hatimu buta..
Dan jika qalbumu gelap gelita..

Seribu tahun pun takkan mampu ;
Mengenal AKU di alam nyata ~
RAHSIA DIRI pinned «Belajarlah dan terus belajar. Kutip lah ilmu. Dengarlah cerita ilmu mengenal allah walaupun kita dah tahu atau dah pernah dengar. Tidak ada batasnya. Nanti apabila kamu telah bertahun2 belajar insyaallah allah akan tunjukan. Bukan kita yg mengambil faham.…»
lain ke nak bagi tunjuk keimanan sehingga ke perkara potong, bunuh anak?? Bagi cerita.

Tetapi ada muslihatnya. Bukan saja-saja Allah nak bagi cerita sebegitu. Baik,,, kalau tidak sembelih anak. Allah tidak tahukah kamu itu beriman ke tidak??? Tidak reti nak kena ukur??? Nak kena sembelih anak dulu baru aku tahu kamu itu, beriman??? Bodohnya Allah???

Tidak tahu. Bukan sebegitu, sebodoh itu Allah. Tidak bunuh anak pun, dia boleh ukur iman nabi Ibrahim setakat mana. Tidak payah tunggu bunuh anak, sembelihan anak. Jadi apa disebalik itu??? Ya,,,. Kita korban ini, sembelih. Ada tak, kita sembelih lembu yang mati??? Lembu yang hidup. Kalau tidak apa salah kita beli kambing di supermarket. Banyakkan??? Nak berapa banyak daging. Boleh beli.

Tidak boleh,,, melainkan dengan sembelih daripada lembu yang hidup. Betul??? Kita pun berebut-rebutlah sembelih. Dengan sapinya, gajahnya, rimaunya. Bukan begitu anakanda. Apa maksud sembelih??? Sembelih ini ertinya pisahkan nyawa lembu daripada jasad. Jadi jikalau hari raya Aidilfitri, hari raya fitrah, hari raya semulajadi ini. Serahkan zahirmu kepada Allah.

Jikalau hari raya korban, serahkan nyawamu kepada Allah. Maka selesailah penyerahan zahir dan batin pada Allah. Sebegitu... Ini kita sembelih daging. Puasa sunat zahir kepada Allah. Betul sifat kita sifat tepuk tangan kaki kita pilih siapa sudah balik kepada Allah. Tangan, kaki, mata, telinga sudah fitri.

Ada pun hari raya korban pula, serah apa??? Serah nyawa. Maka hajilah kita. Maka sucilah kita zahir dan batin. Ini baru di kata Al-haji, Al-haj. Bukannya pergi ke Mekah sana. Jadi hajilah anakanda pada sekarang ini. Sudah haji, Al- haj. Orang lain bawa balik hantu setan. Kita betul-betul pada hari ini seperti budak yang baru lahir. Zahir milik siapa??? Batin milik siapa??? Ada tak kita punya??? Baik,,, semua ini siapa punya??? Ada kita punya??? Tidak ada bukan???

Maka kita serahlah ketujuh anggota jasad kita kepada Allah. Maka jadilah sepertimana mula-mula kita datang dulu. Mula- mula kita datang dulu ada penglihatan??? Ada telinga??? Semua anggota, milik siapa??? Sekarang milik siapa??? Tidak serupa dengan kita yang baru lahir dulu???

Inilah dikatakan Al-haj, haji, suci zahir dan batin. Tapi jangan haji hari ini sahaja. Haji sampai bila-bila. Sampai kita mati, kita ini milik siapa??? Milik Allah swt....

Saya sudahi dengan Wabillahi Taufiq Wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Amin drpd Tuan Guru Haji Shaari Mohd Yusof.
~ PUASA ~

Bicara ilmu oleh Ayahanda Tuan Guru Haji Shaari Mohd Yusof.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Muslimin muslimat para pendengar yang budiman sekalian.

Seringan-ringan puasa di bulan Ramadan adalah menahan lapar dan dahaga. Ini hadis sohih. Bermakna lapar dan dahaga itu puasa yang ringan. Mana yang berat??? Baik,,, nak tahu yang berat...

Ambil satu piring, ambil satu pinggan. Baik,,, ini umpama bulan. Ini umpama anak bulan. Nak menjadikan puasa ini. Kita kena faham dulu fekahnya.

Jikalau terbitnya anak bulan. Macam bulan sabit... Hendaklah kamu berpuasa. Kalau kita sihat berpuasalah. Kerana apa??? Nampak anak bulan. Ini langitkan... Kita tropong. Nampak sikit. Betulkan... Berpuasalah kita.

Lalu anak bulan ini pun berputar. Selama empat minggu. Kalau masuk dalam bulan ini. Maka esok berhari rayalah kamu. Haram berpuasa. Itulah yang Al-Quran, hadis cerita kepada kita. Betulkan??? Habis apa kita dapat??? Inilah kata ilmu papan tanda. Ilmu signboard. Habis setakat itulah ilmu fekah.

Itu makanya kita jangan duduk sebatas papan tanda. Apa ilmu makrifat, ilmu hakikat, cerita... Baik,,, bukan ada kena-mengenanya dengan bulan bintang di atas langit. Ini Ibu bulan. Ini umpama Allah. Anak bulan umpama diri kita. Ini orang makrifat. Dia tidak letak anak bulan, bulan bintang di atas langit.

Ini, siapa??? Diri kita... Ini siapa??? Allah... Seumpamanya sebegitu. Apabila kamu ternampak keberadaan dirimu. Terlihat akan keberadaan dirimu. Hendaklah kamu berpuasa. Apa hendak dipuasa??? Hendaklah kamu keliling selama empat minggu. Jangan sebut tiga puluh hari. Jangan sebut sebulan.

Empat minggu. Apa empat ini??? Ini Zat, Sifat, As'ma, Af'al. Hendaklah kamu serah kembali ke dalam Allah SWT sebagaimana kamu datang tadi. Ini dikatakan hari raya Aidilfitri. Hari raya apa??? Aidilfitri. Apa Aldilfitri??? Fitrah. Apa erti fitrah??? Semulajadi.

Jadi asal semulajadi kita, ada tidak??? Jadi kita ada tidak??? Hendaklah kamu fitri. Fitrah. Apa fitrah??? Kembalikan dirimu sebagaimana asal datangnya.

Ini dikatakan hari raya fitrah. Fitrah-fitrah, apa erti??? Semulajadi. Jadi asal usul kamu, adakah tidak??? Tidak ada. Jadi apabila kamu terlihat dirimu. Ada zat, nyawamu. Sifat, anggotamu. Af'al, perangaimu. As'ma namamu. Ini siapa??? Diri sendiri. Jadi dikembalikan balik kepada Allah. Ini yang dikatakan hari raya fitri. Hari raya semulajadi.

Yang berfikir ke dalam bulan bintang itu kenapa??? Kamu tahan lapar dan dahaga itu kenapa??? Itu kiasan untuk budak-budak kecil. Bukan tua macam kita ini. Tua masih sekolah tadika lagi, kenapa anakanda ini???

Hospital tidak ada dalam signboard. Hospital tidak ada dalam papan tanda. Ada tidak signboard Kuala Lumpur di sini??? Tidak akan. Ada tidak Kuala Lumpur di situ??? Muzium Negara??? Begitu juga ilmu fekah ini. Jangan duduk di atas langit. "". Kenapa kamu tidak tilik pada diri kamu sendiri???

Ini sudah tua. Cium tubuh, bukan bau minyak wangi lagi. Sudah bau tanah liat. Bau tanah kubur sudah. Masih merangkak tadika lagi, kenapa??? Tapi tidak apalah. Kalau tidak ada orang cerita. Pada hari ini, dikatakan hari raya Aidilfitri. Apa fitri??? Fitrah. Apa erti fitrah??? Semulajadi.

Ini kita nak bayar duit fitrah. Miskinkah Allah nak RM 9.80. Miskinkah Allah itu??? Itu papan tandanya. Yang hendak engkau serah itu bukan beras atau duit. Ini empat sifat. Serahlah empat sifat. Maka berhari rayalah kita. Merdekalah kita. Sebegilah...

Kemudian kita ada berapa hari raya??? Dua... Yang satu lagi hari raya korban. Hari raya haji. Korban dengan haji itu sama. Barangsiapa berkorban, dialah suci seperti budak baru lahir. Baik... Hari raya korban apa maksud??? Saban tahun kita dengar. Ohhh... kita ingatilah Ibrahim bunuh Ismail. Ibrahim sembelih ismail.

Cantikkah memperingati bapa bunuh anak??? Bagus kita dengar orang buang baby itu. Perempuan buang bayi. Lagi bagus hari-hari dia buang dalam longkang. Ini Nabi buat kerja seperti ini. Kalau orang perempuan, budak-budak buang baby itu, patutlah.

Nabi bunuh, sembelih anak dia, diingat saban tahun. Apa maksud anakanda??? Tidak ada contoh
RAHSIA DIRI pinned «Belajarlah dan terus belajar. Kutip lah ilmu. Dengarlah cerita ilmu mengenal allah walaupun kita dah tahu atau dah pernah dengar. Tidak ada batasnya. Nanti apabila kamu telah bertahun2 belajar insyaallah allah akan tunjukan. Bukan kita yg mengambil faham.…»
PESAN GURU

____________________________________
"Untuk apa mencari tempat yang jauh-jauh dan terpencil dari kebisingan orang ramai seperti mencari sebuah gua untuk bersuluk, sedangkan di dalam diri kamu itu sendiri telah adanya juga Gua Hira sama sebagaimana gua yang pernah dihuni oleh Muhammad Rasulullah dahulunya?"

____________________________________
"Untuk apa sampai menunggu waktu tengah malam atau pada awal pagi kerana hendak bertahajjud, sedangkan kamu itu bila-bila masa sahaja boleh bertahajjud sesudah memasuki dalam diri kamu itu sendiri tanpa ikatan siang atau pun malam?"

____________________________________
"Untuk apa pergi jauh sampai ke Kota Madinah untuk menziarahi Masjid Nabawi dan Makam Rasulullah, sedangkan Rasulullah itu sentiasa sahaja boleh kamu menziarahinya di dalam diri kamu itu sendiri?"

____________________________________
"Dan untuk apa pergi jauh sampai ke Kaabah di Kota Makkah di dalam perjalanan kamu mencari Allah, sedangkan Dia itu sentiasa sahaja bersama kamu walau di mana sahaja kamu berada?"

____________________________________
Ya, sekarang baru ku sedar.

Terjaga aku dari lena...
Lena yang begitu panjang sekali...

Lena, di dalam kebodohanku sendiri.
mati.

Itu sebab, maka jatuh ranting mati di atas salah satu kepala orang buta. Kerana apa??? Kerana pohon kayu yang mati. Nanti disini, biarpun serban besar, ketayap besar, berjubah labuh, belum tentu pohon yang subur. Ternyata kebanyakannya pohon yang mati.

Apabila kita berteduh dipohon mati. Inilah padahnya, bergaduh sesama sendiri. Inilah kiasan, ulamak-ulamak terdahulu. Kita menyangka kita sedang berteduh di pohon yang besar. Kita menyangka kita sedang berteduh dipohon yang benar.

Ahli sunah waljamaah benar. Sunni benar. Wahabi benar. Semua mengaku benar, samalah seperti orang buta mengenal gajah.

Bagi suluhan ilmu hakikat dan ilmu makrifat. Bagi suluhan ilmu orang yang tidak buta, ilmu orang celik. Dia memandang bahawasanya dia mengatakan gajah seperti kelapa, itu pun benar. Kaki gajah pun gajah. Gading gajah pun gajah. Ekor gajah pun gajah.

Janji kita mengenal gajah. Biarpun dapat ekor,,, ekor gajah. Biar pun dapat kaki,,, kaki gajah.

Yang jadi salahnya kita mengenal gajah, jadi harimau. Mengenal gajah, jadi buaya. Itu salah. Kamu mendapat sebahagian daripada gajah,,, Benar... Orang buta lain pula mendapat sebahagian gajah, tentang ekornya,,, Benar... ekor gajah.

Jadi kita jangan bergaduh sesama sendiri. Menuduh engkau salah, aku betul. Aku betul, engkau salah. Semua orang disalahkan. Orang lain pula menyalahkan kita. Jadi mana satu yang betul??? Sebenarnya, semuanya betul belaka. Melainkan kita mengenal gajah. Baik kaki,,, kaki gajah.

Begitulah Tujuh Puluh Tiga kaum yang diterima Allah itu,,, Satu. Tujuh Puluh Tiga kaum yang diterima Allah itu, orang yang menSatukan Allah.

Orang yang menTauhidkan Allah, yang Satu. Orang yang menEsakan Allah, yang Satu. Orang yang menAhadkan Allah, yang Satu. Inilah yang dimaksudkan Satu yang diterima Allah itu. Iaitu Ahad... Ahad...itu Satu. Ahad itu Tauhid. Ahad itu Esa.

Janji gajah. Perkara-perkara ranting. Janji pokoknya tidak lari. Jangan mengenal kaki gajah, menjadi kaki buaya. Belalai gajah, menjadi belalai hantu, ekor syaitan. Itu tidak benar. Selagi dia tetap memegang gajah. Maka dia benar. Malangnya dia hanya dapat sebahagian.

Maklumlah orang buta. Jadi orang fikah,,, orang fikah, orang syariat,,,syariat ini, orang buta. Orang tidak mengenal Allah. Itulah makanya dia asyik menyalahkan orang. Dia asyik menyesatkan orang. Semua orang sesat. Semua orang salah. Semua orang tak betul. Dia tak tahu, yang dia itu buta. Hanya mengenal kaki gajah.

Orang hakikat dan orang makrifat ini orang celik. Orang melihat seluruh gajah. Jadi kaki gajah pun benar. Belalai gajah pun benar. Gading gajah pun benar. Ekor gajah pun benar. Janji gajah. Walaupun kamu dapat sebahagian.

Jikalau untuk mendapat gajah yang penuh, menjadi orang celik. Hendaklah belajar ilmu hakikat dan ilmu makrifat.

Itulah makanya orang hakikat dan makrifat tidak pernah menyalahkan orang. Ahli sunah waljamaah pun baik. Wahabi pun baik. Sunni pun baik. Syiah pun baik, tak menolak. Kerana ini, perkara ranting, perkara cabang. Kita tidak bergaduh dalam masalah-masalah pokok. Banyak bergaduh masalah ranting, masalah cabang.

Jadi muslimin muslimat para pendengar yang budiman sekalian.

Tak usahlah kita menuding jari kepada orang. Mari kita melihat diri sendiri. Itu makanya, Allah berfirman, tiliklah kepada diri sendiri.Tiliklah kepada diri sendiri.

Mudah-mudahan kita tidak menyalahkan orang. Itu sahaja untuk renungan kita semua. Supaya kita jangan mudah menyalahkan orang. Kita jangan mudah menyalahkan orang.

Kemudian hendaklah kita belajar menTauhidkan Allah. Barulah kita termasuk dalam kaum yang benar. Golongan yang benar. Jalan yang benar.

Tauhidlah kepada Allah SWT. Jangan ada sesuatu disampingnya. Jangan ada makhluk. Jangan ada akal. Jangan ada guru. Jangan ada Al Quran. Jangan ada malaikat. Jangan ada syurga, neraka. Jangan ada makhluk.

Melainkan "La Maujud Illallah". Tiada yang wujud melainkan Allah.

Saya sudahi dengan Wabillahi Taufiq Wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Amin drpd Tuan Guru Haji Shaari Mohd Yusof.
Bicara ilmu oleh Ayahanda Tuan Guru Haji Shaari Mohd Yusof.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kita sambung lagi mengenai satu jalan yang diterima Allah. Apakah satu jalan itu??? Jalan yang diterima Allah itu, iaitu jalan menTauhidkan Allah.

Kemudian apa yang hendak saya sampaikan kepada bahagian ini, juga mengenai menTauhidkan Allah. Dengar baik-baik akan kiasan ini.

Pada suatu hari sekumpulan orang buta ingin mengenal gajah. Sekumpulan orang buta ingin mengenal gajah. Maka masing-masing pergilah,,, pergilah, mengenal gajah.

Salah seorang orang buta, mendapat gajah pada bahagian kaki. Salah seorangnya mendapat gajah, pada bahagian kaki. Beliau mengatakan yang gajah itu, seumpama batang kelapa.

Yang seorang lagi mengenal gajah dibahagian ekor. Lalu mereka mengatakan gajah itu sama seperti hujungnya tali.

Seorang buta lagi mendapat bahagian gajah pada gadingnya. Lalu mengatakan gajah itu seumpama hujungnya lembing.

Seorang lagi orang buta mendapat bahagian perut. Lalu mengatakan gajah itu seumpama tempayan.

Seorang buta lagi orang buta mendapati gajah pada bahagian telinga. Lalu mengatakan gajah itu seumpama tampi beras. Dan begitulah seterusnya.

Kemudian masing-masing bertanya. Sudahkah kalian mengenal gajah??? Lalu jawab mereka, sudah. Aku sudah mengenal gajah. Baik,,, jikalau sudah mengenal gajah. Mari kita berkumpul ditengah padang ini.

Kebetulan harinya panas, ditengah padang. Perjalanan kita ini, harinya pun panas. Mari berteduh disebatang pokok yang besar. Mari kita berteduh disebatang pokok yang besar. Mudah-mudahan kita boleh berteduh di pohon yang besar itu. Mari sama-sama kita bincang tentang gajah.

Berhentilah sekaliannya pada sepohon kayu yang besar. Dipeluk-peluknya tak sampai. Dia peluk-peluknya tak sampai. Batang pohon itu, benarlah pohon itu, sepohon kayu yang besar.

Berbincanglah akan sekaliannya. Bertanya, apakah engkau sudah mengenal gajah??? Lalu seorang mengatakan aku sudah mengenal gajah. Yang gajah itu, macam batang kelapa.

Marahlah sekalian yang lain. Salah,,, tak betul. Kamu tipu, kamu sesat, kamu salah. Gajah bukan macam batang kelapa. Gajah macam hujung tali, berambu-rambu macam hujung tali.

Salah,,, kata sebahagian yang lain. Salah,,, gajah bukan macam tali. Gajah bukan macam batang kelapa. Gajah macam tempayan.

Begitulah seterusnya. Bergaduhlah sesama sendiri. Engkau salah. Aku salah. Itu tak betul. Ini tak betul.

Lalu salah seorangnya, ditimpa ranting kayu. Berteduh di pohon besar, tiba-tiba sebatang ranting kayu jatuh. Tertimpa di atas kepala salah seorangnya. Lalu berkatalah orang buta tadi. Tengah bergaduh tiba-tiba ranting jatuh di atas kepala.

Dia mengatakan kau dah pukul aku. Ya!!! Dia mendakwa kawannya pukul dia. Lalu dia pun berhentam, bertumbuk, berparang, bertetaklah, sesama sendiri. Engkau kata, kau pukul. Engkau ini pula kata, aku pukul engkau. Engkau pukul aku. Habis bergaduh sesama sendiri.

Inilah,,, inilah, kiasannya guru-guru terdahulu kepada kita sekalian yang mengaku tujuh puluh kaum, yang satu kaum inilah yang benar katanya. Seorang mengatakan, aku yang betul. Seorang lagi mengatakan, aku yang benar. Seorang lagi mengatakan, engkau yang salah. Seorang lagi mengatakan, engkau yang tak betul.

Jadi masing-masing mengaku. Masing-masing benar. Inilah yang terjadi pada zaman sekarang. Wahabi kata, wahabi benar. Syiah kata, syiah benar. Sunni kata, sunni benar. Ahli sunah waljamaah kata, ahli sunah waljamaah benar. Kadoriah benar. Jabariah benar. Muktazilah benar.

Jikalau semuanya benar. Mana satu yang salah??? Jikalau semuanya salah. Mana satu yang benar??? Asyik menuduh orang salah. Engkau salah,,,. Engkau salah. Tambahan lagi, kiasan orang buta berteduh di pohon kayu yang besar.

Ertinya di sini, tambahan pula kita berteduh dibawah naungan orang alim kononnya. Ulamak kononnya. Organisasi agama kononnya. Dianggap rendang. Dianggap pohon yang rendang.

Tahu... tahu... batang besar, serban besar, disangka pohon yang rendang. Tetapi batang sahaja besar. Ternyata pohon yang mati. Pohon yang mati, maka ranting pun mati. Dahan pun mati. Julai pun
See more posts

View in Telegram