INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam, Selangor

View in Telegram

Recent Posts

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.
Peringatan mesra kepada ibu bapa dan penjaga murid berhubung Borang B5 BAP yang telah diedarkan oleh Guru Kelas masing-masing.

Borang B5 hendaklah dikembalikan semula kepada Guru Kelas sebelum 15 Disember 2024.
Ibu bapa / penjaga murid boleh memilih cara agihan melalui akaun bank atau tunai.
Borang B5 hendaklah dilampirkan bersama salinan akaun bank jika memilih cara agihan melalui akaun bank.

Walau bagaimana pun, berdasarkan pengalaman yang lepas, agihan secara tunai sangat sesuai sekiranya ibu bapa / penjaga ingin menggunakan wang tersebut dengan kadar segera.
Agihan melalui akaun bank mengambil tempoh masa yang lebih lama.

Sekian, harap maklum.
Terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga murid, esok adalah cuti umum untuk negeri Selangor:

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor
Rabu
11 Disember 2024

Sekolah akan beroperasi seperti biasa pada 12 Disember 2024 (Khamis).

Harap maklum, terima kasih.
PEMAKLUMAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK SEKSYEN 20 TAHUN 2024

✏️Dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Kanak-Kanak SK Seksyen 20 pada tahun ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 19 Disember 2024 (Khamis)
Masa: Waktu persekolahan masing-masing (sesi pagi/sesi petang)
Tema: “Cita-citaku”
Pakaian: Berpakaian mengikut tema CITA-CITAKU dan berkasut sekolah / murid boleh juga berbaju sukan lengkap (tiada paksaan dan tidak dipertandingkan)

✏️ Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan bermula 9 Disember 2024 hingga 19 Disember 2024. Murid-murid digalakkan memakai pakaian sukan lengkap sepanjang minggu ini.

Sekian, harap maklum.
Mohon perhatian Ibu bapa / Penjaga.

Proses pemulangan dan penerimaan buku teks. Diharap dapat memenuhi ketetapan seperti dalam surat makluman di atas.

Terima kasih.
Mohon perhatian Ibu bapa / Penjaga.

Proses pemulangan dan penerimaan buku teks. Diharap dapat memenuhi ketetapan seperti dalam surat makluman di atas.

Terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.

Untuk perhatian ibu bapa / penjaga murid yang menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Hari ini 29 November 2024 Jumaat adalah hari terakhir program RMT untuk tahun 2024.

Mulai 2 Disember 2024 Isnin, murid RMT perlu membawa wang saku (duit belanja) untuk membeli makanan/minuman di kantin pada waktu rehat.

Harap maklum, terima kasih.
Untuk makluman ibu bapa / penjaga murid. Khamis 28 November 2024 telah dijalankan

PROGRAM CERAMAH AQIL BALIGH & REPRODUKTIF MURID
Murid lelaki tahun 5 dan 6
Murid perempuan tahun 6

Penglibatan murid adalah terhad kerana program murid lelaki dan perempuan dijalankan secara berasingan dan kekangan tempat yang sesuai.

Moga pengalaman dan ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh murid terlibat di samping bimbingan daripada ibu bapa di rumah.

Moga usaha kita bersama dapat melahirkan Anak Yang Baik Lagi Cerdik.

Assalammualaikum dan salam sejahtera... Saya ingin menjemput semua parent utk menyertai program Intervensi anjuran PIBG SKPKS pada 7/12/2024....

Program ini dikendalikan oleh pegawai terapi 3PK yg bertauliah...banyak manfaat utk ibu bapa yg mempunyai anak2 istimewa yg belajar di PPKI terutama...

Jika program ini di anjurkan die luar kos bernilai rm200+-...Tetapi program ini bernilai rm20 sahaja utk tampumg kos makan sahaja...

Pendaftaran :
https://forms.gle/QMjpUE71G4nWKyrU6
Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.
Perhatian kepada ibu bapa murid tahun 6 yang berminat ke Program Asrama Malasia KPM.

Sila baca dan fahami syarat-syarat yang dilampirkan di dalam borang permohonan.

Terima kasih.
Peluncuran Majlis Duta Sahsiah 2024 SKS20 telah berjaya dilaksanakan pada Isnin 25 November 2024.

Syabas dan tahniah kepada murid-murid yang telah dipilih sebagai Duta Sahsiah.

Moga kerjasama sekolah dan ibu bapa dapat melatih dan mendidik disiplin dan sahsiah anak-anak demi masa depan mereka.

Terima kasih.
Peluncuran Majlis Duta Sahsiah 2024 SKS20 telah berjaya dilaksanakan pada Isnin 25 November 2024.

Syabas dan tahniah kepada murid-murid yang telah dipilih sebagai Duta Sahsiah.

Moga kerjasama sekolah dan ibu bapa dapat melatih dan mendidik disiplin dan sahsiah anak-anak demi masa depan mereka.

Terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.

Untuk perhatian ibu bapa / penjaga murid yang menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Dimaklumkan bahawa kontrak perjanjian RMT KPM adalah sebanyak 190 hari persekolahan selama setahun

Oleh yang demikian, murid akan menerima RMT yang terakhir pada 29 November 2024.

Mulai 2 Disember 2024 murid RMT perlu membawa wang saku (duit belanja) untuk membeli makanan/minuman di kantin pada waktu rehat.

Harap maklum, terima kasih.
See more posts

View in Telegram