PAS Perlis

Saluran Telegram PAS Negeri Perlis

View in Telegram

Recent Posts

PASTI Ujong Guar, Guar Syed Alwi

PASTI Al Hikmah Sanglang

PASTI Luqmanul Hakim Sungai Padang

PASTI Bukit Keteri Chuping

PASTI Padang Besar

PASTI Kg Mua, Chemumar

PASTI Kg Rama Sanglang

PASTI Cantek Bangun Tok Pulau – HARAKAHDAILY 6/9/2023

https://harakahdaily.net/index.php/2023/09/06/pasti-di-perlis-bermula-sejak-1988/
✳️𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗸 𝟭𝟵𝟴𝟴

KANGAR: Penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Perlis bermula sejak tahun 1988 di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs).

Ketua DPPNPs ketika itu ialah Tuan Haji Ismail Ahmad, yang juga seorang pengasas perubatan herba iaitu Herba Penawar Al-Wahida (HPA).

Majlis perasmian penubuhan PASTI negeri dibuat di Madrasah Al-Islamiah Ad- Diniah (MADI) juga institusi pertama PAS Perlis di peringkat pengajian menengah.

Pengarah PASTI yang pertama pada masa itu ialah Syakir Ya manakala setiausaha pula ialah Abdul Hadi Hamid.

Pada peringkat awal penubuhan, sebanyak 24 buah PASTI telah ditubuhkan merangkumi seluruh negeri Perlis.

Menurut Pengarah PASTI kini, Muhammad Mustaqim Abdullah, guru ketika itu hanyalah bergaji kira-kira RM200 sebulan manakala gaji pembantu pula cuma RM50 sebulan.

“Tiga orang daripada mereka masih kekal berkhidmat sehingga kini ialah Cikgu Norhayati Razak, Cikgu Zarina Hamid dan Cikgu Siti Hajar Zakaria.

“Sudah 35 tahun mereka berkhidmat sudah pasti ada sesuatu yang istimewa mengenai institusi ini sehingga mereka kekal istiqamah menabur bakti sehingga sekarang,” katanya.

Menurut beliau lagi, alumni PASTI generasi awal di Perlis kini telah mengisi ruang di dalam kepimpinan PAS Perlis samada di dalam dewan-dewan, kawasan, negeri dan juga peringkat PAS Pusat.

“PASTI Darul Hidayah, Pauh Tiga Beradik (1988) telah melahirkan Timbalan Pengarah PASTI negeri, Abd Hadi Halipah dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Husna Hashim.

“Saya juga bekas pelajar PASTI yang sekarang diberi amanah sebagai pengarah peringkat negeri dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar,” ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja, Mustaqim berkata, kini guru-guru sudah boleh tersenyum megah kerana ada di antara anak murid mereka yang sudah bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Cikgu Wan Rosni Sonan dari PASTI Ujung Guar (1989) dahulunya, kini PASTI Ad Deen mampu tersenyum melihat kejayaan anak murid sulungnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kayang, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil.

“Beliau juga menjadi Pengarah Alumni PASTI Perlis sekarang dan juga mantan ketua DPPNPS serta mantan Pengarah PASTI Negeri Perlis.

“Selain itu, ADUN Guar Sanji, Ustaz Ridzuan Hashim juga lahir dari institusi ini (PASTI Nur Zuwaidah,Kg Mua), walaupun PASTI tersebut sudah tidak wujud namun di tapak yang sama, dibuka semula PASTI Al Khairiah beberapa tahun lepas,” katanya.

Menurut Mustaqim lagi, Selain dari melahirkan penggerak PAS, pusat pengajian itu juga melahirkan golongan profesional antaranya Dr Wan Redzuan Wan Hassan yang kini berkhidmat sebagai pegawai perubatan di hospital.

Bukan itu sahaja, pelapis di peringkat Dewan Ulama PAS negeri Perlis juga lahir dari rahim PASTI ( PASTI Tarbiyatul Atfal, Jejawi) iaitu Ustaz Syed Thoriq Assagaff .

Berikut adalah senarai Pengarah dan Setiusaha PASTI Negeri Perlis:-

(1988 -1995)

Pengarah pertama – Syakir Ya

Setiusaha – Abdul Hadi Hamid

(1995 -1997)

Pengarah Kedua – Prof Bidin Yatim

Setiusaha – Abdul Hadi Hamid

( 1997 -1999)

Pengarah Ketiga – Abdul Jalil Arifin

Setiusaha – Shukri Ramli

(2000 – 2001)

Pengarah empat – Ustaz Zolkranain Abidin

Setiusaha – Abdul Hadi Hamid

(2001 – 2003)

Pengarah lima – Hisyamuddin Abu Bakar

Setiusaha – Burhanuddin

(2003 – 2007)

Pengarah enam – Wan Zaini Wan Saad

Setiusaha – Khairuddin

(2007-2009)

Pengarah tujuh – Zairi

Setiusaha – Syahir Abdul Rahman

(2009 -2011)

Pengarah lapan – Shahir Abdul Rahman

Setiusaha – Nordin Othman

(2011 -2017)

Pengarah sembilan – Meor Hassan Sazali Meor Hajar

Setiusaha – Nordin Othman, Mohd Nizuan Nawi

(2017 – 2022)

Pengarah sepuluh – Ustaz Asrul Imran Abdul Jalil

Setiusaha – Yasser Arafat Ibni Hajar , Zarul Zaufiq Zulkifly

(2022 – sekarang)

Pengarah 11 – Muhammad Mustaqim Abdullah

Setiusaha – Zarul Zaufiq Zulkifly

Berikut pula ialah antara PASTI terawal di Perlis pada 1988:-

PASTI Nurul Hayah Santan

PASTI Kg Darat Beseri

PASTI Darul Hikmah Jejawi
🆕𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗 𝟰, 𝟱 & 𝟲 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚

4️⃣1️⃣ Rangkaian PASTI di seluruh negeri Perlis menawarkan sistem pengajian bersepadu dengan guru yang terlatih agar murid dapat menguasai kemahiran asas 5M [membaca, menulis, mengira, menghafal & mengamal].

📲Hubungi segera!
☑️Padang Besar : 011-12457608 / 012-4649281
☑️Kangar : 013-4044570 / 019-5947352
☑️Arau : 019-5606077 / 019-4641141

:: PASTI Pilihan Utama Rakyat Malaysia ::

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1041704370467941&set=a.765564828081898&type=3

#PemudaGenerasiSejahtera
#PASTIPerlis
#PASTIMalaysia
✳️𝗞𝗲𝗷𝗼𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗰𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗹 𝗯𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜

ARAU: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukan sahaja menerapkan pembelajaran agama kepada pelajar, malah bakat mereka dalam sukan dicungkil menerusi acara tahunan kejohanan bola sepak dan bola jaring.

Justeru itu, kejohanan tersebut diadakan bermula di peringkat kawasan hingga mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
Advertisement

PASTI Kawasan Padang Besar mengadakan kejohanan itu pada 16 Julai lepas, manakala PASTI Kawasan Kangar pada Sabtu lalu di D’Futsal Batu Dua, Kangar.

Sementara itu, PASTI Kawasan Arau mengadakan aktiviti itu di tempat yang sama, semalam.

Pengerusi PASTI Kawasan Arau, Abd Hadi Halipah berkata, johan di peringkat kawasan akan berentap di peringkat negeri pada 19 Ogos depan.

“Insya-Allah, anak-anak PASTI yang menjadi johan di peringkat kawasan akan mencuba nasib di peringkat negeri pula.

“Seterusnya johan di peringkat negeri akan dibawa ke Kejohanan Sukan PASTI Peringkat Kebangsaan pada 15 hingga 16 September di Terengganu,” katanya.

Program dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Arau, Solahudin Azmi; ADUN Kayang, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil; ADUN Beseri, Haziq Asyraf Dun dan ADUN Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad. – HARAKAHDAILY 24/7/2023

https://harakahdaily.net/index.php/2023/07/24/kejohanan-sukan-cungkil-bakat-pelajar-pasti/?fbclid=IwAR3qslY4W9O-CQZhKkGiClDo9zYFe9XnNgp3XvTU2KW0YaxuyRV959b2lBg
✳️SkimPAS semakin meluas penerimaan di Perlis

KANGAR: Badan Kebajikan PAS Negeri Perlis (BAKEPS) telah memperkukuhkan lagi kerjasama dengan Skim Kifalah Ahli PAS (SkimPAS) di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP).

Sehubungan itu, ke arah meningkatkan lagi penyertaan dari seluruh negeri ini dengan sokongan penuh Badan Perhubungan PAS Negeri, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani kedua pihak kelmarin.

Sejak tahun 2018, hasil penjenamaan semula, SkimPAS telah berjaya membantu lebih 650 ahli PAS di negeri ini yang ditimpa musibah dengan bayaran manfaat mencecah RM3.5 juta kepada pihak penerima. 

Pengurus Besar SkimPAS, Abdul Razak Mohamed berkata, dengan hanya mencarum sebanyak RM55 setahun, pelbagai manfaat akan diperolehi, sekali gus meringankan beban waris terutama ketika ditimpa musibah atau bencana.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi 2 LKKPP memberitahu, SkimPAS merupakan produk parti bertujuan untuk melindungi ahli-ahli terutama sekali para aktivis dan sukarelawan yang sentiasa ‘on call’.

Tambahnya, SkimPAS juga diwujudkan dalam menyahut seruan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk ahli menyokong usaha-usaha fisabilillah seperti ini, selain tujuan ukhuwah dan dakwah.

Menurutnya, malah semua komitmen itu selari dengan visi LKKPP di mana kini diketuai Dr Rosni Adam selaku Pengerusinya untuk menjadikan PAS sebagai sebuah parti berkebajikan ‘Pilihan’ Rakyat menjelang tahun 2025.

Majlis tandatangan sempena 1 Muharam 1445H itu juga disifatkannya sebagai satu permulaan terbaik untuk usaha-usaha kebajikan semakin berkembang di negeri Indera Kayangan ini.

BAKEP diwakili Hassan Seman dan majlis turut disaksikan Setiausaha PAS Perlis, Baharuddin Ahmad dan Pengerusi LKKP PAS Perlis, Wan Hassan Ismail. – HARAKAHDAILY 21/7/2023

https://harakahdaily.net/index.php/2023/07/21/skimpas-semakin-meluas-penerimaan-di-perlis/
✳️𝗟𝗜𝗚𝗔 𝗦𝗨𝗣𝗘𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜 !!!

https://facebook.com/100063537948097/posts/pfbid02sxr8abNeP8uCcWCYCNS3WfUMAEYLCdJMszQgxySX8iRJpeHnsuxiQzteaYMJFsCjl/
✳️Aura Sanusi di Kedah begitu kuat

KANGAR: Aura Menteri Besar (MB) Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat mampu menarik sokongan rakyat kerana beliau boleh melakukan pelbagai kerja.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata, Sanusi seorang MB yang mengutamakan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi dan mudah mesra dengan semua golongan.

“Allah menghantar ke Kedah seorang MB yang berpengalaman dalam pelbagai bidang, walaupun beliau bukan berlatar belakang agama tetapi mampu membaca khutbah pada hari Jumaat,” katanya di sini.

Baru-baru ini Pesuruhjaya PAS Kedah Dato’ Ahmad Yahaya menyifatkan Sanusi sebagai ‘wow factor’ yang mampu menarik sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Tuan Guru Hashim juga berkata, walaupun jawatan MB dan Pesuruhjaya PAS di Kedah dipegang individu berbeza, namun mereka mampu bergerak sealiran.

Sedangkan katanya menjadi kebiasaan di negeri-negeri yang diterajui PAS Pesuruhjaya akan dipilih sebagai MB.

“Sanusi seorang yang boleh bekerja 24 jam. Auranya di Kedah khasnya sangat kuat walaupun bahasa yang digunakan agak kasar bagi sesetengah orang.

“Rakyat boleh terima dia. insyaAllah saya berkeyakinan tidak mudah bagi parti lain untuk menjatuhkan PERIKATAN NASIONAL (PN) di kedah,” katanya.

Beliau juga berkata, sokongan rakyat kepada PN dilihat semakin melonjak menjelang PRN pada 12 Ogos tidak lama lagi.

Menurutnya kemeriahan suasana PRN semakin terasa terutama di negeri Pantai Timur termasuk di Terengganu.

“Jumaat lepas ketika ke Terengganu saya lihat bendera-bendera PAS sudah dipasang dengan meriah seolah-olah pilihan raya akan berlaku esok.

“Ceramah-ceramah juga mendapat sambutan luar biasa menunjukkan sokongan rakyat kepada PN semakin hari semakin bertamah,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/7/2023

https://harakahdaily.net/index.php/2023/07/13/aura-sanusi-di-kedah-begitu-kuat/
"Hujan lebat sepintas lalu mai angkat bumbung rumah kami..."😪😔

Baca lanjut di sini:
https://facebook.com/100063537948097/posts/pfbid0p6XXRBeiYoWvxd6PnTHwioo9DBMBpsoK7JzQ7iF4WdPzHdCwNpYQaXQmnT9WByD4l/
✳️𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘵𝘪, 𝘥𝘢𝘯 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘵𝘶𝘭𝘪𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢 𝘬𝘦𝘴𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘣𝘶𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯. [Yasin: 12]

Baca lanjut di sini:
https://facebook.com/100063537948097/posts/pfbid027BcGNPsTW6YenEgZTvPwTuzdoBJfXyc2gsuiA9PCiUNq2QXnJz13Y2Pfeqsd2m4gl/
"Lani Pakcik pulak anak² kena dok tengok sejak kanser darah ni serang balik selepas 6 tahun lepas last dia mai..."🤧😪

https://facebook.com/100063537948097/posts/pfbid02j9CAvGmJtzjpuJSi1MbQhYmNdEtM2qQxE6YwmUK8dLxRfZQG3jBEbdqBVfXP1s5bl/
✳️Baiah: Suasana sekarang sudah berbeza

ARAU: Sumpah baiah masih dikekalkan bagi semua calon yang bertanding mewakili PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Ustaz Hashim Jasin berkata, dasar tersebut masih ada dan cuma diubahsuai sedikit di peringkat negeri di mana ada yang menambah kandungan tertentu.

“Suasana sekarang sudah berbeza berbanding dahulu yang menyaksikan ahli parti kita sangat setia dan walak kepada pimpinan.

“Contohnya di Kelantan dahulu (ketika Pilihan Raya Umum 2004) memerlukan baiah seperti sumpah taklik kerana suasana genting ketika itu. Sekarang situasi sudah berbeza,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, sekarang walak ahli dan penyokong PAS sangat hebat.

Antara kandungan baiah tersebut sekirannya calon meninggalkan atau lompat ke parti lain dengan keredaan sendiri setelah dipilih menjadi calon atau terpilih sebagai ahli Dewan Negeri, rakyat atau dilantik menjadi Senator maka dia akan dilaknat oleh Allah SWT, Rasul serta orang beriman serta segala perbelanjaan menggunakan wang elaun dewan tersebut adalah haram.

Selain itu, calon juga bersumpah meletak jawatan apabila keluar atau dipecat oleh parti.

Pada 7 Julai lepas Majlis Syura Ulamak (MSU) meneliti 126 calon PAS yang bakal bertanding di 126 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN tidak lama lagi.

Proses tapisan calon dilaksanakan MSU akan menentukan kelayakan calon dari segi syarak sebelum diangkat kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

Tuan Guru Hashim juga berkata, keyakinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk merampas Kedah dan Kelantan pada PRN kali ini dianggap sebagai angan-angan.

“Dalam suasana sekarang momentum sokongan rakyat lebih memihak kepada PERIKATAN NASIONAL (PN).

“Apa pun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan kita yakin mampu mencapai kemenangan dalam PRN akan datang,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 10/7/2023

https://harakahdaily.net/index.php/2023/07/10/baiah-suasana-sekarang-sudah-berbeza/
✳️D’Kasih Champion Cup cungkil bakat baharu

KANGAR: Usaha mengembalikan semula kegemilangan pasukan bola sepak Perlis adalah antara manifesto PERIKATAN NASIONAL (PN) Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Justeru pelbagai usaha dijalankan bagi mencapai matlamat itu seperti penganjuran pertandingan bola sepak di peringkat sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kayang, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil berkata, program demikian mampu mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak untuk digilap bagi mewakili negeri pada masa hadapan.

“Selain itu, program begini cukup baik bagi memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan antara satu sama lain,” katanya mengenai D’Kasih Champion Cup 2023 yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Kayang dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah Perlis (MSSPs).

Sebanyak 25 pasukan menyertai pertandingan itu yang diadakan di SK Kayang, Sabtu lalu.

“Tahniah kepada pasukan yang berjaya meraih pingat dalam persaingan sihat antara 25 pasukan hebat yang meliputi seluruh negeri Perlis,” katanya.

SK Guar Nangka, Mata Ayer, muncul johan manakala Kayang EAGLE FC dari Budriah dan keempat, SK Seri Indera. – HARAKAHDAILY 11/7/2023

https://harakahdaily.net/index.php/2023/07/11/dkasih-champion-cup-cungkil-bakat-baharu/?fbclid=IwAR25rqXIIuydJuIJ1ctvjDZf8jEUifp5mD4bBeozu43_GbgNfHjPvac104k
✳️𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗥𝗨 𝗗𝗨𝗡 𝗞𝗘-𝟭𝟱

https://facebook.com/100063537948097/posts/pfbid02zBtZArHx94JRUBiZShuRAmLt9pMZcTYcY98cxvVj2jPKPTYpkwXbVtos2FiDowMKl/
✳️𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗮𝗱𝗵𝗮 𝟭𝟰𝟰𝟰𝗛 kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak kira di mana jua kalian berada.


https://facebook.com/100063537948097/posts/pfbid02UF1TZjsUdje9dcG3y25V5TsKfN9xq4bVtmyUmwWL5n55yZDXeKLjB27U4XJfUugol/
"Alhamdulillah. Allah tau kami perlukan, basikal anak baru rosak minggu lepas. Tatsat ni pun kami dekat nak balik dah, tiba² naik nombor bertuah kami untuk terima hadiah utama..."🥺🥰

Baca lanjut di sini:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0SXBoN8uXJPPHo89vzLj216UC8kcUjKpvNj7Q53UveQVAYVE8wB5RMDBYRjV3JN1pl&id=100063537948097&mibextid=Nif5oz
✳️Alhamdulillah, selesai #aduan berkaitan masalah lama iaitu paip bocor di Taman Sri Tanjung Behor Lateh .

Baca lanjut di sini:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0gYN2Z2Ttk2C9DCeAszRMtjYzkw3SxCfCG4MrPpjNRVXUhh7DmJ6tc14rGZbEcRVil&id=100063537948097&mibextid=Nif5oz
📣📣📣𝑻𝑶𝑳𝑶𝑵𝑮 𝑯𝑬𝑩𝑨𝑯𝑲𝑨𝑵 𝑺𝑬𝑳𝑼𝑨𝑺𝑵𝒀𝑨

Jumpa anda di sana‼️‼️‼️🤗🤗

30 Cabutan Bertuah Menarik Menanti Anda😍🎁🎊

Walk-In Pendaftaran Peraduan Mewarna & Sukaneka..

Pelbagai Agensi Kerajaan Terlibat..

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02scjdJfGz9H6r1HkqXAMkHsstM46gdEeAHGWpfhVJc3vqbomCN2cLBHfpsvnF4Xqdl&id=100063537948097&mibextid=Nif5oz
{ وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلۡبَیۡتِ مَنِ ٱسۡتَطَاعَ إِلَیۡهِ سَبِیلࣰاۚ }

𝐷𝑎𝑛 (𝑑𝑖 𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎) 𝑘𝑒𝑤𝑎𝑗𝑖𝑏𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑛𝑢𝑠𝑖𝑎 𝑡𝑒𝑟ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑖𝑏𝑎𝑑𝑎ℎ ℎ𝑎𝑗𝑖 𝑘𝑒 𝐵𝑎𝑖𝑡𝑢𝑙𝑙𝑎ℎ, 𝑖𝑎𝑖𝑡𝑢 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑎𝑚𝑝𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑑𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑗𝑎𝑙𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑘𝑒 𝑠𝑎𝑛𝑎. [Âli-`Imrân : 97]

Baca lanjut di sini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0LUHAkVv2E32ofWptRKDHJjwmpZVcGh8xmazBfq7UUrVriHEsAqc2Bb4fUvGPpuShl&id=100063537948097&mibextid=Nif5oz
Jalan-jalan ke pasar raya,
Hendak membeli buah rambutan;
Berhati-hati di jalan raya,
Jangan lupa jaga keselamatan.

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗣𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 Anak Perlis🚙🛻

Baca lanjut di sini:
https://facebook.com/100063537948097/posts/pfbid02akwoRYACUwqwvrg2Yv7TJPig9VSYf5VNtQoJ9f7Uid7MigZvBs1LZEdyt5CQo2Yql/
Assalamualaikum wbt..

INFAQ JUMAAT Ke-2 RAMADAN 1444H

💰𝗜𝗡𝗙𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗜𝗞𝗥𝟮𝟬𝟮𝟯) 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚💰

"𝑫𝒂𝒏 𝒂𝒑𝒂 𝒔𝒂𝒋𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒊𝒏𝒇𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏, 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒈𝒂𝒏𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝑫𝒊𝒂𝒍𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊 𝒓𝒆𝒛𝒆𝒌𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒓𝒃𝒂𝒊𝒌" - [𝑺𝒂𝒃𝒂' : 39]

Program 𝗜𝗻𝗳𝗮𝗸 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 ini menyasarkan bantuan 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻/𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 kepada 200 keluarga miskin, kurang berkemampuan dan asnaf.

Hasil sumbangan ikhlas daripada masyarakat diharapkan dapat meringankan bebanan yang ditanggung mereka.

🔴 Sasaran Dana : RM10,000
Dana Terkumpul : RM1,050

💰Salurkan sumbangan ikhlas anda:
🔖 PASTI AR-RAHMAH
🏦 Bank Muamalat 09010002939712
🔖𝑅𝑢𝑗𝑢𝑘𝑎𝑛 : IKR2023

☎️SMS/WhatsApp slip sumbangan kepada:

http://www.wasap.my/+60103194550/IKR2023

"Erti memberi dengan kasih sayang"
See more posts

View in Telegram