BICARA KETUHANAN

Group ini diwujudkan untuk berkongsi bicara ketuhanan yang tertulis dalam kitab Allah Syariat dan Hakikat2 – Memandang Wajah Nya – tulisan Ayahanda kami sebarang kemusykilan boleh diajukan pada saya di @PakChuDazze1975

View in Telegram

Recent Posts

MUHAMMAD SYARIAT DAN HAKIKAT
Suatu Pemurnian

Karya : WALID IBRAHIM AL MALIK

Seulas Bicara Penulis

Perbicaraan tentang Muhammad ﷺ telah berlaku dua keadaan yakni satu golongan yang melampau dalam membicarakan kedudukan Baginda ﷺ hingga menyamakan Baginda ﷺ sebagai jelmaan Allah ﷻ dan diri Baginda ﷺ adalah sebahagian dari Dzat Allah ﷻ yang Qadim.

Kalimah Nur Allah atau Nur Muhammad ﷺ yang ditafsir secara zahir tanpa ditakwil dengan makna yang menepati dengan jalan Akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Ramai para pencinta tasawwuf tanpa sedar tergelincir dengan fahaman Hulul dan Ittihad serta Wahdatul Wujud yang batil (yang difahami secara batil) lantaran kesalahan fahaman dalam tafsiran secara zahir akan kalimah yang diungkapkan tentang Hakikat Muhammad.

Ada sebahagian yang melampau dalam menolak kemuliaan Muhammad ﷺ hingga menganggap hanya manusia biasa yang tiada apa-apa keistimewaan melainkan hanya wàhyu yang diturunkan. Muhammad ﷺ hanya dikenali sebagai Muhammad Bin Abdullah tanpa mengenali keagungan dan martabat khusus Muhammad ﷺ dalam penciptaan Baginda di sisi Allah ﷻ berbanding dari makhluk yang lain.

Buku yang ditulis ini adalah untuk menjernihkan kefahaman kedua-dua pihak dan memurnikan ajaran sufi agar masyarakat tidak terperangkap dengan ajaran Hulul, Ittihad dan Wahdatul Wujud yang batil (yang ditafsir secara batil) lalu menyandarkan nama wali-wali Allah ﷻ serta kitab-kitab karangan mereka.

Semoga kehadiran buku ini dapat membawa kebaikan kepada para pencinta jalan kesufian dan juga seluruh masyarakat pelbagai golongan agar ilmu kesufian dapat difahami dengan jalan yang jernih dan murni berdasarkan aqidah yang lurus.

=============================
KANDUNGAN

Fasal 1 : Hembusan Roh
Fasal 2 : Roh Adalah Rahsia Tuhan Mu
Fasal 3 : Roh Muhammad ﷺ
Fasal 4 : Nur Muhammad ﷺ
Fasal 5 : Tajalli
Fasal 6 : Hulul Dan Ittihad Yang Sesat
Fasal 7 : Wujud Majazi / Bayangan Dan Wujud Mumkinat
Fasal 8 : Makhluk Dicipta Untuk Ibadah
Fasal 9 : Adakah Muhammad ﷺ Dan Allah ﷻ Menyatu ?
Fasal 10 : Muhammad ﷺ Bersifat Khusus
Fasal 11 : Muhammad ﷺ Adalah Yang Tertinggi Makrifatnya Pada Allah ﷻ
Fasal 12 : Martabat Makrifat
Fasal 13 : Muhammad ﷺ Bapa Roh Dan Adam Bapa Bagi Jasad
Fasal 14 : Roh Yang Agung
Fasal 15 : Muhammad ﷺ adalah sempadan pengenalan dengan Allah ﷻ
Fasal 16 : Muhammad ﷺ Cerminan Allah ﷻ
Fasal 17 : Muhammad ﷺ Cerminan Hamba
Fasal 18 : Muhammad ﷺ Bukan Manusia Biasa
Fasal 19 : Penjelasan Kemulian Muhammad ﷺ
Fasal 20 : Muhammad ﷺ Adalah Pemimpin Sekalian Rasul
Fasal 21 : Martabat Tujuh
Fasal 22 : Selawat Jalan Mencapai Makrifat
Penutup : Qasidah Muhammadiyah

=============================
SAIZ BUKU : 15.2 CM X 23 CM
BIL. MUKA SURAT : 102 MUKA SURAT
KUALITI KERTAS : PREMIUM IVORY 80GSM
KULIT BUKU : KERTAS 310 GSM
KEMASAN : SPOT UV, MATT LAMINATE
HARGA : RM20 / RM22
=============================

Boleh dapatkan disini :

https://bit.ly/MuhammadSyariatHakikat

Atau Hubungi :

0173997027
(Ghazali)
𝗗𝗔𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗕 : 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗧 & 𝗛𝗔𝗞𝗜𝗞𝗔𝗧
"𝚂𝚞𝚊𝚝𝚞 𝙿𝚎𝚖𝚞𝚛𝚗𝚒𝚊𝚗"

Karya Oleh :
WALID IBRAHIM AL-MALIK

👳‍♀️Pembentang :
BABALONGIDRIS
𝐌𝐮𝐝𝐢𝐫 𝐌𝐚𝐝𝐫𝐚𝐬𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐞𝐢𝐤𝐡𝐮𝐥 𝐀𝐫𝐢𝐟𝐟𝐢𝐞𝐧

🗓️Tarikh : 17 hb September 2022
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 Pagi - 12.30 Tgh Hari

📍Tempat : 𝑴𝒂𝒅𝒓𝒂𝒔𝒂𝒉 𝑺𝒚𝒆𝒊𝒌𝒉𝒖𝒍 𝑨𝒓𝒊𝒇𝒇𝒊𝒆𝒏 𝑺𝒊𝒎𝒑𝒂𝒏𝒈 𝑩𝒆𝒌𝒐𝒉 𝑱𝒂𝒔𝒊𝒏 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂

Bagi yang tidak dapat hadir, boleh ikuti secara ZOOM

𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙋𝙚𝙣𝙙𝙖𝙛𝙩𝙖𝙧𝙖𝙣 :
01135480576 (K.Long Hani)

📗Untuk Pembelian Kitab :
(Melalui Shopee)

https://bit.ly/MuhammadSyariatHakikat

ꜱᴇᴍᴜᴀ ᴅɪᴊᴇᴍᴘᴜᴛ ʙᴇʀꜱᴀᴍᴀ ᴍᴇɴɪᴍʙᴀ ɪʟᴍᴜ 🌹
Untuk Pendaftaran :

http://bit.ly/DaurahASH2
Sollu Alan Nabi

Para pencinta boleh follow channel Walid Al Malik @ Tokku Ibrahim -

Telegram - https://t.me/Walidalmalik

Facebook bicara tauhid sufi Walid - https://www.facebook.com/groups/bicaratauhidsufiwalidalmalik
Suatu hari beliau (Al Harithah) lalu melintasi Rasulullah s.a.w lalu Baginda bertanya kepada beliau : " bagaimana keadaan kamu pada pagi ini wahai harith? Jawab beliau :" aku menjadi seorang yang benar-benar beriman pagi ini! "

Lalu Baginda memberi peringatan kepada beliau dengan katanya" perhatikan ucapan mu! Kerana setiap dakwaan memerlukan bukti, apa bukti dakwaan mu itu?
Hakikat ini dijelaskan oleh suatu peristiwa yang pernah berlaku kepada seorang sahabat Nabi s.a.w iaitu Al Harithah bin Malik...

عَنِ الْحَارِثِ بن مَالِكٍ الأَنْصَارِيِّ ، ،أَنَّهُ مَرَّ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ لَهُ : كَيْفَ أَصْبَحْتَ يَا حَارِثُ ؟ قَالَ : أَصْبَحْتُ مُؤْمِنًا حَقًّا ، فَقَالَ : انْظُرْ مَا تَقُولُ ، فَإِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ حَقِيقَةً ، فَمَا حَقِيقَةُ إِيمَانِكَ ؟ فَقَالَ : قَدْ عَزَفَتْ نَفْسِي عَنِ الدُّنْيَا ، وَأَسْهَرْتُ لِذَلِكَ لِيَلِي ، وَاطْمَأَنَّ نَهَارِي ، وَكَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى عَرْشِ رَبِّي بَارِزًا ، وَكَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى أَهْلِ الْجَنَّةِ يَتَزَاوَرُونَ فِيهَا ، وَكَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى أَهْلِ النَّارِ يَتَضَاغَوْنَ فِيهَا . فَقَالَ : يَا حَارِثُ عَرَفْتَ فَالْزَمْ . ثَلاثًا .
فهذا الحديث رواه الطبراني في " المعجم الكبير " (3/266) وهو حديث ضعيف لا يصح
The account of the user that created this channel has been inactive for the last 5 months. If it remains inactive in the next 10 days, that account will self-destruct and this channel will no longer have a creator.
The account of the user that created this channel has been inactive for the last 5 months. If it remains inactive in the next 19 days, that account will self-destruct and this channel will no longer have a creator.
The account of the user that created this channel has been inactive for the last 5 months. If it remains inactive in the next 30 days, that account will self-destruct and this channel will no longer have a creator.
Keimanan yang hanya bersandar kepada perkhabaran tiada mampu meleburkan gunung kesombongan yang ada di dalam dirinya yang menjadi hijab antaranya dengan Allah dan segala rukun iman.

Ia hanyalah cerita di atas cerita tiada lebih dari itu. Oleh itu, sayugia bagi para salik yang mencintai jalan akhirat bersungguh menyucikan nafsunya sehingga hatinya bercahaya dengan cahaya Allah yang dengannya dapat dia menyaksikan kebenaran rukun iman dengan dua matanya.
Segala pembukaan yang dikurniakan Allah kepadanya adalah demi menguatkan keimanan dan keyakinannya...kerana keduanya itu akan membentuk peribadinya sebagai seorang mukmin dan hambaNya yang benar.
Seorang yang benar makrifatnya kepada Allah akan benar-benar meyakini segala janji Allah dan Rasul kerana dia telah dapat menyaksikan kebenaran janji tersebut secara kasyaf.

Keyakinan itu akan membentuk peribadi dan akhlaknya sehingga benar muamalat nya dengan Tuhan dan makhluk di sekelilingnya.
Firman Allah :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ)

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

[Surat Az-Zalzalah 7 - 8]
M : seorang yang percaya bahawa segala perbuatan baiknya yang ikhlas, ia akan kembali mendapat kebaikan, perbuatan jahat ya, ia akan kembali mendapat kejahatannya, maka mereka akan suka melakukan kebaikan dan menjaga diri dari melakukan kejahatan terutama sesama insan.

Apabila hari ini kita menyakiti manusia, suatu masa kelak kita akan di sakiti oleh orang lain, maka ini adalah hukum kitaran bulatan dunia (hukum karma). Justeru itu, seorang yang ada kepercayaan pada hukum pembalasan ini sama ada mereka Muslim atau non-Muslim, mereka akan menjadi insan yang ingin melakukan kebaikan. (m/s : 48)
Akidah dan keimanan yang benar akan memandu tingkah laku seseorang kerana apa yang zahir itu menunjukkan apa yang ada pada batin.
Apabila kecintaan kepada Baginda subur di jiwa para hamba sudah pasti mereka akan menjadikan qudwah yang memandu kehidupan mereka ialah Rasulullah s.a.w.
Apa yang penting di sini, kunci rukun iman itu terletak pada keimanan kepada Rasulullah s.a.w.

Lantaran itu, untuk menguatkan keimanan dengan rukun iman maka jalannya ialah dengan menguatkan kecintaan kepada Baginda RASULULLAH S. A. W.
Sementara ramai pula yang beriman dengan Baginda setelah mengkaji risalah yang dibawa Baginda dengan penuh insaf dan adil.

Di samping peribadi Baginda dan kehidupannya yang begitu menakjubkan yang sememangnya menjadi bukti kebenaran Kerasulan Baginda.
See more posts

View in Telegram