Tip Rezeki & Bebas Hutang

REZEKI selalu dikaitkan dengan banyak DUIT. Tiada HUTANG. Nak apa sahaja boleh dapat. Tidak sebenarnya, duit itu hanyalah alat.

Saya @sitimuslihah berkongsi amalan menarik rezeki dengan cara Allah❤️ dan hidup tenang bebas HUTANG.

View in Telegram

Recent Posts

Bila Allah ingin seseorang itu menjadi baik, nescaya Allah menampakkan baginya akan kekurangan dirinya sendiri.

- Ustaz Azhar Idrus -
Kebahagiaan sebenar itu apabila kita mencintai Allah. Bahagia itu bila kita kembali pada Allah. Kita kembali pada Allah, rahmat Allah memenuhi kehidupan kita.
.
Apabila Allah sayang kita, mudahlah segala-galanya. Apabila Allah kasih kita, hidup kita akan bahagia. Kita taat perintah Allah, hidup kita akan bahagia. Kita memperbaiki amalan hidup kita, kita akan bahagia.
.
“…Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.”
(Surah Al-A’raaf 7:56).
Try buat lama2 hampa akan biasa buat Sunat sblum subuh dlu..2rakaat pastu baru subuh…Lepas subuh jgn mngkit lagi tnggu smpai sunat isyrakk lebih kurang 15menet lepaih syuruk..sambei2 tu ngaji ka selawat ka xpun baca ya bariq 1000kali ka
Buat ja apa2 mentara nk tnggu dhuha

DHUHA dekat2 pukoi 8..kurang2 buat 4rakaat..pastu baru stat rutin harian hampa…try lahhh..kalau bole mangkit tahajud lagii bestt..

📌Lepas solat baca
subhanallah 33x,alhamdulillah 33x Allahuakbarr 33x,
ya bariq 100x
Surah alikhlas 3kali(qulhuAllah)
ayat qursi 1x

📌Inahuminsulaiman wainahu
bismillahirahmanirahimm 3x

allahumma inni as alukal husnul khotimah 3x
allahumma inni as alukal jannah 3x
allahumma ajirni minannar 7x
allahumma inni as aluka firdaus dunahisabin wala azab 3x

📌Lailahhailah anta subhanakaini kuntum minalzolimin

📌Doa rezeki tak putus2👇🏻
Allahumma Ya Ghani Ya Mughni Aghnini Bilaa Sababin Fainnaka Ala Kulli Sya In Qadir

📌Doa lepaih smyang👇🏻👇🏻

1. Allahuma inna nas aluka salamatan fiddi
(Selamat dalam agama)
2. Wa afiatan fil jasadi (Sehat Badan)
3. Wa ziyadatan fil'ilmi (Bertambah lImu)
4. Wabarakatan Fir'rizai (Berkah Rizki)
5. Wa tauban qoblal maut ( toubat sebelum mati)
6. Wa rahmatan indal maut (Dapat rahmat
waktu mati)
7. Wa magfirathan ba'dal maut (dapat
ampunan sudah mati)
8. Allaahuma hawwin alaina fi sakaratil maut
(ringan saat sakaratul maut )
9. Wannajata minan naar (selamat dari api neraka)
10. Wa afwa indal hisab (dimaafkan ketkA.flem
dohitung, dihisab)
11. Rabbighfirli waliwalidayah warhamhuma kamaa rabaya nisaghira ( Doa orang tua)
12. Rabbi habli minassholihin (Doa untuk anak)
13. Doa sapujagat(Rabbanaa aatinaa fiddunya hasanataw wa fil aakhirati hasanataw waqinaa 'adzaaban naar)
14. Tutup Alfatihah

ni rutin harian kak eyza stiap hari without miss😘
Yg baikk ikot yg burukk pasaii sy lempaq jauh2 jgn ikott…pelan2 buat lama2 jadi rutinn pecayalah
Rasa belainnn hidup hampaaa try buat rasaa sndiri
Yakinnnn dgn Allah
Apa yg kita buat rasa mcm Allah permudah segalanya…
Allah lindung kitaa darii kenaa mohongg ka darii kena sekemm duitt ka emaih kaa…mintak sungguh2 dgn Allah ingat Allah yg pegang hati kitaa Allah yg atuq segalanya dekat dunia ni…
Apa kak eyza tulih atas pengalamannn kak eyza
Aku pun penah aih nk kena mohongg det 100ribuu tapii
Alhamdulillahh dpt balikk..

Mekasih yg tlg sharee smogaa dilimpahkan rezeki yg tidak disangka2 aminnnn

-Eyzazakiey
Kita sebagai manusia yang serba lemah dan serba kekurangan ini seringkali lupa dan lalai dengan kesibukkan dunia sehingga ada diantara kita yang tenggelam dalam kealpaan dan kesibukkan dunia.

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Semoga jadi peringatan bersama.
Ajarkan anak-anak mu dengan 3 perkara ni:

1. Mencintai NABI (hidupkan cara NABI , mengikuti SUNNAH, ajar mereka pegang tasbih untuk sentiasa BERSELAWAT)

2. Mencintai Ahli Keluarga NABI (banyak cerita kepada mereka tenatang sirah2 NABI , keluarga NABI dan para SAHABAT)

3. Mencintai dan suka baca Al QURAN
Kehilangan yg paling sakit.

1. Kehilangan rutin tahajud.
2. Kehilangan solat dhuha walaupun hanya dua rakaat
3. Kehilangan zikir pagi dan petang yang membuatkan rasa diri dijaga oleh Allah
4. Kehilangan khusyuknya membaca Al-Quran
5. Kehilangan solat sunat Qabliyah subuh
6. Kehilangan Al-mulk sebagai jaminan di kubur supaya tidak bersendirian kelak.

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَاۤ اَنۡفُسَنَا وَاِنۡ لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَـنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَـنَكُوۡنَنَّ مِنَ الۡخٰسِرِيۡنَ‏

Ya Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang yang rugi." - Al-A'raf ayat 23

لااله إلا أنت سبحانك اني كنت من الظالمين
Jangan terlalu berharap dengan manusia. Pengharapan kepada manusia kebanyakannya berakhir dengan kecewa.

Letak pengharapan kepada Allah. Allah takkan mungkiri janji.

‎"إنه لا يخلف الميعاد”
“Sesungguhnya Dia (Allah) takkan memungkiri janji.”
*Sempena 12.12!*

FTR memperkenalkan transformasi baru!

FTR RENAISSANCE NAMA DIBERI.

FTR EDISI 9 KELUARAN TERBARU PRE-ORDER KINI DIBUKA!

Bukan 1 buku, bukan juga 2 buku, bukan juga 3 buku tapi 6 buku FTR berwajah baru untuk anda yang terawal!

Baca maklumat lengkap dan lihat transformasi NEW LOOK dan Perubahan serta perbezaan buku FTR EDISI BARU DISINI SEKARANG SEBELUM KUOTA PENUH👇
https://ftrexclusive.shop/order/form/PreOrder121edisi9/MenulisKESyurga
Kalau terdetik hati hendak berzikir. Maka, berzikirlah walaupun hanya sekejap.

Kalau hati terdetik hendak solat sunat. Maka, solatlah walau hanya dua rakaat.

Kalau hati terdetik hendak membaca Al-Quran. Maka, bacalah walau hanya semuka dua.

Kerana kita tidak tahu dengan amalan manakah yang menjadi asbab kita ke syurga.
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka. Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua pengakhiran yang baik serta menjauhkan kita daripada segala kehinaan sama ada di dunia mahupun di akhirat nanti.
Aamiin.. 🥺🤲🏻
Hidup hanya sekadar untuk hidup. Makan kenyang mengisi lapar. Berpakaian sopan dan bertebaranlah di bumi Allah melaksanakan dakwah. Kenapa kita terlalu sibuk sehingga 24 jam kita kejar cari rezeki seolah tak pernah cukup sampaikan nak baca quran, nak bangun malam tak sempat dan tak mampu? Sebab kita dibelenggu dengan tipu daya kemewahan dan kejayaan duniawi. Makan sampai gemuk. Berhias untuk pujian orang. Berhutang untuk menarik perhatian orang? Tertipunya kita. Penuh dengan nafsu. Apa kita tidak yakin dengan kecantikan kejadian penciptaan diri kita dari Allah? Tak sempurna ke kaki tangan kita? Sakitkah kita? Bahkan kitalah yang memusnahkan tubuh badan yang diamanahkan Allah ini dengan menyumbat perut kita dengan segala racun makanan dan punca segala penyakit? Allah bekalkan kita dengan sihat tanpa sakit. Dan kita sendiri menyakitkan diri dengan berlebihan dalam makan dan segala hal. Berpuasa pun hanya ketika ramadhan saja? Sedangkan kejayaan sebenar adalah syurga abadi. 😢-Nora Yusof.
100% tujuan hidup ini adalah : "Inna Sholati Wanusuki Wamahyaya Wamamati Lillahi Robbil Alamin."

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan Semesta Alam.
Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tangisan hamba-hambaNya yang bertaubat ialah doa daripada hamba Nya yang meminta.

Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih dalam doa mereka kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu

“Berdoalah..nescaya Aku akan perkenankan” Demikian yang Allah tegaskan di dalam Al-Quran.

Allah Itu Maha Mendengar.

Jika kamu ingat kepada Allah maka Allah pun pasti ingat kepada kamu.

Sesungguhnya setiap tangan yang menadah ke langit, tidak akan pernah kembali dalam keadaan kosong.

Makbul tidak makbul doa kita itu adalah rahsia Allah.

Jangan pernah jemu berdoa, sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika merintih padaNya.
-Baca Al-Quran terbaik ialah dalam solat.
-Kalau di luar solat, waktu terbaik ialah
sebelah malam.
-Waktu malam terbaik ialah separuh malam
kedua.
-Elok juga baca Al-Quran antara magrib
isyak.
-Waktu terbaik baca Al-Quran sebelah siang
ialah selepas solat subuh.

Boleh baca Al-Quran pada bila2 masa tapi
waktu terbaik ialah seperti di atas.

1-Siapa baca Al-Quran 1 hari 40 ayat, maka
dia TAK termasuk orang yang lalai.

2-Siapa baca al-Quran 1 hari 100 ayat, maka
dia termasuk org yang taat.

3-Siapa .baca al-Quran 1 hari 200 ayat, maka
al-Quran tak akan dakwanya pada hari
kiamat.

4-Siapa baca al-Quran 1 hari 500 ayat, maka
dia dapat pahala yang amat banyak tak
boleh kira.

Siapa biasa amalkan membaca surah harian:

1-Muluk :30 ayat. - aman d kubur
2-Yasin 83 ayat. - hidup mudah
3-Surah Al-Waqiah 96 ayat- Rezeki mewah

TOTAL = 209 ayat , dia adalah org yang:

TIDAK LALAI
TAAT
TIDAK DIDAKWA PADA HARI KIAMAT.

Siapa baca surah Zalzalah dia dapat pahala membaca separuh Al-Quran.

Siapa baca surah Al-Kafirun, dia dapat pahala
membaca 1/4 al-Quran.

Siapa baca surah Al-Ikhlas, dia dapat pahala
membaca 1/3 al-Quran

Siapa baca ayat Kursi dan awal surah Ghafir maka dia terpelihara dari segala keburukan sepanjang hari itu.

Siapa baca apa aap surah walau surah pendek sebelum tidur, maka dia terpelihara sepanjang malam itu dari segala keburukan.

STAYATHOME@MALAMBACAQURANSIKIT
Jom kita amalkan doa ini,

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة

Maksudnya: “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik) dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.”
Pesanan buat diri untuk bina rasa
Tenang, bahagia dan damai.

1. Jangan pendam apa masalah yang kita hadapi. Cari solusi, Qur'an.

2. Sentiasa baiki diri
Banyakkan istighfar

3. Berlapang dada walau apa pun yang berlaku.

"Ingatlah kebahagiaan itu tidak bergantung pada sesiapa selain diri kamu sendiri,tetapi bergantung sepenuhnya pada Allah.
Kita Semua Pendosa 😣

Kita sebagai manusia yang serba lemah dan serba kekurangan ini seringkali lupa dan lalai dengan kesibukkan dunia sehingga ada diantara kita yang tenggelam dalam kealpaan dan kesibukkan dunia.

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Semoga jadi peringatan bersama.
InsyaAllah REZEKI MELIMPAH

1. DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. TAHAJJUD.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. AL-QURAN.
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.

4. ZIKIR.
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. SOLAT BERJEMAAH.
Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. SILATURRAHIM.
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. BERSEDEKAH.
Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

8. SOLAT AWAL WAKTU.
Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH.
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. TAWAKAL DAN USAHA.
Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.

● Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:

1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH. INSYAA-ALLAH
Kita semua ada dosa. Banyakkan amalan-amalan yang boleh membawa kita ke syurga.

Harapkan solat ja, terkadang dalam solat pun kita fikir dunia. Harapkan sedekah ja, hati rasa gelisah jika orang tidak tahu kita bersedekah. Harapkan puasa ja, bulan ramadhan ja la kita puasa.

Tambah lagi dengan amalan-amalan lain untuk tutup kekurangan amalan kita yang lain. Kita bukan selamanya hidup di dunia. Sikit masa lagi, kita akan pulang.

Apa bekal kita bawa pulang?

Tangan banyak membuat dosa.
Mata banyak melihat dosa.
Kaki banyak melangkah ke tempat dosa.

Kalau cukup sekadar solat 5 waktu membawa kita ke syurga, para sahabat yang dijanjikan syurga tidak akan berkorban bangun malam untuk bertahajjud.

Mereka tidak akan banyak bersedekah. Mereka tidak akan banyak membuat kebaikan-kebaikan yang lain.

Kita bukan sahabat Nabi, syurga pun belum ada nama kita. Maka perbanyakkan amalan kita. Baca Al-Quran. Zikir. Istighfar. Selawat. Tahajjud. Taubat. Puasa sunat. Infak. Zakat. Sedekah.

Buat sikit-sikit, lama-lama kita akan rasa rugi bila tidak buat.

Hidup di dunia ni biarlah merasa cukup dengan rezeki yang Allah beri. Tapi jangan pernah rasa cukup dengan amalan akhirat yang kita lakukan. Rezeki kita Allah sudah jamin ada untuk kita, syurga kita yang belum dijamin.

Susun baik-baik urusan dunia dan akhirat kita. Jangan terlalu sibuk dengan kerja sehingga lupa solat. Jangan terlalu sibuk mengumpul harta sehingga lupa sedekah juga zakat.

Kita semua ada dosa. Tapi di hati setiap pendosa itu masih ada hasrat ingin ke syurga. Berusahalah.

Sedar tidak sedar, Allah sentiasa melihat kita. Malaikat juga tidak berhenti mencatit amalan kita. Semoga kita tersenyum melihat catitan buku amalan kita di akhirat kelak. Aamiin. 🤲
See more posts

View in Telegram