Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
Recent Posts
SSM BERI TAKLIMAT SPPP DAN BUKA KAUNTER BERGERAK KEPADA USAHAWAN VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Kuantan, 25 Februari 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pahang telah memberi taklimat berkaitan SSM dan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada 30 orang pelatih PKS Kuantan yang terdiri daripada pesara dan bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) laut, udara dan darat pengkalan Daerah Kuantan bertempat di kelas Pusat Latihan Dan Bimbingan Veteran ATM (PLBV) Kuantan, Pahang pada 11 Februari 2025.
Semasa program berlangsung, seramai 23 usahawan baharu telah mengaktifkan id pengguna EzBiz online dan selebihnya pelatih telahpun mendaftarkan perniagaan sebelum ini.
Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Sazali, Seksyen Operasi SSM Pahang.
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Majlis ini turut disaksikan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM dan Encik Khuzairi Yahaya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SSM (Pendaftaran dan Perkhidmatan Perniagaan) SSM.
Melalui kerjasama ini, keempat-empat agensi akan berkongsi kepakaran dan mengambil inisiatif secara kolektif dalam meningkatkan ketepatan kod bidang perniagaan menerusi Portal SSM BizCodEX. Inisiatif ini akan menyumbang kepada keseragaman data perniagaan, memastikan maklumat yang lebih tepat dan boleh dipercayai dalam ekosistem perniagaan negara.
Kolaborasi antara MOF, DOSM, CIDB dan SSM amat penting dalam memastikan pemetaan kod yang sejajar dengan Kod Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC). Ini adalah langkah strategik ke arah merealisasikan transformasi digital sektor perniagaan serta memodenkan ekosistem ekonomi Malaysia.
Setakat ini, sebanyak 1,463 Kod MSIC telah berjaya dipadankan kepada 432 Kod Bidang Bekalan dan Perkhidmatan MOF, manakala 183 Kod MSIC telah dipadankan kepada 133 Kod Pengkhususan CIDB.
Portal SSM BizCodEX telah Go Live pada 11 November 2024 dan kini boleh diakses melalui portal rasmi SSM di www.ssm.com.my.
Turut serta bersama adalah Dr. Zulqarnain Lukman, Anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Timbalan - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SSM dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan.

SSM MENANDATANGANI MOU BERSAMA MOF, DOSM DAN CIDB, MEMPERKUKUH KETEPATAN PENGGUNAAN KOD BIDANG PERNIAGAAN MELALUI PORTAL SSM BIZCODEX
Kuala Lumpur, 24 Februari 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi memperkukuh ketepatan penggunaan kod bidang perniagaan melalui pelaksanaan portal SSM BizCodEX. Majlis menandatangani MoU ini telah berlangsung di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Menara SSM@Sentral.
MoU ini telah ditandatangani oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Indera Ab Rahim Ab Rahman, Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan MOF, Hajah Nazaria Baharudin, Timbalan Ketua Perangkawan (Sosial & Pembangunan Teknikal) DOSM serta Puan Zainora Zainal, Ketua Eksekutif CIDB.

Kenyataan Media - SSM Menandatangani MoU Bersama MOF, DOSM Dan CIDB, Memperkukuh Ketepatan Penggunaan Kod Bidang Perniagaan Melalui Portal SSM BizCodEX
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
4 HARI LAGI BAGI PELAKSANAAN MANDATORI MBRS 2.0 FASA KEDUA
Susulan daripada pelancaran sistem Malaysian Business Reporting System (MBRS 2.0) dan pelaksanaan mandatori Fasa 1 pada 1 Disember 2024, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mewajibkan serah simpan dokumen-dokumen dan permohonan berikut bagi fasa kedua berkuatkuasa 1 Mac 2025.

Liputan Selangor Journal - Company sec charged with furnishing false information to SSM
https://selangorjournal.my/2025/02/company-sec-charged-with-furnishing-false-information-to-ssm/
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
https://selangorjournal.my/2025/02/company-sec-charged-with-furnishing-false-information-to-ssm/
#PerniagaanAndaBermulaDiSSM
SSM BERI TAKLIMAT BERKAITAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN KEPADA USAHAWAN
Pasir Mas, 24 Februari 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan telah dijemput untuk memberikan taklimat mengenai kepentingan pendaftaran SSM kepada 20 orang usahawan di bawah bimbingan UMK Holdings Sdn. Bhd iaitu anak syarikat Universiti Malaysia Kelantan pada 5 Februari 2025.
Para peserta yang hadir juga telah mengambil peluang mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP).
Taklimat yang bertempat di My Chef Solution Academy ini telah dikendalikan oleh Puan Hanorliana Daud, Eksekutif Seksyen Operasi SSM Kelantan dan dibantu oleh Puan Norsyamiza Wan Teh, pegawai dari SSM Kelantan.
#PerniagaanAndaBermuladiSSM

JOM! DAFTAR PERNIAGAAN ANDA BERSAMA SSM ZOOMERS
SSM akan membuka kaunter bergerak pendaftaran perniagaan di lokasi seperti berikut:
📍Tapak Pasar Karat Pak Ma’on, Sabak Bernam, Selangor
Tarikh : 22 Februari 2025 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
📍Tapak Peniaga, Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam , Selangor
Tarikh : 22 Februari 2025 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang- 4.30 petang
Perkhidmatan yang ditawarkan
1. Mengaktifkan ID Pengguna EzBiz Online
2. Khidmat Nasihat Perniagaan
Jumpa SSM Di Sana!

SSM SUMBANG WAKALAH ZAKAT KORPORAT BERJUMLAH RM109,800 BERUPA 20 EKOR LEMBU PEMBIAKBAKAAN, KURSUS PENTERNAKAN LEMBU SERTA PENYELENGGARAAN SURAU KEPADA PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING
Kamunting, 21 Februari 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) bernilai RM109,800 kepada Pusat Koreksional Kamunting, Jabatan Penjara Malaysia.
Sumbangan yang berjumlah RM99,800 ini merangkumi RM75,600 bagi pembelian 18 ekor lembu baka betina, RM14,400 bagi pembelian dua ekor lembu baka Jantan, RM9,800 bagi penganjuran Kursus Penternakan Lembu dan SOP Ternakan Lembu serta RM10,000 diperuntukkan bagi sumbangan penyelenggaraan surau Pusat Koreksional Kamunting.
Seramai 15 orang prospek di Pusat Koreksional Kamunting telah mengikuti kursus ini, yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pengendalian ladang ruminan dan ternakan haiwan herbivor. Kursus ini turut membolehkan peserta memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia, sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk membina kehidupan lebih baik selepas tempoh pemulihan.
Majlis penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.
Turut hadir bersama adalah Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Komisioner Penjara Hafidz bin Othman, Pengarah Bahagian Korektif, Jabatan Penjara Malaysia, Timbalan Komisioner Penjara Charin Promwichit a/l Chem,Pengarah Penjara Negeri Perak dan Encik Rezy Izwan bin Ramly, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) SSM.