UiTO Channel: Tanda-tanda Besar Kiamat

Tanda-tanda Besar Kiamat dikupas oleh THTL

View in Telegram

Recent Posts

💥💥💥TAMAT SYARAH KITAB TANDA KIAMAT KUBRA💥💥💥
🔥🔥🔥🔥

10.10  Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوق الناس إلى محشرهم)

10.10.5 Mahsyar ini (Syam) terjadi dunia (هذا الحشر في الدُّنيا)

10.10.5.2  Ulama yang menolak perhimpunan (Al Hasyr) manusia di Syria

Antara ulama' yang menolak berhimpunnya manusia di Syria/Syam adalah Imam Al Ghazali (Abu Hamid Al Ghazali, w.505H, Tus, Iran) dan Al Hulaimi, Qadhi Bukhara bermazhab Syafi'iy, w.403H. Menurut mereka berdua, Al Hasyr atau perhimpunan manusia cuma berlaku di akhirat, tidak di dunia (Al Qurthubi, At Tazkirah/199) dan Ibn Hajar (Al Fath, 11/379)

Pendapat mereka yang menolak Mahsyar di Syam dibantah oleh Imam Ibn Hajar (Al Fath, 11/380), Imam Nawawi, syarah Sahih Muslim 17/195; Al Hafiz Ibn Kathir, Al Fitan, 1/321 Tahqiq Dr Taha Zaini.

🔏Penutup:
Berkumpulnya manusia yang muktamad berlaku di akhirat nanti. Itu adalah ijmak, bahawa semua manusia, mukmin atau kafir akan dikumpulkan tanpa alas kaki, telanjang, tanpa khitan dalam bentuknya yang asli. Firman Allah ‎ﷻ:

يَوْمَ نَطْوِي السَّمَاءَ كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلْكُتُبِ ۚ كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ ۚ وَعْدًا عَلَيْنَا ۚ إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ


"(Iaitu) pada hari Kami menggulung langit sepertimana Kami menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai panciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati; sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya." [ Al Anbiya' : 104 ]
🔥🔥🔥🔥

10.10 Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوق الناس إلى محشرهم)

10.10.5 Mahsyar ini (Syam) terjadi dunia (هذا الحشر في الدُّنيا)

10.10.5.1 Muqaddimah

هذا الحشر المذكور في الأحاديث يكون في الدُّنيا، وليس المراد به حشر النَّاس بعد البعث من القبور، وقد ذكر القرطبي أن الحشر معناه الجمع، وهو على أربعة أوجه: حشران في الدنيا، وحشران في الآخرة

Pengumpulan yang disebut oleh hadith berlaku di dunia bukan selepas dibangkitkan daripada kubur-kubur. Berkata Al Qurthubi (at Tazkirah, 198) Al Hasyr (berkumpul manusia) akan berlaku 4 kali: dua kali di dunia, dua kali di akhirat.
أمّا حشرا الدُّنيا:

فالأول: إجلاء بني النضير إلى الشّام.

والثّاني: حشر النَّاس قبل القيامة إلى الشّام، وهي النّار المذكورة هنا في الأحاديث"

Hasyr Dunia:

1⃣ Pengusiran Bani An Nadhir ke Syam

Bani Nadhir adalah salah satu suku yahudi yang khianat dan melanggar perjanjian Piagam Madinah dan percubaan membunuh Nabi ﷺ. Mereka telah diusir ke Syria.

2⃣ Perkumpulan manusia di Syam sebelum kiamat oleh api seperti yang dijelaskan dalam beberapa hadith di sini.

وكون هذا الحشر في الدُّنيا هو الّذي أجمع عليه جمهور العلماء؛ كما ذكر ذلك القرطبي، وابن كثير، وابن حجر، وهو الّذي تدلُّ عليه النصوص كما تقدَّم بسطها

Pendapat yang menetapkan Al Hasyr di dunia adalah ittifak (disepakati majoriti ulama' (ahli sunnah) seperti yang dijelaskan oleh Al Qurtubi, Ibn Kathir, Ibn Hajar yang tsabit melalui pelbagai nas.
🔥🔥🔥🔥

10.10 Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوق الناس إلى محشرهم)

10.10.4 Syria/Syam tempat Mahsyar di dunia (أرض المحشر)

10.10.4.9 Hadith Ibn Umar (sahih)

قد دعا رسول الله - صلّى الله عليه وسلم - للشام بالبركة؛ كما ثبت في "الصّحيح" عن ابن عمر رضي الله عنهما؛ قال: قال النّبيّ - صلّى الله عليه وسلم -: "اللَّهُمَّ بارك لنا في شامنا، اللَّهُمَّ بارك لنا في يمننا"

RasuluLlah ﷺ pernah mendoakan Syam/Syria dengan kerbekatan, tsabit dalam Sahih daripada Ibn Umar رضي الله عنهما:

"Ya Allah berkatilah akan Syam kami, Ya Allah berkatilah akan Yaman kami." (HR Bukhari, 13/45, Fathul bari, No. 1037)

("صحيح البخاريّ"، كتاب الفتن (١٣/ ٤٥ - مع الفتح).)

وقد تقدَّم أن نزول عيسى -عليه السّلام- في آخر الزَّمان يكون بالشام، وبه يكون اجتماع المؤمنين لقتال الدَّجَّال

Sudah dijelaskan sebelum ini Isa al Masih turun di Syam, dan di Syam jugalah berkumpulnya manusia untuk memerangi Dajjal.
🔥🔥🔥🔥

10.10 Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوق الناس إلى محشرهم)

10.10.4 Syria/Syam tempat Mahsyar di dunia (أرض المحشر)


10.10.4.8 Hadith Abdullah bin Hawalah (sahih)

وروى أبو داود بسنده إلى عبد الله بن حوالة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((سيصير الأمر إلى أن تكونوا جنوداً مجندة, جند بالشام, وجند باليمن, وجند بالعراق, قال ابن حوالة: خر لي يا رسول الله إن أدركت ذلك, فقال: عليك بالشام, فإنها خيرة الله من أرضه, يجتبي إليها خيرته من عباده, فأما إن أبيتم فعليكم بيمنكم, واسقوا من غدركم, فإن الله توكل لي بالشام وأهله)

HR Abu Daud dari sanad Abdullah bin Hawalah رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ bersabda:
“Kegawatan akan menjadikan kamu kepada beberapa pecahan tentera (pasukan): pasukan di Syam, pasukan di Yaman dan pasukan di Iraq. Ibnu Hawalah berkata: "Wahai Rasulullah, pilihkan untuk saya jika aku menjumpai hal tersebut". Baginda bersabda: "Hendaklah engkau memilih Syam, bergabung dengan pasukan Syam (sSyria) kerana mereka pilihan Allah ‎ﷻ dari muka bumi yang Dia pilih untuk hamba-hamba-Nya. Jika engkau tidak mampu, maka hendaklah bergabung ke Yaman kalian dan berilah minum daripada sumber-sumber mata air kalian, kerana Allah ‎ﷻ memilih untukku Syam dan penduduknya.” (HR Abu Daud 2466 cetakan bersama Aun Al Ma'bud, disahihkan oleh Al Albani, sahih Al Jaami' 3659 dan Sahih Sunan Abu Daud 2483)

((صحيح) انظر حديث رقم: 3659 في صحيح الجامع) (الراوي : عبدالله بن حوالة | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح أبي داود الصفحة أو الرقم: 2483 | خلاصة حكم المحدث : صحيح)
🔥🔥🔥🔥

10.10 Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوق الناس إلى محشرهم)

10.10.4 Syria/Syam tempat Mahsyar di dunia (أرض المحشر)


10.10.4.7 Hadith Abdullah bin Hawalah (dhaif)

وأخرج الطبراني عن عبد الله بن حوالة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((رأيت ليلة أسري بي عموداً أبيض كأنه لؤلؤة تحمله الملائكة. قلت: ما تحملون؟ فقالوا: عمود الكتاب أمرنا أن نضعه بالشام)

Pada malam aku diisra’kan aku melihat tiang-tiang putih seperti permata yang dibawa oleh para malaikat. Aku bertanya, 'Apa yang kalian bawa?' Mereka menjawab, 'Tiang-tiang Islam, dan kami ditugaskan untuk meletakkannya di Syam'. (HR At-Tabrani)

Tahqiq:

الراوي : عبدالله بن حوالة | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الترغيب
الصفحة أو الرقم : 1806 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

Dinilai dhaif oleh Syeikh Al Albani, dhaif At Targheeb 1806
🔥🔥🔥🔥

10.10 Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوق الناس إلى محشرهم)


10.10.4 Syria/Syam tempat Mahsyar di dunia (أرض المحشر)

10.10.4.6 Hadith Abu Darda' (sahih)

أخرجه الإمام أحمد عن أبي الدرداء قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((بينا أنا نائم إذ رأيت عمود الكتاب احتمل من تحت رأسي؛ فظننت أنه مذهوب به، فأتبعته بصري، فعمد به إلى الشام، ألا وإن الإيمان حين تقع الفتن بالشام)) رواه الإمام أحمد (21733) ، والفسوي في " المعرفة " (2/290) ، والبزار "كشف الأستار" (3332)

Takhrij:

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ رَأَيْتُ عَمُودَ الْكِتَابِ احْتُمِلَ مِنْ تَحْتِ رَأْسِي ، فَظَنَنْتُ أَنَّهُ مَذْهُوبٌ بِه ِ، فَأَتْبَعْتُهُ بَصَرِي ، فَعُمِدَ بِهِ إِلَى الشَّامِ ، أَلَا وَإِنَّ الْإِيمَانَ حِينَ تَقَعُ الْفِتَنُ بِالشَّامِ )
وقال الهيثمي في مجمع الزوائد (10/ 57):
" رَوَاهُ أَحْمَدُ، وَالطَّبَرَانِيُّ، وَرِجَالُ أَحْمَدَ رِجَالُ الصَّحِيحِ ".
وقال محققو المسند : " إسناده صحيح، رجاله ثقات رجال الصحيح ".

Daripada Abu Darda’ رضي الله عنه dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda, "Di saat tidur aku melihat tiang-tiang kitab (iman) telah diambil para malaikat dari bawah kepalaku, aku sangka iman akan tercabut dari muka bumi ini. Sampai akhirnya aku melihatnya dibawa menuju negeri Syam. Tidahkah kalian ketahui bahawa Iman akan tetap ada di negeri Syam di saat terjadi fitnah." (HR Imam Ahmad, Musnad, 21,733; al Fasawi (Damsyiq, w.277H), al Ma'rifah 2/290 dan al Bazzar, Kasyf al Astar, 3,332.)

Tahqiq:
Dinilai sahih oleh al Haithami majma' az zawaid, 10/57; muhaqqiq al Musnad juga kata sahih.
🔥🔥🔥🔥

10.10 Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوق الناس إلى محشرهم)


10.10.4 Syria/Syam tempat Mahsyar di dunia (أرض المحشر)

10.10.4.5 Athar Ibn Abbas (dhaif)

قال ابن حجر: (وفي تفسير ابن عيينة عن ابن عباس: من شك أن المحشر هاهنا يعني الشام فليقرأ أول سورة الحشر، قال لهم رسول الله صلى الله عليه وسلم يومئذ: اخرجوا, قالوا: إلى أين؟ قال: إلى أرض المحشر) (فتح الباري (11 / 380) ، وانظر تفسير ابن كثير (4 / 330))

Ibn Hajar al Asqolani رحمه الله (Cairo, w.852H), "Terdapat dalam Tafsir Ibn Uyainah (Sufyan bin Uyainah, Makkah, w.198H) meriwayatkan daripada Ibn Abbas, "Barangsiapa yang syak bahawa Mahsyar itu di sini (Syam) maka bacalah permulaan surah Al Hasyr di mana Rasulullah ﷺ bersabda, "Keluarlah kamu semua!" Mereka bertanya, "Ke mana?" Nabi ﷺ menjawab, "Bumi Mahsyar (Syam)" (Ibn Hajar, Fath al Bari 11/380; Ibn Kathir, Tafsirnya, 4/330)

Sahih di sisi Ibn Hajar, akan tetapi dinilai dhaif oleh muhaqqiq tafsir Ibn Kathir, terbitan Darul Haitham, cetakan 2005, Cairo) kerana perawi Abu Saad Al Baqal, mudalis
🔥🔥🔥🔥

10.10 Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوق الناس إلى محشرهم)

10.10.4 Syria/syam tempat Mahsyar di dunia (أرض المحشر)

10.10.4.4 Hadith Abdullah bin Amr رضي الله عنه (dhaif)

وروى الإمام أحمد وأبو داود عن عبد الله بن عمرو قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((ستكون هجرة بعد هجرة, ينحاز الناس إلى مهاجر إبراهيم, لا يبقى في الأرض إلا شرار أهلها, تلفظهم أرضوهم, تنذرهم نفس الله, تحشرهم النار مع القردة والخنازير, تبيت معهم إذا باتوا وتقيل معهم إذا قالوا, وتأكل من تخلف))

Akan ada hijrah setelah hijrah. Orang-orang terbaik (di muka bumi) adalah mereka yang menuju ke tempat hijrah Nabi Ibrahim (Syam). Lalu akan tersisa di bumi (selain Syam) adalah seburuk-buruk manusia. Bumi akan melemparkan mereka, Allah akan membenci mereka, dan api akan mengumpulkan mereka bersama kera dan babi, api akan mengiringi mereka ketika mereka bermalam, atau ketika mereka istirehat dan api akan memakan orang yang tercicir." (HR Ahmad 6871, Abu Daud, sunan, 2465, kod aum al ma'bud)

Sanad Imam Ahmad, haddathana Abdul Razzaq daripada Ma'mar daripada Qatadah daripada Syahr bin Hauthab daripada Ibn Amru... (وقد أسند الإمام أحمد هذا الحديث، فرواه مطولاً من حديث عبد الله بن عمرو بن العاص قال: حدثنا عبد الرزاق، أخبرنا معمر عن قتادة عن شهر بن حوشب)

Tahqiq:
Yang mensahihkan ialah Ibn Hajar dalam al Fath, 11/380, Syeikh al Albani, silsilah al sahihah 3203 (في «السلسلة الصَّحِيحَة» برقم (3203)) dan Syeikh Ahmad Syakir, tahqiq al Musnad.
Yang kata dhaif ialah Syeikh Syuaib al Arnaout, ta'liq al Musnad, kerana perawi Syahr bin Hausyab (وضعّفه الشيخ شعيب الأرنؤوط في تعليقه على «مسند أحمد» (ط الرسالة: 11/456) فقال: "إسناده ضعيف لضعف شهر بن حوشب); juga muhaqqiq tafsir Ibn Kathir pustaka daar ibn Haitham.

🔏Final verdict/ muktamad: dhaif.
🔥🔥🔥🔥

10.10 Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوق الناس إلى محشرهم)

10.10.4 Syria/Syam tempat Mahsyar di dunia (أرض المحشر)

10.10.4.3 Hadith dari Bahaz bin Hakim

وفي رواية الترمذي عن بهز بن حكيم عن أبيه عن جده قال قلت: يا رسول الله أين تأمرني؟ قال: ((هاهنا ونحا بيده نحو الشام)

Dalam riwayat At- Tirmidzi daripada Bahaz bin Hakiim daripada ayahnya daripada datuknya, "Aku bertanya Rasulullah ﷺ ke manakah engkau memerintahkan aku (ketika akhir zaman yang banyak fitnah), Nabi ﷺ bersabda, "Ke arah sana (sambil memberi isyarat ke arah Syam/Syria)."

Tahqiq:
HR Tirmidzi 2192, Ahmad 20,043, ulas At Tirmidzi, hadith hasan sahih, disahihkan juga oleh Al Haakim, disepakati Az Zahabi dan dinilai kuat sanadnya oleh Al Hafiz Ibn Hajar dalam al Fath, 11/387.

رواه الترمذي (2192)، وأحمد (5/3) (20043)، والحاكم (4/608). قال الترمذي: حسن صحيح، وقال الحاكم: هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه، ووافقه الذهبي، وقوى إسناده ابن حجر في ((فتح الباري)) (11/387)

💬Syarah Dr. al-Areefi (Nihayatul Alam):

Syam (termasuk Palestine, Lebanon, Jordan dan Syria sekarang dinamakan Syam pada zaman dahulu) akan menjadi tempat berkumpul manusia di mana akan terjadi perang yang besar atau Al-Malhamah Al Kubra. Perang ini berlaku di akhir zaman, ketika al-Mahdi dan Isa al-Masih. Maka untuk bersama al-Mahdi dan Isa, maka Nabi ﷺ menyarankan umat Islam kalau boleh hendaklah datang ke Syam pada ketika itu.
🔥🔥🔥🔥

10.10 Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوق الناس إلى محشرهم)

10.10.4 Syria/Syam tempat Mahsyar di dunia (أرض المحشر)

10.10.4.2 Hadith Hakim bin Muawiyah (sahih)

وروى الإمام أحمد عن حكيم بن معاوية البهزي عن أبيه فذكر الحديث وفيه قوله صلى الله عليه وسلم: ((هاهنا تحشرون، هاهنا تحشرون، هاهنا تحشرون - ثلاثاً - ركباناً, ومشاة, وعلى وجوهكم)) قال ابن أبي بكير: فأشار بيده إلى الشام فقال: إلى هاهنا تحشرون (قال ابن أبي بكير فأشار بيده إلى الشام فقال إلى هاهنا تحشرون)

Imam Ahmad meriwayatkan daripada sanad Hakim bin Mu'awiyah al Bahzi daripada ayahnya yang meriwayatkan hadith Nabi ﷺ (disinilah (Syam) tempat kamu semua akan berkumpul, Nabi ﷺ sebut tiga kali, mereka akan berkumpul melalui kenderaan, berjalan kaki dan ada yang diheret di atas wajah-wajah mereka (dipaksa menuju Syam/Syria).

Tahqiq:
HR Ahmad, 20,025, dinilai sahih oleh Al Wada'iy, al Sahih al Musnad, no 1129 Hakim bin Muawiyah daripada ayahnya Mu'awiyah bin Haidah.

رواه أحمد (4/446) (20025). قال الوادعي في ((الصحيح المسند)) (1129): صحيح.
🔥🔥🔥🔥

10.10 Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوقالناس إلى محشرهم)

10.10.4 Syria/Syam tempat Mahsyar di dunia (أرض المحشر)

Mahsyar ( المحشر) ialah tempat berkumpul; jumhur ahli sunnah berpendapat sebelum mahsyar yang agung di akhirat, manusia akhir zaman juga akan berkumpul di mahsyar Syria.

10.10.4.1 Hadith Ibn Umar (sahih)

منها ما روي عن ابن عمر رضي الله عنهما في ذكر خروج النار وفيه ((قال: قلنا يا رسول الله فماذا تأمرنا؟ قال: عليكم بالشام))

Takhrij:
(وهذا حديث حسن غريب صحيح من حديث ابن عمر)وأحمد بن حنبل في مسنده 2/ 8 حديث (4536); أخرجه: الترمذي (4/ 498 حديث (2217))

HR Tirmidzi 2217, Musnad Ahmad 4536, dinilai hasan sahih gharib oleh Imam Abu Isa, indikasi sahih. Disahihkan oleh Al Albani, sahih Tirmidzi dan Syeikh Al Arnaout, takhrij Al Musnad.
🔥🔥🔥🔥

10.10 Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوق الناس إلى محشرهم)

10.10.3 Cara api mengumpulkan manusia (كيفية حشرها للناس)

10.10.3.3 Hadith abu Dzarr (sahih)

Daripada Hudzaifah bin Asid رضي الله عنه, beliau berkata, “Abu Dzarr رضي الله عنه berdiri, lalu beliau berkata:

يَا بَنِيْ غِفَارٍ! قُوْلُوْا وَلاَ تَخْتَلِفُوْا، فَإِنَّ الصَّادِقَ الْمَصْدُوْقَ حَدَّثَنِيْ أَنَّ النَّاسَ يُحْشَرُوْنَ عَلَـى ثَلاَثَةِ أَفْوَاجٍ، فَوْجٌ رَاكِبِيْنَ طَاعِمِيْنَ كَاسِيْنَ، وَفَوْجٌ يَمْشُوْنَ وَيَسْعَوْنَ، وَفَوْجٌ تَسْحَبُهُمُ الْمَلاَئِكَةُ عَلَى وُجُوْهِهِمْ وَتَحْشُرُهُمْ إِلَى النَّارِ فَقَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ: هَذَانِ قَدْ عَرَفْنَاهُمَا، فَمَا بَالُ الَّذِيْنَ يَمْشُوْنَ وَيَسْعَوْنَ؟ قَالَ: يُلْقِـي اللهُ اْلآفَةَ عَلَى الظَّهْرِ حَتَّى لاَ يَبْقَى ظَهْرٌ، حَتَّـى إِنَّ الرَّجُلَ لَيَكُوْنُ لَهُ الْحَدِيْقَةُ الْمُعْجِبَةُ فَيُعْطِيْهَا بِالشَّارِفِ ذَاتَ الْقَتَبِ، فَلاَ يَقْدِرُ عَلَيْهَا.

“Wahai Bani Ghifar!* Bersatulah dan janganlah kalian berselisih, kerana Ash-Shaadiqul Mashduuq ﷺ telah bersabda kepadaku, ‘Sesungguhnya manusia akan dikumpulkan dalam tiga kelompok:
1⃣ Satu kelompok yang mengenakan pakaian, diberi makan, dan berkenderaan,
2⃣ Satu kelompok yang berjalan dan berlari, dan
3⃣ Satu kelompok (lain) yang wajah-wajah mereka diseret oleh para Malaikat dan digiring menuju api,’ lalu seseorang daripada mereka berkata, ‘Dua kelompok ini sudah kami ketahui, maka bagaimana keadaan orang yang berjalan dan berlari?’ Beliau menjawab, ‘Allah mengirimkan penyakit (yang mematikan) pada binatang tunggangan mereka hingga tidak ada yang tersisa, bahkan seseorang memiliki kebun yang sangat bagus akan ditukarnya dengan unta betina gemuk yang memiliki pelana, akan tetapi orang tersebut tidak mampu melakukannya (memilikinya).”

Takhrij/Tahqiq:
[Musnad Imam Ahmad (21,512, dengan catatan pinggir Muntakhab Kanzul ‘Ummal), Sunan an-Nasa-i, kitab al-Janaa-iz, bab al-Ba’tsu (IV/116-117), Mustadrak al-Hakim (IV/564), al-Hakim berkata, “Sanad hadits ini shahih kepada al-Walid bin Jami’, akan tetapi keduanya (al-Bukhari dan Muslim) tidak meriwayatkannya, dipersetujui oleh al zahabi”]‎

Disahihkan oleh Syeikh Mustafa al Adawi, al sahih al Musnad daripada hadith-hadith fitnah huruhara dan tanda tanda kiamat, ms 560, ( عنوان الكتاب: الصحيح المسند من أحاديث الفتن والملاحم وأشراط الساعة
المؤلف: مصطفى العدوي أبو عبد الله)


✳️Bani Ghifar merupakan bani yang berasal di Wadi Safra' 120KM dari Madinah Munawarah. yang pertama masuk Islam daripada Bani Ghifar ialah Abu Dzar (Jundab bin Junadah)
🔥🔥🔥🔥

10.10 Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوق الناس إلى محشرهم)

10.10.3 Cara api mengumpulkan manusia (كيفية حشرها للناس)

10.10.3.2 Hadith Abdullah bin Amar (sahih/dhaif)

وعن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما؛ قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " تبعث نار على أهل المشرق، فتحشرهم إلى المغرب؛ تبيت معهم باتو وتقيل معهم حيث قالوا، يكون لها ما سقط منهم وتخلف، وتسوقهم سَوق الجمل الكسير " (رواه الطبراني في "الكبير" و "الأوسط"، ورجاله ثقات. "مجمع الزوائد" .ورواه الحاكم في "المستدرك"وقال "هذ حديث صحيح، ولم يخرجا "ووافقه الذهبي على تصحيحه)

Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr رضي الله عنه, katanya: Baginda ﷺ bersabda: Api akan dihantar kepada penduduk Timur, kemudian api itu menggiring mereka ke Barat. Api itu akan bermalam bersama mereka di mana sahaja mereka bermalam dan ia tidur siang bersama mereka di mana sahaja mereka tidur siang. Apa sahaja yang jatuh atau tertinggal akan dibakarnya, api itu menghalau mereka seperti menghalau unta yang patah kaki." (HR At-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, no 8092 dan al kabir, dinilai sahih oleh al Haithami, majma' az zawaid (8/15), al Hakim dalam al Mustadrak (4/591), ulasnya, hadith sahih, tidak dikeluarkan oleh Bukhari-Muslim, disepakati oleh Az Zahabi.

[رواه الطبراني في ((المعجم الأوسط)) (8/99) (8092)، والحاكم (4/591) وقال: هذا حديث صحيح ولم يخرجاه, ووافقه الذهبي، وقال الهيثمي في ((مجمع الزوائد)) (8/15): رواه الطبراني في الكبير والأوسط ورجاله ثقات]

Yang mengatakan dhaif ialah Al Albani, silsilah al dhaifah no 6915 ([طس ((الضعيفة)) (6915)])
🔥🔥🔥🔥

10.10 Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوق الناس إلى محشرهم)

10.10.3 Cara api mengumpulkan manusia (كيفية حشرها للناس)

10.10.3.1 Hadith Abu Hurairah (sahih)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ النَّاسُ عَلَى ثَلَاثِ طَرَائِقَ رَاغِبِينَ رَاهِبِينً وَاثْنَانِ عَلَى بَعِيرٍ وَثَلَاثَةٌ عَلَى بَعِيرٍ وَأَرْبَعَةٌ عَلَى بَعِيرٍ وَعَشَرَةٌ عَلَى بَعِيرٍ وَتَحْشُرُ بَقِيَّتَهُمْ النَّارُ تَبِيتُ مَعَهُمْ حَيْثُ بَاتُوا وَتَقِيلُ مَعَهُمْ حَيْثُ قَالُوا وَتُصْبِحُ مَعَهُمْ حَيْثُ أَصْبَحُوا وَتُمْسِي مَعَهُمْ حَيْثُ أَمْسَوْا

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi ﷺ bersabda: "Manusia dikumpulkan menjadi kelompok, kelompok yang dalam keadaan senang, ada kelompok yang merasa ketakutan. Ada kelompok di mana dua orang yang menunggangi satu unta, ada tiga orang yang menunggangi satu unta, ada empat orang yang menunggangi satu unta bahkan ada sepuluh orang yang menunggangi satu unta, lalu sisanya dikumpulkan oleh api yang selalu menyertai mereka pada malam dan siang." Mereka berkata: "Pada pagi dan petang hari." (HR sahih Bukhari, 6522, cetakan al Fath; sahih Muslim 5105)

🗯 Syarah Dr Al Areefi:

والمعنى:أن هذه النار ليس المقصود مِنْها إحراق الناس، وإنما سوقهم إلى أرض المحشر في الشام، فإذا مشى الناس وتعبوا ونزلوا للقيلولة النوم، وقفت النار، فإذا استيقظوا من قيلولتهم انطلقت إليهم تسوقهم، وكذلك إذا باتوا ليلاً باتت معهم، فإذا أصبحوا وارتحلوا ارتحلت معهم تسوقهم..حتى تنتهي بهم إلى الشام

Api yang dimaksudkan di sini bukan api yang membakar manusia tetapi mengumpulkan manusia di padang mahsyar di Syria. Api itu sentiasa mengekori mereka baik ketika bergerak, ketika berehat dan tidur. Api itu terus mengekori mereka hinggalah sampai ke destinasi di Syria.
✳️ Yahudi memusuhi Jibril عليه السلام dan menyukai Mikail. Hal ini mendatangkan kemurkaan Allah ‎ﷻ, dijelaskan dalam surah Al-Baqarah 97-98:

Katakanlah: "Barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (Al Quran) ke dalam hatimu dengan seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir".
🔥🔥🔥🔥

10.10 Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوق الناس إلى محشرهم)

10.10.2.3 Hadith Anas bin Malik (sahih)

بَلَغَ عَبْدَ اللَّهِ بنَ سَلَامٍ مَقْدَمُ رَسولِ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ المَدِينَةَ فأتَاهُ، فَقالَ: إنِّي سَائِلُكَ عن ثَلَاثٍ لا يَعْلَمُهُنَّ إلَّا نَبِيٌّ؛ قالَ: ما أوَّلُ أشْرَاطِ السَّاعَةِ؟ وما أوَّلُ طَعَامٍ يَأْكُلُهُ أهْلُ الجَنَّةِ؟ ومِنْ أيِّ شَيءٍ يَنْزِعُ الوَلَدُ إلى أبِيهِ؟ ومِنْ أيِّ شَيءٍ يَنْزِعُ إلى أخْوَالِهِ؟ فَقالَ رَسولُ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: خَبَّرَنِي بهِنَّ آنِفًا جِبْرِيلُ، قالَ: فَقالَ عبدُ اللَّهِ: ذَاكَ عَدُوُّ اليَهُودِ مِنَ المَلَائِكَةِ، فَقالَ رَسولُ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: أمَّا أوَّلُ أشْرَاطِ السَّاعَةِ فَنَارٌ تَحْشُرُ النَّاسَ مِنَ المَشْرِقِ إلى المَغْرِبِ، وأَمَّا أوَّلُ طَعَامٍ يَأْكُلُهُ أهْلُ الجَنَّةِ فَزِيَادَةُ كَبِدِ حُوتٍ، وأَمَّا الشَّبَهُ في الوَلَدِ: فإنَّ الرَّجُلَ إذَا غَشِيَ المَرْأَةَ فَسَبَقَهَا مَاؤُهُ كانَ الشَّبَهُ له، وإذَا سَبَقَ مَاؤُهَا كانَ الشَّبَهُ لَهَا. قالَ: أشْهَدُ أنَّكَ رَسولُ اللَّهِ، ثُمَّ قالَ: يا رَسولَ اللَّهِ، إنَّ اليَهُودَ قَوْمٌ بُهُتٌ، إنْ عَلِمُوا بإسْلَامِي قَبْلَ أنْ تَسْأَلَهُمْ بَهَتُونِي عِنْدَكَ، فَجَاءَتِ اليَهُودُ، ودَخَلَ عبدُ اللَّهِ البَيْتَ، فَقالَ رَسولُ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: أيُّ رَجُلٍ فِيكُمْ عبدُ اللَّهِ بنُ سَلَامٍ؟ قالوا: أعْلَمُنَا وابنُ أعْلَمِنَا، وأَخْيَرُنَا وابنُ أخْيَرِنَا، فَقالَ رَسولُ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: أفَرَأَيْتُمْ إنْ أسْلَمَ عبدُ اللَّهِ؟ قالوا: أعَاذَهُ اللَّهُ مِن ذلكَ، فَخَرَجَ عبدُ اللَّهِ إليهِم، فَقالَ: أشْهَدُ أنْ لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وأَشْهَدُ أنَّ مُحَمَّدًا رَسولُ اللَّهِ، فَقالوا: شَرُّنَا وابنُ شَرِّنَا، ووَقَعُوا فِيهِ.

Daripada Anas رضي الله عنه katanya: Abdullah bin Salam mendengar ketibaan Rasulullah ﷺ di Madinah kemudian beliau mendatanginya, lalu bertanya: “Sesungguhnya aku ingin bertanya kepada kamu tentang tiga perkara, tidaklah mengetahuinya melainkan seorang Nabi:

1⃣ Apakah tanda pertama hari kiamat?
2⃣ Apakah makanan pertama kali yang akan dimakan oleh penghuni syurga?
3⃣ Mengapakah seorang anak mirip sebelah bapanya? Mengapakah seorang anak boleh mirip sebelah bapa-bapa saudaranya di sebelah ibunya?

Jawab Nabi ﷺ: “Jibril عليه السلام telah memberitahu aku tentang soalanmu itu sebentar tadi.” kata Abdullah: ” Itulah musuh orang-orang yahudi dalam kalangan malaikat”* Lalu Nabi ﷺ menjawab:

1⃣ Tanda pertama hari kiamat adalah munculnya api dan menggiring dihimpunkan daripada timur hingga ke barat.
2⃣ Adapun makanan terawal yang akan dimakan oleh ahli syurga adalah hati ikan paus.
3⃣ Adapun serupanya seorang anak: “Jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya lalu air maninya mendahului air mani isterinya maka anak itu akan menyerupai bapanya, jika air mani isterinya mendahului air mani suaminya maka anaknya akan meyerupai ibunya.”

Kata Abdullah bin Salam: “Aku bersaksi bahwasanya engkau adalah Rasulullah” kemudian katanya: “Ya Rasulullah! Sesungguhnya Yahudi adalah kaum yang suka berdusta, jika mereka tahu dengan pengislamanku ini sebelum engkau bertanya mereka, mereka mendustakan aku di sisi engkau.” Lalu datang seorang Yahudi dan Abdullah masuk ke dalam rumahnya, Lalu Nabi ﷺ bersabda: “Siapakah Abdullah bin Salam di sisi kamu?” Mereka menjawab: “Dia adalah orang yang paling alim di antara kami, anak kepada orang yang paling alim dalam kalangan kami, orang yang paling baik di sisi kami, dan anak orang yang paling baik di sisi kami” Tanya Nabi ﷺ: “Bagaimana pendapat kamu jika Abdullah masuk Islam?” Jawab mereka: “Moga Allah melindungi dia daripada hal tersebut.” Lalu Abdullah keluar kepada mereka dan berkata: “Aku bersaksi bahwasanya tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah!

Lalu Yahudi itu berkata: “Dia (Abdullah) orang yang paling buruk di sisi kami, anak orang yang paling buruk di sisi kami, lalu mereka mencelanya.”

(HR Bukhari No. 3329, Kitab Ahadith Al- Anbiya` bab Penciptaan Adam dan zuriatnya)
🔥🔥🔥🔥

10.10 Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوق الناس إلى محشرهم)

10.10.2.2 Hadith Abdullah bin Umar (sahih)

وعن عبد الله بن عمر رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<<ستخرج نار قبل يوم القيامة من بحر حضرموت , أو من حضرموت تحشر الناس>>قالوا:فبم تأمرنا يا رسول الله ؟ قال:<<عليكم بالشام>

Rasulullah ﷺ bersabda, "Api akan keluar dari Laut Hadhramaut sebelum datang hari Kiamat. Api itu menggiring manusia. " Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apa yang engkau perintahkan kepada kami (untuk menghadapi itu)?" Rasulullah ﷺ menjawab, "Hendaknya kalian menetap di kota Syam ".

Abu Isa berkata, "Pada bab ini terdapat riwayat lain daripada Hudzaifah bin Asid, Anas, Abu Hurairah, dan Abu Dzar". Hadith ini hasan gharib sahih, daripada hadith Ibnu Umar.

Takhrij:

سَتَخْرُجُ نَارٌ مِنْ حَضْرَمَوْتَ أَوْ مِنْ نَحْوِ بَحْرِ حَضْرَمَوْتَ ، قَبْلَ يَوْمِ القِيَامَةِ ، تَحْشُرُ النَّاسَ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ ، فَمَا تَأْمُرُنَا؟ قَالَ: عَلَيْكُمْ بِالشَّامِ ". أخرجه الترمذي (2217) ، وصححه الشيخ الألباني في "السلسلة الصحيحة" (2768) .قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ وَأَنَسٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَأَبِي ذَرٍّ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ صَحِيحٌ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ عُمَرَ

HR Tirmidzi, 2217, dinilai sahih oleh Syeikh Al Albani, Silsilah Al Sahihah 2768.

🔏Fiqh hadith:

Dengan demikian, negeri Syam merupakan negeri tempat dikumpulkan manusia dari pelbagai penjuru dunia sebelum tiba hari Kiamat. Penduduk bumi terbaik berhijrah kepadanya secara sukarela dan berkumpul di sana, adapun manusia yang buruk, maka mereka dikumpulkan dalam keadaan terpaksa dari negeri-negeri mereka menuju Syam (Ibn Rajab al Hanbali رحمه الله, Lathaiful Ma’arif, ms 88-89).
🔥🔥🔥🔥

10.10 Tanda Besar Kiamat No. 10: Api yang Menggiring Manusia Menuju Padang Mahsyar (نار تسوق الناس إلى محشرهم)

10.10.1 Muqaddimah

آخر علامات الساعة وختام أماراتها وأشراطها.. نار تخرج من اليمن تسوق الناس إلى أرض المحشر وتجمعهم فيها. وأرض المحشر هي أرض بيضاء مستوية كقرصة النقي ليس فيها معلم لأحد

Tanda Kiamat Besar yang terakhir dan penutup ialah keluarnya api dari Yaman yang menggiring manusia menuju padang Mahsyar dan menghimpunkan mereka semuanya di sana. Adapun padang Mahsyar ialah dataran putih murni tanpa sebarang tanda dan penyuluh. [* Isu mahsyar akan dijelaskan kemudian, apakah ada banyak mahsyar? Mahsyar Syria dan mahsyar di akhirat?]

10.10.2 Tempat keluarnya api

10.10.2.1 Hadith Hudzaifah bin Asid (sahih)

Hudzaifah bin Asid رضي الله عنه ketika menyebutkan tanda-tanda (besar) Kiamat, di dalamnya ada sabda baginda ﷺ:

وآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَْخْرُجُ مِنَ الْيَمَنِ، تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ.

Dan yang terakhirnya adalah api yang keluar dari Yaman, menggiring manusia ke tempat mereka berkumpul.” (HR. Muslim)

Takhrij:

مسلم في "صحيحه" (2901)

HR Muslim No. 2901

Versi lain:

Daripada Hudzaifah رضي الله عنه:

: وَنَارٌ تَخْرُجُ مِنْ قُعْرَةِ عَدْنٍ تُرَحِّلُ النَّاسَ. “

Dan api yang keluar dari jurang ‘Adn* yang menggiring manusia.

Juga sahih Muslim, penjelasan Imam Nawawi (jld 18/28)

✳️Adn atau Eden atau Aden adalah bandar pelabuhan yaman, sekarang adalah ibu negara Yaman yang sementara kerana ibu negara sebenar Yaman, San'a jatuh ke tangan pemberontak Houthi.
See more posts

View in Telegram