Sarawak Mental Health Information Centre

Saluran ini adalah untuk berkongsi maklumat pendidikan kesihatan mental kepada masyarakat & info tentang Covid-19 dalam menghadapi isu ini secara psikologi dikendalikan oleh Pakar-pakar Psikiatri & pasukan petugas kesihatan mental Sarawak.

View in Telegram

Recent Posts

๐—Ÿ๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐—•๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐Ÿญ๐Ÿณ

Seorang wanita berusia 20-an hadir dalam sesi konsultasi dengan perasaan tertekan dan cemas.
.
Di pertengahan sesi, dia berkongsi,

"Terlalu banyak pilihan yang ada, terlalu banyak keputusan untuk dibuat, dan ia menakutkan," katanya.
.
Selalunya, usia 20-an dan awal 30-an dianggap sebagai masa terbaik dalam kehidupan seseorang. Individu dalam lingkungan umur ini secara amnya berada dalam keadaan sihat, gembira, dapat melakukan semua yang mereka mahukan, mempunyai tanggungjawab yang minimum dan dapat meneroka peluang dan mengambil peluang dalam kedua-dua kehidupan profesional dan peribadi mereka.
.
Walau bagaimanapun, mereka tidak terlepas daripada tekanan yang datang dalam kehidupan. Malah, ramai orang dalam lingkungan usia ini mengalami tempoh ketidakpastian dan kebimbangan di mana mereka mula mempunyai persoalan seperti,

"Siapa aku? Apa yang aku nak dalam hidup sebenarnya? Apa tujuan aku? Ada apa-apa ke dengan aku?"
.
Keadaan ini dinamakan sebagai krisis suku kehidupan (quater life crisis), satu tempoh pencarian diri serta peralihan kehidupan dan kerjaya yang mencabar. Biasanya ia berlaku apabila seseorang berasa terperangkap, tidak bersemangat, dan kecewa.
.
Anda mungkin merasakan bahawa mereka terperangkap dalam pekerjaan biasa manakala semua rakan anda semakin maju dalam kerjaya mereka, atau anda tertanya-tanya mengapa anda tidak dapat mengekalkan hubungan percintaan apabila rakan anda yang lain telah berkahwin dan mempunyai anak.
.
Ringkasnya, anda mula mempersoalkan hala tuju kerjaya, perhubungan dan tujuan hidup anda secara keseluruhan.
.
Pelbagai proses yang harus dilalui untuk menjadi dewasa. Tanggungjawab dan dugaan datang silih berganti, namun bagaimana apabila kita tidak dapat beradaptasi? 'Quarter life crisis' muncul di tengah proses menjadi dewasa dan membawa pengaruh dalam kehidupan kita.
.
Adakah krisis identiti normal untuk dialami oleh orang dewasa muda?
Apakah yang boleh dilakukan untuk mencapai potensi diri sepenuhnya?
Bagaimana untuk mendapatkan keseimbangan antara kerjaya dan cinta?
Nak tahu lebih lanjut tentang solusi mengatasi "quater life crisis' ini?
.
Untuk tahu lebih, jom sertai kami dalam ๐—Ÿ๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐—•๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐Ÿญ๐Ÿณ bertajuk :

๐—ž๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐—œ๐——๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ง๐—œ
"๐—ค๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—Ÿ๐—ถ๐—ณ๐—ฒ ๐—–๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐˜€"

Pada hari ๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐˜€ (๐Ÿญ๐Ÿฒ/๐Ÿญ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ), jam ๐Ÿต ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ
.
๐ŸŒธ Bersama Panelis Tetap Dr Ahmad Rostam (Pakar Perunding Psikiatri) dan
๐ŸŒธ Moderator Dr Hasnor Safwan (Pengarah Urusan Jiwadamai)
.
Live di Facebook Group & Page :
1. Akademi Jiwadamai - Sokongan Profesional Kesihatan Mental
2. Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai
3. Muslim Volunteer Malaysia - MVM
1 daripada 3 anak muda Malaysia pada usia 20-an atau 30-an mengalami โ€˜quarter life crisisโ€™.
.
Tinjauan oleh Linkedln pada tahun 2018 yang melibatkan 1,003 pekerja muda Malaysia menunjukkan, kira-kira tiga perempat daripada mereka berasa tertekan untuk berjaya dalam perhubungan, kerjaya atau kewangan.
.
Keadaan ini berlaku kepada kedua-dua lelaki dan wanita walaupun majoriti kedua-dua jantina sudah mempunyai pekerjaan sepenuh masa. Ini kerana, mencari pekerjaan atau kerjaya yang mereka minati adalah pencetus utama kebimbangan.
.
Satu pertiga daripada responden telah menukar kerjaya mereka sepenuhnya, sama ada bermula semula dalam sektor atau peranan baru. Manakala, separuh daripada responden mengatakan, mereka tidak mendapat sokongan yang mencukupi di tempat kerja untuk membantu perkembangan kerjaya mereka.
.
Bukan itu sahaja, kebanyakan anak muda sering membandingkan diri mereka dengan rakan sebaya dalam pelbagai aspek kehidupan secara berlebihan. Membandingkan pendidikan, perjalanan kerjaya, perhubungan, dan tahap kewangan hanya menambah rasa kecewa dan memburukkan lagi keadaan.
.
Bergembira, terus berusaha membina kemahiran dan bersyukur dengan apa yang anda ada sekarang sudah memadai untuk anda terus maju ke hadapan.
.
Nantikan kupasan lanjut oleh Dr Rostam (Pakar Psikiatri) berkaitan cara berhadapan dengan 'Quarter Life Crisis' dalam LIVE Borak Psikologi pada hari Khamis (16 Disember), jam 9 malam.

#jiwadamai
| MHPSS Kongsi |

5 Basic Needs

๐ŸŒธ Dalam kehidupan seharian, kita tidak lari dari membuat keputusan dan pilihan. Sebagai contoh makan dengan siapa, berpindah atau tidak dan lain-lain.

Dr. William Glasser mengemukakan bahawa manusia itu mampu mengawal diri dan boleh membuat pilihan dengan rasional. Akan tetapi, setiap pilihan dan keputusan tersebut boleh dipengaruhi oleh beberapa keperluan asas. Jika keperluan asas dipenuhi, seseorang individu dapat bertindak dan membuat pilihan dengan baik.

Apakah keperluan asas tersebut?
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Boleh rujuk Infografik yang disertakan

๐ŸŒธBagi menangani isu kesihatan mental berkaitan pandemik COVID-19, pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) PKB Bintulu telah mewujudkan Talian Sokongan Psikososial bagi membantu masyarakat termasuk petugas barisan hadapan yang memerlukan perkhidmatan bantuan awal psikologi yang terkesan akibat wabak COVID-19 di negara ini.

โ˜Ž๏ธ0169775013
โ˜Ž๏ธ0109878412
โ˜Ž๏ธ0168553635

#KitaJagaKita
#KamiPrihatin
#KitaBelumMenang
#Let'sTalkMindaSihat
#KitaTeguhKitaMenang
Title: Plans or Paralysed?

Synopsis: It is almost like a habit for all of us to constantly search for something. We are looking for an answer, asking for a solution, sometimes even trying to predict what might happen in the future.

We try to be fortune tellers even we have never learned that skill. We try hard to predict so that we can avoid mistakes, or come out with a shortcut way to reach our destinations.

We call these PLANS.
The question is, are we planning, preparing ahead, or being paralyzed by plans?

Register: https://forms.gle/B96pDRtSKYCfLZtm7
Dalam LIVE Borak Psikologi semalam, Dr Azlina ada berkongsi tentang satu teori iaitu โ€œMaslow's Hierarchy of Needsโ€ atau Hierarki Keperluan Maslow.
.
Hierarki keperluan Maslow ialah teori psikologi yang menerangkan motivasi manusia berdasarkan mengejar tahap keperluan yang berbeza.
.
Teori ini menyatakan bahawa manusia didorong untuk memenuhi keperluan mereka dalam susunan hierarki. Seseorang akan berasa bahagia apabila mencapai tahap terakhir; aktualisasi diri.
.
Hierarki Keperluan Maslow ini terbahagi kepada lima (5) tahap berbeza:
.
1๏ธโƒฃ Keperluan Fisiologi โ€” Ini termasuk perkara yang penting untuk kelangsungan hidup kita seperti :

๐ŸŒธ Air
๐ŸŒธ Makanan
๐ŸŒธ Bernafas
๐ŸŒธ Tidur
.
2๏ธโƒฃ Keperluan Keselamatan โ€” Setiap orang mahukan kawalan dan ketenteraman dalam hidup mereka. Beberapa keperluan keselamatan asas termasuk :

๐ŸŒธ Keselamatan kewangan
๐ŸŒธ Kesihatan dan kesejahteraan
๐ŸŒธ Keselamatan terhadap kemalangan dan kecederaan
.
3๏ธโƒฃ Keperluan Cinta dan Kepunyaan โ€” Mencerminkan keperluan kita untuk interaksi sosial yang bermakna yang memastikan kelangsungan hidup dan pertumbuhan kita. Beberapa perkara yang memenuhi keperluan ini adalah seperti :

๐ŸŒธ Persahabatan
๐ŸŒธ Hubungan romantis
๐ŸŒธ Keluarga
๐ŸŒธ Kumpulan sosial / komuniti
.
4๏ธโƒฃ Keperluan Penghargaan Diri โ€” Tahap keempat ini melambangkan keperluan kita untuk penghargaan dan penghormatan. Ini mewakili asas harga diri, yang mendorong motivasi dan diri untuk terlibat dalam aktiviti yang meningkatkan kebahagiaan dan kesejahteraan.
.
5๏ธโƒฃ Keperluan Aktualisasi Diri โ€” Tahap terakhir ini merujuk kepada keperluan seseorang untuk mencapai potensi penuh mereka sebagai manusia. Kita akan memahami bahawa impian, matlamat dan aspirasi terbesar kita adalah lebih dekat daripada yang kita fikirkan.
.
Setelah seseorang mencapai aktualisasi diri, antara contoh tingkah laku yang mungkin ditunjukkan termasuk :

๐Ÿ’ž Mendapat keseronokan dan kepuasan saat ini
๐Ÿ’ž Fokus dengan pertumbuhan peribadi
๐Ÿ’ž Berminat untuk memenuhi potensi diri
๐Ÿ’ž Memahami apa yang mereka perlukan untuk mendapatkan rasa kepuasan
๐Ÿ’ž Cenderung untuk berasa selamat dan tidak malu dengan diri mereka
๐Ÿ’ž Tidak terlalu mengambil berat tentang apa yang orang lain katakan mengenai mereka
.
Untuk mencapai tahap aktualisasi diri, ia bukan satu proses yang mudah dan terus. Seseorang perlu memenuhi empat keperluan yang lain terlebih dahulu, dan ia mungkin memakan masa bertahun-tahun.

#jiwadamai
Bahagian Kawalan Penyakit PKB Miri dan Psychological Care Centre (PCC) Permyjaya menjemput semua ahli PAKK Permyjaya dan PAKK Taman Tunku dalam program berikut :

Topic: Program Mindfulness-Based Stress Reduction
Tarikh : 27.11.2021 (Sabtu)
Masa : 8am-12.30pm
Tempat : Kediaman masing-masing (secara maya)

Link utk pendaftaran awal :
https://forms.gle/U3bcgYBmyriDsMFU7

Link Program :
Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/84308331940?pwd=TmQwa2VHYldBNVBGTEVtc3Uva3ZDZz09

Meeting ID: 843 0833 1940
Passcode: 906430

*Remarks: Peserta sila sediakan makanan masing2 untuk aktiviti mindful eating (buah, roti). See you๐Ÿ˜‡
Setiap kemarahan yang ditunjukkan pada luaran, mungkin tersembunyi pelbagai emosi yang tersimpan. Idea ini diwakili oleh satu konsep yang dipanggil sebagai 'Aisberg Kemarahan'.

Aisberg kemarahan adalah konsep yang diciptakan oleh Institut Gottman yang menggambarkan kemarahan seperti aisberg (gunung ais); di dasar laut, kita dapat melihat puncak kemarahan. Ia ditunjukkan mungkin secara menjerit, menghentak kaki atau memukul dan sebagainya.

Namun, kita tidak melihat apa yang ada di bawah permukaan. Mungkin banyak emosi dan perasaan yang tersembunyi seperti sedih, putus asa, takut, rasa bersalah yang membuat seseorang 'triggered', atau mungkin tidak mempunyai kemahiran untuk mengurus kemarahan dengan berkesan.

Melalui gambaran aisberg kemarahan ini, kita dapat mengenal pasti emosi lain yang terlibat dalam reaksi kemarahan. Kita juga dapat lebih memahami mengapa kita sangat marah dan mencari jalan untuk menghilangkan kemarahan ini dengan cara yang produktif dan lebih sihat.

www.facebook.com/pppjiwadamai
"Dia ingat dia je reti marah! Aku pon reti jugak! Tunggu la!"
.

Ehhh~ salah cara tu. Bila api dah berjumpa api, lagi susah nak selesaikan masalah.
.
Penting untuk kita tahu apa yang sepatutnya kita boleh katakan apabila seseorang sedang marah.

#jiwadamai

https://www.facebook.com/pppjiwadamai
"Dia ingat dia je reti marah! Aku pon reti jugak! Tunggu la!"
.

Ehhh~ salah cara tu. Bila api dah berjumpa api, lagi susah nak selesaikan masalah.
.
Penting untuk kita tahu apa yang sepatutnya kita boleh katakan apabila seseorang sedang marah.

#jiwadamai

https://www.facebook.com/pppjiwadamai
See more posts

View in Telegram