Masjid UiTM Shah Alam

Channel ini diwujudkan untuk menyebarluas maklumat program-program pengimarahan Masjid UiTM Shah Alam

View in Telegram

Recent Posts

Masjid UiTM Shah Alam pinned a photo
[ QURAN HOUR DAN DISKUSI JUMAAT ]

Assalamualaikum wrt wbt.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Islam, Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa, UiTM Shah Alam dengan kerjasama Kolej Kediaman Seroja akan mengadakan "Quran Hour dan Diskusi Jumaat".

Tarikh: 13 Disember 2024
Hari: Jumaat
Masa: 11.00 pg-1.00 ptg
Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid UiTM Shah Alam

Warga UiTM Shah Alam dijemput hadir. Sila isi kehadiran pada pautan dibawah.
https://forms.gle/xiVWtj4kvQiz1fYj8

Sekian, terima kasih.
[ MA'THURAT WAL FUTUR ]

Assalamualaikum wrt wbt.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Islam, UiTM akan mengadakan "Program Ma'thurat Wal Futur" pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 7 Dis 2024 (Sabtu)
Masa: Selepas Solat Subuh
Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam.

Untuk menyertai, sila isi maklumat di pautan ini untuk pra pendaftaran.
https://forms.gle/ae2nJY6TRQMGfqUNA

Sarapan pagi disediakan.

Mahasiswa dan mahasiswi dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.
[ KULIAH MAGHRIB ]

Assalamualaikum wrt wbt

Dijemput kepada warga UiTM untuk mengikuti Kuliah Maghrib di Masjid UiTM Shah Alam pada:

Tarikh: 02.12.2024 (Isnin)
Masa: Selepas Maghrib
Penceramah: Ustaz Ahmad Firdaus Ismail

Sila sebarkan maklumat ini. Semoga bermanfaat kepada semua.

Sila isi kehadiran:-

https://forms.gle/LTmt61hwqPbf2XJEA

Makan malam disediakan kepada jemaah yang hadir

Sekian, wassalam.
📍Assalamualaikum 📍

In Sya Allah Link Pendaftaran Iftar Masjid Telah Dibuka,Maka boleh daftar segera sebelum mencukupi kuota 100 orang peserta

Nama yang sudah berdaftar akan diberi keutamaan untuk mengambil makanan iftar pada harini📌

Digalakkan juga kepada yang hadir untuk datang lebih awal bagi memudahkan mengambil makanan juadah yang disediakan.
[ JEMPUTAN IFTAR JAMAI'E ISNIN ]

Assalamualaikum wrt wbt

Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI), Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa, UiTM Shah Alam dengan Kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Dan Sahabat Masjid akan menganjurkan Iftar jamai'e Puasa Sunat Isnin Dan Khamis seperti ketetapan berikut:

Tarikh. : 2 Disember 2024
Hari : Isnin
Masa : 6.45 petang
Tempat: Dewan Solat tambahan Masjid Al-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam

Sehubungan itu dijemput kepada semua untuk imarahkan program Iftar jamai'e.

Terhad kepada 100 orang sahaja

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ustaz Mohd bakri (018-2073234)

Untuk pendaftaran sila gunakan link ini
https://forms.gle/YVttzyAXrGjfEvKe8

Sekian, terima kasih.

#bahagianhalehwalislam
#masjiduitmshahalam
#uitm
#jiwamuttaqin
#iftarisninkhamis
[ TIKTOKBHEI: ALUNAN SELAWAT ]

https://vt.tiktok.com/ZSjpfmSc4/
[ #TIKTOKBHEI: MAJLIS USRAH BHEI ]

https://vt.tiktok.com/ZSjgKorSx/
[ KURSUS PRA PERKAHWINAN VOL: 3 ]

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Non Resident (UPNR) dan Jawatankuasa Perwakilan Non Resident (JPNR) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menganjurkan program Kursus Pra Perkahwinan Vol: 3.

Sehubungan itu, dijemput semua warga UiTM untuk bersama-sama menyertai kursus ini bagi mendapatkan bimbingan dan meningkatkan pengetahuan berkaitan ilmu rumah tangga secara lebih mendalam.

Tarikh: 14 hingga 15 Disember 2024 (Sabtu & Ahad)
Tempat: Dewan Muktamar 1, Masjid al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam
Waktu: 8.00 pagi – 5.00 petang

Yuran pendaftaran:
RM70.00 (PELAJAR)
RM100.00 (STAF)

Setiap peserta diwajibkan untuk menghadiri semua slot ceramah kursus bagi memenuhi syarat kelayakan mendapatkan sijil daripada JAIS.

Pautan pendaftaran:
https://forms.gle/8efCd2cZuRKy37h17

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 8 DISEMBER 2024 (AHAD)

Penyertaan adalah Terhad Kepada 140 Orang terawal sahaja

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
JPNR Syafiqah: https://wa.me/60174811795
JPNR Irdina: https://wa.me/60139583135

Sekian, terima kasih.

#KursusPraPerkahwinan
#NRUiTMSA
#25TahunUiTM
#WeLoveWeCare
#Masjiduitmshahalam
#Masjidnadikeimananuniversiti
#Jiwamuttaqin
#BHEI
[ #SINARHARIAN: BANK RAKYAT DAN UiTM KUKUHKAN KERJASAMA INISIATIF KEBAJIKAN, UMRAH DAN KORBAN ]

Berita lanjut di Sinar Harian.

Sekian, wassalam.

https://www.facebook.com/share/p/12AnzumBJUs/
[ KUIZ AR-RISALAH JAMADIL 'AWAL: KHADIJAH BINTI KHUWAILID "INSPIRASI SEPANJANG ZAMAN" ]

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Islam, Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa UiTM Shah Alam akan mengadakan Kuiz Ar-Risalah Jamadil 'Awal Khadijah Binti Khuwailid: Inspirasi Sepanjang Zaman.

Syarat-syarat Penyertaan adalah seperti berikut:
•Terbuka kepada warga UiTM Shah Alam sahaja.
•Setiap orang hanya boleh menjawab sekali sahaja.
•Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6 Disember 2024.
•Keputusan adalah muktamad. Pemenang akan dihubungi oleh urusetia kelak.

Untuk menyertai sila klik pada pautan ini. Sila gunakan emel rasmi UiTM (staf/pelajar).

https://forms.gle/CYEwE8CawnZHkoeS6

Sekian, wassalam.
[ MAJLIS PERTUKARAN DOKUMEN PERJANJIAN KERJASAMA BANK RAKYAT DAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ]

25.11.2024 (Isnin) - Telah berlangsung Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Kerjasama antara Bank Rakyat dan UiTM di ibupejabat Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Turut hadir bersama Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Penolong Naib Canselor Pemerkasaan Adiwangsa, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam ke majlis yang penuh bersejarah ini.

Semenjak tahun 2021 kerjasama yang baik antara UiTM yang dimulakan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam dan Bank Rakyat adalah progam Korban dan Akikah, Program Umrah dan Tabung Kebajikan dan disusuli dengan Tajaan Wang Saku RM 255,000.00 kepada Mahasiswa dan Mahasiswi UiTM.

Semoga dengan termetrai kerjasama yang baik antara Bank Rakyat dan UiTM, dapat memberi manfaat yang besar kepada mahasiswa dan mahasiswi UiTM.

Sekian, wassalam.

https://www.facebook.com/share/p/14THL4R57d/
See more posts

View in Telegram