PPD KUALA TERENGGANU
Info serta maklumat terkini PPD KTRG Peneraju Kecemerlangan
Recent Posts
Salam hormat. Mohon sek yg belum lg ambil diari ppd mohon dapat mengambil segera terutama yg ada buat tempahan lebih yg perlu dibayar. Harap maklum....
PERUTUSAN PENGARAH PENDIDIKAN TERENGGANU
SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN 2018
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada semua warga pendidikan negeri Terengganu.
Alhamdulillah pertamanya marilah sama-sama kita menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya kita dikurniakan peluang untuk melangkah ke tahun 2018. Kita bersyukur kerana kita termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa insaf, peka dan prihatin akan waktu yang datang dan pergi dan sentiasa berusaha menggunakan sebaik-baiknya untuk manfaat kita bersama-sama.
Sesungguhnya, walaupun tahun 2017 telah dilalui dalam suasana penuh mancabar, namun dari segi kemenjadian pendidikan kita telah diwarnai dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang membanggakan sama ada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Saya yakin dan percaya semua pencapaian ini merupakan natijah kepada curahan keringat, usaha yang bersungguh-sungguh, komitmen penuh ikhlas dan kerjasama erat dalam kalangan seluruh warga pendidikan. Kita juga tidak melupakan sokongan padu kerajaan negeri Terengganu melalui prinsip Memperkasakan Pendidikan melalui agenda Transformasi Terengganu Baharu. Kita telah membuktikan bahawa kita mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk mengharungi cabaran seterusnya pada tahun-tahun yang mendatang.
Semua guru Terengganu yang dihormati, marilah kita menggembeleng sumber, tenaga, kerjasama padu dan keyakinan bahawa amanah yang kita pikul ini demi membina kekuatan dan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang. Kita perlu sedar akan hakikat bahawa, kita menghadapi cabaran dan lanskap pendidikan, lantaran perubahan dalam sistem pendidikan. Bagi mengimbangi beban tugas guru yang semakin mencabar, pendidikan Terengganu telah menjadi negeri rintis eRPH iaitu Rancangan Pengajaran Harian Bentuk Softcopy bagi memudahkan guru menulis rancangan harian. Jabatan Pendidikan Terengganu akan sentiasa berusaha mencari pelbagai inovasi demi menjaga kebajikan guru-guru.
Selaku peneraju utama kepemimpinan pendidikan negeri, saya mengajak seluruh warga pendidikan untuk terus fokus dalam Memperkasakan Transformasi Pendidikan bagi memperkukuhkan pencapaian dalam semua aspek. Marilah kita meletakkan negeri Terengganu terus tersohor di peringkat antarabangsa untuk tahun 2018 dan tahun-tahun akan datang. Lantaran itu, kita hendaklah perkukuhkan perpaduan, memantapkan kolaborasi yang produktif, membudayakan inovasi dan berdoa agar kita terus diberikan kekuatan dan keupayaan serta dapat menyempurnakan segala amanah yang telah diberikan ini dengan sebaik mungkin. Guru-guru Terengganu yang hebat lagi budiman, marilah kita bekerja mengikut Operasi Prosedur Standard supaya tindakan kita betul dan tepat dalam menangani pelbagai masalah pendidikan khasnya yang melibatkan karenah murid-murid. Pada masa yang sama, saya menyeru agar PIBG memainkan peranan berkesan dalam menangani isu-isu yang melibatkan masyarakat dan guru. Hal ini penting bagi mengelakkan salah faham dan ketegangan antara guru dan ibu bapa.
Semua warga pendidikan yang dihormati, insya-Allah tahun 2018 akan dikurniakan kejayaan dan pencapaian yang lebih cemerlang demi anak didik yang tercinta sejajar dengan hasrat kita melahirkan murid Gen-T.
Selamat Tahun Bahru 2018 dan Selamat Maju Jaya
HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN P.J.C.,P.J.K
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu

Adalah dimaklumkan bahawa dakwaan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dimansuhkan adalah tidak benar sama sekali. Kenyataan yang memetik daripada sumber twitter Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak dipercayai telah dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia menjelaskan bahawa peperiksaan PT3 akan tetap dilaksanakan. PT3 adalah salah satu daripada empat komponen dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN PENEMPATAN TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 KE SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (SMPK) DAN SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL (SMPKV) BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2018 - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
https://www.moe.gov.my/index.php/my/pemberitahuan/2017/3696-semakan-keputusan-rayuan-penempatan-tingkatan-1-dan-tingkatan-4-ke-sekolah-menengah-pendidikan-khas-smpk-dan-sekolah-menengah-pendidikan-khas-vokasional-smpkv-bagi-sesi-persekolhan-2018

Permohonan Kemasukan ke Program Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, Giatmara dan Wisdec ambilan Januari 2018 telah dibuka mulai 10 Oktober - 20 Disember 2017.
Calon lepasan tingkatan 3 tahun 2017 yang berminat untuk memohon boleh layari laman sesawang KPM di https://www.moe.gov.my atau https://sptv.moe.gov.my
Syarat kemasukan boleh rujuk dalam sistem permohonan atas talian tersebut.
Sekian harap maklum dan mohon dipanjangkan kepada semua kenalan dan sanak saudara. Terima kasih.
@kolejvokasionalmalaysia

SINDIKET PENIPUAN MENGGUNAKAN IDENTITI DAN NAMA MAHKAMAH
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.
Kemasukan ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018 dibuka mulai 13 November 2017 hingga 24 Disember 2017.
Permohonan ini dibuka kepada murid-murid Tingkatan 3 pada tahun 2017 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Murid-murid yang berminat boleh membuat permohonan di laman web https://sst4.moe.gov.my
UNTUK MAKLUMAT LANJUT . LAYARI www.moe.gov.my

SEMAKAN MENDUDUKI SARINGAN UJIAN KEMASUKKAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2018
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
Sila klik pautan dibawah untuk melakukan semakan
https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm

*Semakan Pusat Ujian Kemasukan ke SBP (UKSBP)*
boleh dibuat mulai 30 Nov - 15 Disember 2017 di https://moe.gov.my
*Tarikh menduduki UKSBP*
adalah pada 11-14 Dis 2017 di 14 pusat ujian seluruh Terengganu.
*Semakan Tawaran*
boleh dibuat pada 29 Disember 2017.
Calon yang tidak berjaya mendapat tawaran dan yang tidak berkesempatan memohon secara online, *talian e-Rayuan*
bagi sistem permohonan online ini akan dibuka semula pada 29 Disember 2017 hingga 16 Januari 2018.
Calon boleh memohon pada tempoh tersebut di pautan www.sst1.moe.gov.my.
Terima kasih

BELASUNGKAWA
Assalamualaikum...
Dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Zaidi b Kamaruddin yang bertugas di SMK Sultan Sulaiman telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 5.30pagi tadi
Tuan Haji Jelani bin Sulong, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu dan YM Haji Tengku Azelam b Tengku Abdullah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu serta seluruh warga pendidikan mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga , semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
سْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

Baru sebentar tadi dimaklumkan ustazah zanerai ismail GPI sk bukit bayas telah kembali kerahmatullah. Semuga rohnya bersama dengan orang yang solleh. Alfatihah.
#infopenting
Nombor-Nombor Penting ( Banjir )
*SEKITAR TERENGGANU*
🔸Bilik Bencana Kerajaan Negeri 096316021
🔸JKM 096301193
🔸JKR 096274277
🔸Meterologi 096665743
🔸JPS 096224072
🔸Polis 096270499
🔸Askar 096664233
🔸JPaM 096668246
🔸JPJ 096222023
🔸TnB 096267348

TERKINI TTG PERMOHONAN KE SEK KAWALAN DAN SMKA JPNT
[SIARAN PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU KE SEKOLAH ELIT , SMKA, PREMIER ,KRK DAN KAA NEGERI TERENGGANU BAGI TAHUN 2017]
SYARAT PERMOHONAN ADALAH SEPERTI KETETAPAN BERIKUT;
1. PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN 1 SEKOLAH ELIT DAN SMKA
-Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 3A 3B dalam UPSR 2016
-Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Terengganu
-Lulus Sijil Kafa atau yang setaraf dengannya
-Pencapaian kokurikulum yang cemerlang adalah diberi keutamaan.
2.SYARAT PERMOHONAN MASUK KE SEKOLAH DAN KELAS PREMIER
-Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 2A 4B dalam UPSR 2016
-Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada warga Terengganu
-Pencapaian kokurikulum yang cemerlang adalah keutamaan
3.SYARAT PERMOHONAN MASUK KE KELAS KRK DAN KAA
-Mendapat sekurang-kurangnya 1A dalam UPSR 2016
-Warganegara Malaysia
-Lulus Sijil Kafa atau setaraf dengannya
*Cara memohon*
1.Bagi permohonan yang telah dibuat secara atas talian sebelum ini di https://public.moe.gov.my , pemohon tidak perlu membuat permohonan baru.
2.Bagi yang belum memohon, pemohon boleh mendapatkan borang kemasukan secara memuatturun borang tersebut di Portal JPNT http://jpnterengganu.moe.gov.my/ pada 20 November 2016 dan menghantar ke JPN Terengganu atau PPD yang berhampiran pada atau sebelum 28 November 2016.
3.Keputusan permohonan boleh disemak pada 18 Disember 2016 melalui Aplikasi Semakan Penempatan Tingkatan Satu di http://jpnterengganu.moe.gov.my/apps/semakt1
Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Siti Rohaya Bte Mohd Nor di talian 096213128 /0199146166