National Art Gallery Malaysia 🇲🇾

Telegram Rasmi Balai Seni Negara

View in Telegram

Recent Posts

Rakaman sekitar sesi ‘Media Preview’ Pameran Hanya Satu Single - “Kenyalang Circus” oleh Marcos Kueh di Ruang Single, Balai Seni Negara pada 5 Disember 2024.

Terima kasih kepada pasukan media yang hadir menyantuni jemputan Balai Seni Negara.

Sedikit info mengenai pameran ini, ‘Kenyalang Circus’ ialah satu siri karya tekstil berwarna-warni dan fluorescent yang dihasilkan dengan mesin tenun industri oleh Marcos Kueh, seorang artis grafik dan tekstil muda Malaysia.

Siri ini membawa pengunjung melihat bagaimana Marcos bergelut dengan persoalan mengenai identitinya sebagai seorang Cina-Malaysia dari Borneo yang tinggal di kalangan orang Eropah di Belanda.

Kebanyakan daripada imej-imej dalam siri ini diambil daripada imej-imej Malaysia dan Borneo, digabungkan dengan imej-imej kasar iklan jalanan, logo jenama multinasional dan benang fluorescent sebagai sindiran halus terhadap sebahagian masyarakat Barat dan Semenanjung Malaysia yang sering menyalahtafsir kepelbagaian budaya Borneo.

Hadir dan rasai sendiri pengalaman unik melalui karya ‘Kenyalang Circus yang berlangsung dari 1 Disember 2024 - 31 Mac 2025 ini.

#KenyalangCircus
#BalaiSeniNegara
#NationalArtGallery
#NAGMalaysia
#NAGLangkawi
#MyMOTAC
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
Balai Seni Negara membawakan kepada anda Pameran Hanya Satu (Single) terbaru iaitu “Kenyalang Circus”.

‘Kenyalang Circus’ ialah satu siri karya tekstil berwarna-warni dan fluorescent yang dihasilkan dengan mesin tenun industri oleh Marcos Kueh, seorang artis grafik dan tekstil muda Malaysia.

Siri ini membawa pengunjung melihat bagaimana Marcos bergelut dengan persoalan mengenai identitinya sebagai seorang Cina-Malaysia dari Borneo yang tinggal di kalangan orang Eropah di Belanda.

Kebanyakan daripada imej-imej dalam siri ini diambil daripada imej-imej Malaysia dan Borneo, digabungkan dengan imej-imej kasar iklan jalanan, logo jenama multinasional dan benang fluorescent sebagai sindiran halus terhadap sebahagian masyarakat Barat dan Semenanjung Malaysia yang sering menyalahtafsir kepelbagaian budaya Borneo.

Oleh itu, anda dijemput hadir untuk merasai sendiri pengalaman unik melalui karya ‘Kenyalang Circus yang berlangsung dari 1 Disember 2024 - 31 Mac 2025 ini.

#KenyalangCircus
#BalaiSeniNegara
#NationalArtGallery
#NAGMalaysia
#NAGLangkawi
#MyMOTAC
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
Jom sertai Bengkel Seni: “Arca Mobail bersama Hilal Mazlan”.

Bengkel ini merupakan sebahagian daripada program sokongan sempena Pameran NUSA yang sedang berlangsung di Balai Seni Negara.

Bengkel ini menekankan pendekatan seni penyertaan melalui interaksi antara peserta dan pelukis profesional didalam proses kreatif membenarkan mereka menjadi sebahagian bersama untuk membina karya arca mobail yang menarik.

Bengkel akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 30 November 2024 (Sabtu)
Masa: 9:00 pagi - 4:30 petang
Tempat: Balai Seni Negara

Penyertaan adalah terhad kepada 20 orang peserta sahaja (13 tahun dan keatas). Bengkel ini dijalankan secara PERCUMA!

Jangan lepaskan peluang ini. Segera daftarkan diri anda melalui pautan berikut:

https://forms.gle/vQcjJ4RZA1FX43qt5

#NUSA
#BalaiSeniNegara
#NationalArtGallery
#NAGMalaysia
#NAGLangkawi
#MyMOTAC
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
“Manifestasi Dua Seni: Memartabatkan Seni dan Sastera”.

Tahukah anda? Selain dari program Sayembara Lukisan, Balai Seni Negara turut menganjurkan program “Manifestasi Dua Seni” iaitu sebuah program yang menggabungkan seni visual dan sastera. Gabungan program ini adalah untuk memartabatkan karya seni dan sastera tanah air sekaligus menyokong pelaksanaan program yang memperkaya pengalaman seni masyarakat.

Program yang telah berlangsung dari November 2024 hingga Januari 2025 menyaksikan penglibatan pelbagai persatuan seni dan budaya di seluruh negara, seperti; Roman Buku Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, PORT Ipoh, Perak, Persatuan Pelukis Negeri Perlis, Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer), SENIKA, Pahang, Kotak Seni, Kelantan, Ambeng Art Space, Johor, Kumpulan Pelukis Negeri Melaka, Persatuan Seni Visual Sabah, dan Haus KCH di Sarawak.

“Manifestasi Dua Seni” memberi tumpuan kepada kolaborasi antara pelukis, penulis,
penyair, dan penggiat seni kreatif lainnya. Ini sejajar dengan harapan Perdana Menteri Malaysia untuk memartabatkan karya seni dan sastera negara serta memupuk minat golongan belia terhadap karya agung.

Saksikan pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan sempena program ini. Nantikan info terkini di laman sosial kami.

#ManifestasiDuaSeni
#BalaiSeniNegara
#NationalArtGallery
#NAGMalaysia
#NAGLangkawi
#MyMOTAC
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
Telah berlangsung majlis perasmian Pameran “Batu Jed: Jejak Beribu Tahun Menuju Kemakmuran Yang Abadi” di Balai Seni Negara pada 22 November 2024 (Jumaat) jam 3.00 petang tadi.

Majlis perasmian pameran telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diiringi oleh YBhg. Tuan Shaik Rizal Sulaiman, Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, YBrs. Tuan Amerrudin Ahmad, Ketua Pengarah Balai Seni Negara bersama YBhg. Dato’ Wong Shung Yen, Kurator dan Penasihat
Pertubuhan Kebudayaan Cina Malaysia serta YBrs. Dr. Low Cheong Sin, Kurator pameran.

Balai Seni Negara mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pertubuhan Kebudayaan Cina Malaysia kerana telah membina sebuah galeri seni baharu di Balai Seni Negara, ia merupakan galeri ke-8 sebagai lambang sejarah 50 tahun hubungan diplomatik ini.

Orang ramai dijemput hadir ke pameran ini dan melihat sendiri 100 ukiran jed bermutu tinggi.


#PameranBatuJed
#BalaiSeniNegara
#NationalArtGallery
#NAGMalaysia
#NAGLangkawi
#MyMOTAC
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#50TahunMalaysiaChina
See more posts

View in Telegram