Kenali Ulama Islam – MSO D6

Kisah-kisah orang soleh umpama tentera yang memerangi nafsu & umpama cahaya yang menerangi kegelapan hati

View in Telegram

Recent Posts

23 Rabiul Awwal 1443H
30 Oktober 2021M
6.45 pagi.

Mendapat perkhabaran yang begitu menyedihkan pagi ini.

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

Terimalah takdir ketentuan Allah dengan penuh keredhaan ..

Telah kembali kerahmatullah, Guru Mulia kita yang amat kita cintai, Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki) Hafizahullahu Taala pada jam 6.45pagi tadi dalam usia 62 tahun..

‎Ya Allah, ampuni Guru Kami, Ahmad Fahmi Zamzam.

Ya Allah RAHMATILAH dia, AMPUNI segala dosa & kesalahan dia, MULIAKAN kematian dia, LAPANGkan kubur dia & jadikannya sebagai sebaik-baik tempat istirehatnya.

Ya Allah !
Kumpulkan beliau bersama Rasūlullāh ﷺ & orang-orang yang beliau cintai..

Ya Allah!
KURNIAKAN syurga sebagai BALASANnya mendidik kami dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya & para Muhibbinnya.

آمين آمين آمين يا مجيب السائلين . . .


Semuga Abuya tenang & damai di sana ...

آمين آمين آمين يا مجيب السائلين . . .
Sharahan Khas daripada Prof Madya Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah, Pensharah Kanan, Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban, Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS, UTM) bagi Menelusuri Sumbangan Pemikiran Tan Sri. Prof. Syed Muhammad Naquib al Attas.

Video klik di sini 👇👇
https://www.facebook.com/WISE.MESIR/videos/1257746114678861/
4 ULAMA' BESAR YANG BERSAHABAT
Dalam sejarah ulama'-ulama' yang bermadzhab Syafi'i, tercatat pernah ada sekawanan sahabat yang alim dan kemudian menjadi imam besar dan mufti dalam madzhab Syafi'i. Mereka adalah Imam Abdul Wahhab asy-Sya'rani, Imam Ibn Hajar al-Haitami, Imam Syamsuddin ar-Ramli (Syafi'i shaghir), dan Imam Khathib asy-Syirbini. Bagi pelajar madzhab Syafi'i nama-nama tersebut tentu bukanlah nama yang asing.
Imam Abdul Wahhab asy-Sya'rani seorang quthbul 'ilmi, 'arif billah, waliyullah, sufi, pakar dibidang semua fan agama (mutafannin yang mutabahhir) dan salah seorang ulama' yang diberikan maziyah Allah kecepatan dalam membaca kitab. Diantara karyanya adalah al-Mizan al-Kubro, al-Yawaqit wal Jawahir, al-Minan al-Kubro dan lain-lain.
Imam Ibn Hajar al-Haitami seorang syaikhul Islam, mufti Hijaz dan Haramain, mutaffannin dan mutabahhir, sufi besar dizamannya dan muhaqqiq dalam madzhab Syafi'i. Diantara karyanya adalah Tuhfatul Muhtaj, az-Zawajir, Fathul Jawad syarah al-Irsyad, Fatawa Kubro, Fatawa Haditsiyah, dan lain-lain.
Imam Muhammad Syamsuddin ar-Ramli, putra dari Imam Syihabuddin ar-Ramli, seorang yang 'alim 'allamah, mufti Mesir, dan mutafannin yang mutabahhir. Banyak ulama' yang menyebut beliau adalah mujaddid kurun kesepuluh. Diantara karyanya adalah Nihayatul Muhtaj, Ghayatul Bayan, dan lain-lain.
Imam Khathib asy-Syirbini seorang 'alim 'allamah, mutaffannin dan mutabahhir, seorang faqih, muhaddits, dan mufassir, rujukan para ulama' dizamannya dan setelahnya. Diantara karyanya adalah Mughnil Muhtaj, al-Iqna', as-Sirajul Munir (tafsir), dan lain-lain.
Empat orang diatas pernah belajar agama dihadapan Syaikhul Islam Zakaria al-Anshori, murid Amirul Mukminin fil Hadits al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqallani dan Imam Jalaluddin al-Mahalli.

Kyai Nur Hidayat
https://www.facebook.com/hidayat.nur.5832343/posts/2896722583981234
AL FATIHAH

إنا لله وإنا إليه راجعون

*Telah kembali ke rahmatullah* _Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, ayahanda kepada Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid._

Semoga Allah mencucuri beliau dengan rahmat dan maghfirah. Amin.

#AlFatihah
#DarMedia
Tahniah kepada Tuan Guru Syeikh Abdul Raof Bin Nurin حفظه الله secara rasminya telah dilantik menjadi AJK Fatwa Negeri Pahang. Dan juga kepada Tuan Guru Ustaz Ahmad Naim حفظه الله dari pondok Setiu.

Antara ulama Pondok yang jadi ajk Fatwa.

Selamat menjalankan tugas.
.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Telah kembali ke rahmatullah permata Ulama Kedah , Ulama Sufi Kedah Tuan Guru Haji Rifaee (Mustasyar NA’AM 2019-2020) .

اللهم اغفر لشيخنا الحاح رفاعي ولجميع شيوخنا

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah beliau, rahmatilah beliau, maafkanlah beliau, muliakanlah beliau.
Moga beliau rehat dan mendapat syafaat Rasulullah.

Allahyarham Tuan Guru Haji Rifae' ( 1961 - 2020 )

Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Rifae' Bin Yaakob dan beliau dilahirkan di Kampung Padang, Kuala Pegang, Baling, Kedah.

Mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lanai kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke Pondok Lanai dan mendapat didikan penuh dari Tuan Guru Haji Omar Zuhdi. Selain itu, Tuan Guru juga pernah menuntut ilmu di Pondok Tok Jong, Patani.

Diantara gurunya ialah :

1. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi
2. Tuan Guru Haji Salleh Musa
3. Tuan Guru Haji Awang Lanai
4. Tuan Guru Pak Su Yop
5. Tuan Guru Haji Abu Bakar Wara'
6. Tuan Guru Pak Teh Mad Isa Mahang
7. Baba Yeh Tok Jong

Tuan Guru Haji Rifae' pernah berkhidmat sebagai guru di Pondok Lanai selama 20 tahun. Selepas kewafatan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi, beliau telah membuka pondok pengajiannya sendiri yang diberi nama Madrasah Zuhdiah yang terletak di Kampung Charok Salang, Parit Panjang, Baling, Kedah pada tahun 1997.

Pada tahun 2019, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah.

Khabar dukacaita bagi ummah apabila Tuan Guru Haji Rifae' meninggal dunia pada 12 Oktober 2020 ketika berusia 59 tahun. Jenazahnya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang.

*Sumber - Dari AF Ustaz Atiq Kullah

Oleh : Tengku Yusuff

#KenaliUlamak
See more posts

View in Telegram