PDRMsia_Official
Segala maklumat jenayah/aduan awam hendaklah disalurkan ke FB/Twitter Rasmi PDRM & identiti anda akan dirahsiakan.
Recent Posts
[ARTIKEL PILIHAN] OP PEDO: JURUTERA DIDENDA RM6,000 MILIKI VIDEO PORNOGRAFI KANAK-KANAK, BAHAN LUCAH
Balik Pulau, 27 Disember 20024 - Seorang jurutera didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah dua pertuduhan memiliki video pornografi kanak-kanak selepas ditahan pihak berkuasa, Isnin lalu.
Majistret Chia Huey Ting turut memerintahkan Koay Lian San, 45, menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda bagi kedua-dua pertuduhan tersebut.
"Setelah mengambil kira pengakuan bersalah dan fakta kes, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda bagi kesalahan pertama dan denda RM2,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda bagi kesalahan kedua.
"Semua barangan yang dirampas dalam kes ini akan dilupuskan selepas proses rayuan selesai," katanya pada prosiding tersebut.
Media pada Selasa lalu melaporkan seorang jurutera ditahan dalam serbuan Op Pedo Bersepadu Polis Diraja Malaysia - Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia di kediaman tiga tingkat yang terletak dalam kawasan kejiranan mewah di Bayan Lepas.
Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1341837/jurutera-didenda-rm6000-miliki-video-pornografi-kanak-kanak-bahan-lucah
Sumber: Berita Harian
https://www.facebook.com/share/p/18wZfF9QMq/

TAZKIRAH HARIAN: TIDAK RUGI JADI ORANG YANG BERAKAL
Jom layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://X.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/@pdrmsia_rasmi
#TazkirahHarian
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#27122024
https://www.facebook.com/share/p/18VxwpwsMt/

ARTIKEL PILIHAN: JSPT KELUAR 45,237 SAMAN DALAM OP KENDERAAN PERDAGANGAN SETAKAT BULAN LALU
Seremban, 27 Disember 20024 - Sebanyak 45,237 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan berikutan pemeriksaan terhadap 235,616 kenderaan perdagangan dalam 5,747 Op Kenderaan Perdagangan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga bulan lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata daripada jumlah saman itu 28,298 dikeluarkan bagi lori, bas (349) manakala kenderaan pelbagai guna seperti van dan jip yang didaftarkan atas nama syarikat (16,590).
"Saman tertinggi melibatkan kesalahan tiada Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) sebanyak 10,859 notis, diikuti menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu (9,254), Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (8,380), tidak mematuhi lampu isyarat merah (3,676) dan lesen memandu telah tamat tempoh (2,179).
"Bagi kesalahan bawa muatan lebih had ditetapkan, kertas siasatan dibuka melibatkan 380 kenderaan manakala 154 lori, 106 kenderaan pelbagai guna dan satu bas telah disita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, di sini hari ini.
Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1341759/jspt-keluar-45237-saman-dalam-op-kenderaan-perdagangan-setakat-bulan-lalu
Sumber: Berita Harian
https://www.facebook.com/share/p/18SBq4NBp5/

POSTING PILIHAN: MEKANIK TERIMA PENGHARGAAN PDRM, NEKAD HENTIKAN LORI TAYAR HAMPIR TERCABUT
Seremban, 27 Disember 2024 - Demi mencegah insiden boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain, seorang pemandu tiga kali berusaha memintas sebuah lori tetapi tidak berhasil sebelum nekad menjengah kepala keluar tingkap kereta pada cubaan keempat sambil menjerit dan menunjuk ke arah tayar kenderaan berat itu yang sudah hampir tercabut.
Keprihatinan dan tindakan berani pemandu kereta itu yang juga seorang mekanik, Encik Kamarul Ekhshan Abdul Ghani, 46, dalam kejadian pada Oktober lalu di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Ayer Keroh, Melaka, jelas mendapat pujian warganet.
Malah, hari ini, beliau turut dianugerahkan sijil penghargaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas usahanya yang dianggap dapat menyelamatkan banyak nyawa pengguna lebuh raya lain di laluan terbabit ketika itu.
Majlis itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri dengan turut dihadiri Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.
Menceritakan kejadian pada 5 Oktober lalu, Encik Kamarul Ekhshan berkata, ia berlaku ketika beliau sedang dalam perjalanan dari Seremban ke Johor untuk membaiki kenderaan pelanggannya.
"Saya kemudian melihat lori berkenaan cuba memotong kereta di depan, jadi saya memberi laluan sebelum ternampak tayar kanannya bergoyang. Saya cuba sebanyak tiga kali untuk memintas lori itu supaya ia berhenti tetapi gagal.
"Dalam cubaan kali keempat, saya menjerit sambil menunjuk ke arah tayar lori terbabit sebelum pemandunya mula memperlahankan kenderaan dan berhenti," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penganugerahan sijil penghargaan itu, di sini, hari ini.
Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1341682/tayar-hampir-tercabut-mekanik-3-kali-cuba-pintas-nekad-hentikan-lori
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM dan Berita Harian
https://www.facebook.com/share/p/15KyfXyeJB/