Sekretariat Talaqqi Kitab Turath

Memberi makluman pengajian anjuran sekretariat dan program pengajian kitab turath serta link video di Youtube.

View in Telegram

Recent Posts

Hadiah Terindah Buat Pencinta Ilmu Pulau Pinang

Berikut merupakan *Jadual Penuh Talaqqi Kitab Turath bersama Tuan Guru Ahmad Ridoudin untuk Sebulan bagi kuliah Luar Pondok*.

untuk sebarang perubahan (penagguhan, pembatalan, perpindahan kepada kitab lain), boleh rujuk page Maahad Ihya' Ulumiddin

https://www.facebook.com/SekretariatTalaqqiKitabTurath/photos/a.118269031711885.1073741825.118262115045910/626714944200622/?type=3&theater
Pada Hari Jumaat, 4 November 2016 yang lalu, Tuan Guru Ahmad Ridoudin telah melancarkan Pembukaan Tempahan DVD + Kitab Syarah Bakurah Al-Amani di APIUM.
Lihat Gambar untuk keterangan lanjut. Tolong lihat sekurangnya 2 gambar terawal sebelum membuat sebarang pertanyaan.

Harga? Nak tempah macam mana? Tengok sini senang.

https://www.facebook.com/SekretariatTalaqqiKitabTurath/posts/620303094841807

#bakurahamani
#kulitkekulit
Imam Sanusi Ulama' Akidah ke? Sebab Beliau Tulis Syarah Muslim dan Bukhari. Tapi, yang terkenal - kitab beliau Umm Barahin ni jadi asas kepada kitab-kitab Sifat 20 di seluruh dunia, termasuk kitab ulama' Nusantara.

- "Ilmu ni bukan ilmu saya, tapi ilmu ulama' dulu-dulu"
- Imam Sanusi tulis syarah Sahih Muslim dan Al-Bukhari hadis? Kita ada buat syarah paa?
- Bidang apa lagi beliau kuasai?
- Umur 18 disembunyikan oleh ulama'?
- Apa lagi 3 nama lain selain Umm Barahin dan Matan Sanusi.
- Tahu tak Umm Barahin ya kita mengaji ni dah didahului 4 kitab lain yang lebih besar baru terhasil kitab ni?
- Imam Sanusi sendiri ada tulis syarah Umm Barahin, apa nama kitab tu?
-Ada lagi Imam Sanusi buat ringkasan kepada Umm Barahin dan Syarahnya?

- Ada lagi kitab lain dalam pelbagai bidang (falak, hadis dll). Bagaimana dengan umurnya itu ditulis kitab sebanyak ini dalam pelbagai bidang?? Semuanya 27 buah kitab atau lebih.

SIAPAKAH KITA?

Jom tonton di https://www.facebook.com/SekretariatTalaqqiKitabTurath/videos/613194312219352/

*DISAMPAIKAN TUAN GURU BABA AHMAD RIDOUDIN ketika Daurah Umm Barahin di UIAM*
*Sesiapa yang Meninggalkan EMPAT Perkara, Nescaya Sempurnalah Tauhidnya.*

Apakah 4 perkara tersebut?

Jom ikuti penerangannya oleh Tuan Guru Baba Ahmad Ridoudin di https://www.facebook.com/sekretariattalaqqi/videos/324111904613282/

Inilah juga sebab kita digalakkan belajar *MAQŪLĀT* supaya dapat memahaminya dan memahamkan orang lain.

مَن تَرَكَ أَربَعًا كَمُلَ تَوحِيدُهُ
📜 *KEMBARA TALAQQI BERSAMA TUAN GURU AHMAD RIDOUDIN* kembali lagi😍

🗓 *02-04 September 2016 (Jumaat - Ahad)*

Ada antara kita yang teringin nak belajar di pondok ketika ada masa terluang atau cuti kerja, cuti semester. Namun, hasrat tak kesampaian sebab tak tahu nak pergi pondok mana atau tiada pengangkutan atau kekangan tanggungjawab.

Kini, kami bawakan tok guru pondok ke tempat anda. Setiap BULAN PercumaTerbukaRuginya tak datang😭

5⃣ TEMPAT = 9⃣ KITAB turath

dan yang paling rare ialah KITAB AL-MAQŪLĀT AL-'ASYARAH.

Mesti ramai tak pernah dengar kan?

Sesiapa masuk pasti rasa "waaa" ulama' pondok pun power fizik naa.

😥 Kalau tak hadir yang ni, belum tentu anda akan jumpa pengajian ni seumur hidup anda, melainkan pergi ke pondok. Tapi, bukan semua pondok yang ada, dan yang ada pun belum tentu akan bukak kitab ni.😱

JOM TALAQQI

1⃣ *AL-MAQULAT AL-'ASYARAH*
(untuk Ilmu Kalam)
2⃣ *TUHFATUL MURID*
( Syarh Jawharah Tawhid : Akidah-Mendalam)

🏢BS2, Blok A, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya , kerjasama dgn Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam API UM.

🗓Jumaat 02 September
🕑 5.30 - 10.00 pm


3⃣ *WUSYAHUL AFRAH*

@ MASJID JAMEK KG BARU KL

🗓Sabtu 03 September
🕑 Selepas Subuh



4⃣ *RISALAH TAUHID*
(Akidah - TG Ahmad Ridoudin )
+ + *MUNYATUL MUSOLLI*(Fiqh - Ustaz Fadzli Al-Yamani)
+ + *Penawar Bagi Hati*(Tasawuf/Akhlak - Ustaz Dr Mohsein)

🕌@ Daurah Pengajian Pondok di MASJID TUN ABDUL AZIZ(Masjid Bulat), Petaling Jaya, Anjuran Masjid.

🗓Sabtu 03 September
🕑 8.30 am - 12.30 pm


5⃣ *SAFINAH AN-NAJA*
(Fiqh Fardhu Ain)
6⃣ *TAQRIB AL-IKHWAN*
(Akidah)

🕌@ MASJID SULTAN SALEHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH(MASJID NEGERI) SHAH ALAM

🗓Sabtu 4 September
🕑 2.00 - 4.00 pm


7⃣ *FARIDAH AL-FARAID* (Akidah)

@MASJID JAMEK KG BARU KL

Sabtu 03 September
🕑 Selepas Maghrib



8⃣ *MINYATUL MUSOLLI*
9⃣ *PENAWAR BAGI HATI*

🕌@Surau Al-Hidayah Saujana Utama, Sg. Buloh.

🗓 Ahad 04 September
🕑 9.00 - 11.00 pagi

"Sesungguhnya ilmu itu diambil daripada mulut para ulama' "

📱Info?
📹Video penuh?
👇

www.facebook.com/SekretariatTalaqqiKitabTurath

dan page Masjid Tun Abdul Aziz.
*Kertas Kerja Tanazzulat Ar-Rabb*

Di Alam Melayu, ‘tanazzul al-Rabb’ atau lebih masyhur dengan istilah
‘martabat tujuh’ melibatkan huraian tawhid menurut mazhab ulama
ahlilLah. Istilah ini telah dibincangkan oleh kebanyakan ulama ahlilLah
Alam Melayu dalam karya-karyanya yang masih berbentuk terjemahan
tulisan tangan (manuskrip) dan juga bercetak dalam tulisan jawi
Melayu, seperti...

Sesiapa perlu boleh pm/mesej kepada page www.facebook.com/Sekretariattalaqqikitabturath ...

1. Nama
2. Institut/pondok/pekerjaan(tolong bagi nama organisasi)
3. Latar belakang pengajian tawhid sifat 20.
4. Tambahan: Hadir pengajian anjuran sekretariat?

Yang terlibat secara langsung dalam pengajian akidah diutamakan...
*KERTAS KERJA WAHDAT AL-WUJUD DALAM PERDEBATAN ULAMA MELAYU: ANALISIS MA'ARIJ AL-LAHFAN TOK KU PALOH*

ABSTRAK
Perbincangan ini menelusuri asal usul penggunaan istilah sejarah kemunculan pemahaman Wahdat al-Wujud dan
penghayatannya, campurtangan orientalis Barat. Pendekatan sejarah dan manuskrip Alam Melayu telah diguna untuk dilihat dan menganalisis dalam perbincangan kajian ini. Pelbagai pandangan tersebut turut mewarnai perdebatan dalam kalangan ulama dan sarjana Alam Melayu bermula abad ke 12 Masihi sehinggalah dewasa ini. Beberapa rumusan dan cadangan dikemukakan dalam perbincangan ini diharap dapat
dijadikan sebagai tanda aras (bench mark) untuk masyarakat Islam Alam Melayu terhadap mengenai Wahdat al-Wujud, terutama sekali Kerajaan Malaysia hari ini.

Katakunci: Wahdat al-Wujud, Manuskrip, Alam Melayu, Orientalis Barat

Sesiapa yang ingin mendapatkan kertas kerja ini boleh komen + inbox kepada sekretariat www.facebook.com/sekretariattalaqqikitabturath (jangan sekadar komen):

1. Nama
2. Pekerjaan/Institusi/Nama Pondok
3. Latar belakang pengajian Sifat 20?
4. Tambahan: Hadir pengajian anjuran sekretariat?

Admin tak jamin semua dapat...
See more posts

View in Telegram