SRG CARA UKUR & DETAIL EMAS

READY STOCK‼‼ BARANG KEMAS 916
💲CASH @ KUTU EMAS @ ANSURAN

WEBSITE BK ⏩ http://srgemasmurah.com

OTHER CATALOG🔽
(BK) https://t.me/suerynarichgoldcatalog

(CCN) https://t.me/srgemasmurahcincincatalog

ADMIN @Sue_Ryna 017-5741257

View in Telegram

Recent Posts

Langkah awal .galakkan simpan emas dari skrg . Emas kalis inflasi.. lagi2 zaman ekonomi gawat.

"TUKAR MATA WANG KEPADA EMAS"

SIMPANAN EMAS PATUH SYARIAH SERENDAH RM10.00

NAK LEBIH LAGI INFO?
JOIN GROUP KAMI👇🏻
https://bit.ly/3vufuSm

DAFTAR AKAUN PERCUMA DI👇🏻
https://bit.ly/3S9RsGh

#quantummetal#quantummetalgold#quantummetalpatuhsyariah#gold999#emas999#emasdigital#emasfizikal
*CARA MUDAH UKURAN
SAIZ PELANGGAN*

🐯 Saiz Cincin = Ukur Lilit Jari/cm
*Ukuran dibuat tepat
mengikut pengukur cincin*

s1 = 4.0cm s12 = 5.3cm s23 = 6.5cm
s2 = 4.2cm s13 = 5.4cm s24 = 6.6cm
s3 = 4.3cm s14 = 5.5cm s25 = 6.7cm
s4 = 4.4cm s15 = 5.6cm s26 = 6.8cm
s5 = 4.5cm s16 = 5.7cm s27 = 6.9cm
s6 = 4.6cm s17 = 5.8cm s28 = 7.0cm
s7 = 4.7cm s18 = 6.0cm s29 = 7.1cm
s8 = 4.8cm s19 = 6.1cm s30 = 7.2cm
s9 = 4.9cm s20 = 6.2cm s31 = 7.3cm
s10 = 5.0cm s21 = 6.3cm s32 = 7.5cm
s11 = 5.2cm s22 = 6.4cm s33 = 7.6cm

🐯 RANTAI TANGAN DEWASA
17cm - 20cm
= *DEWASA @ REMAJA* kurus ada juga memakai saiz 15cm - 16cm

🐯 RANTAI TANGAN BABY & KANAK KANAK
10cm - 12cm ( *BABY* )
12cm - 14cm ( *KANAK2* )
perlu lihat fizikal baby dan kanak kanak terlebih dahulu.

🐯 RANTAI LEHER DEWASA
45cm - 80cm
jika dewasa yang berisi tidak digalakkan memakai saiz 45cm. Kerana ia agak tidak selesa dan singkat.

🐯 RANTAI LEHER BABY & KANAK KANAK
37cm - 40cm
45cm juga boleh dipakai oleh kanak kanak,akan tetapi ianya agak labuh ke laras dada.

🐯 Bangle DEWASA
Diameter 5.1cm = 16cm
Diameter 5.5cm = 17cm
Diameter 5.8cm = 18cm
Diameter 6.1cm = 19cm

🐯 Bangle BABY & KANAK KANAK
Diameter 3.5cm = 11cm
Diameter 3.8cm = 12cm
Diameter 4.2cm = 13cm
Diameter 4.5cm = 14cm

🐯 Rantai kaki BABY & KANAK KANAK
Panjang 16 cm - 21 cm
* Rantai tangan dewasa boleh menjadi rantai kaki kanak kanak dan bayi *

🐯 Rantai kaki DEWASA
Panjang 25cm - 30cm

🐯 Subang ring
Diameter 0.8cm = baby
Diameter 0.9cm = kanak2 , Remaja
Diameter 1.1cm keatas = Dewasa

Selamat mencuba😍
PANDUAN‼️

Cara ukur size Bangle dan RT Pandora⤵️⤵️⤵️

🎯 Tips Size Bangle Pandora Oval

1 - Jika skrg pakai bangle pandora bulat cth diameter 5.0cm, always tambah 0.5cm utk jenis oval ni

2 - Jika skrg pakai RT pjg 17cm, tambah 2cm, jadi 19cm. Kemudian bahagi 3.142 utk dptkan diameter. 19/3.142 = 6.0cm

🎯 Tip Size RT Pandora
Untuk pemakaian charm penuh, lebihkan 1.5cm dari saiz asal pemakaian RT biasa. Cth untuk RT biasa saiz 16cm,saiz RT pandora yang disyorkan adalah 17.5cm.

🎯 Tip size RT Pandora Bajet
Untuk RT Pandora Bajet, saiz yang disyorkan adalah sama seperti pemakaian RT biasa kerana charm yang sesuai dalam 3 biji sahaja untuk menjaga ketahanan RT pandora bajet tersebut.

🎯Tip size bangle bulat
Jika skrg pakai RT pjg 17cm, tambah 1.5cm, jadi 18.5cm. Kemudian bahagi 3.142 utk dptkan diameter. 18.5/3.142 = 5.8cm
SRG CARA UKUR & DETAIL EMAS pinned «Untuk makluman kami menjual barang kemas new 916 atas talian @ online sahaja... Kami tidak ada kedai ya...🏪 Semua urusniaga ats talian secara cash @ ansuran (refer katalog ansuran) @ kutu/tabungan 🚚 Penghantaran di buat melalui postage shj (jnt, poslaju…»
Untuk makluman kami menjual barang kemas new 916 atas talian @ online sahaja... Kami tidak ada kedai ya...🏪

Semua urusniaga ats talian secara cash @ ansuran (refer katalog ansuran) @ kutu/tabungan

🚚 Penghantaran di buat melalui postage shj (jnt, poslaju msia, skynet & etc)
POST BUYER RISK

Tiada C.O.D
Tiada self pickup

FOLLOW & JOIN group kami dgn klik link dibawah YA👇
.
📌 *APLIKASI TELEGRAM*
1) KATALOG BK (RT, RL, RK & ETC)
https://t.me/suerynarichgoldcatalog
.
2) KATALOG CINCIN
https://t.me/srgemasmurahcincincatalog
.
3) KATALOG BK website
https://t.me/autoupdatestoksrgemasmurah
.
4) GROUP feedback / testimoni customer kami
https://t.me/srgemasmurahtestimoni

5) KATALOG ANSURAN BK
https://t.me/srgbkansuran

6) CARA GUNA/PEMBELIAN DI WEBSITE
https://t.me/caragunawebsrg

7) CARA UKUR & INFO BK
https://t.me/srgcaraukurbk

📌 *FACEBOOK*
1) FB ADMIN
https://m.facebook.com/profile.php?id=100023150980764&ref=content_filter

2) FB PAGE
https://m.facebook.com/srgemasmurah2/

3) FB FEEDBACK & TESTIMONI
https://www.facebook.com/suryna.sueryna.7/media_set?set=a.121932528588446&type=3

📌 *INSTAGRAM*
I'm on Instagram as @srg.emas.murah. Install the app to follow my photos and videos. https://www.instagram.com/invites/contact/?i=p3cztgs8ubzc&utm_content=1epl1ar

📌 *WEBSITE RASMI KAMI*
(realtime update stock 24h)
http://srgemasmurah.com

📌 *KEDAI SHOPEE KAMI*
https://shopee.com.my/suryna?v=f49&smtt=0.0.3

📌 *TIKTOK APPS*
1) https://vt.tiktok.com/ZSCPNb7c/

2) https://vt.tiktok.com/ZSJxSBty3/

3) https://vt.tiktok.com/ZSCPBAuf/

📌 *CHANEL YOUTUBE*
https://m.youtube.com/channel/UCiXZ0m-0l0yIYrKTkFm7g_w/featured



🎖KAMI JUGA MENAWARKAN DROPSHIP SECARA PERCUMA KPD YG BERMINAT NK TAMBAH INCOME, REWARD MENANTI DS2 YG CAPAI TARGET PD TIAP2 BLN🎁 (QUOTA LIMITED)
PM KAMI SEGERA 👉www.wasap.my/60175741257/SRGds
♨️Info

💐SUBANG katup terdapat 2 mutu
916 & 750
Harap jgn terburu2 menilai😚😉

SUBANG katup memerlukan cangkuk/ketip yang kukuh..sebab itu perlukan sedikit Emas 750 pada cangkuk/ketip dia supaya tidak mudah bengkok.


💐Lain2 info,Kita akan BIASA jumpa dawai besi/spring pada Bangle yg GEBU2😊.. yg berfungsi sebagai spring.. di Mana Emas tidak dapat BERTINDAK balas seperti spring besi/dawai besi.


Tq😘

#srgemasmurah
#trustedonlineshop
#emasonline
CARA MUDAH MENGUKUR
SAIZ CINCIN

🐯*Saiz Cincin = Ukur Lilit Jari/cm*
*Ukuran dibuat tepat
mengikut pengukur cincin*

s1 = 4.0cm
S2 = 4.2cm
S3 = 4.3cm
S4 = 4.4cm
S5 = 4.5cm
S6 = 4.6cm
S7 = 4.7cm
S8 = 4.8cm
S9 = 4.9cm
S10 = 5.0cm
S11 = 5.2cm
s12 = 5.3cm
S13 = 5.4cm
S14 = 5.5cm
S15 = 5.6cm
S16 = 5.7cm
S17 = 5.8cm
S18 = 6.0cm
S19 = 6.1cm
S20 = 6.2cm
S21 = 6.3cm
S22 = 6.4cm
s23 = 6.5cm
s24 = 6.6cm
s25 = 6.7cm
s26 = 6.8cm
s27 = 6.9cm
s28 = 7.0cm
s29 = 7.1cm
s30 = 7.2cm
s31 = 7.3cm
s32 = 7.5cm
s33 = 7.6cm
BERITA EMAS DUNIA TERKINI

Rusia dan China sedang menambah stok emas dalam negara masing-masing. Adakah akan berlaku krisis matawang fiat dunia disebabkan paras hutang setiap negara yang meningkat mendadak disebabkan Covid19 yang penyelesaiannya masih samar-samar?

Well Fargo jangka harga emas dunia naik ke paras USD2200/oz dalam tahun 2021 berbanding harga sekarang 1750/oz (kenaikan USD450 satu ounce).

Banyak penganalisa mengatakan harga emas yang turun sebelum ini sudah sampai 'lantai' dan sekarang masa untuk beli (buy call and long position) kerana harga emas dijangka naik selepas ini.

Apa tindakan anda selepas mengetahui maklumat ini? Mula simpan emas atau terus selesa dengan matawang fiat?

Baca : https://www.google.com.my/amp/s/finance.yahoo.com/amphtml/news/exclusive-china-opens-borders-multi-095540747.html

150 tan emas bernilai 8.5billion akan sampai ke China Apr/May ini

Yang dah mula simpan emas, tersenyum.

Yang belum mula, bila lagi?
Ambil peluang ini, pelabur yg bijak “ buy low, sell high”


#srgemasmurah
#emastulen
📝*CARA-CARA MENGUJI KETULENAN EMAS* 📝

Terdapat 4 cara yang biasa di gunakan untuk menilai ketulenan emas yang biasa di gunakan di Malaysia.

Cara-cara tersebut ialah:

1. Energy-dispersive X-ray spectroscopy

2. Densimeter

3. Ujian Asid

4. Ujian Fizikal


1.Energy-dispersive X-ray spectroscopy
Paling tepat tetapi agak mahal.

2. Ujian menggunakan densimeter
Apakah itu densimeter
Densimeter ialah mesin yang di gunakan untuk menguji ketumpatan emas, ianya bukanlah kaedah terbaik untuk menguji ketulenan dan jenis emas. Fungsi utamanya ialah untuk menguji ketumpatan emas. Biasa kita lihat mesin ini di kedai emas dan di arrahnu

Dengan menggunakan prinsip Archemedes dan teori ketumpatan jisim, ketumpatan sesuatu emas dapat dinilai. Perlu diingat kaedah ini dapat memberikan bacaan yang jitu untuk emas jongkong dan emas dalam bentuk padu sahaja.

Ketulenan emas dalam bentuk barangan perhiasan emas tidak boleh dinilai dengan tepat kerana terdapat banyak ralat yg mengganggu bacaan seperti ukiran, sambungan & buih-buih yang terperangkap di antara sambungan barang kemas. Kadang-kadang, daki dan kualiti air pun boleh mengganggu bacaan.

3.Ujian Asid
Ujian ketulenan emas menggunakan asid merupakan salah satu cara yang lebih mudah dan murah. Kit ujian ketulenan emas menggunaan asid ini terdiri dari 3 bahan

1. Asid Hidroklorik (HCI) - digunakan untuk menentukan produk itu adalah emas atau sebaliknya.

2. Natrium Hidroksida (NaOH) – digunakan untuk menentukan kualiti emas

3. Batu menguji emas atau di kenali sebagai batu hitam

Kaedah ini sangat sesuai untuk menentukan kualiti emas dalam bentuk barang kemas. Permukaan batu yang digosok barang kemas digosok padanya akan meninggalkan kesan kuning, dan seterusnya diuji menggunakan kedua-dua asid.

Perlu diingat setiap jenis emas akan memberikan kesan warna kuning yang berlainan pada batu hitam. Secara umumnya, semakin tinggi kualiti sesuatu emas, warna kuningnya akan semakin terang. Warna kuning pada emas yang kurang mutunya juga mudah luntur apabila dikenakan ujian asid berbanding emas yang berkualiti.

4.Ujian Fizikal
Tidak berapa tepat.

Diantara ujian fizikal menguji ketulenan emas yang boleh di lakukan ialah

(a) Ujian kepanasan
Ujian ini dilakukan dengan membakar barang kemas tersebut sehigga merah. Emas yang tulen tidak akan terjejas manakala emas yang lain akan meninggalkan kesan hitam mengikut kategori masing-masing.

(b) Ujian kelembutan
Emas yang tinggi mutunya adalah lebih lembut dan boleh dibengkokkan jika di bandingkan dengan emas yang lain.

(c) Warna dan Berat
Dengan melihat kepada warna dan berat barang emas itu. Lebih kuning dan berat emas tersebut maka lebih banyaklah kandungan emasnya. Untuk mendapatkan perhiasan yang kuat dan warna yang diinginkan,j emas asli dicampur dengan logam lain. Logam-logam yang biasa digunakan untuk campuran perhiasan emas adalah Tembaga, Perak, Timah Putih, dan Nikel. Disamping menambahkan kekuatan emas yang berbeza-beza maka campuran logam juga untuk mendapatkan warna yang diinginkan, sehingga dikenal beberapa macam warna perhiasan yang dibuat emas iaitu :

Emas Merah – Emas murni dicampur Tembaga.
Emas Kuning – Emas murni dicampur Perak.
Emas Putih -Emas dicampur dengan Timah atau Nikel

d)Ujian kemagnetan
Emas tulen tidak akan ada tarikan kuasa magnet.

Semoga bermanfaat utk semua.
💫💫 *INFO TENTANG EMAS* 💫💫

SEMUA pengilang emas datang dari Penang
Tak kiralah kat Terengganu ke...Kelantan ke...Pahang ke...semua emas datang dari Penang

Yang bezanya, MUTU EMAS...

Bila sampai ke Kelantan, tokey emas akan colorkan emas bg merah lagi...begitu juga Terengganu...ada sesetengah tu pucat sikit sbb mutu emas kurang

Cuma kita je cakap..lawalah emas Kelantan, cantiklah emas Terengganu...😱😱
pasal dah BIASA dgn keadaan macam tu

SEBENARNYAAAAA....

Sama je emas yang mana2 pun...😆😆😆
Yang penting, emas cukup mutu
916 @ 999 dan juga mutu emas yang lain

😃😃
AR RAHNU

POLISI BERBEZA SETIAP AR-RAHNU

Walaupun sama-sama berikan pinjaman bercagarkan emas, tetapi setiap ar-rahnu polisinya berbeza.

Harga emas berbeza
Caj pajakan berbeza
Cara pengiraan caj pajakan berbeza
Tempoh pajakan berbeza
Jenama emas diterima berbeza
Syarat penerimaan emas berbeza
Had pinjaman berbeza

Dan lagi satu, polisinya juga boleh berubah-ubah.

Jadi kalau nak betul-betul faham, kita kena cuba ber-Arrahnu dulu ye😊

Dapat sesuatu⁉️
Barang kemas 916 tapi bila pajak arrahnu kenapa jadi 875, 835 dan 750?
Ini namanya down grade / susut nilai.

Kenapa jadi macam tu?
Sebab emas yang dipajak tu bukan barang kemas padu.

Down grade selalu berlaku pada:

1. Barang kemas hollow (kosong) - dikhuatiri ada defect, rosak, berlubang, kemek yang akan menyebabkan adanya kotoran dan dimasuki air semasa cucian.

2. Barang kemas berloceng - dikhuatri biji loceng tersebut diperbuat dari besi atau kuprum atau lain-lain bahan selain emas. Serta dikhuatiri terdapatnya kotoran degil dan juga air yang akan masuk ke dalam loceng semasa cucian.

3. Barang kemas berdesign atau berbunga - dikhuatiri terdapat kotoran pada celah-celah barang kemas.

4. Barang kemas berkrum (crome). Crome bukan emas putih tetapi cat crome yang disadur nipis ke atas barang kemas - dikhuatiri bukan emas sepenuhnya oleh sesetengah pihak.

5. Gelang tangan atau bangle - tahukah anda apa yang terdapat di dalam gelang tangan atau bangle tersebut? - maka pihak arrahnu akan down grade barang tersebut kerana dikhuatiri terdapat bendasing lain samada wayer dan kotoran atau air yang masuk ketika cucian.

6. Rantai bebola dan love - dikhuatiri terdapatnya kotoran atau bendasing atau air yang akan masuk semasa cucian andainya barang kemas tersebut berlubang atau defect.

ini antara sebab-sebabnya dan ada kriteria lain yang diambil kira oleh pihak-pihak pemberi pinjam terutamanya arrahnu bank sebagai polisinya.

COPY & PASTE
#jombling2
#srgemasmurah
faktor inilah Parameter Pelaburan Emas JAKIM mengambil pandangan bahawa emas perhiasan 916 ke bawah tidak dianggap barangan ribawi.

Dan berasaskan kajian saya di bawah penyelidikan yang ditaja Universiti Malaya dalam isu transaksi emas di Malaysia, saya bersetuju dengan pendapat bahawa emas perhiasan tidak lagi dianggap ribawi, kerana pendapat pertama agak sukar bahkan agak mustahil untuk dilaksanakan dalam industri. Emas perhiasan tidak juga dianggap wang kerana kos upahnya yang agak tinggi. Justeru, tidak mengapa jual emas perhiasan secara bertangguh, atau tukar emas lama dengan emas baru tanpa berat yang sama, atau ditambahkan wang sebagai upah.

Menjawab soalan puan, puan boleh sahaja jual emas lama kepada penjual dan bayar tambahan terhadap lebihan upah dan berat emas baharu tanpa memerlukan dua akad dan dua bentuk serahan. Penjual cukuplah dengan mengira sahaja harga emas lama dan tambahan yang perlu dibayar untuk emas baharu.

Wallahu A'lam.

Ahmad Sufyan
muamalat.my
Emas Perhiasan Barangan Ribawi atau Barangan Biasa?

Soalan Inbox:
Salam ustaz, Saya ada 2 bentuk cincin emas yang tidak muat nak di pakai lagi dan 1 utas rantai emas yg putus, soalan sy bolehkan kalau saya pergi ke kedai emas dan tukar cincin saya dgn cincin yang baru (maksudnya barang tukar barang), duit yang tak cukup saya tambah sahaja? Begitu juga dgn rantai, sy tukar rantai baru dan tambah duit sahaja? Kerana saya ada dengar, emas perlu tukar kepada duit dahulu tapi sejauh mana kesahihannya saya tidak pasti.
Terima kasih sudi jawab soalan saya.

Jawapan:

Isu utama dalam persoalan di atas ialah, adakah emas barangan ribawi atau tidak? Jika emas adalah barangan ribawi, maka memang benarlah apa yang puan dengar tu, emas perlu dijual dahulu, dapat duit dan tambah duit lain untuk dapatkan yang baru. Ini kerana barangan ribawi perlu ditukar sesama berat tanpa ada sebarang bayaran tambahan lagi. Jika cincin asal yang lama 10gm, rantai baru 10gm, jika ada tambahan maka berlaku riba. Untuk elakkan riba, jual dahulu dan dapatkan duit dan tambah duit untuk upah yang baharu.

Isunya, adakah emas perhiasan (al-huliy) itu barangan ribawi?

Semua ulama mazhab bersetuju bahawa emas jongkong, emas dinar, wang emas, biji emas adalah barangan ribawi. Namun dalam isu perhiasan, terdapat perbezaan pendapat dalam isu ini.
Ibn Rushd dalam Bidayah al-Mujtahid menyatakan bahawa terdapat dua pendapat utama dalam isu ini. Pendapat pertama merupakan majoriti mazhab dan sarjana fiqh, emas adalah ribawi walaupun emas yang dibentuk sebagai perhiasan. Bagi majoriti ulama, hadis Nabi SAW adalah jelas dan mutlak:
"Jangan kamu tukar emas dengan emas kecuali dengan sama berat, jangan kamu tukar perak dengan perak kecuali sama berat, dan jangan kamu jual (emas dan perak) yang ada dengan yang bertangguh. (Sahih Bukhari)
Dalam hadis tidak membezakan emas perhiasan dan emas wang dan jongkong.

Manakala Mu'awiyah bin Abi Sufyan berpendapat emas perhiasan bukan lagi barangan ribawi.
Pendapat Mu'awiyah ini dipopularkan oleh sebahagian ulama mazhab Hanbali iaitu Sheikhul Islam Ibn Taymiyah rh dan muridnya Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah. Bagi Ibn Taymiyah rh, emas yang sudah menjadi barang kemas perhiasan sudah terkeluar daripada sifat asalnya iaitu sebagai wang kerana faktor kos pertukangan. Kita sedia maklum untuk menghasilkan perhiasan perlukan pertukangan dan harga emas perhiasan dijual akan ditambah kos upah pembuatan terbabit. Justeru mengambil kira kos itu, tidak munasabah lagi jika emas jongkong dan wang disamakan dengan emas perhiasan. Apabila saya meneliti pendapat Imam Ibn Taymiyah, saya dapati pendapat beliau sebenarnya adalah merupakan salah satu daripada pendapat Imam Ahmad bin Hanbal yang turut mengiktiraf kos upah pembuatan. Ibn Qayyim secara jelas menyatakan, barangan kemas tidak menjadi barangan ribawi selagi mana ia tidak digunakan sebagai wang.

Jika dibandingkan, kedua-dua hujah adalah sama kuat sama ada hujah yang mengatakan ia ribawi atau tidak ribawi. Bagaimanapun, jika dikira dalam aspek praktikal, pendapat kedua lebih praktikal berbanding pendapat pertama. Dengan kata lain, pendapat yang menganggap emas perhiasan bukan lagi ribawi lebih praktikal untuk diamalkan. Ini kerana kos upah sangat tinggi dalam pembuatan barang kemas. Ia meliputi kos upah designer, mereka bentuk, mencampurkan emas dengan logam lain supaya membentuk 916 atau 22k, meleburkan semula emas lama menjadi 999 dan kemudian menjaduikan 916 kembali, menempa dan membentuk dan banyak prosesnya. Contohnya kedai emas akan memberikan kepada kilang emas lama mereka (916) 1kg, mereka cuma akan dapat lebih kurang 950gm sahaja emas 916 atau 900gm sahaja emas 999 daripada kilang, kerana kilang akan ambil lebihan itu sebagai kos upah peleburan dan pembuatan semula.

Atas asas itu Ibn Rushd turut mengemukakan satu pendapat Imam Malik rh apabila ditanya situasi seorang yang beri perak untuk ditempa, kemudian menambah ekstra beberapa dinar untuk upah, beliau menjawab: "Jika keadaan ini merupakan satu keperluan dan sangat menyusahkan, maka aku berpendapat, tidak mengapa"

Atas
#soaljawab

"Tuan, jual beli emas online ni sah halal ke? walaupun barang kemas?"

Jawapan:
berikan 2 link ni.
1. https://aboutislam.net/counseling/ask-the-scholar/financial-issues/online-gold-trading-permissible/

2. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2277-al-kafi-706-hukum-jual-beli-emas-secara-atas-talian-dan-penyerahan-ke-dalam-akaun-pembeli

Kesimpulan, jika anggap barang kemas bukan emas, terkeluar dari hadis khas pasal emas tu, awal2 jelas sah jual beli online. Namun kalo anggap barang kemas masih emas yang dimaksudkan dlm hadis khas berkaitan emas tu juga, masih sah. Boleh rujuk bacaan2 di atas.

Jadi RM Jangan Jadi PM
Jadi RajinMembaca Jangan Jadi PemalasMembaca
See more posts

View in Telegram