PTPTN OFFICIAL

Channel Telegram rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Telegram rasmi PTPTN ini merupakan laman sosial yang diwujudkan secara rasmi oleh PTPTN.

Ikuti kami untuk sebarang maklumat yang terkini.

#PeluangKejayaanAnda

Recent Posts

Bayangkan seorang anak muda yang bercita-cita tinggi, duduk termenung di hadapan buku-bukunya, penuh harapan tetapi terhalang oleh kekangan kewangan. Betapa pedihnya melihat impian hampir tergapai, tetapi terpaksa dilepaskan kerana tiada sokongan kewangan.

โœจBerwakaf melalui myWaqafPTPTN, anda boleh menjadi penyebab mereka terus melangkah ke menara gading dan membina masa depan yang lebih cerah. Sumbangan anda, walau sekecil mana, mampu mengubah hidup mereka selamanya.

Mahukah anda menjadi sinar harapan buat mereka?

Jangan biarkan keterbatasan kewangan meragut impian mereka. Hulurkan bantuan dan jadilah penyuluh kejayaan mereka.

#PendidikanTinggiUntukSemua
#myWaqafPTPTN
#PeluangKejayaanAnda
Salam Nuzul Al-Quran 1446H ๐ŸŒ™๐Ÿ“–

17 Ramadan, detik istimewa turunnya Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat bagi seluruh umat. Semoga kita terus mendalami, menghayati, dan mengamalkan ajaran-Nya dalam kehidupan seharian.

Moga keberkatan Al-Quran sentiasa menyinari hati dan langkah kita. Ikhlas daripada kami warga PTPTN.

#PeluangKejayaanAnda
Beri Harapan, Gandakan Pahala di Bulan Ramadan ๐ŸŒ™

Bukan soal berapa nilai yang dikeluarkan, tetapi niat tulus anda yang memberi sinar kepada mereka yang memerlukan.

๐Ÿ’› Dengan wakaf di myWaqafPTPTN, anda membantu anak-anak yang kurang berkemampuan untuk terus melanjutkan pengajian. Setiap sumbangan anda ibarat cahaya yang menerangi jalan mereka ke masa depan yang lebih cerah.

Ayuh kita sama-sama menyumbang dengan jumlah yang kita mampu sebagai tanda sokongan dan penyuluh destinasi pendidikan tinggi untuk mereka yang memerlukan.

#PendidikanTinggiUntukSemua
#myWaqafPTPTN
#PeluangKejayaanAnda
Peminjam boleh berbincang atau berunding untuk pelan pembayaran fleksibel berdasarkan kemampuan kewangan.

Ini membantu peminjam yang menghadapi kesulitan kewangan untuk menyelesaikan hutang dengan lebih berkesan.

#LestariPendidikan
#PTPTNSediaBantu
#PTPTNBolehBincang
Permohonan jawatan kosong sedang dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan seperti di bawah:

โœ… Pegawai Tadbir Gred N9 (Kontrak)
โœ… Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 (Kontrak)

Adakah anda calon yang kami cari? Ayuh, jangan lepaskan peluang ini!

Tarikh tutup permohonan : 17 Mac 2025

#PeluangKejayaanAnda
Semak baki sebelum bayar!

1) Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan untuk Log masuk ke myPTPTN atau aplikasi web myPTPTN untuk melihat baki pinjaman anda.

2) Klik AKAUN SAYA.

3) Klik โ€PINJAMANโ€

4) Klik โ€LIHAT AKAUNโ€

#LestariPendidikan
#PTPTNSediaBantu
#PTPTNBolehBincang
Seluruh warga PTPTN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Tahniah dan selamat maju jaya!

#PeluangKejayaanAnda
๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ž๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ ๐—ฅ๐—ฒ๐˜‡๐—ฒ๐—ธ๐—ถ ๐Ÿ’›

Bahagia bukan hanya tentang memiliki, tetapi juga tentang memberi. Ramadan ini, jom kita sama-sama berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan melalui myWaqafPTPTN.

Setiap sumbangan anda bukan sekadar bantuan, tetapi satu pelaburan pahala yang berkekalan. Mari jadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan memberi harapan kepada anak-anak yang ingin melanjutkan pelajaran.

๐Ÿ’ฐBerita baik untuk pewakaf!
Setiap sumbangan anda layak mendapat potongan cukai sebanyak 10% daripada pendapatan agregat (Subseksyen 44(11C), Akta Cukai Pendapatan 1967).

#PendidikanTinggiUntukSemua
#myWaqafPTPTN
#PeluangKejayaanAnda
Selamat Hari Wanita Sedunia 2025! ๐ŸŒธ

Hari ini, kita raikan kekuatan, ketabahan, dan kejayaan wanita di seluruh dunia. Terima kasih atas sumbangan anda yang tidak ternilai dalam membentuk masa depan negara yang lebih cerah. Teruskan melangkah maju dengan penuh keyakinan dan inspirasi!

"Wanita Beraspirasi Membina Legasi"

#PeluangKejayaanAnda
๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป, ๐—š๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป

Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga bulan keberkatan dan peluang menggandakan amal kebaikan. Dengan menyumbang melalui myWaqafPTPTN, anda bukan sahaja membantu anak-anak bangsa mencapai impian pendidikan mereka, malah memperoleh pahala yang berlipat ganda.

Setiap ringgit yang disumbangkan adalah bekalan akhirat yang berkekalan. Jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan berkongsi rezeki dan memberi harapan kepada mereka yang memerlukan.

#PendidikanTinggiUntukSemua
#myWaqafPTPTN
#PeluangKejayaanAnda
See more posts