Yayasan Islam Pulau Pinang

Channel Telegram YIPP ini adalah untuk info mengenai kegiatan YIPP dan isu- isu berkaitan umat Islam di Pulau Pinang

View in Telegram

Recent Posts

PEMENANG VIDEO UCAPAN KREATIF SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA

KATEGORI MENENGAH : (13 - 16 Tahun)

TEMPAT PERTAMA
Nama : Anis Fatonah binti Ahmad Termizi
Umur : 16 Tahun

TEMPAT KEDUA
Nama Pemenang : Ummu Athiyyah Binti Mohammad Athari
Umur : 14 Tahun

TEMPAT KETIGA
Nama Pemenang : Nur Balqis Batrisya Binti Badrol Hisham
Umur : 14 Tahun

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Kepada para peserta yang lain, jangan berputus asa. Setiap usaha anda adalah langkah menuju kejayaan.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat. Teruskan berusaha dan semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda di masa hadapan!

https://vt.tiktok.com/ZS2u5WY6b/
PEMENANG VIDEO UCAPAN KREATIF SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA

KATEGORI RENDAH : (7 - 12 Tahun)

TEMPAT PERTAMA
Nama Pemenang : Syarifah Nursafiyya Binti Wan Muammar Syazni
Umur : 8 Tahun

TEMPAT KEDUA
Nama Pemenang : Nur Alya Arysha Binti Mohammad Adam
Umur : 12 Tahun

TEMPAT KETIGA
Nama Pemenang : Nurdini Syafiqah Binti Mohd Syamsul
Umur : 11 Tahun

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Kepada para peserta yang lain, jangan berputus asa. Setiap usaha anda adalah langkah menuju kejayaan.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat. Teruskan berusaha dan semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda di masa hadapan!

https://vt.tiktok.com/ZS2u5xa2Y/
๐ŸŽ‰ VIDEO PULAU PINANG KIBAT JALUT GEMILANG YAYASAN ISLAM PULAU PINANH! ๐ŸŽฅ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Assalamualaikum w.b.t,

๐ŸŒŸ Jom ajak rakan-rakan, keluarga, dan kenalan untuk LIKE, SHARE & KOMEN video Yayasan Islam Pulau Pinang .

https://vt.tiktok.com/ZS2PRvGdj/

Ayuh, tunjukkan semangat #MalaysiaMadani dan #JiwaMerdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

#SayaAnakPenang#PulauPinangKibarJalurGemilang#TikTokChallenge#SupportAndLike#YayasanIslamPulauPinang
๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐€๐†๐€๐Œ๐€ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘

SHAH ALAM, 23 JULAI 2024 / 17 MUHARRAM 1446

Deligasi Yayasan Islam Pulau Pinang ke Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YIPP Dr. Mohamad Sofee Razak.

Pertemuan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak YIPP bersama pihak JAIS dan membincangkan pelbagai perkara untuk pendidikan ummah di Pulau Pinang.

Sebelum pulang pihak YIPP sempat berjumpa dengan Y.A.D Dato' Setia Prof Madya Dr. Haji Anhar Bin Hj. Opir, Mufti Kerajaan Negeri Selangor.

Bahagian Pendidikan Islam JAIS
Jabatan Mufti Negeri Selangor
DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1446H bersamaan 1 Muharram 1446H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.

Doa Akhir Tahun Hijrah (1445H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1445H bersamaan 6 Julai 2024M.

Doa Awal Tahun Hijrah (1446H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 6 Julai 2024M (Sabtu) bersamaan 1 Muharram 1446H. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.

Waktu solat boleh rujuk di Portal e-solat https://www.e-solat.gov.my/

Jom ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป

Salam Ma'al Hijrah 1446H
'Al-Falah Pemacu Malaysia Madani'

#doaawaltahun
#doaakhirtahun
#1446h
#alfalahpemacumalaysiamadani
DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1446H bersamaan 1 Muharram 1446H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.

Doa Akhir Tahun Hijrah (1445H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1445H bersamaan 6 Julai 2024M.

Doa Awal Tahun Hijrah (1446H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 6 Julai 2024M (Sabtu) bersamaan 1 Muharram 1446H. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.

Waktu solat boleh rujuk di Portal e-solat https://www.e-solat.gov.my/

Jom ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป

Salam Ma'al Hijrah 1446H
'Al-Falah Pemacu Malaysia Madani'

#doaawaltahun
#doaakhirtahun
#1446h
#alfalahpemacumalaysiamadani
๐Ÿ“ข๐Ÿ“ขJom sertai kami di Prgram Semarak Islami Pendidikan !!

Aktiviti yang menarik ! ! antaranya ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

โœ… Pertandingan Muaazzin Muda Kategori Rendah & Menengah
โœ… Pertandingan Khutbah Kategori Rendah & Menengah
โœ… Pertandingan Mewarna (5-7 Tahun)
โœ… Seni Kaligrafi Khat
โœ… Tahsin Surah Al-Fatihah
โœ… Pameran Agensi

๐Ÿ—“๏ธ 30 Jun 2024 (Ahad)
โฑ๏ธ 8.30 Pagi - 3.00 Petang
๐Ÿ“ซTempat: Dewan PERDA Sungai Duri, Sungai Bakap

#semarakislamipendidikan
#pemangkinpembangunanummah
#sungaibakap
#MalaysiaMadani
#Penang2030
PERBINCANGAN PEMBANGUNAN GENERASI MUDA DALAM BIDANG STEM DENGAN MENGUASAI MATEMATIK DAN FIZIK

11 JUN 2024 โ€“ Satu sesi perbincangan eksklusif telah diadakan bagi membincangkan pembangunan generasi muda dalam bidang STEM melalui penguasaan matematik dan fizik. Perbincangan ini akan diketuai oleh Dr. Mohamad Sofee bin Razak, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Islam Pulau Pinang dengan menampilkan pakar matematik dan fizik, Encik Ibni Khalid Jurait, yang juga seorang motivator bertauliah dalam Natural Language Processing (NLP). Turut hadir bersama dalam sesi ini ialah Ustaz Rujhan Adnan, mantan pengetua sekolah menengah, yang juga berkongsi pengalaman beliau dalam mendidik dan membimbing pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Encik Ibni Khalid Jurait akan berkongsi strategi pembelajaran matematik yang efektif serta menerangkan aplikasi fizik dalam kehidupan seharian dan kepentingannya dalam bidang STEM. Ustaz Rujhan Adnan pula akan berkongsi pandangan beliau mengenai pentingnya pendidikan holistik dalam membentuk generasi yang berjaya khususnya di Pulau Pinang. Beliau akan menekankan aspek-aspek penting dalam pendidikan yang dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Pihak YIPP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Ibni Khalid Jurait dan Ustaz Rujhan Adnan atas kesudian berkongsi buah fikiran serta cadangan berkaitan pembangunan generasi muda dan seterusnya mengangkat agenda pembangunan Islam di Negeri Pulau Pinang.


https://www.facebook.com/share/p/WT6JXCKZRqVYzwac/
KUNJUNG HORMAT KE ZAKAT PULAU PINAN

11 JUN 2024 - Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Dr. Mohamad Sofee bin Razak dan bersama pegawai-pegawai kanan YIPP telah mengadakan kunjungan hormat ke Zakat Pulau Pinang(ZPP).

Kunjungan tersebut dibuat bagi menjalin ikatan kerjasama yang erat antara agensi Islam di Pulau Pinang di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Disamping itu, kunjungan ini diaturkan bagi menyelaraskan beberapa isu berkaitan program pendidikan yang dilaksanakan oleh YIPP di Negeri Pulau Pinang.

Pihak YIPP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif ZPP serta pegawai yang terlibat atas kesudian menerima kunjungan ini seterusnya mengangkat agenda pembangunan Islam di Negeri Pulau Pinang. Doakan kami ๐Ÿคฒ

#YayasanIslamPulauPinang
#ZakatPulauPinang
#PemangkinPembangunanUmmah
#Penang2030

https://www.facebook.com/share/p/c3AGiVWhFVbu18KY/
Salam 1 Zulhijjah 1445H kepada semua. Masuk sahaja Maghrib hari ini (Jumaat 7 Jun 2024) maka bermula lah 10 hari pertama Bulan Zulhijjah.

Sabda Nabi SAW:
"Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya Allah SWT sukai melebihi sepuluh hari ini (sepuluh hari awal Zulhijjah)." [HR Tirmizi]

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk memperbanyakkan amalan ibadah dan kebaikan di dalam tempoh ini. Aamin ๐Ÿคฒ

#PemangkinPembangunanUmmah#awalzulhijjah
Majlis Persaraan & Jasamu Dikenang Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang

6 Jun 2024 - Dr Mohamad Sofee bin Razak, Ketua Pegawai Eksekutif YIPP dan kakitangan YIPP hadir Majlis Persaraan & Jasamu Dikenang Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Sahibus Samahah Datoโ€™ Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor.

Majlis yang disempurnakan oleh YB. Datoโ€™ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah diadakan di Hotel Jen Penang.

Majlis ini dianjurkan bagi meraikan dan menghargai jasa SS Datoโ€™ Seri Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah menyumbangkan seluruh tenaga dan ilmu kepada kerajaan negeri.

#pemangkinpembangunanummah#Penang2030#MalaysiaMadani
KUNJUNGAN HORMAT KITAB PULAU PINANG KE ATAS YAYASAN ISLAM PULAU PINANG

5 Jun 2024 - Alhamdulillah Rektor KITAB Prof. Madya Dr Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol bersama delegasi KITAB telah membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP). YBhg. Dr. Mohamad Sofee bin Razak.

Antara perkara yang dibincangkan ialah kerjasama di antara YIPP dengan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang- Rasmi yang merangkumi program Iltizam Huffaz iaitu "Fast Track SPM" untuk pelajar Tahfiz, penempatan guru-guru KAFA dan kerjasama bersama PIDL.

Selain itu pertemuan ini juga dapat mengeratkan lagi kerjasama dua hala di antara YIPP dengan KITAB selaras dengan perancangan strategik ke arah pemerkasaan YIPP melalui kerjasama bersama agensi-agensi di bawah MAINPP.

#pemangkinpembangunanummah

https://www.facebook.com/share/p/8y8kcFCLudUDZ3kD/
TAKLIMAT PELAJAR BAHARU ILTIZAM HUFFAZ SESI 2024/2025 DAN PENDAFTARAN SPM

2hb Jun 2024 - Alhamdulillah selesai taklimat pelajar baharu Iltizam Huffaz dan juga pendaftaran SPM 2024. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan ibu bapa tentang program fast track SPM.

Dijemput juga Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang- Rasmi untuk memberikan taklimat berkaitan Pengajian diploma selepas tamat SPM dan motivasi kepada para pelajar untuk lebih cakna dengan ilmu dan akademik demi mencapai masa depan yang baik.

#iltizamhuffaz#MalaysiaMadani#Penang2030#pemangkinpembangunanummah#tahfiz#huffaz

https://www.facebook.com/share/p/Nn6SXjCrFqoiuRo4/
๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—ข๐—ก๐—š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’.

Merafak Sembah & Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 03 Jun 2024 bersamaan 25 Zulkaedah 1445H

Kami mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahi kesejahteraan.

DAULAT TUANKU !
======================
๐Ÿ“ŒMAKLUMAN CUTI !!
YIPP tidak beroperasi Sempena Hari Keputeraan Agong 2024
pada ๐Ÿ‘ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ (๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง) dan akan beroperasi semula pada ๐Ÿ’ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š).
Tahniah dan selamat datang kepada YBrs. Dr. Mohamad Sofee bin Razak atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Pulau Pinang
Semoga pelantikan ini dapat memberi nafas baharu dalam meningkatkan prestasi YIPP.

Selamat Bertugas!

#PemangkinPembangunanUmmah
๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐€๐“๐€๐’ ๐Š๐„๐๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐’๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘

ู…ูŽู†ู’ ุฌูŽุฏูŽู‘ ูˆูŽุฌูŽุฏูŽ
"Sesiapa yang berusaha (InsyaAllah) akan mendapat apa yang diusahakannya"

Tahniah kepada semua Pelajar-pelajar Iltizam Huffaz 2023 yang mendapat keputusan SPM 2023 pada hari ini. Semoga terus berjaya dunia dan akhirat.

SPM adalah permulaan untuk pelajar-pelajar masuk ke alam universiti. Jangan berhenti di sini. Teruskan belajar ke peringkat yang lebih tinggi. In Shaa Allah.

ุงุทู’ู„ูุจููˆุง ุงู„ุนูู„ู…ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู…ูŽู‡ุฏู ุฅูู„ู‰ ุงู„ู„ู‘ุญู’ุฏู
โ€œCarilah (tuntutlah) ilmu daripada buaian hingga ke liang lahadโ€

#pemangkinpembangunanummah
#spm2023
#penang2030
๐ŸŽ‰๐Ÿ“š SELAMAT BERCUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2024/2025! ๐Ÿ“š๐ŸŽ‰

Manfaatkan masa cuti ini dengan melakukan aktiviti yang sihat dan memberikan bermanfaat. ๐Ÿ–๏ธ๐ŸŒˆ

Terima kasih kepada semua pelajar, ibu bapa dan guru atas segala usaha dan dedikasi yang telah diberikan sepanjang sesi ini.

Semoga cuti ini memberikan kebahagiaan dan keceriaan kepada semua. Sambutlah ketibaan penggal baru dengan semangat yang baru untuk terus maju di masa hadapan! ๐Ÿš€๐Ÿ“†

Selamat bercuti kepada semua pelajar! ๐ŸŽŠ๐Ÿ๏ธ#SelamatBercuti#PenggalPersekolahan#IstirahatMinda"
17 Mei 2024

PENDAFTARAN DITUTUP

Terima kasih kerana mendaftar ke kelas Iltizam Huffaz. Kami akan menghubungi semua yang mendaftar bagi tujuan panggilan taklimat.

#iltizamhuffaz
#pemangkinpembangunanummah
16 Mei 2024

Kunjung Hormat YIPP kepada Al Hamra
Integrated School. Alhamdulillah kunjungan yang diketuai Dr. Sofee bin Razak, Ketua Pegawai Eksekutif YIPP berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada Al-Hamra
Integrated School yang sudi menerima kunjungan kami dari Pulau Pinang.
Semoga pertemuan ini dapat memberi manfaat

#PemangkinPembangunanUmmah
#MalaysiaMadani
#alhamraintegratedschool

https://www.facebook.com/share/p/hFNebaGZobubPL3f/?mibextid=oFDknk
๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐”๐‘๐”

Wahai guru, terima kasih kerana memberiku peluang untuk mencapai cita-citaku. Menukar angan-angan kepada usaha. Mengubah impian kepada azam. Menabur ilmu kepada kami yang serba tidak tahu. Setiap pengorbananmu hanya Tuhan yang dapat membalasnya.

Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani

#selamathariguru2024
#PemangkinPembangunanUmmah
See more posts

View in Telegram