Rezeki Mewah Melimpah-limpah

Perkongsian tips tentang rezeki buat semua. Jom sama-sama menjadi penjemput rezeki yang bahagia. 😍

View in Telegram

Recent Posts

The account of the user that owns this channel has been inactive for the last 5 months. If it remains inactive in the next 20 days, that account will self-destruct and this channel may no longer have an owner.
The account of the user that owns this channel has been inactive for the last 5 months. If it remains inactive in the next 29 days, that account will self-destruct and this channel may no longer have an owner.
Apa ubat kesempitan hidup baik dalam hal rezeki, perasaan seseorang berkaitan dengan maksiat, baik kesempitan yang sifatnya kemasyarakatan atau pun kejiwaan?

Jawapan:

"Memperbanyak Salawat kepada Nabi Shallahu Alaihi Wassalam dan istighfar".

Maulana Syaikh Ali Jum'ah

@thetazkirahiman
اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Allahumma Solli ala Sayyidina Muhammad Wa ala aali Sayyidina Muhammad

Selawat hari Jumaat 1000x - 3000x.

Salam Jumaat. 🌹
Nabi Muhammad ﷺ biasa beristighfar sekurang-kurangnya 100 kali sehari.

Berapa kali anda membaca Astagfirullah hari ini...?

Sekiranya anda belum membacanya, maka baca sekarang dan

Sekiranya anda sudah membacanya 100 kali, maka bacalah lagi...

@quotephotovideo📿📿📿
Bila ada masalah datang, jika tak dapat selesaikan. Tidak apa, serahkan saja pada Allah.

Kadang, sekuat mana pun usaha, jika memang masa itu adalah masa Tuhan uji kita, jawapannya hanya istighfar dan redha.

Bila suami atau isteri buat hal, bermasam muka tak tahu kenapa, atau berleter panjang, tidak perlu kita respon. Memang masa tu, Allah dah buat hati dan tindakannya begitu.

Memang untuk menguji kita, jadi jawapannya hanyalah sabar dan buatlah perkara lain.

Kadang, sales tak masuk, usaha punya teruk, entah kenapa tak jadi-jadi. Mungkin, masa tu adalah masa untuk kita bertenang sekejap.

Ambil air wuduk, berzikir, baca Quran.

Selalu stress sebab orang lain nampak sukses, berjaya, kita pula macam biasa.

Patutnya kita bersyukur, kerana Allah bagi kita kejayaan dari sudut lain, cuma kita tidak nampak.

Macamana nak senang, duit satu ringgit pun tak bersyukur, macamana bila dapat 1K, lagi la tak bersyukur.

Kuncinya senang saja.

Adakah kita kaitkan Allah, dari setiap inci hidup kita ini.

Surya Sufie
Saya ada rahsia ILMU PELARIS untuk bisness

Free jer nak bagi ni. Rasa berdosa simpan sorang sorang.
.
.
.
.
.
Beberapa hari sebelum Nasi Ayam sy viral melampau dan followers saya naik kepada 20 000 dalam masa seminggu.

Saya study pasal surah AL WAQIAH.

Selepas saya ditegur Allah melalui seorang Pak Cik Jaga klinik yang selalu saya bawa anak follow up.

Semasa pak cik itu tegur saya sebelum balik,

"Nak.. Amalkan Surah Al Mulk dan Surah Al Waqiah sebelum tidur ye".

[Eh pak cik ni.. Dalam ramai ramai orang, dia tegur aku!]

Skeptikal juga dalam hati sikit. Tetapi fikir balik, Eh! Allah tegur ni melalui pak cik ni!

Jadi, saya pun bukalah tafsir Al Quran dan selak halaman surah Al Waqiah.

Oh... Surah tentang Hari Kiamat rupanya.

Kemudian saya tanya kawan kawan di facebook, ada tak di antara mereka yang tahu tentang kelebihan surah Al Waqiah sebab kalau tentang Hari Kiamat rasanya saya memang ambil tahu. Kot kot ada benda lain yang saya belum tahu.

Kemudian ada yang beritahu surah tersebut adalah surat pembuka pintu rezeki.

Saya pun baca balik... Tak ada pun macam ada unsur unsur rezeki di situ. Jadi, macamana yang ada kaitan dengan rezeki.

Kemudian saya tenangkan fikiran. Tarik nafas... Hembus.

Kemudian rasa semacam dapat azimat.

Cerita tentang Hari Kiamat!

Agaknya Allah mahu kita berpesan pesan dengan orang lain tentang TUJUAN KITA BUAT APA SAHAJA DI DUNIA ADALAH UNTUK AKHIRAT. Pesan kepada diri sendiri dan pesan kepada orang lain juga!

Yes! Kita kena berpesan pesan antara satu sama lain! Kalau dah tau, jangan simpan seorang seorang.

Jika mahu buat baik, jangan buat seorang seorang! Ajak orang lain sekali.

Nak masuk syurga juga.. Jangan selfish! Ajak kawan kawan lain!

Yes! Mesejnya adalah BERPESAN PESAN!

Kiamat adalah benar! Petanda berakhirnya dunia adalah hari Kiamat! Jangan kejar dunia. Kejar akhirat!

Allahuakbar! Itu yang Kau mahu ingatkan semula. Jangan cari kemasyuran dan nikmat dunia semata mata!

Beberapa hari selepas itu, Nasi Umi viral dan followers saya menginjak berpuluh puluh ribu.

Benarlah Al Waqiah adalah PEMBUKA PINTU REZEKI.

Selepas pintu terbuka, bermacam macam rezeki datang.

Jual apa sahaja laku! Dapat peluang terbitkan buku sendiri. Sudah ada website sendiri. Ada e-commerce sendiri. Orang datang hulurkan bantuan tentang online marketing.

Allah... Rasa bersyukur sangat dengan bantuan yang diberikan. Allah yang gerakkan hati hati mereka untuk membantu.

Allahuakbar.

Nota : Saya doakan mereka yang SHARE juga dibukakan pintu rezeki sebab kita berpesan pesan tentang tujuan kita diutuskan ke dunia. Besar pesanan ini sebenarnya

#amazingAlwaqiah
Jadi mak , kita selalu doa “Ya Allah jadikan lah anak aku anak yg baik, berjaya dan hebat.”

Kita lupa berdoa , “ya Allah jadikan lah aku mak yg baik, berjaya dan hebat supaya aku boleh bentuk anak aku dengan baik.”

Kita boleh ubah diri kita lebih mudah dari ubah orang..

Sama macam kita dengan manusia lain.. sentiasa doakan orang tak sakiti kita, tak aniaya kita and all.

Sebenarnya boleh je doa supaya kita tak biar diri disakiti dan dianiayai.

Kita boleh ubah , DIRI KITA, change minda u can change everything.

We lead ourself.

#tipsfellina
#ithinkthatway
#kakfelfikir
#sisfelfounder
Waktu traffic dekat FB..

Ramai yang nak tahu rahsia ni, macamana nak tau waktu paling traffic jem dekat FB ni. Saya share ikut pengalaman dan sedikit kajian yang dah buat ya.

Terus baca, untuk buat semua orang jenguk terus wall FB kita. Bukan saja like status, bahkan alang-alang ketuk pintu rumah terus, share, dan like habis semua.

Kenapa orang like posting, atau share status, tidak ada benda lain melainkan mereka rasa memang perlu untuk dikongsikan. Worth it to read.

Ada yang tanya, "Jadi apa waktu traffic di FB."

Jujur, jawapan dari pengalaman, pertama sekali:

1. Traffic itu terhasil dari kita sendiri.

Yup. bukan si Mark tu yang buat. Kita yang kena hasilkan kesibukan orang untuk datang FB personal kita. Orang suka sebut, "This is just media social."

Ok, jawapannya betul tapi untuk orang yang betul-betul kepala marketing. Dia nampak lebih sekadar tempat untuk update status.

Tapi dia nampak,

a. Free exposure
b. Free branding

Dan, banyak lagi, justeru sebab itu sangat-sangat sayang, jika tak buat traffic dekat wall FB kita, sedangkan potensi untuk buat bisnes kita kembang dengan hanya gunakan FB sangat besar.

"Orait, orait.. Macamana nak buat traffic?"

a. Binalah engagement

• Tanya khabar, tanya apa saja, ini kerana kita nak orang comment. Layankan saja la, ni kerana, bila orang comment, kawan friend dia pun boleh nampak.

• Share tips, jangan 1000 jenis pelbagai tips tapi tips yang fokus pada satu niche (kepakaran) anda. Share selalu, supaya orang kenal kita.

• Share story, ramai orang tak tau, bahawa FB adalah platform story. Dan, story itu sangat power, boleh buat content bisnes kita viral tanpa kita sendiri sedar ia akan viral.

Serius. Saya dah banyak kali alami benda ni.

Dan banyak lagi, dan bayangkan, bila kita sendiri sudah ciptakan traffic, dan kita buat pula pada waktu traffic rutin seharian manusia.

Pergh, lagi power!

Konsep dia senang jer, waktu pagi orang bangun awal nak solat, siap siap pergi kerja, pukul berapa agak-agak?

Dalam 6 hingga 8 pagi:

• Pastikan orang tengok noti, nampak nama kita dulu.

• Share kata-kata yang singkat. Bagi salam ke, share kata mutiara, berdoa ke. Haha.

Orang pagi-pagi sibuk, tak sempat nak baca karangan panjang melainkan kita dah ada followers.

Dalam 12 - 2 petang:

• Orang start lapar, nak keluar makan, rehat, tidur bagai. Time ni pun traffic.

• Postlah apa yang kita tengah buat, pergi mana, kunci dia, apa kita tengah buat time tu. Sharekan.

Dalam 5 - 7 petang:

• Ah, waktu ni orang tengah sibuk nak amik anak, nak balik rumah, lepak dekat KTM, stesen bas, tengah bertahan dengan jem.

• Apa lagi, terus kita buat karangan, share cerita, kongsikan tips atau panduan, orang nak baca yang buat dorang rasa terhibur, terinspirasi, sebab penat seharian kan.

Dalam 9 - 11 malam:

• Boleh share apa tengah buat dengan family. Dinner ke, apa saja.

• Tulis apa yang akan kita buat esok, share kan, supaya esok orang akan follow up balik kita.

Semua ni memang ikut cara rutin seharian kita jugak kan. Pandai si Mark ni, dapat pahala dia. Haha. Gurau.

Sekadar bonus, sabtu dan ahad tak digalakkan untuk menjual kerana orang tengah berehat, cuti, malas nak fikir tentang nak pergi Atm melainkan kalau betul-betul urgent gila.

Share la weekend kita, ambik selfie ke, tunjukkan la kita ni ada la life juga. Boleh boleh?

Saya harap sahabat FB dapat something dari leteran panjang ni. Banyak lagi sebenarnya, kalau nak yang full detail bentuk PDF format,

Boleh letak email di bawah, nanti inshaAllah saya emailkan. Semoga bermanfaat. Silakan share!

Surya Sufie
21 Hb Disember 2018
Sahabat, mari sama-sama ubah hidup kita, start malam ini, sebelum itu boleh baca sebentar status ini?

Sahabat FB yang baik, saya pernah diberitahu oleh seorang coach bagi saya, namanya Jamil Wahab. Masa tu lepas maghrib,

"Niat saya nak kaya, tapi saya lalai. Itu yang jatuh." saya ter'luah dekat Coach tersebut.

Lalu responnya, betul mengejutkan saya,

"Surya, niat yang baik tidak pernah salah, tapi yang salah last part kamu sebut tu."

"Lalai ke?" saya balas.

"Ya." Dia angguk dengan senyuman.

Allah. Saya betul terkejut, dia sambung balik,

"Apa salahnya jadi jutawan yang beriman dan menyenangkan hati mak ayah?"

Ya Allah. Istighfar saya terus. Jadi, malam ini, dengan izin Allah, kita pasang niat, apa jua niat dan impian kita.

Dengan syarat, lepas pasang niat, kita sungguh-sungguh nekad untuk tarik perhatian Tuhan.

Sebelum ni solat jaga, tapi tidak penuh. Kita usaha untuk penuhkan 5 waktu. Kadang kita solat lewat, kali ni cuba kita usaha untuk solat awal waktu.

Jujur pada diri, naluri hati paling dalam, seringkali jika terdengar azan berkumandang,

"Allahu Akbar. Allahu Akbar!"

Kita tengah drive, dan sering mata terlihat surau disebelah. Hati nak berhenti, tapi kita fikir, "Nantilah."

Jadi, apa kata kita usaha untuk solat awal waktu dan datang rumah Allah. Kita usaha usaha lagi untuk tarik perhatian Allah.

"Ya Allah, aku betul betul nak ubah hidupku, nak orangku sayang bahagia, nak semua masalah settle."

Lalu, kita nekad lagi, kali ni, kita kuatkan lagi amal dengan zikirullah. Sebelum ni istighfar time terkejut saja.

Apa kata, kita mulakan istighfar mula-mula 100 kali dulu sehari, dan cuba try sebelum Subuh. Karna, kata Ulama', waktu itu Istighfar sangat menjemput rezeki.

Jika rajin, jaga Tahajud 2 rakaat seminggu sekali dulu berdasarkan mampu. Mampu atau tidak, semua itu Allah yang bagi. Jadi kita minta ya.

InshaAllah, lepas tu kita sungguh-sungguh bekerja atau berniaga seakan-akan hari ni hari last kita dalam hidup. Kita usaha untuk beri nilai yang terbaik untuk semua orang.

Time time dah penat sikit, "Mari, kita solat Dhuha dulu, mathurat jap." Cakap bersama staff atau kawan-kawan kerja.

Ada rezeki, pergilah belajar dan tuntut ilmu. Joinlah seminar, ikutlah kursus, jadikan hidup kita ini sentiasa upgrade dan update.

Sedekah kita lebih laju dari orang lain. Orang takut duit hilang, salah tu. Yang betul, adalah kita kena sayang duit, kalau betul sayang duit, bagi lebih.

Ini kerana bila kita beri apa yang kita sayang, Allah akan ganti 10 kali ganda. Sebelum tidur, kita solat sunat taubat, baca Waqiah, Al Mulk atau As Sajdah.

Kita mula jadikan Quran sahabat sejati kita. Jika time travel, atau pergi mana mana, kita ada case atau beg special untuk berus gigi, wangi-wangian, dan barang personal.

Sediakan juga satu beg kecil, yang dalamnya ada tasbih, Quran kecil, zikir pilihan seumpamanya. Mak ayah kita jangan lupa, mereka adalah syurga kita.

Jika nak dapat syurga dunia dan akhirat. Ibubapa adalah kuncinya, sabar dengan karenah mereka, selalu cium dan bermanja, peluk, suap mereka makan, bagi mereka mengalirkan air mata bila melihat kita, air mata bersyukur dapat anak seperti kita.

Sayang mereka erat-erat. Anak yang berbakti akan bahagia dunia akhirat.

InshaAllah Tuan Puan, sahabat pembaca, saya yakin dengan izin Allah, hidup kita akan berubah. Allah pasti akan bagi, jika kita berikan komitmen.

Semoga ada hamba Allah di luar sana yang sakit, Allah sembuhkan. Ada yang berlapar, Allah kenyangkan. Ada yang masalah hutang, Allah langsaikan. Ada yang berhajat, Allah capaikan.

Ada yang belum ketemu jodoh, Allah temukan. Ada yang nak rumah, Allah bagi rumah. Ada yang nak sales 100 ribu sebulan, Allah bagi lebih lagi.

Dan, ada yang betul nak berjaya dalam hidup, Allah baginya kejayaan dunia akhirat. Dan semua ni doa kembali pada kita semua.

Tolong aminkan ya Tuan Puan, dan share supaya lebih ramai aminkan dan dapat manfaat.
#TabungIsteri

NAFKAH ISTERI ITU

1. Jika belanja keluarga kita selalu sempit, belum habis bulan dah kena 'kepit'.

2. Semak kembali nafkah isteri kita masuk dalam bajet atau tidak. Walau duanya bekerja hebat nafkah isteri mesti dapat.

3. Tak mampu beri banyak, mulakan dengan sedikit agar berkat. Ia kewajipan untuk jadi suami hebat kacak dan beriman.

4. Lebih hebat jika dapat, tiap kali beri depan anak agar mereka terdidik bahawa abah mereka bukan hanya hebat, tetapi bertanggujawab beri 'gaji' atas kebaikkan mama.

5. Jika tak mampu WAJIB minta isteri halalkan belanja kita, "Lofa bulan nie abang tak mampu bayar duit kereta. Boleh halalkan untuk kali ini saja?" .

6. Duit ini bukan duit belanja dapur, jangan salah anggap beri duit belanja itu nafkah dari kita.

Percayalah ada KEBERKATAN dari Nafkah Isteri Tercinta.

Jangan sombong nak kawin satu lagi jika nafkah isteri masih 'lari lari'😜

Azizul Azli Ahmad

#JanganAmbilKesempatanKebaikkanIsteri
#KongsikanDenganSuami@CalonSuami

#NafkahIsteriItuSatuKewajipanSuamiKacak
Menjemput Rezeki dengan Solat Taubat & Istigfar
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Perkongsian indah dari FB Mohamad Feroz Zaini

Bila mendapat peluang untuk berniaga di karnival sebuah masjid, hati memang berbunga riang.

Manakan tidak, bukan setakat para ustaz selebriti yang akan hadir, tetapi artis terkenal juga turut memeriahkan program masjid.

Maka saya telah menyiapkan dadih sebanyak 400 cawan.

Pada hari yang dijadualkan, saya pergi ke karnival itu dengan harapan tinggi menggunung.

Sudah terbayang, jika dadih dapat dijual semuanya. InsyaALLAH, cukup untuk membaik pulih alat pendingin hawa kereta Kancil yang sudah lama rosak.

Suasana karnival memang meriah dengan pelbagai atur cara yang menggamit penyertaan masyarakat setempat.

Tetapi hati ini bagaikan tidak keruan.

Bayangkan dari pukul 8 pagi meja dibuka, sehinggalah jam 3 petang. Dadih hanya terjual sebanyak 7 cawan.

Demi ALLAH, hati ini sudah keluh kesah.

Saya tidak tahu apa sebabnya. Sedangkan gerai-gerai jualan keliling masjid, semuanya penuh dengan orang-ramai dan barangan mereka laku.

Dengan langkah longlai, saya menuju ke tandas.

Hati ini hanya terdetik kalimah ALLAH.

Tidak ada daya upaya melainkan semuanya dari ALLAH.

Seorang lelaki sedang berdiri di hadapan pintu tandas. Begitu tenang wajahnya.

Kami berbalas senyuman.

"Engkau jual apa?" tanya lelaki itu.

"Dadih." saya menjawab lemah.

"Laku tak?" dia bertanya lagi, tetapi kali ini suaranya agak keras.

Saya hanya menggelengkan kepala, tetapi berusaha untuk senyum.

Dia mengurut janggutnya yang agak panjang. Seraya memandang ke langit.

Tiba-tiba dia menunjukkan jari telunjuknya ke langit.

Saya pandang ke atas.

"Dia yang bagi rezeki. Tetapi ada ketikanya dia mahu menguji kekuatan iman kita." kata lelaki itu lagi.

Saya angguk tanda bersetuju.

Pintu tandas terbuka. Ada seseorang hendak keluar.

Sebelum bersiap untuk melangkah masuk, lelaki itu memandang saya.

"Engkau buat solat sunat Taubat. Selepas bagi salam, engkau Istighfar sebanyak-banyaknya. Dan ... JANGAN FIKIR TENTANG DADIH engkau. Itu urusan DIA." dan lelaki itu melangkah masuk ke dalam tandas.

Sejujurnya saya pun sudah rasa hampa sangat waktu itu. Ya rasa 'down' tidak terkata.

Usai solat sunat taubat. Saya terus beristighfar. Berusaha untuk tidak mahu ingat atau fikir tentang dadih.

Masuk waktu Asar. Saya menghentikan zikir.

Usai solat, saya sudah berkira-kira untuk pulang saja.

Dadih yang ada saya sudah niat untuk bersedekah saja.

Sebaik tiba di gerai. Saya terpinga-pinga. Kesemua kotak dadih saya hilang!

Seorang makcik yang berniaga di meja sebelah menegur. "Ni, dadih kamu AJK masjid dah ambil semua. Entah nak buat apa. Engkau jumpa haji Razak. Dia yang tinggalkan pesan, kalau kamu datang suruh jumpa dia."

Kaki melangkah laju ke meja urus setia.

Bertanyakan tentang AJK masjid yang bernama Haji RAZAK.

Petugas melaungkan nama orang itu.

Tiba-tiba dia muncul dari belakang kaunter.

"Ni, tuan haji, saudara ini yang jual dadih?" kata petugas kaunter kepada lelaki itu.

"Maaf, saya ambil semua kotak dadih kamu. Nak beri pada rombongan anak yatim malam ini. Peniaga ais krim tak dapat datang, jadi kami tukar kepada dadih kamu. Berapa ringgit satu cawan?" tanya Haji Razak.

.

YA ALLAH. Waktu itu saya rasa macam nak menangis.

Saya ISTIGHFAR dan saya lakukan solat sunat taubat. Dan urusan dunia bisnes saya >>> DIA yang uruskan.

SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH.

.
.

Sekadar bertanya. Siapa yang pernah mengalami situasi seperti saya ? Boleh kongsikan ?

.
.

Abang Long.
Penjual DADIH yang menulis.
Saat tiba pagi dan petang hari, yuk baca:

100 shalawat
100 tasbih subhaanawlloohi wabihamdih
100 astaghfiruwllooh.

Baca dengan penuh cinta, santai, dan dinikmati.

Baca juga

Bismillahirrahmanirrahim

Hasbiyawlloohu laa-ilaaha illaa huu 'alaihi tawakkaltu wahuwa robbul 'arsyil 'adzhiim.
Ini adalah bagian dari dua ayat terakhir dari Q.S. At Taubah.

Baca aja keduanya sebanyak 7 kali, ya.

Kemudian baca…surah Al Waqiah 1x

Buat yang berat hidupnya, ketahuilah, mungkin karena kurang zikir-zikir barangkali. Dengan membiasakan membaca zikir, semoga hidup menjadi semakin mudah. Buat yang rajin baca, ia bagaikan sedang mengumpulkan kekayaan, meniti jalan kemenangan, kesuksesan, kejayaan, dan kemuliaan. Terus rutinkan, ya.

Lebih baik lagi jika Saudara/saudari mau mempelajari betul dzikir pagi, petang, serta zikir-zikir setelah shalat. Pelajari dan amalkan. Benar sekali.
Hidup insya Allah bakal mudah semudah-mudahnya.

#petikanzikirkekayaan
#KH UstazYusufMansur
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ.
"Allahhumma soli'ala Saiyidina Muhammad wa'ala ali Saiyidina Muhammad"

@quotephotovideo🍂🍂🍂
‎Bila kita rasa kosong, rasa tersisih, rasa depression, hati jadi semakin gelap, cepat-cepatlah beristighfar!
.
People hurt you, but Allah will heal you.
.
Istighfar yang utama adalah,
.
‘Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih’
.
Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya.
.
Ada 3 #point utama dalam kita beristighfar ini yang memang kita perlukan sangat :
.
- Jalan keluar dari setiap kesempitan
- Beri kelapangan daripada setiap kesedihan
- Rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka
.
Jadikan bacaan istighfar ini salah 1 morning rituals kita dengan membaca 1 hari 1,000 kali. Kata lain masukkan istighfar ini dalam checklist harian kita.
.
Mula-mula rasa macam banyakkan? Tapi apa yang Lia praktikkan adalah 2 cara ini,
.
#Tips1
1 hari ada 5 kali waktu solat. Jadi setiap kali habis waktu solat buat 200x istighfar dengan penuh kusyuk.
.
Subuh - 200x
Zohor - 200x
Asar - 200x
Maghrib - 200x
Isya’ - 200x
.
#Tips2
Dalam kereta Lia kalau pergi ke mana-mana, memang tak akan pasang radio. Hanya ada usb untuk pasang lagu-lagu yang menenangkan dan ada 2 count zikir. 1 untuk Lia, 1 untuk Yuyu.
.
Jadi while on the way ke mana-mana kami akan pegang count zikir itu dan baca dengan penuh kusyuk juga. Fokus kita hanya kepada Allah.
.
Rasa ditimpa musibah? Istighfar.
Rasa dilanda gelisah atau masalah? Istighfar.
Rasa sakit hati dengan sesiapa? Istighfar.
.
Sebab Lia yakin dan percaya, dengan kita beristighfar, Allah akan aturkan kehidupan kita dengan sangat cantik, hati kita jadi tenang, kolam jiwa kita bersih dan InshaAllah rezeki pon mudah masuk tanpa putus-putus seperti air zam-zam yang bertebar di seluruh dunia!
.
Always syukur and always choose to forgive without waiting for an apology. ❤️
.
Silakan #share dengan bahagia.
Start your day with

SELAWAT 100x
Istigfar 100x
Sayyidul Istigfar 7x

Insyaallah, moga berkat sepanjang hari kita 🤲🏻

Salam Jumaat penghulu segala hari ❤️
See more posts

View in Telegram