Nadir Al-Nuri

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

View in Telegram

Recent Posts

Dialog seorang ibu dan doktor di G,

I : Doktor, di mana mayat budak-budak dilonggokkan, boleh tolong carikan mayat anak saya tak?

D : Anak kamu pakai baju apa? Kita tak boleh cam dengan muka, mayat budak-budak kat sini tak ada kepala.
Mereka penat, sangat penat tapi mereka kuat. Yang saya bimbangkan ialah kita. Dalam bergembira, masih terselitkah rasa duka untuk saudara kita, atau dalam sekelip mata madrasah Ramadan hilang tanpa kesan di jiwa?
Ramai yang bertanya perkembangan di G di rumah-rumah yang sempat kami ziarahi.

Di sana mereka beraya dengan ledakan bom yang tak henti. Raya pertama semalam, 88 orang syahid dengan sekurang-kurangnya 40 mereka adalah kanak-kanak.

Pastikan dia untuk mereka tak putus.
Kalau ternampak, cepat klik http://swiy.co/jomsumbang untuk bantu saudara kita di 5 negara!
Alhamdulillah untuk Ramadan tahun ni kita dah khususkan RM3.6 juta untuk Ramadan di G, sebahagian besar projek kita dah laksanakan. Untuk Syria kita dah dapat hampir RM100,000 walaupun sasaran awal kita RM1 juta perlu dikutip.

Yang saya bimbangkan ialah nasib saudara-saudara kita di 5 negara lain yang kita sasarkan untuk santuni selepas Ramadan. Projek wakaf air yang kita nak buat di Pakistan, projek kedai runcit dan haiwan ternakan di Sri Lanka, projek tahfiz Al-Quran di Filipina dan Kemboja.

Dan juga yang paling selalu tanya pasal sumbangan, anak-anak yatim kita di Tajikistan. Tahun ni kerana sumbangan Ramadan belum mencapai sasaran, kami terpaksa tangguhkan dulu bantuan untuk mereka. Nak buat macam mana, ada rezeki mereka, adalah. Kalau tak ada, mereka hidup saja dengan apa yang ada.

Anak yatim dalam gambar ni namanya Masrur. Masrur ni dalam Bahasa Arab maknanya gembira. Tapi masa kami jumpa mula-mula, masam je muka dia, maklumlah ayah meninggal masa kecil, maknya sakit dan terpaksa tinggal dengan nenek. Dia dah biasa kot orang datang jumpa mereka, bagi duit, belikan barang sikit lepas tu hilang.

Lepas kami belikan baju untuk dia masa kami ke Tajikistan tahun lepas, seronok sangat dia. Baru nampak Masrur macam namanya.

Saya harap di hujung Ramadan ini masih ada yang sudi kejar malam 29 Ramadan yang mungkin jatuh Lailatul Qadar. Saya harap hari 29 Ramadan ni yang mungkin jadi hari terakhir puasa tahun ni, kalian bantu sumbang sikit kepada projek di 5 negara ini. Tahun depan entah Allah bagi kita rasa lagi Ramadan ke tak.

Kami tak kaya tapi tulang empat kerat ni kami guna untuk ummah. Kalian yang ada rezeki sikit, serahkan amanah menyantuni ummah kepada kami. Kita bina kekuatan ummah bersama inshaAllah.

Tengok bawah untuk sumbang dan bantu kongsikan keMasruran Masrur ini. Terima kasih sangat.Alhamdulillah untuk Ramadan tahun ni kita dah khususkan RM3.6 juta untuk Ramadan di G, sebahagian besar projek kita dah laksanakan. Untuk Syria kita dah dapat hampir RM100,000 walaupun sasaran awal kita RM1 juta perlu dikutip.

Yang saya bimbangkan ialah nasib saudara-saudara kita di 5 negara lain yang kita sasarkan untuk santuni selepas Ramadan. Projek wakaf air yang kita nak buat di Pakistan, projek kedai runcit dan haiwan ternakan di Sri Lanka, projek tahfiz Al-Quran di Filipina dan Kemboja.

Dan juga yang paling selalu tanya pasal sumbangan, anak-anak yatim kita di Tajikistan. Tahun ni kerana sumbangan Ramadan belum mencapai sasaran, kami terpaksa tangguhkan dulu bantuan untuk mereka. Nak buat macam mana, ada rezeki mereka, adalah. Kalau tak ada, mereka hidup saja dengan apa yang ada.

Anak yatim dalam gambar ni namanya Masrur. Masrur ni dalam Bahasa Arab maknanya gembira. Tapi masa kami jumpa mula-mula, masam je muka dia, maklumlah ayah meninggal masa kecil, maknya sakit dan terpaksa tinggal dengan nenek. Dia dah biasa kot orang datang jumpa mereka, bagi duit, belikan barang sikit lepas tu hilang.

Lepas kami belikan baju untuk dia masa kami ke Tajikistan tahun lepas, seronok sangat dia. Baru nampak Masrur macam namanya.

Saya harap di hujung Ramadan ini masih ada yang sudi kejar malam 29 Ramadan yang mungkin jatuh Lailatul Qadar. Saya harap hari 29 Ramadan ni yang mungkin jadi hari terakhir puasa tahun ni, kalian bantu sumbang sikit kepada projek di 5 negara ini. Tahun depan entah Allah bagi kita rasa lagi Ramadan ke tak.

Kami tak kaya tapi tulang empat kerat ni kami guna untuk ummah. Kalian yang ada rezeki sikit, serahkan amanah menyantuni ummah kepada kami. Kita bina kekuatan ummah bersama inshaAllah.

Klik sini swiy.co/jomsumbang untuk sumbang dan bantu kongsikan keMasruran Masrur ini. Terima kasih sangat.
Bila anak berak dan kita tak nak bau lekat dekat baju. Dads have a solution for everything.
Episod 3 Vlog Nadir Al-Nuri di bumi Syria membawa kalian meneroka Idlib, Hama dan Homs. Telusuri kisah kepahlawanan Sayyidina Khalid Al-Walid dan kehebatan Khalifah Kelima umat Islam, Sayyidina Umar Abdul Aziz di makam mereka.

Hanya di https://www.youtube.com/@nadir_alnuri jam 6pm, hari ini Jumaat

Sertai hampir 20k penonton yang telah menonton Episod 1 dan 2 di YouTube sama. Jangan lupa like dan subscribe!
Semua sumbangan yang masuk sehingga jam 7.30pm hari ini akan digunakan untuk ibadah paling dituntut oleh Allah iaitu memberi minum kepada yang memerlukan. Kita akan buat secara wakaf air di Pakistan bermakna pahala kalian akan terus mengalir berterusan, inshaAllah.

Sumbang di sini, jangan terlepas peluang terakhir Ramadan tahun ini di https://swiy.co/jomsumbang
Sumbang ke Syria jom malam ni. Kuatkan Syria untuk cepatkan laluan ke Al-Aqsa. Klik sini https://swiy.co/myaid4syria cepat!
Program ini khusus untuk Group Tadarus NAN tapi saya buka juga untuk sahabat-sahabat di sini.
Malam ini malam 27 Ramadan jam 10.30pm inshaAllah kita akan buat Majlis Khatam Tadarus Ramadan NAN melalui platform Zoom. Linknya

https://us04web.zoom.us/j/76665450835?pwd=WdWqa81NtqrvgQwI1g93s8N4q76hI8.1

Untuk program khatam malam ini, kita akan baca beramai-ramai dengan dipimpin oleh Dr Ibrahim Zaim LIVE dari Gaza bermula Surah Adh-Dhuha sehingga An-Nas tetapi host akan mute jika ada gangguan suara yang tak sepatutnya.

Setelah tamat beliau akan membacakan doa. Dijangka paling lama 30 minit akan selesai inshaAllah.
Apa isu penduduk yang berdemo di utara G 'menentang Hms'?

Point-point utama,

1. Hms adalah kerajaan yang sah di G apabila menang dalam pilihanraya P pada 2006.

2. Hms tidak gila kuasa malah apabila dihimpit kepungan ke atas G dan terdesak pada 2016, mereka menyerahkan kuasa dengan membentuk kerajaan perpaduan bersama PA untuk menggantikan mereka di G tapi ada syarat yang tak dapat dipersetujui berkaitan pemilikan senjata pejuang.

3. Dalam kerajaan baru yang nak dibentuk di G kalau perang tamat pun, Hms beberapa kali menjelaskan tak kisah kalau bukan mereka berkuasa asalkan kerajaan teknokrat adil yang dapat membangunkan semula G dilantik.

4. Hms tak mempunyai kudrat menghentikan perang, hanya penjajah yang boleh berhenti. Tetapi Hms mempunyai 'bargaining chip' yang menjadikan mereka stakeholder utama dalam perbincangan iaitu prisoners of war (PoW) yang ditangkap ketika serangan 7 Oktober.

5. Penjajah tak mahu gencatan senjata fasa kedua kerana ada syarat meninggalkan keseluruhan G (dan menghentikan perang) tetapi mahu semua PoW dilepaskan pejuang dengan pelanjutan ceasefire fasa 1 - Hms tolak kerana kalau dilepaskan, tiada jaminan perang berhenti.

6. Jadi tak betul pun kalau disebut secara general termasuk dalam akhbar Malaysia 'penduduk G berdemo menentang Hms'. Kerana majoriti yang tak keluar tahu, yang salah ialah penjajah yang menjajah negara mereka sejak berdekad lamanya - dan yang kekal menentang mereka ialah pejuang yang setia mempertahankan tanah air dan agama.

7. Isu ini cuba dimainkan musuh dari dalam dan luar justeru jangan kita menjadi ejen menyebarkan pemahaman yang tidak tepat terhadap situasi di lapangan dalam G. Ia taktik yang pernah digunakan juga pada tahun 2016 dan 2018.

8. Fokus kepada kerja utama kita - menyampaikan bantuan berterusan supaya mereka boleh bertahan pada masa sama menekan musuh dengan suara dan boikot agar pembunuhan dihentikan.

9. Saya bukan pejuang Hms, saya pejuang kebenaran.

Wallahua'lam.

Nadir Al-Nuri
"Kita boleh beribadah sebab lapar, bukan sebab kenyang. Cuba tengok, masa kita kenyang, di luar bulan Ramadan, boleh tak kita baca Quran satu hari paling kurang satu juz? Boleh tak kita solat sunat 8 rakaat malah 20 rakaat sekaligus? Tak makan sepanjang hari?

Tak boleh.

Sebab tu kita boleh ibadah sebab lapar, bukan sebab kenyang."

Begitu disebut Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Majlis Iftar Yayasan Amal Malaysia di mana Ustaz TITM menjadi penaung Pusat Dakwah Serantau di bawahnya. Beliau menyambung,

"Lagi satu saya nak tegaskan, Ramadan kita ini diukur dengan bagaimana kita dekati Al-Quran kerana ibadah utama terkait Ramadan bukan puasa tetapi Al-Quran. Tanpa Al-Quran, mana ada puasa."

Betul juga kata Al-Fadhil Ustaz sebab syariat puasa di dalam Al-Quran, begitu sefaham saya maksud Ustaz.

Terima kasih kepada Yayasan Amal Malaysia atas jemputan kami menghadiri iftar baru-baru ini dan terima kasih atas sumbangan besar RM400,000 untuk saudara-saudara kita di G. Sumbangan Yayasan Amal melalui CGM telah bermula seawal 2013.

Ayuh teman-teman, berbaki 5 hari lagi Ramadan, kita dekatkan diri dengan Al-Quran!
See more posts

View in Telegram