SMK SIMPANGAN INFO πŸ“’

Info terkini SMK Simpangan, Beluran

View in Telegram

Recent Posts

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani. Maaf sekiranya telegram tidak dikemaskini. Untuk kemaskini yang terbaru boleh rujuk page FB SMK Simpangan pada pautan berikut

https://www.facebook.com/smksimpanganofficial?mibextid=ZbWKwL

-Admin Z-
[SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Warga SMK Simpangan ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua yang meraikannya.

Sekian, terima kasih.

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid02JV5yen1hrWEEqZCmGjuWzVA7znKyQEKZ99txAxUTZ6fsEM9pvjf9RAUmLk83QZzHl/
[PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA SMKS TAHUN 2022]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari ini, 09.12.2022 (Jumaat) bertempat di SMK Simpangan, Asrama Titian Kasih SMKS dan sekitar kawasan SMKS telah berlangsung aktiviti gotong royong perdana melibatkan guru, murid, ibu bapa dan staf kontraktor pembersihan. Penyelaras bagi program ini ialah Cikgu Jubiana Joisip.

Aktiviti yang berlangsung dari 07.00 pagi sehingga 11.00 pagi ini diakhiri dengan perhimpunan rasmi sekolah.

Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha dan kerjasama ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim, tetapi juga dapat memastikan suasana SMKS yang ceria, bersih dan teratur.

Sekian, terima kasih.

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid0HSgjjDkV7AsJJj81n8PT475Uqp6CJxn8FVz1xRkBQDDmF6y1c9hV87uKq6RYaa9Xl/?mibextid=Nif5oz
[PROGRAM BERKHATAN PAITAN 2022]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Program Berkhatan Paitan 2022 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Disember 2022 (Sabtu)
Masa : 08.00 pagi hingga 03.00 petang
Tempat : Pentas Terbuka Pejabat Daerah Kecil Paitan

* Percuma kepada semua anak warga Paitan
* Terhad kepada 130 orang
* Sebarang pertanyaan atau berminat untuk program ini, sila berhubung dengan Ustaz Fahmy (012-8814669) atau Ustaz Hadi (014-6786948)

Bah, tui kauyo bersunat!

Sekian, terima kasih.

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid0DbgJc8wbYCNBTvcNuUXZsyPbmNGKqH3PyiMTYTx29HqA5ou6qWwQ4s1iYZCEkWHnl/?mibextid=Nif5oz
[PROGRAM CITRA MUSLIMAH SEJATI]

07 Disember 2022 (Rabu)
Dewan Terbuka, SMK Simpangan

Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya telah diadakan program khas untuk para murid muslimah SMK Simpangan iaitu program Citra Muslimah Sejati. Program ini menghimpunkan 244 orang muslimah SMKS untuk memperkukuhkan jati diri muslimah dan mengambil teladan keperibadian para muslimah yang hebat di zaman Rasulullah S.A.W..

Antara pengisian di dalam program ini ialah ceramah agama, tutorial kecantikan muslimah seperti tutorial memakai alat solek menurut syarak, dan juga 'Fashion Show Muslimah'.

Dalam program ini juga, para muslimah juga telah diberikan stokin tangan secara percuma hasil sumbangan Kedai Al-Mubarak, Putatan kepada setiap murid muslimah sebagai galakan untuk menutup aurat dengan sempurna. Seterusnya, turut disampaikan wang zakat bernilai RM 30,000 kepada murid-murid asnaf hasil sumbangan dari Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Wang zakat ini akan memanfaatkan 150 orang murid asnaf di SMK Simpangan.

Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada para murid muslimah agar lebih kuat menghadapi cabaran yang mendatang.

"Jika kamu mendidik seorang lelaki, kamu akan mendidik satu orang. Namun, jika kamu mendidik wanita kamu akan mendidik satu generasi"

Sekian, terima kasih.

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid02Dkdd6JHrPmS2YS95Tx1fD7pZGayKW4vfkmiSJhDqtgu9LCk9k3AZZ3ME2fo9LY9Jl/?mibextid=Nif5oz
[PROGRAM PERKAMPUNGAN AKADEMIK SPM SMKS 2022]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Program Perkampungan Akademik SPM 2022 telah berlangsung dengan jayanya dibawah kendali Cikgu Herman Bin Murad pada 02-08 November 2022 bertempat di SMK Simpangan, Beluran. Program ini juga melibatkan seramai 125 orang murid (51 lelaki dan 75 perempuan) calon SPM 2022.

Program ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa 1 pada 02-04 November 2022 (Rabu hingga Jumaat) melibatkan subjek teras manakala fasa 2 pada 07-08 November 2022 (Isnin dan Selasa) melibatkan subjek elektif. Penceramah bagi program ini melibatkan penceramah luar dan guru SMKS sendiri.

Diharapkan program ini dapat memberikan seribu satu manfaat kepada calon SPM dan meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Sekian, terima kasih.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0289WkUxSndqgfQCMMLkdShofkxzQWYvQQd3z92GYLtvaGaeQvjhffMq3w9MFWY2Ynl&id=352194158267464&mibextid=Nif5oz
[RANGKUMAN SAJAK DAN PUISI MURID SMK SIMPANGAN DI SURAT KHABAR HARIAN EKSPRES DAN DEWAN SISWA SEPANJANG TAHUN 2022]

Sekalung penghargaan dan tahiah diucapkan buat Cikgu Jelison Jupin diatas dorongan dan didikan murid-murid SMK Simpangan dalam mengasah bakat mereka dalam menghasilkan karya sastera.

Semoga usaha ini akan mendorong lebih ramai murid dalam bidang satera seterusnya memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan kita.

*Klik gambar untuk melihat karya dan penulis yang terlibat.

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid02uPPqSYng8EycU9TzGx5tv1NWyGYTHaFaRkXm7SG3SCA3ra9QmX5Sz8v9SKvKNGBkl/?mibextid=Nif5oz
[SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KECIL PAITAN]

04 Disember 2022
Padang Pejabat Daerah Kecil Paitan, Beluran

Gambar sekitar perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kecil Paitan diketuai Ustaz Mohd Fahmy bin Mahmur.

Sekian, terima kasih.

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid0RxRRLqRsPeCk23dhSjkirbaks8jPdqw16U7NtR76wUajLM4Km3F422dqGtLoHhkNl/
[MAKLUMAN CUTI SEKOLAH SEMPENA PERAYAAN HARI DEEPAVALI]

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid034Mkixv5dbLLaWpnJsfr9ZF9716ezaWTswVH4gseaBf7KWZgURnBiwVey2UxBiphLl/
[MAKLUMAN SESI PERSEKOLAHAN PADA 15 SEPTEMBER 2022 SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SMKS]

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid0E3WiAbXoh7m6KNAsxNDbFiyKRvPdRK2sNoXS9K83t51Xiz7FJWHmR5CtdbZPBZ5yl/
[SMKS MELAKAR SEJARAH]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 11-12 Ogos 2022 telah berlangsung Kejohanan Olahraga MSSD Beluran kali ke-35 di Kompleks Sukan Beluran. Untuk makluman semua, SMKS telah menjadi Johan keseluruhan buat julung kalinya.

Tahniah diucapkan buat kontingen SMKS dan barisan jurulatih yang berusaha keras dalam memastikan kejuaraan milik SMKS. Sudah pastinya kejuaraan ini datang daripada semangat yang kental dan latihan persiapan berbulan sebelumnya.

Terima kasih diucapkan buat barisan pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sokongan, doa dan sumbangan kewangan, yang sedikit sebanyak menjadi pembakar semangat buat atlet dan jurulatih.

Semoga kejuaraan ini menjadi motivasi untuk mengangkat nama SMKS dalam kejohanan pada masa akan datang! Tahniah sekali lagi!

#SMKSNO.1 #SMKSJUARA#pastiboleh

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid028AKcY37iZtLCkRAwH98w3XfHTvjMzetYEk8xByMJvAnhSe7rMZ1jbNcVek4AwXZyl&id=352194158267464
[PENCAPAIAN YANG SANGAT MEMBANGGAKAN]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, pada hari ini 06.08.2022 (Sabtu) telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa MSSM Tahun 2022 di negeri Terengganu. Untuk makluman semua, adik Jaffready Jonny dari SMK Simpangan merupakan salah seorang peserta mewakili negeri Sabah dan beliau telah mendapat tempat ke

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid0rLqtgJqAn5wM4Hfq8ZUwdxHwA9pehMsCWb9EGZHdcBGYr53hGAkDAxMr1ZEeoA89l/
Tahniah dan Selamat Datang ke SMK Simpangan, Beluran buat 3 orang guru baharu yang telah melapor diri pada 25 Julai 2022 (Isnin).

Semoga bersemangat mendidik anak bangsa di bumi Paitan. Berikut merupakan senarai guru baharu :

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid0A8DjZwQoVmXDYST7kn4wP6suEFD2QJUyqFvRmjiLespLw5gyqoiuJcJHbmPcR4Jgl/
[SAMBUTAN HARI GURU SMKS TAHUN 2022]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 21/07/2022 (Khamis) telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Guru SMKS Tahun 2022 bertemakan "Kembali ke sekolah". Antara aktiviti yang diadakan semasa sambutan tersebut termasuklah acara sukaneka, penyampaian watikah pelantikan guru, pemberian bunga ros daripada murid, persembahan pelajar/guru dan penyampaian anugerah. Majlis ini diketuai oleh Cikgu Mohd Saidi Bin Abdul Syarif dan ajk sambutan hari guru bersama pengawas sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada semua murid kerana meraikan dan menghargai guru-guru anda.

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid0Fe6bEnfnXnzCZtrkDRoViKp9ViWz4iduvxkF4fNuRnUvQPXyBp5k7JR7Vyz1nJ9Jl/
[KEJOHANAN BOLA BALING MSSD BELURAN]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 19 Julai 2022 (Selasa) telah berlangsung kejohanan bola baling di SMK Pamol, Beluran. Untuk makluman, pasukan bola baling SMKS baru sahaja ditubuhkan dan pertama kali menyertai kejohanan ini dibawah kendali jurulatih Encik Hafiz dan Cikgu Azim (pasukan lelaki) dan jurulatih Cikgu Noraida, Cikgu Huda dan Cikgu Amirah (pasukan perempuan). SMKS menghantar pasukan bola baling dibawah kategori bawah 18 tahun sahaja.

Alhamdulillah, dengan berkat dan usaha pemain dan jurulatih, pasukan bola baling lelaki bawah 18 tahun telah muncul sebagai juara bagi tahun 2022.

Berikut merupakan keputusan Kejohanan Bola Baling MSSD Beluran tahun 2022 bagi kategori bawah 18 tahun :

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid02UTi1HXm4NLUeh6ghDXpB3hVpkyZoHG6muYjriKWQvQwiEXKpTUCgedUjLmtTsWZfl/
[MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SMKS TAHUN 2022]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini 19 Julai 2022 (Selasa) telah berlangsung Majlis Watikah Pelantikan Pengawas SMKS Tahun 2022 yang disampaikan oleh Bonda Pengetua Puan Shariffah Hudah Binti Sharif Ali semasa perhimpunan pagi dan petang.

Tahniah diucapkan kepada semua pengawas yang dilantik. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan adil.

Berikut merupakan Jawatnkuasa Pengawas SMKS tahun 2022 :

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid0NDfv6rQ2LiBwKThrgYWJmELF8yKt1DmAMf1x6jLP5JiGZYvSXrUeSameXSmLTe4al/
[PROGRAM QURBAN KASIH PAITAN TAHUN 2022]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, pada 11 Julai 2022 (Isnin) bertempat di SMK Simpangan telah berlangsung Program Qurban Kasih Paitan tahun 2022 yang dianjurkan oleh Badan Dakwah Paitan Sugut dengan kerjasama PIBG SMK Simpangan, JHEAINS Daerah Paitan, dan SMK Simpangan.

Penyumbang lembu Korban :

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid0ybBLJP4HXeLfVR7BbvaDCkX2oqBgYWCB2W95GeESW1QZBrFJxhVZCW1sFhDz4MoLl/
[MINGGU SAINS DAN MATEMATIK]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 4 hingga 8 Julai 2022 telah berlangsung Minggu Sains dan Matematik yang dianjurkan oleh Bidang Sains dan Matematik dibawah penyelaras Cikgu Mohd Aqmal bin Md Salleh.

Antara aktiviti dan pertandingan yang dijalankan adalah Mini Garden, PetroSains, Number Game , Stacking Cup Challenge dan banyak lagi.

Tahniah diatas penyertaan pelajar yang mengikuti program ini. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih.

#SMKSNO.1

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid0212WKP1vKscooWwYHgtGvCgdV8wZuviNYZai9TvMNqzvRQYdx9kfzoh9YkApyyx1ql/
[KEJOHANAN BOLA JARING MSSD BELURAN 2022]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 4 Julai 2022 (Isnin) telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring MSSD Beluran tahun 2022 di SK Pekan.

Alhamdulillah, SMK Simpangan muncul Juara bagi kategori B15 manakala tempat ke-4 kategori B18. Tahniah diucapkan kepada jurulatih (Cikgu Fazrul, Cikgu Nadirah dan Cikgu Huda) dan pemain bola jaring SMKS.

Anda semua hebat! SMKSNO.1!

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid02fMUUtSS481fn3TQaqThtxdX2vjqyWAysUkBPg8LXWYQSsTctvfc4n7HWFWb6z3b2l/
[KEJOHANAN BADMINTON MSSD BELURAN 2022]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada 23-24 Jun 2022, bertempat di Dewan SK Pekan, Beluran, telah berlangsung Kejohanan Badminton MSSD Beluran 2022.

Tahniah diucapkan kepada Jurulatih B15 (Cikgu Riduan Bin Tarsan) Jurulatih B18 (Cikgu Kamal Bin Abd. Samad), pemain serta guru pengiring diatas kejayaan yang telah diperoleh.

Berikut senarai pemenang pemain badminton SMKS dalam Kejohanan MSSD Beluran 2022 :

https://www.facebook.com/352194158267464/posts/pfbid02WVK8eH97MgoqcecZEe8QxcLggyudu5jErxQPYz1FMUqtdeKh76AqXUE5zUFEnHvul/
See more posts

View in Telegram