NOTA BAHASA MELAYU SPM

Grup ini diwujudkan untuk berkongsi tentang apa-apa yang berkaitan dengan subjek Bahasa Melayu.

View in Telegram

Recent Posts

ROAD TOUR SKOR A+ PTTI | TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 4

Tarikh: 23 Disember 2023 (Isnin - Cuti Persekolahan)
Masa: 7.30 pagi - 5.30 petang
Tempat: Menara Kembar Bank Rakyat, Brickfield, Kuala Lumpur

Pendaftaran percuma
Modul percuma
Makanan dan minuman tengah hari disediakan

Daftar menerusi pautan di bawah:
https://ptti.onpay.my/order/form/3/1075

Jangan lupa ajak kawan-kawan.
9.00 MALAM INI | KELAS PERCUMA AMALI KIMIA

Khas untuk calon SPM yang betul-betul nak tahu tip, formula dan teknik untuk skor Ujian Amali Kimia.

Dapatkan akses di www.ptti.my

Jangan lupa bagitahu kawan.
NAMPAK MACAM SENANG TAPI TAK PERNAH DAPAT MARKAH TINGGI

Jom belajar cara nak jawab soalan Morfologi dengan Dr. Faizul pada 9.30 malam ini dikatakan TikTok @pttionline.

Jangan lupa ajak kawan-kawan!
Kredit: https://t.me/notaBMpercuma
Kredit: https://t.me/notaBMpercuma
Tarikh Penting SPM 2024

📌 Ujian Bertutur Bahasa Inggeris
📆 16 Disember 2024 - 19 Disember 2024
⚠️ 10 hari lagi

📌 Ujian Amali Sains
📆 22 Disember 2024 - 12 Disember 2024
⚠️ 16 hari lagi

📌 Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
📆 31 Disember 2024
⚠️ 25 hari lagi

📌 Ujian Bertulis Bahasa Melayu Kertas 1 & Kertas 2
2 Januari 2025
⚠️ 27 hari lagi

Jom belajar dengan 👉🏽https://t.me/notaBMpercuma
DAH HABIS UJIAN BERTUTUR BAHASA MELAYU KAN? JOM KITA FOKUS UJIAN BERTULIS PULAK.

Jangan lupa janji temu pada pukul 9.30 malam ini dengan Dr. Faizul di TikTok @pttionline.

Tiada ulang tayang.

Jom ajak yang lain masuk 👉🏽https://t.me/notaBMpercuma
Sir Race nak bagi hadiah buku bercetak Matematik SPM ni untuk 10 student malam ni!

Cara nak join contest?
Share & komen apa yang awak suka tentang PTTI di video Podcast Apa Cerita sponsored by Unifi.

Sir akan announce pemenang jam 12 malam ini.

Good luck!

Video👇
https://youtu.be/YLMvnwvVCl4?si=ibb7S-YHodUysNqp
APA KATA CALON SPM YANG DAH SELESAI UJIAN BERTUTUR HARI PERTAMA?

Yang mula ujian bertutur hari Selasa dan Rabu masih sempat nak dapatkan modul dan ulang tayang Seminar Ujian Bertutur Dr. Faizul.

Contact miss cepat.

Miss Alyaa: https://wa.link/60l5rr
Miss Fina: https://wa.link/2kwdeb
Miss Asmira: https://wa.link/o458e1
APA KATA CALON SPM YANG DAH SELESAI UJIAN BERTUTUR HARI PERTAMA?

Yang mula ujian bertutur hari Selasa dan Rabu masih sempat nak dapatkan modul dan ulang tayang Seminar Ujian Bertutur Dr. Faizul.

Contact miss cepat.

Miss Alyaa: https://wa.link/60l5rr
Miss Fina: https://wa.link/2kwdeb
Miss Asmira: https://wa.link/o458e1
Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan kepada pelajar yang telah berjaya menjawab Ujian Bertutur.

Katanya seminar dan modul ujian bertutur yang diberikan banyak membantu.

Cuba bagi respons di sini – https://www.instagram.com/stories/malaylinguist/3513932279336681215?utm_source=ig_story_item_share&igsh=ZXFoNnVpZjFiaWs4
UJIAN BERTUTUR INDIVIDU

Soalan 1: jawabannya dalam petikan
Soalan 2: jawabannya dalam petikan
Soalan 3: KBAT
Soalan 4: KBAT

Pada KEBIASAANYA, fokus soalan 3 dan soalan 4 terdiri daripada punca (faktor, alasan, sebab), langkah (usaha, cara, kaedah) dan kesan (impak, implikasi, kesan buruk, kesan baik).

Jawaban bagi soalan 3 dan soalan 4 hendaklah disertakan isi dan huraian lengkap – isi + sebab + contoh + kesan.

Terdapat satu jenis soalan 4 yang tidak dikeluarkan lagi sejak SPM 2021. Namun begitu, pada tahun ini, soalan ini keluar dalam peperiksaan percubaan di beberapa negeri. Misalnya,

“Otak Cerdas, Badan Cergas”.

Ulas penyataan di atas.

Apakah yang calon perlu lakukan jika soalan ini ditanya semula?

1. Calon bersetuju.
2. Calon menyatakan sebab.
3. Calon memberikan contoh.
4. Calon menyatakan kesan.

Contoh:

(1) Saya bersetuju dengan penyataan “Otak Cerdas, Badan Cergas”. (2) Hal ini dikatakan demikian kerana badan yang cergas mampu membentuk minda yang cerdas. (3) Oleh itu, kita perlulah melakukan aktiviti fizikal seperti berenang, berjoging dan berbasikal sebagai dua kali dalam seminggu. (4) Dengan kesihatan yang baik, kualiti hidup akan terjamin.

Kredit: https://t.me/notaBMpercuma
UJIAN BERTUTUR BERKUMPULAN

1. Fokus bagi perbincangan pusingan 1 dan pusingan 2 hendaklah SAMA tetapi huraiannya BERBEZA. Jika fokus pusingan 1 ialah langkah, pusingan 2 juga langkah.

2. Perbincangan bagi pusingan 1 hendaklah MENGIKUT GILIRAN.

3. Bagi perbincangan pusingan 2, calon bebas untuk berbincang TANPA MENGIKUT GILIRAN. Untuk ini, ahli kumpulan boleh menetapkan giliran bercakap di dalam bilik kuarantin terlebih dahulu.

4. SETIAP AHLI perlu memberikan 1 isi dan huraian lengkap dalam pusingan 1 dan pusingan 2. TIADA PENDAHULUAN DAN KESIMPULAN yang berjela-jela.

5. TIDAK PERLU BERPANTUN DAN MENGGUNAKAN AYAT YANG BERBUNGA-BUNGA.

6. TIDAK PERLU MEMPERKENALKAN DIRI. Ini akan membuang masa. Pengesahan nama calon akan dibuat oleh pentaksir terlebih dahulu sebelum perbincangan.

7. TIDAK PERLU RISAU jika ada ahli kumpulan yang pasif. Pentaksir akan bertindak sebagai penggalak.

8. TIDAK PERLU RISAU jika ada ahli kumpulan yang banyak bercakap. Pentaksir akan mengawal perbincangan dan masa.

9. TIDAK PERLU MENCELAH dalam pusingan kedua. Ini akan mengganggu kelancaran ahli kumpulan lain. Pusingan 2 bukan gelanggang perdebatan tetapi perbincangan santai. Tunggu sehingga ahli lain memberikan pandangan sebelum memberikan pandangan sendiri.

Semoga maju jaya. ❤️

Kredit: https://t.me/notaBMpercuma
SOALAN BERTUTUR BERKUMPULAN

Contoh soalan:

Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk membendung masalah lumba haram dalam kalangan remaja.

Bincangkan / ulas penyataan ini.

Walaupun arahan tidak menyatakan dengan jelas apa yang perlu dibincangkan atau diulas, calon hendaklah menggunakan fokus yang terdapat dalam penyataan, iaitu langkah.

Gunakan fokus ini untuk perbincangan pusingan 1 dan pusingan 2.
See more posts

View in Telegram