MUET Session 2 2024 – Saluran Rasmi Oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

For Private Candidate

View in Telegram

Recent Posts

Channel ini akan dihentikan.

Terima kasih.
Peringatan Mesra

Tarikh tutup untuk memohon semakan semula keputusan Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024 adalah pada 8 Oktober 2024. Keputusan semakan dijangka akan dikeluarkan dalam tempoh 20 hari selepas tarikh tutup permohonan.

Terima kasih.
Pemakluman tarikh keputusan Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024 dan Permohonan Semak Semula Keputusan Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024
Ujian MUET Sesi 2 2024 telah selesai dijalankan. Calon perlu hadir semua komponen kertas ujian MUET bagi mendapat keputusan Band yang lengkap. Gagal hadir walau satu komponen, akan menyebabkan calon mendapat keputusan Band Nil.

Keputusan Ujian MUET akan diumumkan 8-9 minggu setelah Ujian Bertulis MUET selesai dijalankan.

Sila layari portal MPM www.mpm.edu.my atau Facebook rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia dari semasa ke semasa untuk info berkaitan pengumuman keputusan Ujian MUET.

Semoga semua calon memperoleh keputusan yang terbaik dan cemerlang dalam Ujian MUET.

Terima kasih.
Please be informed that, starting with MUET Session 2 2024, pre-test speaking briefings will be discontinued. Instead, candidates will be provided with a comprehensive instructional video to assist in their preparation for the MUET Speaking test. You may access the video here: https://www.youtube.com/watch?v=955xJ2Jjh14
PEMAKLUMAN PENTING UJIAN MUET SESI 2 2024

Perhatian kepada semua calon Ujian MUET Sesi 2 2024. Calon diminta menyemak dan mencetak semula Slip MUET/D yang telah dikemaskini dengan melayari portal rasmi MPM www.mpm.edu.my atau di pautan terus http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/index.php.

Calon dikehendaki untuk merujuk dan mengambil tindakan seperti yang dinyatakan di bil.13 pada IMPORTANT NOTES di Slip MUET/D.

Terima kasih.
SEMAKAN SLIP MUET/D CALON MEMOHON PERTUKARAN PUSAT UJIAN

Salam sejahtera.

Perhatian kepada semua calon Ujian MUET Sesi 2 2024 yang memohon pertukaran pusat ujian secara online, calon telah boleh menyemak dan mencetak semula Slip MUET/D yang telah dikemaskini dengan melayari portal rasmi MPM www.mpm.edu.my atau di pautan terus http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/index.php.

Dimaklumkan sekali lagi, sebarang rayuan permohonan pertukaran pusat ujian oleh calon selepas tarikh tutup tidak dipertimbangkan.

Terima kasih.
Salam hormat. Hari ini tarikh akhir untuk mendaftar untuk sesi latihan Muet Power Prep. Sesiapa berminat boleh mendaftar melalui pautan dibawah.
PERINGATAN MESRA

a) Slip MUET/D telah dimuat naik di portal MPM www.mpm.edu.my pada 24 Jun 2024, iaitu 4 minggu sebelum hari pertama ujian lisan dijalankan dan calon mempunyai masa untuk mengatur atau merancang jadual kerja/pengajian/dan lain-lain. Sila layari http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/index.php untuk menyemak. Slip ini mengandungi maklumat berkaitan pusat ujian yang akan dihadiri oleh calon, serta tarikh dan waktu ujian kertas 800/2 (Speaking) dan kertas 800/1, 800/3, dan 800/4 (Listening, Reading dan Writing). Sila bawa bersama Slip MUET/D yang dicetak dan kad pengenalan ke pusat ujian. Rujuk arahan dan panduan seperti yang dinyatakan pada slip MUET/D. Kegagalan mematuhi arahan tertentu seperti yang dinyatakan pada slip MUET/D mungkin menyebabkan calon tidak dibenarkan menduduki ujian.

b) Calon tidak dibenarkan untuk menukar tarikh ujian lisan dan ujian kertas bertulis, dan calon perlu hadir pada tarikh dan waktu seperti yang tercatat pada Slip MUET/D (slip ujian) calon.

c) Permohonan perpindahan pusat ujian MUET Sesi 2 2024 dibuka mulai 24 Jun 2024 (selepas 10:00 pagi) sehingga 30 Jun 2024 (11:59 malam). Permohonan secara atas talian di pautan http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register. Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KERTAS (Listening, Speaking, Reading, dan Writing). Bayaran perpindahan pusat ujian MUET dibuat secara dalam talian melalui perbankan elektronik. Tempat dan pilihan pusat ujian adalah sangat terhad (first come first serve basis) dan bergantung kepada kapasiti dalam pusat ujian yang boleh menampung calon selepas dikemaskini oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Permohonan untuk menambah kapasiti calon di pusat ujian adalah tidak dibenarkan. Permohonan perpindahan pusat ujian selepas tarikh tutup (30 Jun 2024) juga TIDAK DIPERTIMBANGKAN.

d) Permohonan pembetulan maklumat dari 2 Mei 2024 sehingga 7 Julai 2024, tidak dikenakan sebarang bayaran. Permohonan adalah secara mengisi borang MUET/C9 dan sila e-mel borang berserta dokumen sokongan ke [email protected]. Permohonan pembetulan maklumat bermula dari 8 Julai 2024 akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Manakala permohonan pembetulan maklumat selepas keputusan MUET Sesi 2 2024 dikeluarkan/diumumkan pula akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM60.00.

Terima kasih.
Salam hormat dari MPM. Pendaftaran untuk MUET Online Tutorial Classes akan ditutup hujung minggu ini.

Jika berminat boleh mendaftar. Terima Kasih.
Sesi Latihan Intensive Dua hari. Daftar segera : https://forms.gle/S9JL1V6PYvb8iMvWA
See more posts

View in Telegram